CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9426|Reply: 28

Misteri & Komplot Pembunuhan Maarof Zakaria : Pengasas Malay National Bank

  [Copy link]
Post time 19-12-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 19-12-2018 10:08 AM

ORANG ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia. Namun, tidak ramai yang tahu siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria.

Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli-belah Bangsar.

Siapakah sebenarnya Maarof sehinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang digunakan beribu-ribu pengguna setiap hari.

Allahyarham Maarof sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan. Maarof anak kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad atau Pendeta Zaaba (16 September 1895-23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909-7 November 1991).

Pengasas Malay National Bank

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National Bank bertempat di Klang Street, di ibu negara pada 1946. Bank itu ditubuhkan bersama rakannya, mendiang S M Leong dan beroperasi di bangunan sama di firma guaman mereka.

Pada ketika itu juga, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad pernah menawarkan jawatan Menteri Besar yang pertama tetapi Allahyarham Maarof menolak dengan baik.

"Ayah dan ibu pernah bercerita mengenai tawaran itu, tetapi disebabkan minatnya dalam bidang ekonomi dan guaman, ayah menolak.

Tawaran itu diserahkan kepada Allahyarham Tun Abdul Malek Yusuf yang diangkat sebagai Menteri Besar pertama (1 Februari 1948 hingga 1953)," kata anaknya, Mustapha.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ialah melalui sistem perbankan yang sistematik.

Usaha ditentang

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Ketika itu, orang Melayu cuma dibenarkan meminjam wang daripada ceti haram. Pihak yang cemburu dengan langkah berani Maarof mengambil tindakan drastik dengan menculik dan membunuh Maarof pada Disember 1947.

Maarof yang ketika itu berusia 43 tahun diculik pada Khamis, 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seremban Negeri Sembilan.

Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati, digantung pada sebatang pokok dalam hutan, berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947.

Ketika ditemui, mangsa masih memakai seluar Khaki, manakala jam tangannya dipercayai jenama Rolex dan pakaian tidak dicuri. Peliknya, polis mendapati tayar belakang serta tayar simpanan keretanya hilang.


Keratan akhbar BH yang memaparkan semula kisah mengenai pembunuhan Maarof Zakaria.
Misteri kehilangan jadi liputan

Kajian BH Ahad di Arkib Negara mendapati, misteri kehilangan Maarof mendapat liputan meluas akhbar The Straits Times dan The Sunday Times yang menyiarkan laporan di muka depan selama dua hari berturut-turut.

Laporan The Sunday Times pada 7 Disember bertajuk 'Car only clue to lost banker' (Kereta jadi petunjuk kehilangan pemilik bank).

Berdasarkan laporan itu, kereta Maarof ditemui sehari selepas beliau dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Baru menuju ke Seremban, Negeri

Sembilan untuk menziarahi ibunya.

Maarof dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke Seremban dan persoalan bagaimana keretanya berada di Pahang menimbulkan tanda tanya pasukan penyiasat.

Isterinya, Kamsiah Mohd Ali, berkata suaminya memaklumkan akan pulang pada sebelah petang Khamis dan jika lewat, beliau akan bermalam di Seremban dan akan pulang keesokannya.


Keratan akhbar dari Jabatan Arkib Negara mengenai berita kehilangan pengasas Bank Nasional Malaya, Maarof Zakaria yang diculik dan mayatnya ditemui di Gombak. - Foto NSTP
Pesanan terakhir

"Dia memberitahu saya supaya jangan bimbang jika dia pulang lewat kerana akan kembali keesokannya. Kami tahu, dia tidak sempat sampai ke rumahnya. Mereka membawa saya ke tempat kereta ditemui dan memang itu keretanya," katanya dipetik The Sunday Times.

Polis percaya, Maarof ditahan oleh beberapa individu yang menaiki kereta lain sebelum membawa mangsa menuju ke Bentong. Keretanya ditinggalkan di penghujung jalan mati, tidak jauh dari kilometer 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong.

"Kami gagal mendapat maklumat tepat apa yang sebenarnya berlaku," kata pegawai kanan polis. Keesokannya, The Straits Times melaporkan artikel bertajuk `Missing Banker Found Hanged in Jungle' (Pemilik bank yang hilang ditemui digantung di hutan).

Selepas polis menemui keretanya, pasukan pencari sudah beberapa kali melalui kawasan sama tetapi gagal menemui mayatnya sehingga ia ditemui digantung pada sebatang pokok pada Sabtu pagi (7 Disember).

Jenazah Allahyarham yang mula berkhidmat di Malay Civil Services di bawah Negeri Bersekutu pada 1924, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Mohamaden, Ampang, Selangor.

Sehingga kini, kes bunuh Allahyarham tidak pernah diselesaikan dan menimbulkan persoalan, siapa yang membunuh, kenapa mangsa dibunuh dan siapa dalangnya.

INFO: Maarof Zakaria

Asal: Seri Menanti, Negeri Sembilan

Tarikh lahir: Tahun 1904

Kerjaya: Penolong pegawai daerah di Selama, Parit, Kampar dan Tapah, Perak;

Penolong Pendakwa Raya (zaman pemerintahan Jepun); Majistret polis Kuala

Lumpur; Timbalan pendakwa raya di Selangor dan Pengarah Urusan Malay National

Bank.

