CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Inessa

|V6.0 Tentang Neelofa | Unstoppable

   Close [Copy link]
Post time 28-12-2018 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dalam hati tu hanya disumbat dgn kebencian dan kejelikan tanpa sebab jadi macam tu la hendaknya. Alaways bersangka buruk, always berfikiran negative pada hajjah dan turut terpalit pada orang-orang disekeliling hajjah terutama pada mama Tini. Padahal yg mengata tu seorang ibu yg punya anak-anak yg masih jauh perjalanan hidup dia lofa berniqab n share untuk elak panas terutama antara waktu zohor dan asar dikatakan balasan dunia. Lofa berpakaian lengkap dikatakan hanya berfesyen, itulah manusia zaman sekarang suka pandang serong pada orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Good morning ..salam jumaat...rindu Hajjah serindu rindunya....few days to go for 2019...semoga hajjah terus berjaya... insyaAllah berkat doa Mama Tini...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Inessa replied at 27-12-2018 09:57 PM
Begitulah kalau dah benci Rapz. Fitnah Mama Lofa mata duitan apa semua, hakikatnya, ibu mana nak a ...

Skrg boleh tengok sapa tunggang sapa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Gd morning...
Happy friday...

bangun pagi tgk kosmo ade cite pasal hajjah lofa...terima kasih media menaikkan nama lofa  suka sgt2

dun wori viewers 2019 will become more adventure & smooth journey (insya allah) to lofa so juz seat back chill & enjoy yeah

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 10:45 AM | Show all posts

Kosmo Online
Algoritma cemerlang Neelofa
[size=0.9]28 Disember 2018 3:00 AM
[size=0.9]

[size=0.9]
APA lagi ingin ditulis tentang seorang wanita bernama Neelofa? Sejak menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 dan menjadikan bidang seni sebagai platform kerjaya, Neelofa tidak pernah gagal menyita rasa kagum khalayak.

Bermula sebagai pengendali rancangan Nona pada tahun 2011 dan beralih rumah sebagai pengacara MeleTOP setahun kemudian, nama Neelofa semakin mekar apabila mula memasarkan jenama tudungnya, Naelofar Hijab.



