CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 988|Reply: 14

[Tempatan] Lompat Si Katak Lompat : UMNO saman Wakil Rakyat

[Copy link]
Post time 19-12-2018 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
POLITIK: UMNO saman wakil rakyat keluar parti

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Veena Babulal

cnews@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: UMNO sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang ‘lompat’ parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah menfailkan writ saman pada 14 November lalu.

“Ibu pejabat UMNO telah mendaftarkan writ saman menuntut ganti rugi pada 14 November lalu menuntut satu jumlah agak besar daripada mereka (yang lompat parti dan menjadi wakil rakyat Bebas).

“Mereka harus tahu kemenangan mereka bukan atas nama individu, atas panji UMNO yang memenangkan mereka, atas kerja jentera dan mereka harus berterima kasih kepada UMNO, bukan dengan melompat parti,” katanya.


Beliau berkata demikian pada program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam ini.

Program yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook Live itu dikendalikan oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, UMNO akan menggunakan segala aspek perundangan yang ada bagi menuntut ganti rugi.

“KIta akan saman semua, kita akan menggunakan apa saja aspek perundangan untuk pastikan hutang budi dibayar semula kepada UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata masalah yang menimpa UMNO kini mungkin disebabkan sikap keterbukaan yang diamalkannya.

“Mungkin ini semua berlaku disebabkan sikap keterbukaan saya dan ini mungkin kelemahan. Ini juga harga yang mahal perlu UMNO bayar,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 12:33 AM | Show all posts
celaka punya katak lompat

menyusahkan orang je

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Eyahhh !
Mari kita saman katak - katak itu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Well gud job zahid..ajar mp dan adun pelahap duit ni sket...dasar jiwa murahan boleh dibeli dengan rm..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:20 AM | Show all posts

Masalahnya benda ni (saman ahli) ada ke dlm buku undeng undeng UMNO? ke baru buat?

Nak tuntut 3 juta setiap sorang as ganti rugi ke jahid oii?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 19-12-2018 04:20 AM
Masalahnya benda ni (saman ahli) ada ke dlm buku undeng undeng UMNO? ke baru buat?

Nak tuntut 3 ...

Rasanya tiada di dalam Perlembagaan UMNO

IPOH 30 Sept. - UMNO tidak mempunyai locus standi untuk menyaman beberapa ahlinya yang bertindak meninggalkan parti.


Abdul Aziz Bari
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berpandangan, perbuatan keluar parti sebaliknya tidak menyalahi undang-undang selagi ia tidak mempunyai sebarang elemen rasuah mahupun jenayah.


“Saya dahulu pun tidak pernah bersetuju dengan mendiang Karpal Singh yang mahukan kerajaan menguatkuasakan akta antilompat parti kerana saya rasa, sebaik-baik hakim adalah rakyat itu sendiri.

“Kalau seseorang itu hendak melompat (parti), sama ada tindakan dia baik atau tidak baik, pengundi yang akan memutuskan selepas itu kerana ada pilihan raya. Sama ada dia bertanding atau tidak, itu soal lain, tetapi parti yang dia (wakili ketika) melompat itu akan dihukum,” katanya.

Abdul Aziz yang merupakan bekas pensyarah undang-undang berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pameran dan forum alam sekitar di Home of Silveryouth, Kinta Riverfront di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa writ saman telah dihantar kepada beberapa individu terbabit bagi menuntut bayaran balik melibatkan kos selain kerusi yang dimenangi mereka atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN), perlu dikosongkan.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, mengikut sistem Westminster, kerajaan juga mengizinkan ketua kerajaan baik Perdana Menteri, Menteri Besar mahupun Ketua Menteri yang hilang kepercayaan atau sokongan di dalam dewan, supaya meletakkan jawatan.

Sehubungan itu katanya, proses untuk meninggalkan mana-mana parti politik sekali pun adalah dibenarkan.

“Kalau hendak saman atas dasar apa? Kita saman kalau kita dimalukan, difitnah atau hak kita 'dilanggar' oleh orang lain tetapi dalam isu ini, apa hak (UMNO) yang dinafikan,” soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, beliau sama sekali tidak akan melepaskan kerusi Parlimen tersebut yang dimenanginya atas tiket UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Malah Noor Azmi memberitahu, beliau tidak gentar meskipun bakal berdepan dengan tindakan saman kerana bertindak mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menjadi wakil rakyat Bebas pada 24 Jun lalu.

Katanya, ini kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh menyekat ahli UMNO keluar daripada parti tersebut.

“Adakah undang-undang yang menyekat keluar dari parti? No way, saya tidak akan kosongkan kerusi tersebut (Parlimen Bagan Serai).

“Jadi kalau nak saman, terpulanglah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.








Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2018 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Emmmm. 'Baiah' katanya. Tapi bukan ' baiah' macam kerajaan bulan menurut beliau

'UMNO perlu perkenal baiah juga'

Mohd Anwar Patho Rohman; Mohd Noor Aswad; Fahmy Azril Rosli dan Arfa Yunus

KETUA Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. FOTO Syarafiq Abd Samad
PERGERAKAN Pemuda UMNO mencadangkan supaya diperkenalkan satu akujanji taat setia bagi membendung ahlinya keluar parti.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, akujanji taat setia itu sama seperti PAS, tetapi pelaksanaan tidak serupa seperti baiah parti Islam terbesar itu.

Beliau berkata, pelaksanaan akujanji taat setia itu tidak mewajibkan ahlinya berjanji dengan menggunakan talak sebagai jaminan mengekalkan kesetiaan dalam kalangan ahlinya.

“Ia memerlukan mereka menandatangani akujanji dan berikrar bagi membuktikan taat setia terhadap parti.

“Bukan macam itu (baiah talak tiga). Tidak seperti (baiah) PAS,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Pada sidang media, Asyraf Wajdi turut mengulas mengenai visinya selepas diberi mandat sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baharu.

Asyraf Wajdi menegaskan beliau akan menekankan lima agenda dalam usaha memartabat dan memperkasakan platform Pemuda UMNO.

Katanya, agenda pertama adalah pengkaderan iaitu melahirkan lebih ramai pemimpin kerana mahu lebih ramai 'Khairy Jamaluddin’, bukannya seorang sahaja.

“Kedua adalah latihan. Ini kerana kita perlu program latihan tepat untuk melatih bakat Pemuda UMNO supaya aspirasi parti dalam dicapai.

“Agenda ketiga pula membina budaya pengetahuan supaya apabila kita bercakap penuh dengan bait-bait pengetahuan dan bukannya sekadar penuh dengan iringan sentimen dan emosi dalam usaha berfungsi sebagai pembangkang yang efektif,” katanya.

Dua lagi agenda, beliau mahu menekankan supaya UMNO kembali ke perkara asas iaitu mengukuhkan nilai kerohanian selain memartabatkan identiti bagi mengelakkan parti tidak ditelan zaman.

Asyraf Wajdi yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga akan membuang ‘pakaian elit’ yang menjadi budaya dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

Justeru, beliau bersama pemimpin Pemuda UMNO yang lain akan berkempen dengan mengadakan jelajah di 191 bahagian.

“Kali ini kita akan tidur di rumah Ketua Pemuda Bahagian di kampung-kampung.

“Kita juga mahu buang pakaian elit kerana mahu menjiwai apa mereka rasa dan dengar suara mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 10:43 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Hat ni kita tengok pula versi PKR. Berita zaman purba

Denda RM10 juta jika wakil rakyat PKR lompat parti
Kow Gah Chie
(Dikemaskini )

A A
Wakil rakyat PKR akan dikenakan denda RM10 juta jika mereka melompat parti, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Datuk Johari Abdul berkata PKR telah memulakan amalan itu sejak 2013 susulan beberapa pemimpin mereka beralih arah selepas pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, calon-calon cuba berjanji secara lisan mereka akan membayar RM1 juta jika melompat parti, kata Johari.

“Tetapi ia tidak didokumenkan dan kita kita sediakan dokumen sah. Jadi itu tidak dikira,” katanya.

Bagaimanapun, kali ini, katanya kesemua calon di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menandatangani dokumen itu semalam.

PKR mengeluarkan watikah calonnya semalam.

“Sekarang wakil-wakil kena fikir dua kali (untuk lompat parti), melainkan kamu ada RM10 juta,” katanya.

Sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini turut melaporkan Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengaku telah menandatangani dokumen berkaitan.

Sementara itu, Johari berkata beberapa wakil rakyatnya telah belot dalam dua pilihan raya umum terakhir ini, terutamanya di Sabah.

Pada 2010, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim keluar PKR, menjadi calon bebas dan kemudian menyertai Umno.

Beliau dilantik sebagai duta Malaysia di Indonesia.

Pada tahun 2016, anggota parlimen Penampang Darell Leiking dan dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) -- Lajim Ukin (Klias ) dan Terrence Siambun (Moyog) menyertai Parti Warisan Sabah.

Lajim ketika itu pengerusi PKR negeri.

Sementara itu, PKR berkata, RM10 juta yang dikutip itu akan disumbangkan kepada orang ramai.

“Wang itu bukan untuk parti, wakil rakyat itu bayar pada kami, kami akan bayar pada rakyat,” katanya.

Johari berkata dokumen yang ditandatangani wakilnya akan terikat secara langsung secara undang-undang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
silakan buang masa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari sudut Pakar Perlembagaan pula.
Emmm Pakar Perlembagaan ? ?