Bidang guaman: Membuka firma guaman, SM Leong Legal Firm bersama mendiang Tan

Sri SM Leong Mati dibunuh pada 14 Disember 1947 (usia 43 tahun)

Isteri: Kamsiah Mohd Ali

Anak: Maimunah, Rahmah, Mustapha dan Azura

Pendidikan: Sekolah St Paul, Negeri Sembilan; Kolej Melayu Kuala Kangsar (Cambridge) dan latihan amali guaman di United Kingdom (1928 dan 1930)

------------------------------------------------------------------------------

'Saya di MCKK ketika ayah dibunuh'

SUBANG: "Ketika menerima berita kematian ayah, saya berada di MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar). Pengetua memaklumkan, ia berita buruk, ayah kamu ditimpa musibah dan mesti pulang segera ke Kuala Lumpur," kata anak Allahyarham Maarof Zakaria, Datuk Mustapha Maarof.

(Mustafa meninggal dunia pada 15 Disember 2014. Ketika artikel ini disediakan Allahyarham masih hidup).

Mustapha, pelakon filem Melayu yang masih aktif mengakui ketika itu, beliau berumur 13 tahun dan terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku, tetapi selepas sekian lama hasil kajian dijalankan sendiri, mereka sekeluarga percaya bapanya menjadi mangsa konspirasi terancang.

Terima telegram

Mengenang kembali detik sedih itu, Mustapha menerima panggilan kecemasan melalui telegram pada waktu tengah hari menyebabkannya terpaksa menunggu kereta api keesokan hari untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Mengikut prosedur MCKK, urusan menghantar pulang pelajar akan diuruskan secara berkumpulan tetapi bagi kes kecemasan itu, pengetua mengarahkan seorang pengawas mengiringi Mustapha pulang ke ibu negara.

"Sepanjang malam saya tak boleh lelapkan mata. Rasanya terlalu lama nak menunggu hari siang. Saya menaiki kereta api pada sebelah pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada senja, kira-kira jam 7 petang," katanya.

Ketibaan Mustapha disambut sepupunya, Mustafa Yusof menaiki kereta jenama Austin milik arwah bapanya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah di Kampung Baru, mereka hanya membisu kerana terlalu sedih.

"Dia cuma cakap... Tapa, your daddy dah tak ada. Itu saja. Saya pun tak terkata apa-apa," katanya yang masih mengharapkan fail siasatan kes bunuh bapanya diteliti semula.

"Apa yang saya tahu, ayah dibunuh selepas diculik selama empat hari. Arwah pernah berbual dengan ibu tiri saya (Kamsiah Mohd Ali), katanya kalau bangsa Melayu nak maju, kena tingkatkan ekonomi. Satu daripadanya ialah mempunyai bank sendiri," katanya.

Suami kepada bintang filem era 1950-an, Allahyarhamah Roseyatimah itu cukup hairan kenapa bapanya yang memang dikenali sebagai individu yang cukup peramah dan merendah diri dibenci pihak tertentu sehingga sanggup membunuhnya.

"Dia bukannya ada hutang dengan sesiapa. Saya sendiri mengkaji, dia tiada masalah itu. Bahkan, jika balik ke kampung, arwah akan tumpangkan sesiapa saja yang ditemui di tepi jalan.


Fasah Sifat, 83 [kiri] dan Hasnah Majid, 81 menunjukkan tapak rumah Maarof Zakaria, di Kampung Tanjung Galau, Seri Menanti, Negeri Sembilan. - Foto Dzulkeffli Mustapha
Orang kampung

"Arwah orang kampung, itulah sikapnya. Seperkara lain, dia tak pernah lupa diri. Hobi suka menjala dibawa ke mana-mana saja dia pergi. Dulu, kami sering menjala ikan di lombong Sungai Besi. Saya sendiri belajar menjala daripada ayah," katanya mengimbau detik manis bersama Allahyarham.

Bahkan, kata beliau, bapanya sanggup memujuk ibunya yang berada di Mambau, Negeri Sembilan supaya menjual tanah pusaka sebanyak 10 hektar semata-mata untuk menampung kos operasi dan menubuhkan Malay National Bank.

"Saya tak pasti berapa kos tubuhkan bank ketika itu. Tetapi arwah memang perlukan modal tambahan, sebab itu sanggup jual tanah," katanya yang sering mengikut bapanya berpindah randah ketika berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di beberapa daerah di Perak.

Ditanya mengenai nama Jalan Maarof sempena nama bapanya, Mustapha mengakui beliau pernah dimaklumkan mengenai nama jalan itu oleh Yang di-Pertuan Agong ke-10, Al-Marhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.


Jalan Maarof yang terletak di Bangsar. - Foto Syaharim Abidin
Jalan Maarof

"Tuanku pernah tanya adakah saya tahu nama Jalan Maarof itu adalah sempena nama arwah ayah. Saya katakan pernah dengar tetapi tak ada hitam putih. Tetapi Tuanku sendiri maklumkan, memang nama itu sempena nama arwah ayah.

"Saya tak pasti kenapa nama itu diletakkan sempena nama ayah, tetapi saya percaya mungkin atas jasanya dalam bidang ekonomi," katanya yang kini menetap di Subang Jaya.

Selepas Maarof meninggal dunia, perniagaan bank itu diuruskan anak saudaranya, Mustafa yang sebelum itu pernah berkhidmat di unit terjemahan Berita Harian, Kuala Lumpur.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2018 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah ini ada beberapa bahagian.
Jadi aku tepek ikut bahagian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
BERSIRI: Persiapan istimewa sambut Toki Arof

Oleh Mohd Azis Ngah; Zulhilmi Hat
bhnews@bh.com.my
Share

Tweet

Share
BEBERAPA tahun sebelum Allahyarham Maarof Zakaria diculik dan ditemui mati dibunuh pada tahun 1947, keluarga pengasas Malay National Bank itu pernah ditimpa musibah apabila ibunya maut dipanah petir.

