CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2818|Reply: 8

Ada Sebab Khloe Kardashian Maafkan, Walaupun Tristan Curang Dengan Wanita Lain

[Copy link]
Post time 18-12-2018 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Seperti yang diketahui umum, episod terbaru siri realiti TV popular, Keeping Up With The Kardashian telah menayangkan reaksi keluarga itu ketika mereka mendengar berita bahawa Tristan Thompson, teman lelaki Khloe Kardashian, telah curang dengan wanita lain sejurus sebelum Khloe melahirkan anak mereka, True.


Kredit foto: Girlfriend Magazine




Dalam episod itu, Khloe dilihat telah memaafkan dan menerima semula Tristan. Keputusan Khloe ini tidak diterima baik oleh kebanyakannya peminatnya, dan mereka telah menyuarakan pendapat mereka di laman sosial. Mereka berpendapat, kerana perbuatan kejinya Tristan tidak sepatutnya dibawa masuk ke wad bersalin ketika Khloe bertarung nyawa melahirkan True. Menyedari tindakannya memaafkan Tristan dikecam hebat, Khloe telah berkongsi sebab beliau memaafkan Tristan.



Kredit foto: Hollywood Life


‘Walaupun menyedari tindak-tanduk Tristan, saya menyedari bahawa momen berharga di wad bersalin itu adalah milik anak saya (True) dan saya tidak akan mendenda anak saya atas tindakan ayahnya. Tristan adalah ayah kepada True dan mereka berdua berhak untuk saling menyayangi’ kata Khloe membalas  komen-komen peminat di Twitternya.


Kredit foto: Twitter


Apabila didesak peminat kenapa beliau tidak meninggalkan Tristan atas kecurangannya? Jawab Khloe  berfalsafah ‘Dalam hidup ini, kita sentiasa membuat kesilapan, ada yang besar atau kecil. Kesilapan Tristan memang memalukan dan mengecewakan tetapi saya tabah untuk menanggungnya, saya memilih untuk menjadikannya pengajaran dan berharap Tristan sudah betul-betul berubah kerana dia ayah yang penyayang untuk True’.



Menjawab lebih lanjut, apakah beliau akan memaafkan jika Tristan mengulangi perbuatannya? Khloe berkata ‘Jika Tristan buat sekali lagi, saya akan buat pilihan saya sendiri, baik atau buruk, saya tidak takut hidup sendirian’.







Walau bagaimanapun, ramai di kalangan netizen yang berkata ini adalah karma terhadap Khloe kerana sewaktu Tristan dan Khloe mula-mula bercinta, Tristan telah meninggalkan teman wanitanya Jordan Craig yang sedang sarat mengandungkan anaknya demi Khloe. Walau bagaimanapun, tuduhan ini juga dinafikan oleh bintang realiti itu.


Kredit foto: ngr.ng


Namun ada juga yang menyokong tindakan Khloe. Seorang netizen memuji kematangan Khloe kerana membenarkan Tristan masuk ke wad bersalin . Khloe bagaimanapun mengaku dia ada ‘melakukan sesuatu yang tidak matang kepada Tristan’ ketika pertama kali mendengar berita kecurangannya .


Kredit foto: Twitter






Semoga Khloe berbahagia dengan pilihannya kan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak uols la uols yg sakit hati. Mmg karma pun kan dia pun sama rampas tristan dlu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kah bab celup mencelup ada pompuan ka laki simpanan sudah jadi kebiasaan ummah ni? Lantak engkau lah kardashian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 11:50 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik beradik Kardashian ni smue couple kapadonna
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal berlaki kah? Ke nk create drama utk KUWTK..rating program tu income dorg kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Okurrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau adik beradik buat hal. Kemain sentap gila. Kalau jantan buat hal dia forgive. Sama ngan ex laki dulu buat hal kemain dia backing. Dlm adik beradik dia ni, dia ni paling aku tak suka. Next si kourtney nak kena ikut kepala dia macam dia sorang je ada anak.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni anggap bf dorg kilang anak je.  Duit harta semua diorg lagi berganda2 kaya. Tgk la kourt tu x heran dah dgn scott janji ko bagi aku 3 org anak, ok bye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054785 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list