Tiada undang-undang halang lompat parti - Aziz Bari
Oleh Shaarani Ismail
shaarani@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
IPOH: Tiada peruntukan undang-undang di negara ini yang boleh menghalang atau menyekat tindakan seseorang melompat parti atau meninggalkan parti diwakilinya.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, berkata cadangan untuk mewujudkan undang-undang anti lompat parti juga dilihat berlawanan dengan konsep demokrasi berparlimen khususnya dalam kerajaan yang menggunapakai sistem Westminister yang ada sekarang.

“Dalam sistem Westminister, kerajaan mengizinkan atau mewajibkan ketua kerajaan baik Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri yang hilang sokongan dalam Dewan untuk meletakkan jawatan.


“Saya rasa dalam undang-undang kita tidak ada undang-undang yang menyekat orang untuk keluar parti dan ini sudah diputuskan lama dulu di Kelantan bahawa menjadi hak untuk seseorang meninggalkan parti dan keluar parti atau pun menukar parti.

“Saya rasa reaksi UMNO itu, biasalah bagi parti yang semakin lemah atau mungkin berhadapan dengan kekalahan, untuk membuat maklum balas sedemikian, barangkali mereka (UMNO) lupa dengan apa yang mereka pernah buat sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa UMNO sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang ‘lompat’ parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan keputusan itu diambil bagi menghormati kehendak disuarakan ahli parti yang merasakan diri mereka dikhianati.

Terdahulu, beliau merasmikan Pameran 2 Alam anjuran Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) di Home of Silveryouth Kinta Riverfront, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar negeri berkata, jika saman hendak dikemukakan atas sebab lompat parti, perkara itu tidak ada `locus standi’.

“Dalam isu ini apa hak yang dinafikan atau apa hak yang dilanggar (oleh individu yang keluar parti ) atau apa hak UMNO yang dirampas atau dinafikan.

“Itu yang jadi masalah, apa isu yang UMNO nak bawa di sini? Undang-undangnya jelas dan kalau ada pun mana-mana pihak yang mahu membuat undang-undang anti lompat parti, ia tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen itu sendiri dan saya tidak nampak hubung kait kes yang UMNO cuba bawa,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu juga berkata, biarlah tindakan lompat parti itu dinilai sendiri oleh pengundi di kawasan diwakili oleh individu berkenaan kerana meskipun melompat, individu terbabit masih kekal berkhidmat di kawasan diwakilinya.

Beliau berkata, apa pun tindakannya, biar pengundi tentukan sama ada baik atau sebaliknya dan soal sama ada individu yang keluar parti itu akan bertanding semula atau tidak juga terpulang kerana pengundi sudah tentu akan menghukum perbuatan mereka.

Katanya, dari sudut lain pula, perbuatan lompat parti itu tidak salah selagi ia tidak membabitkan elemen jenayah atau rasuah.

“Kalau ada elemen jenayah, diculik kemudian muncul mengumumkan keluar parti dan sokong parti lain atau ada elemen rasuah duit bertukar tangan, itu salah, tetapi jika melompat kerana prinsip berubah, biarlah rakyat dan pengundi yang menghukum dan pada saya, melompat parti tidak semestinya tidak baik.

“Sebab itulah saya tidak menyokong undang-undang anti lompat parti dan saya terbuka bukan kerana ia (lompat parti) kena pada UMNO tetapi ia sesuatu yang terbuka, kalau ada pihak yang mahu wujudkan undang-undang anti lompat parti, apakah kita tidak nampak bahawa kerajaan yang ditubuhkan melalui tindakan itu juga melompat, jadi ia sama saja.

“Jadi kita kena lebih terbuka, jangan kalau kena pada orang kita nak bising tapi bila kena pada kita, kita diamkan saja, saya memang tidak setuju dengan cadangan itu (undang-undang anti lompat parti),” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetapi yang kita sedia maklum. Politik sekarang kebanyakan polisi yg dilaksanakan tidak selari dengan perlembagaan masing - masing. Kalau ada kepentingan untuk kau, kau buat dulu. Betul atau tidak belakang kira









Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:21 AM | Show all posts
dah tak relevan parti umno ni. Yang ada tu baik tinggalkan dan join PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:25 AM | Show all posts
boleh saman ke?

xde masalah pon ngan geng suke melompat ni as long as takde parti yg terima they all. Biar yg suke melompat ni tubuh parti dorang sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 02:21 PM | Show all posts
saman je.samada kes itu menang atau tak terpulang pada mahkamah.aku setuju je secebis stetmen aziz bari kat atas.terpulang pada pengundi  samada nak menghukum atau redha.pas dulu ada gak lompat jadi pan.melompat tu  tetap khianat.tapi rakyat redha.seat kat s.alam ngan parit buntar cthnya mencanak majoriti.dan pan melompat bukan sbb kalah..tapi mmg takde persefahaman.dan rakyat faham situasi tu.aku selalu percaya kes melompat neh biar masa yg menghukum.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar aja laaa... lompat parti... Baru bersih sikit UMNO tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075035 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list