Ibunya yang cuma dikenali dengan panggilan Leha dipanah petir ketika melintasi jambatan kayu terletak di sempadan antara kampung kelahiran Maarof, Kampung Tanjung Galau dan Kampung Merual, di Seri Menanti, Negeri Sembilan.


KERATAN akhbar BH pada 18 Mei 2014.
Kebanggaan keluarga

Kejadian itu berlaku pada waktu petang ketika Leha dalam perjalanan pulang ke sebuah rumah, terletak di kawasan bukit dan berhampiran jeram, tidak jauh dari tempat kejadian.

Mengimbau detik ngeri itu, sepupu Maarof, Hasnah Majib, 81, berkata sejak kejadian itu, empat lagi adik beradik ibunya banyak mengambil alih tanggungjawab hal berkaitan Allahyarham terutama ketika beliau pulang ke kampung.

Di antara empat ibu saudaranya, Siti (adik bongsu) paling rapat dengan Maarof dan begitu bersungguh-sungguh membuat persiapan setiap kali Allahyarham pulang ke kampung, bagi membantu ayah Maarof yang dikenali dengan panggilan Haji Zakaria.


IBU saudara Maarof Zakaria yang dikenali sebagai Siti. - Foto Dzulkeffli Mustapha
"Setiap kali Toki Arof (panggilan untuk Maarof) pulang, ahli keluarga cukup gembira dan akan memastikan segala keperluan serta persiapan menyambutnya. Allahyarham seperti orang besar dan memang menjadi kebanggaan kami.

"Ketika itu saya masih kecil dan jarang dapat peluang bertemu Toki Arof tetapi masih ingat detik manis dan detik sedih berlaku. Dia anak tunggal, bukannya ada adik beradik lain, jadi cuma kamilah ahli keluarganya yang ada," kata Hasnah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Galau, di sini.

Hasnah yang kini mengalami masalah sakit lutut dan terpaksa berkerusi roda mengakui mereka sekeluarga cukup sedih apabila mendapat berita Maarof diculik dan dibunuh.


FASAH Sifat,83 (kiri) dan Hasnah Majid,81 menunjukkan tapak rumah Maarof Zakaria di Kampung Tanjung Galau, Seri Menanti, Negeri Sembilan. - Foto Dzulkeffli Mustapha
Kematian masih misteri

Wartawan BH yang menjejaki keluarga Allahyarham di tempat kelahirannya di sini bernasib baik apabila menemui Hasnah kerana kebanyakan ahli keluarga lain yang sebaya dengannya atau tahu mengenai kisah silamnya sudah pun meninggal dunia.

Minggu lalu, BH Ahad mendedahkan bagaimana Maarof, bapa kepada seniman veteran, Mustapa Maarof dikatakan diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seri Menanti.


CONTOH model kereta jenama Austin 10 berwarna biru gelap yang pernah digunakan pengasas Malay National Bank, Allahyarham Maarof Zakaria.
Keretanya ditemui di tepi jalan di Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada 6 Disember (Sabtu). Keesokannya (Ahad 7 Disember 1947), polis dan pasukan pencari menemui mayatnya digantung pada sebatang pokok di hutan tidak jauh dari lokasi keretanya ditemui.

Kematiannya sehingga kini masih menjadi misteri dan pembunuhnya masih gagal dikesan. Ramai mendakwa, kes itu membabitkan konspirasi terancang untuk membunuh Maarof kerana menubuhkan bank khas pertama untuk orang Melayu.

Ketika itu, hanya ada dua bank iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) dan The Chartered Bank milik British. Orang Melayu tidak dibenarkan meminjam daripada kedua-dua bank dan terpaksa berhutang dengan ceti haram.


JALAN Maarof di Jalan Bangsar. - Foto Syaharim Abidin
Mengenang jasa

Sebagai mengenang jasanya, sebatang jalan di Bangsar, Kuala Lumpur dinamakan Jalan Maarof, sempena namanya yang dianggap tokoh Melayu yang memperjuangkan kesedaran ekonomi bangsa.

Menyingkap detik menerima berita kematian Maarof itu, Hasnah berkata, ibu saudaranya yang dipanggil nenek Siti bercadang untuk ke Kuala Lumpur tetapi hasratnya terbantut apabila terjatuh dari tangga dan terus pengsan.

"Dia terpijak gayung (digunakan untuk menceduk air di tempayan) yang diletakkan di atas tangga. Dia terjatuh dan pengsan. Semua perancangan dibatalkan, lagi pun, ketika itu, cukup susah nak ke Kuala Lumpur, kami tiada kenderaan.

"Jadi, semuanya menunggu di sini dan akhirnya kami dimaklumkan, jenazah Maarof dikebumikan di sana. Kami hanya mampu berdoa untuk arwah," katanya yang kelihatan sebak.


KAWASAN perkampungan Maarof Zakaria di Kampung Galau bersebelahan Kampung Pulau, Seri Menanti, Negeri Sembilan - Foto Dzulkeffli Mustapha
Rumah jadi bengkel

Tinjauan BH juga mendapati, tapak rumah asal milik Haji Zakaria (tempat kelahiran Maarof) kini juga sudah digantikan dengan sebuah bengkel menyediakan kuih tradisional, baulu. Bengkel itu terletak bersebelahan rumah Hasnah.

Sejak kematian Maarof, Hasnah mengakui anak Allahyarham jarang pulang ke kampung halamannya kerana mereka menetap di Kuala Lumpur.