Selari dengan empayar perniagaan tudung, kerjaya Neelofa dalam lapangan hiburan turut berkembang. Mencuri tumpuan umum menerusi watak Warda Erina dalam drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot, Neelofa seterusnya diiktiraf sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Ke-29.
Bukan hanya di kaca televisyen, cetusan populariti pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor itu turut dirasai di platform media sosial apabila kini menduduki tangga pertama sebagai individu tempatan dengan jumlah pengikut paling banyak di Instagram iaitu sebanyak 5.9 juta.
Tidak keterlaluan dikatakan, wanita berusia 29 tahun itu punya misi yang jitu untuk sentiasa berada di puncak. Berkat menekuni bisnes tudungnya selama empat tahun, Neelofa disenaraikan dalam Forbes Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagang Dan Peruncitan oleh majalah antarabangsa Forbes pada pertengahan tahun lalu.
Terus memberi kejutan kepada khalayak, Neelofa mengumumkan pelantikannya oleh syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia bagi mengisi kerusi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia bermula 8 Disember 2017.
Jika dilihat pada portfolio seninya, kejayaan yang ditempa Neelofa bukan calang-calang. Segala pengiktirafan yang diterima cukup kuat untuk menolak namanya ke peringkat lebih tinggi.
Justeru, apabila ditanya penyebab dirinya sentiasa berfikiran ke hadapan, Neelofa berkata, segalanya bermula dengan perasaan tanggungjawab terhadap predikat yang digalas.
Antarabangsa
“Melihat impak positif jenama Naelofar Hijab dan pada masa sama bergelar individu tempatan dengan jumlah pengikut Instagram terbanyak, saya berasa lebih bertanggungjawab untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini.
“Rasa tanggungjawab ini secara tidak langsung turut memberi semangat untuk saya terus bergerak ke hadapan, sekali gus mencabar kemampuan diri,” katanya.
Kesungguhan Neelofa meneroka perkara di luar kotak tidak hanya tertumpu terhadap industri lokal. Terbaharu, pelakon filem Pilot Cafe itu telah menandatangani kontrak bersama agensi bakat Established Models yang berpangkalan di London, England.
Mengulas mengenai kontrak yang ditandatangani pada 4 Disember lalu itu, Neelofa berkata, dia telah lama memasang hasrat untuk menjengah pasaran luar negara, khususnya dalam bidang fesyen dan kecantikan.
“Ketika bertemu dengan pengarah kreatif beberapa agensi bakat di sana, mereka memberitahu bahawa industri fesyen antarabangsa sedang ligat mencari wajah-wajah Muslimah berhijab yang boleh mewakili jenama-jenama besar di sana.
“Lebih-lebih lagi sejak model berhijab, Halimah Aden mencetuskan fenomena apabila dipilih untuk memperagakan jenama-jenama fesyen popular seperti Yeezy, Maxmara dan Alberta Ferretti.
“Jadi, saya berharap agar dapat menembusi pasaran antarabangsa bermula di Eropah dengan kolaborasi bersama Established Models,” katanya yang mengharapkan kerjasama dengan jenama-jenama besar di sana pada tahun hadapan.
MeleTOP
Sungguhpun bakal berulang-alik ke London pada tahun depan, kariernya sebagai pengacara MeleTOP masih berjalan seperti biasa.
“Pihak produksi agak keberatan untuk membenarkan saya berulang-alik ke London.
“Tetapi, selepas berbincang, mereka faham dan akan cuba untuk mencari penyelesaian jika saya kerap tiada di Malaysia,” katanya.
Enam tahun mengacara, nama Neelofa semakin akrab dengan rancangan yang turut dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad itu.
Kata Neelofa, dia tidak menolak jika ada yang melihat program MeleTOP sebagai tulang belakangnya dalam bidang seni.
“Saya berasa sangat bertuah kerana diberi platform setiap minggu untuk muncul di kaca televisyen.
“Sudah enam tahun saya mengemudi MeleTOP. Saya sendiri tidak pasti sampai bila akan mengendalikan rancangan ini,” ujarnya sambil tertawa.
Kehilangan
Di sebalik momen-momen indah yang diraih sepanjang tahun 2018, terselit peristiwa pahit yang akan tersimpan kemas dalam bilik kebal memorinya. Datuk kepada Neelofa, Noor Mohamed Mohammad Din, 83, meninggal dunia selepas dua bulan mendapatkan rawatan di hospital.
“Segalanya bermula apabila datuk saya terpijak sebentuk cincin di atas karpet sehingga menyebabkan kakinya luka.
“Selepas kedua-dua ibu jari kaki datuk saya dipotong akibat jangkitan kuman, kesihatannya semakin merosot dan pada 20 November lalu sebelum dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir,” ujar Neelofa sambil mengimbau kembali kenangan bersama datuknya.
Neelofa mengakui sangat terkesan dengan pemergian datuknya memandangkan episod tersebut merupakan kali pertama dia kehilangan seseorang yang sangat dekat dengannya.
“Saya sangat sedih dengan pemergian datuk. Maklumlah, sebelum ini, arwah datuk sihat dan hanya mempunyai masalah kencing manis. Ketika hayatnya juga, dia masih boleh mengendalikan kedai tekstil miliknya dan memandu setiap hari.
“Jujur saya terasa kehilangan dan kehilangan ini juga membuatkan saya sedar untuk lebih rapat dan menghargai ahli keluarga yang lain,” ujar Neelofa jujur.




Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 12:42 PM | Show all posts
Terbaik penulisan article kosmo nie bahasa reputz cantik tersusun bila baca tangkap feel terukzzzz...

Tadi ig hliveofficial announce lofa terpilih jadi ikon fesyen 2018...wooohooooo!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2018 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
HLive #throwbaek
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 28-12-2018 01:00 PM
HLive #throwbaek

Tahniah!! Hebat hajjah!! Semoga Rezeki Hajjah makin Murah....Sayang Hajah...muacks...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Jumaat semua

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
MekConkey replied at 28-12-2018 05:13 AM
Tahniah!! Hebat hajjah!! Semoga Rezeki Hajjah makin Murah....Sayang Hajah...muacks...

Aamiin..
Semoga doa kita dan doa mama Tini utk hajjah diangkat dan diperkenankan oleh Allah Sbt dihari Jumaat yg penuh barakah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hajjah bersama keluarga
  
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
  
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 28-12-2018 01:40 PM

Nakal yang part pegang ekor singa ni hahahahaaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 02:29 PM | Show all posts
Inessa replied at 28-12-2018 02:06 PM
Nakal yang part pegang ekor singa ni hahahahaaha

Tengok pm jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Inessa replied at 28-12-2018 06:06 AM
Nakal yang part pegang ekor singa ni hahahahaaha

Haha ekor anak patung rimau boleh la hajjah pegang, kalau yg betul mau hajjah lari sebatu #throwback hajjah melompat bila ada anak kucing bawah meja masa makan dgn arwah abah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 28-12-2018 02:41 PM
Haha ekor anak patung rimau boleh la hajjah pegang, kalau yg betul mau hajjah lari sebatu {:mlkeke ...


Nah untuk Pink! Hahaha!



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Inessa replied at 28-12-2018 05:05 PM
Nah untuk Pink! Hahaha!

Comelnya Hajjah.....rasanya nak cubit n cium je dia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Inessa replied at 28-12-2018 09:05 AM
Nah untuk Pink! Hahaha!

Comel rasa nak gigit pipi tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.656347 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list