CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 15

[Tempatan] Ada Nampak Mommy Happy : Dibenar merokok 3 meter dari kedai makan, restoran

[Copy link]
Post time 18-12-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Rohaniza Idris; Hidir Reduan dan Norlela Zulkifli
cnews@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: Perokok masih boleh merokok di tempat awam apabila larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka berkuat kuasa tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata bagaimanapun larangan merokok itu menyatakan perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

Katanya, peraturan baharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok.

“Kita faham juga mengenai hak perokok ini , jadi kita benarkan mereka merokok 10 kaki (tiga meter) dari premis berkenaan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menjawab soalan Datuk Ong Chong Swen di Dewan Negara yang ingin mengetahui tindakan terhadap perokok dan pengusaha restoran dan kedai makan yang enggan memberi kerjasama apabila larangan itu dikuatkuasakan.

Dr Boon Chye berkata, pada sesi taklimat dengan persatuan dan pengusaha kedai makan dan restoran mengenai peraturan larangan merokok, mereka membangkitkan isu pelanggaran peraturan itu oleh perokok yang degil.

Katanya, kementerian mengambil maklum isu itu dan memberi jaminan pengusaha kedai makan dan restoran tidak akan dikenakan tindakan atas kesalahan perokok yang degil.

Justeru, katanya pengusaha kedai makan dan restoran boleh menghubungi talian ‘hotline’ 03-388942530 yang beroperasi 24 jam untuk membuat aduan.

Mengulas lanjut, katanya kementerian mempunyai 5,008 pegawai kesihatan persekitaran yang boleh menguatkuasakan peraturan larangan merokok itu selain bantuan pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, untuk enam bulan pertama peraturan larangan itu dilaksanakan, kementerian akan memberi amaran kepada perokok dan pengusaha premis perniagaan kedai makan yang ingkar larangan itu.

“Kita mahu peraturan larangan ini dilaksanakan bagi mendidik masyarakat berhenti merokok.

“Namun, jika ada perokok yang berdegil dan pengusaha kedai makan dan restoran yang masih mengulangi kesalahan maka mereka akan terus di saman,” katanya.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bakal dikuatkuasakan Januari tahun depan yang mana mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Dr Boon Chye berkata sehingga kini 63 siri taklimat dan penerangan berkenaan pewartaan larangan merokok sudah dijalankan dengan penyertaan 3,142 orang.

Katanya, sebanyak 108 kedai makan dan restoran sudah pun mengisytiharkan premis mereka bebas asap rokok.

“Kementerian Kesihatan menghargai sokongan dan kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan pewartaan ini demi menjaga kesihatan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 05:48 PM | Show all posts
apahal aku rasa kementerian kesihatan je yg buat kerja?
ke aku salah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kasihan prrokok
dah la rokok mahal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan cakap tak tahu pula jarak 3 meter tu panjang mana


Tak pun kau bawak je lah pita pengukur siap -siap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 06:36 PM | Show all posts
siapkan lah tempat khas merokok...mcm kat jepun...singapore..
letak notice board mana tempat boleh merokok n mana tak...
senang kerja nnti klu kena tangkap dah tak boleh dolak dalik lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nak kena bawak tape ke ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2018 07:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas bawak tape.... tokey kedai kasik meja.....pastu boleh order.....  Makan minum merokok ...dah macam balik asal. Cuma jauh ler sikit dari ruang kedai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 08:31 PM | Show all posts
cadangan bodo

kalau nak larang, larang terus la.. apa  barang 3 meter bagai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik..elok la nk merokok pi kt luar..busuk la
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Larang terus jw merokok dan vape... Ko nk merokok gi jauh2, jangan nak libatkan nyawa orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli macam Papa Gomo selebet bau rokok
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 3 meter dari kedai rokok tu adalah kedai makan lain mcm mana? Aku isap 3meter dari kedai sebelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 18-12-2018 08:31 PM
cadangan bodo

kalau nak larang, larang terus la.. apa  barang 3 meter bagai

Haha boleh ke depa buat ?
Haramkan import rokok, jualan rokok & tembakau serta tanaman tembakau & tutup semua kilang rokok. Ni baru nampak telus

Sumber pendapatan negara tu. Antara cukai terbesar rokok & arak. Gila nak suruh depa stop.


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:09 AM | Show all posts
ok laaa tuhhh...terbuka ruangan merokok
kat jepun ada buat bilik merokok..yg kelakar penuh bilik kecik tu sampai kene menempel kat dinding
sesak..berdiri lak tuh...
aku rasa kalo masuk bilik tu mau semput terus
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
org sediakan tempat merokok tu bukan bermaksud menyokong, tp.mengelakkan dari bukan perokok terbabit 2nd hand smoke. Lepas tu ashtray pun tak kasi letak lagila org buang puntung rokok merata2.

konon2 mcm buat keje la tp nampak sangat singkat akal. buat bende yg takde research, takda study n nampak sgt tergesa2.

mmg menteri2 zaman PH ni lembam2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.087182 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list