Allahyarham pernah berkahwin dengan Maznah dan Kamsiah Mohd Ali meninggalkan empat orang anak iaitu Maimunah, Rahmah, Mustapa dan Azura.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
BERSIRI: Mustapha tak sempat rungkai misteri kematian bapa


Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bh.com.my
Share

Tweet

Share

WALAUPUN cuma beberapa kali bertemu Datuk Mustapha Maarof, dirasakan seolah-olah seperti sudah lama mengenali seniman itu. Sikap Allahyarham yang mudah mesra dan suka berkongsi ilmu membuatkan sesiapa saja yang berada di sisinya merasakan seperti ahli keluarga sendiri.

Kali pertama penulis bersama rakan setugas, Zulhimi Hat bertemu di rumahnya di Subang Jaya pada Mei 2014, membincangkan hasrat BH Ahad untuk membuat laporan eksklusif mengenai arwah bapanya, Maarof Zakaria, pengasas bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National Bank.

Bermula dari situ, kami kerap bertemu dan berbincang sebelum terhasilnya laporan bersiri mengenai ketokohan Maarof, yang namanya diabadikan pada sebatang jalan di Bangsar, Kuala Lumpur iaitu Jalan Maarof.

Maarof diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seremban, Negeri Sembilan. Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati, digantung pada sebatang pokok dalam hutan, berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947.

Mustapha meninggal dunia

Ketika merancang untuk menulis laporan susulan menjelang genap 67 tahun kematian bapanya, Maarof, penulis dikhabarkan seniman veteran itu tenat dan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 15 Disember lalu. Al-Fatihah.

Selepas menyiapkan laporan bersiri sebanyak tujuh episod, penulis berasakan masih 'berhutang' dengan Allahyarham Mustapha kerana gagal membantu menunaikan hasratnya untuk melihat kes pembunuhan bapanya dirungkaikan.

Allahyarham mahu kematian bapanya dibela dan pihak yang bertanggungjawab diadili sekali gus membersihkan nama tokoh Melayu itu kerana ada tuduhan liar mengatakan beliau membunuh diri.

Beberapa fail dan rekod lama berjaya dikumpul, termasuk daripada Arkib Negara dan kami sempat mengunjungi sanak saudara Maarof di kampung kelahirannya di Seri Menanti, Negeri Sembilan, untuk mendapatkan maklumat tambahan.


LAPORAN yang disiarkan akhbar BH mengenai Allahyarham Maarof pada 11 Mei 2014.
Mustapha pernah meluahkan rasa hatinya mahu melantik peguam berwibawa untuk menyemak dan mengkaji semula kes itu tetapi menghadapi kekangan kewangan dan kes itu dilihat agak rumit kerana berlaku sebelum zaman merdeka.

Bahkan, cubaan untuk mendapatkan rekod lama di balai polis Bentong juga gagal kerana dimaklumkan, fail lama yang disimpan di dalam stor musnah selepas dua kali terbakar.

Mustapha cukup yakin bapanya menjadi mangsa komplot pihak tertentu yang tidak mahu melihat tokoh Melayu bangkit terutama dalam bidang ekonomi kerana penubuhan Malay National Bank itu dilihat bakal menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik China iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).


KERATAN akhbar dari Jabatan Arkib Negara mengenai berita kehilangan pengasas Bank Nasional Malaya, Maarof Zakaria yang diculik dan mayatnya ditemui di Gombak. - Foto NSTP
Ada pihak didakwa cemburu

Sedangkan ketika itu, orang Melayu cuma dibenarkan meminjam wang daripada ceti haram. Keluarganya percaya pihak yang cemburu dengan langkah berani Maarof mengambil tindakan drastik dengan menculik dan membunuh Maarof.

Pada awal Disember lalu, penulis menyuarakan hasrat Mustapha itu kepada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Suka-Guam), Datuk Khairul Anwar Rahmat dan ia disambut baik.

SukaGuam melihat hasrat keluarga Mustapha itu sebagai peluang terbaik untuk membantu menonjolkan ketokohan Maarof yang juga bekas peguam dan bersedia merujuk kes itu kepada Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sayangnya, ketika kami sudah menetapkan tarikh untuk menziarahi Mustapha dan keluarga di hospital, Allahyarham terlebih dulu dijemput menemui pencipta-Nya.

Sekali lagi hasrat kami terbantut. Sehingga kini, kematian tokoh Melayu itu masih menjadi misteri. Siapa yang membunuhnya, siapa dalangnya dan siapa yang bertanggungjawab. Siapa yang menyerang dan menembak keluarga Maarof di Seputeh, Kuala Lumpur beberapa bulan sebelum beliau diculik?

Penulis tertanya-tanya, selepas kematian Mustapha, siapa lagi yang boleh berkongsi cerita atau maklumat untuk meneruskan hasrat murni itu serta siapa yang sanggup menghulurkan bantuan merungkaikan persoalan berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
BERSIRI: Cubaan bunuh keluarga Maarof

Oleh Mohd Azis Ngah dan Zulhilmi Hat
bhnews@bh.com.my
Share

Tweet

Share

KUALA LUMPUR: Keluarga pengasas Malay National Bank, Allahyarham Maarof Zakaria pernah cuba dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata api ketika mereka berpindah ke kediaman baharu di Taman Seputeh, Jalan Klang Lama, pada awal tahun 1947.

Kejadian itu berlaku kira-kira 10 bulan sebelum Maarof ditemui mati digantung pada sebatang pokok di hutan berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada 7 Disember 1947.

Mengimbau detik ngeri itu, anaknya, Datuk Mustapha Maarof akur, kejadian itu meninggalkan trauma mendalam pada dirinya sehingga hari ini, tetapi bersyukur kerana terselamat dalam cubaan bunuh berkenaan.

Ketika itu, Maarof, seorang peguam kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan dikatakan baharu membeli sebidang tanah dusun dianggarkan seluas 0.8 hektar di kawasan bukit yang mempunyai dua unit rumah setingkat, terletak berhampiran Sekolah Melayu Seputeh (kini SK Taman Bukit Desa).

Kedudukan rumah pertama di lereng bukit dengan rumah kedua di bahagian atas bukit, dengan jarak cuma kira-kira lima minit berjalan kaki. Mustapha bersama ayah dan keluarga mereka dalam proses menyiapkan rumah sebelum mereka berpindah sepenuhnya ke situ.

"Saya bersama seorang bapa saudara yang bisu sedang mengecat di rumah kedua (atas bukit). Ketika itu, sudah hampir Maghrib, mungkin jam 7 petang.


Datuk Mustapha Maarof menunjukkan gambar ayahnya. - Foto Zunnur Al Shafiq
Lepas tiga das tembakan

"Ketika sedang menyiapkan kerja akhir di tingkat bawah, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan. Bunyinya cukup kuat. Saya nampak tiga lelaki meluru ke arah rumah kami dan mereka melepaskan tiga das tembakan," katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mustapha yang ketika itu berusia 13 tahun bersama bapa saudara berusia awal 30-an terus melompat keluar rumah menerusi tingkap belakang bagi menyelamatkan diri. Mereka sembunyi di kawasan belukar berhampiran.

Seniman veteran itu percaya, tiga lelaki yang memakai seluar hitam dan berbaju putih itu mahu membunuh bapanya dengan menyangka, Maarof berada di rumah di atas bukit, sedangkan ketika itu, Maarof belum pulang dari bekerja di ibu negara.

"Saya cuma nampak kelibat mereka sekali imbas. Memang terlalu takut," kata Mustapha yang juga suami kepada seniwati filem Melayu era 50-an dan 60-an, Allahyarhamah Roseyatimah.


Datuk Mustapha Maarof menatap gambar ayahnya. - Foto Zunnur Al Shafiq
Selepas agak lama bersembunyi dan merasakan keadaan sudah selamat, Mustapha kemudian pulang ke rumah pertama di lereng bukit dan memaklumkan kejadian kepada ayahnya yang baru pulang ke rumah.

Malah, selepas ayahnya balik ke rumah, Mustapha masih bersembunyi kerana takut.

"Saya dengar suara ayah menjerit memanggil nama saya. Ayah berada di rumah pertama kami (kawasan bawah). Tetapi kami langsung tak menyahut kerana bimbang mungkin ayah dijadikan tebusan dan mungkin itu taktik penjahat memaksa kami keluar dari tempat bersembunyi," katanya.

Maarof terus membuat laporan di balai polis Brickfields dan pada malam sama, mereka sekeluarga terus membuat keputusan untuk berpindah semula ke rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kejadian cubaan membunuh berkenaan juga mungkin petanda memang Maarof menjadi mangsa culik dan bunuh kerana sehingga ke hari ini, kes kematiannya yang berlaku 10 tahun sebelum merdeka masih buntu dan tiada jalan penyelesaian.

Malay National Bank didaftarkan pada 12 Mei 1947 tetapi sayangnya, Maarof selaku pengasas yang juga Pengarah Urusan Malay National Bank cuma sempat bertugas selama tujuh bulan sebelum ditemui mati dan operasi diteruskan anak saudaranya, Mustapa M Yusof.


Pengasas Malay National Bank, Maarof Zakaria. - Foto NSTP
Sejak tiga minggu lalu, BH melaporkan bagaimana Maarof yang mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu (dengan tawaran nilai saham dua juta) dibunuh dan difahamkan, ia membabitkan konspirasi terancang untuk menghalang kebangkitan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Ketika itu, hanya ada dua bank di Tanah Melayu iaitu The Chartered milik British dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) dan orang Melayu tidak dibenarkan meminjam dari kedua-dua bank berkenaan.

Sebagai mengenang jasanya membangunkan ekonomi Melayu, sebatang jalan di Bangsar, Kuala Lumpur dinamakan Jalan Maarof.

Wartawan BH yang melakukan tinjauan semula bersama Mustapha di lokasi kejadian mendapati, kawasan itu sudah banyak berubah tetapi kawasan bukit tempat berlaku tembakan masih dipenuhi semak dan kini menjadi tanah rizab milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tapak rumah terbiar

Tinjauan yang disertai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii juga mendapati tapak asal rumah Maarof pernah dijadikan tapak semaian bunga tetapi kini terbiar dan tidak terurus.


Laluan ke rumah Pengasas Malay National Bank, Maarof Zakaria di Seputeh. - Foto Surianie Mohd Hanif
Bahkan, jalan masuk dari Jalan Klang Lama yang dulunya dinamakan Jalan Azura, sempena nama adik kepada Mustapha juga sudah ditukar kepada nama Jalan Taman Bukit Desa.

Berdepan dengan lokasi, ada laluan baharu iaitu Jalan Tasek menuju ke kawasan perumahan manakala di laluan utama, sudah dibangunkan kondominium Merc dan sebuah bengkel mencuci kenderaan.

Mengulas mengenai ketokohan Maarof, Mohd Razlan mengakui perintis kepada pembangunan ekonomi Melayu itu perlu dihargai dan diketengahkan sebagai menghargai sumbangannya.

"Beliau sudah menyediakan jambatan ekonomi yang cukup jelas. Ketika era tahun 1940-an, Allahyarham sudah nampak secara jelas apa yang sepatutnya Melayu lakukan.

"Ramai tidak mengetahui sumbangannya. Usaha untuk mengangkat jasa Maarof perlu diteruskan. Pemuda UMNO sendiri akan membantu untuk membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi, termasuk membincangkan tindakan susulan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
BERSIRI: Malay National Bank sempat bantu Melayu

Oleh Mohd Aziz Ngah dan Zulhilmi Hat
bhnews@bh.com.my
Share

Tweet

Share

KERATAN akhbar BH pada 11 Mei 2014.
KUALA LUMPUR: Sebaik saja pengasas Malay National Bank, Maarof Zakaria, ditemui mati dipercayai dibunuh di hutan pada Disember 1947, ramai yang menyangka bank pertama untuk orang Melayu itu akan terus berkubur. Kematian Maarof itu hanya tujuh bulan selepas penubuhan bank berkenaan.

Namun, atas semangat memperjuangkan nasib ekonomi Melayu yang ketika itu jauh ketinggalan, pengganti Maarof, Mustapha Mohamed Yusof, tekad meneruskan agenda murni itu dan hasilnya berjaya membantu 75 peminjam pertama mendapatkan modal perniagaan.

Walaupun jumlah pinjaman tidak direkodkan secara lengkap, ia dipercayai menjadi titik penentu perkembangan bank dan dalam tempoh singkat, Malay National Bank terus berkembang dengan penubuhan enam cawangan baharu di seluruh negara.

Cawangan baharu itu di Rembau dan Kuala Pilah (Negeri Sembilan); Temerloh dan Raub (Pahang); Kemaman (Terengganu) dan Muar (Johor).


JALAN Raja Chulan menghala ke Jalan Bukit Nenas tempat Maarof membuka bank. - Foto Syaharim Abidin
Diambil alih anak saudara

Mustapha yang juga anak saudara Allahyarham Maarof adalah antara pemegang saham besar dalam Malay National Bank yang memulakan modal dengan jumlah saham sebanyak 5,140 unit.

Pada peringkat awal penubuhan, Malay National Bank membuka dua juta saham dengan nilai RM10 sesaham yang dikhaskan untuk membantu orang Melayu terutama dalam bidang perniagaan.

Selepas ketiadaan Maarof, Mustapha Mohamed Yusof bersama beberapa tonggak bank iaitu Mohammad Salleh Mohd Eusof, Kamsiah Maarof dan Yahya Mohamed Seh bertungkus-lumus membawa bank pertama orang Melayu ke peringkat lebih tinggi.

Ketika membentangkan laporan dalam mesyuarat tahunan pertama yang berakhir pada 30 Jun 1948, Mustapha menegaskan syarikat yang didaftarkan pada zaman Malayan Union itu adalah sebahagian daripada langkah untuk meraih semula kedaulatan kaum Melayu.

"Pengerusi yang pertama (Maarof), sungguh pun tidak dengan nyatanya mengambil bahagian dalam perjuangan siasah itu, percaya kuasa siasah yang di akhirnya akan didapati itu, hanya boleh diselenggara sekiranya kita serentak mempertemukan kehendak kita dalam lapangan perdagangan.

"Bagi orang Melayu, pengekalan bank ini ialah satu perkara yang sangat mustahak. Baginya tujuan yang besar ialah memberi bantuan kepada rakyat dan bantuan itu boleh dihulurkan dengan pertolongan bersama-sama pemegang saham dan juga orang-orang yang belum menjadi pemegang saham mengambil saham yang dikeluarkan," kata Mustapha dalam kenyataan rasminya.

Laporan kenyataan yang dibentangkan kira-kira 11 bulan selepas kematian Maarof dan profil bank itu diperoleh BH Ahad yang menjalankan penyelidikan rekod di Arkib Negara Malaysia.

Didaftar 1947

Berdasarkan rekod `buku hijau', Memorandum of Association and Articles Association, Malay National Bank didaftarkan pada 12 Mei 1947 dan disahkan oleh Timbalan Pendaftar Syarikat, Malayan Union, Lee Keng Hong.

Bank itu menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pinjaman, saham, keselamatan dan harta, bon, stok dan penyimpanan yang memberi kemudahan untuk masyarakat Melayu membuat urusan di bank ini.


KERATAN akhbar dari Jabatan Arkib Negara mengenai berita kehilangan Allahyarham Maarof Zakaria.
Sempat terajui tujuh bulan

Meskipun Maarof cuma memegang jawatan Pengarah Urusan Kanan hampir tujuh bulan, beliau berjaya mengumpul kira-kira 10 pemegang saham utama yang menggerakkan modal bank ini yang semuanya terdiri daripada peniaga dan golongan elit Melayu.

Kejayaan turut dibantu juruaudit Walter Grenier & Co yang dilantik Maarof bagi memantau aliran tunai akaun bank ini yang ketika itu dan kajian mendapati, daripada 75 peminjam awal, dua daripadanya adalah lelaki Cina.

Bagaimanapun, pemegang saham Malay National Bank ketika itu terpaksa akur kerana mereka berdepan dengan masalah kekurangan modal, pemegang saham dan tenaga mahir berbanding bank lain yang mempunyai modal besar dan sudah lama beroperasi.

Sementara itu, pencarian dan penyelidikan hampir sebulan oleh wartawan BH Ahad untuk menjejak lokasi sebenar Malay National Bank akhirnya berjaya apabila menemui fail berusia hampir 67 tahun yang merekodkan lokasi sebenar bank berkenaan.

Bangunan di Jalan Lekiu

Bank itu menggunakan alamat, nombor 63, Klyne Street yang kini ditukar nama kepada Jalan Hang Lekiu, di ibu negara. Bangunan dua tingkat itu terletak berhampiran Muzium Telekom di Jalan Gereja dan masih mengekalkan ciri bangunan lama ketika era penjajahan British.

Meskipun ketika ini bangunan itu sudah bertukar wajah dengan dicat baharu dan dijadikan kedai menjual buku keagamaan, bangunan itu yang bersebelahan dengan rumah kedai nombor 62 dipercayai pernah digunakan sebagai pusat operasi Malay National Bank.

Berhadapan bangunan itu, terdapat sebuah lagi bangunan lama yang tertera tahun 1930 dan kedudukannya memang strategik kerana berada di laluan utama 'Kuala Lumpur Old Town' yang turut menempatkan bangunan lama seperti syarikat getah dan bank komersial lain.


KAWASAN perkampungan Allahyarham Maarof Zakaria di Kampung Galau, Seri Menanti, Negeri Sembilan. - Foto Dzulkeffli Mustapha
BH Ahad sebelum ini mendedahkan Allahyarham Maarof, bapa kepada seniman veteran, Mustapa Maarof dikatakan diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Keretanya ditemui di tepi jalan di Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada 6 Disember (Sabtu) dan keesokannya (Ahad 7 Disember 1947), polis dan pasukan pencari menemui mayatnya digantung pada sebatang pokok di hutan tidak jauh dari lokasi keretanya ditemui.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
BERSIRI: British sekat idea cendekiawan Melayu

Share

Tweet

Share

KUALA LUMPUR: Penindasan berterusan pemerintahan British terhadap kebangkitan cendekiawan Melayu pada era 1940 hingga 1950-an adalah punca banyak idea dicadangkan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan Melayu ketika itu terbantut dan berkubur.

Penganalisis sejarah, Prof Datuk Dr Zainal Kling percaya Allahyarham Maarof Zakaria dan Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad atau Za'aba, antara tokoh yang menerima kesan itu apabila semua usahanya disekat oleh British yang mengamalkan dasar pilih kasih dan tidak mahu anak Melayu berjaya.

Katanya, apabila memasuki era kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein, revolusi terhadap ekonomi dan pendidikan Melayu mula dibuat secara agresif dan tersusun menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB), selain kajian semula sistem pendidikan di bawah Penyata Razak, ketika beliau menjawat Menteri Pelajaran.

"Sebab itu, jika disoroti sejarah perjalanan anak Melayu era sebelum merdeka, ramai yang berjaya, tapi ditindas. Ada yang mahu buka bank dan universiti, tapi disekat oleh British yang mengamalkan corak pemerintahan tidak adil kepada Melayu.

Hanya bersekolah rendah

"Anak Melayu ketika itu hanya dibenarkan bersekolah rendah hingga Tahun Tiga, cukup untuk mengenal huruf A..B..C. Kolej MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) yang dibuka pun terhad dan hanya dikhaskan kepada golongan bangsawan," katanya.

Beliau percaya, Maarof adalah sebahagian cendekiawan yang muncul pada era itu, namun menerima tentangan kuat British sehingga memaksa impiannya membangunkan perbankan Melayu gagal.

"Orang Melayu hanya dibenarkan meminjam daripada ceti, paling tinggi pun menjadi ahli koperasi," katanya sambil memaklumkan kekangan Melayu untuk maju dalam ekonomi sebenarnya bukan berlaku pada masa kini saja, bahkan sejak penjajahan British.

Selain Maarof, bekas Menteri Besar Pahang, Allahyarham Tan Sri Yahya Mohd Seth antara individu terbabit dalam membangunkan bank berkenaan. Yahya ketika itu adalah Pengurus Bank Kebangsaan Melayu di Temerloh.

Sementara itu, dalam buku berjudul Tun Abdul Razak: Potret Dalam Kenangan diterbitkan Yayasan Tun Abdul Razak, turut dikongsi coretan mengenai sumbangan Maarof yang berjaya membuka bank Melayu pertama ketika era penjajahan British.

Buku itu antara lain menyebut bahawa kematian tokoh perbankan kira-kira 64 tahun lalu itu adalah kerana khianat dan bukan disebabkan masalah kewangan atau penyelewengan seperti didakwa dalam laporan penjajah British.

Kenang misteri kematian

Kisah pembunuhan tragik Maarof itu turut dikongsi pembaca BH. Di laman Facebook BH Online, kebanyakan pembaca mahu misteri kematian tokoh itu dikenang, malah ada yang menggesa supaya pihak polis membuka semula siasatan bagi mencari siapa sebenar pembunuhnya.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Razanet Rashida berkata `Semoga kita dapat mengetahui cerita sebenar, ..hebatnya orang Melayu!'

Md Noor Jan Mohd dalam komennya pula menyebut : `Mustafa (anak Maarof) minta polis buka balik fail (siasatan) pembunuhan ayahanda Maarof," katanya.


"Kes ini sudah lebih 60 tahun. Kita akan meneliti dan semak kes ini," Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Polis sedia teliti semula fail siasatan

Polis sedia menyemak semula fail siasatan berhubung kes pengasas Bank Kebangsaan Melayu, Maarof Zakaria yang diculik dan dibunuh pada Disember 1947.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beliau akan menyemak semula fail siasatan untuk mengetahui sama ada ia boleh dibuka semula atau sebaliknya.

"Kes ini sudah lebih 60 tahun. Kita akan meneliti dan semak kes ini," katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata, polis menghadapi sedikit kesukaran untuk menyemak kes itu memandangkan ia sudah terlalu lama dan berlaku ketika zaman sebelum merdeka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri, berkata kes seperti ini boleh dibuka semula jika ada keterangan baharu dan bukti kukuh.

Budi bicara Peguam Negara

Bagaimanapun, keputusan membuka semula siasatan bergantung kepada kebenaran dan budi bicara Peguam Negara.

"Kebiasaannya, jika ada bukti baharu yang kukuh atau penemuan baharu, ia boleh dibuka semula," katanya.

BH Ahad melaporkan, Maarof yang ketika itu berusia 43 tahun, diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru di sini, menuju ke rumah ibunya di Seremban.

Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui di Jalan Kuala Lumpur-Bentong dalam keadaan digantung pada sebatang pokok di dalam hutan.

Kes penculikan dan pembunuhan itu sehingga kini menjadi misteri dan dipercayai ada kaitan dengan komplot menggagalkan bank Melayu pertama yang diusahakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 11:51 AM | Show all posts
dua politician melayu terhempas helikopter pun dipercayai sabotaj ekonomi.. mana2 melayu yang nak tolong melayu kena lebih licik lebih jahat..

zaman dulu kongsi gelap bakar kapal dagang bijih timah melayu, bila dah tiada kapal orang melayu buat kapal lain dan tiada pembeli mahukan, nak tak nak terpaksa pajak kepada peniaga cina sampai tergadai lombong2 bijih milik melayu.

berniaga tiada rules. siapa licik kejam dia berjaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
New info for me. Thanks TT for sharing . I believe mesti kaum satu bangsa yang dengki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-12-2018 11:51 AM
dua politician melayu terhempas helikopter pun dipercayai sabotaj ekonomi.. mana2 melayu yang nak to ...

Sbb yg licik dan kejam itu bangsa komunis. Tengoklah kejejaman krjn komunis china kpd umat islat uyghur hari ini...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
So tan sri cina yg share bukak bank dgn Maarof ni kena bunuh jgk ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:16 PM | Show all posts
i bookmark dulu page ni. nt ada masa i baca. pjg sgt. nt i baca ye.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku Ada sentuh Maarof Zakaria dalam tred Ho Ching. Ada sikit ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Keratan akhbar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Straits Times

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm sebaik sahaja puak pendatang mendapat kewarganegaraan secara percuma, golongan ini begitu rakus sekali untuk merompak kekayaan negara ini dengan bantuan kedua dua bank itu.

Maka lahirlah usahawan usahawan muda dari kalangan pendatang dengan kuasa jaminan kewangan yang mencukupi . Dalam apa apa projek yang diusahakan.

Maka berbondong - bondong lah pemaju  perumahan dan kontraktor dari puak pendatang membina penempatan baru dengan status tanah halal yang diluluskan oleh Melayu yang tidak nampak apa sebenarnya maksud tersirat & implikasinya.

Tidak hairanlah sehingga kini ekonomi mereka semakin kukuh & mengapa  bandar bandar besar masih lagi utuh didalam gengaman mereka atas dasar demokrasi

Tidak hairanlah kenapa ekonomi orang melayu disekat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih tt...suka baca info mcam ni..semoga arwah maarof dan arwah mustapha maarof dicucuri rahmat..aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kita sendiri kena tolong ekonomi org kita...brg asas dlm rumah ..carila jenama org melayu..kalau ada duit support org melayu berniaga online.
sbb supermarket2 dkt area rumah aku ni mostly 'org dia' yang punya so aku cuba juga tolong 'orang kita' dengan membeli jenama keluaran kita..
jati diri aku masih tinggi..walau ramai anak bangsa aku dah bersikap liberal konon lebih mementingkan quality. keluaran orang melayu ni low quality la cepat rosakla.
hello..ko ingat bangsa lain pandang ke jenama melayu ni? kalau ko xtolong..sapa lagi nak tolong??
loan bank pun..aku cari bank islam..even interest dia tinggi sikit dr bank konvensional..sbb aku niat nak tolong org Islam..aku xfikir sapa share holder even aku tgk banyak je syarikat macam takaful malaysia share holder nya org bangsa yang bukan kita

tepuk.dada tanya diri setakat mana kita tolong bangsa sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 19-12-2018 07:14 PM
kita sendiri kena tolong ekonomi org kita...brg asas dlm rumah ..carila jenama org melayu..kalau ada ...

Kalau bisnes online memang majoriti pelanggan melayu esp produk kosmetik timbang kilo yg banyak merkuri..
Tak pun jus perapat, kasi tahan lama, aset anjal, minuman bagi baby putih bak kokesen..pm sis pmmm semedang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 19-12-2018 05:36 PM
Hmmm sebaik sahaja puak pendatang mendapat kewarganegaraan secara percuma, golongan ini begitu rakus ...

Ye..dan keturunan sepet dan rentung still melolong menyalak cakap ditindas dan disekat
Melayu mmg bangsa penyabar dan setiap kesabaran ada had sabar

Sebab tu kamus oxford ade amik perkataan bahasa melayu - amok

Bila keamanan dorg xreti nk hargai, toleransi kewarganegaraan dorg xreti berterima kasih, bangsa melayu dorg xreti nk hormat

Agaknya dorg nk rs hidup mcm era nazi, aparteid atau us sblm perang saudara agaknya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.466431 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list