Juara Gegar Vaganza 5, Noryn Aziz pernah dikritik oleh aktres filem Melayu, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) yang mengatakan suara Noryn seperti transgender ketika menyanyikan lagu 'Cintaku 100%'. Gossip itu panas seketika dengan Ogy dihentam peminat hiburan kerana komennya yang tidak berasas.
Bagaimanapun, empat hari yang lalu Noryn memuat naik gambarnya berlaga pipi dengan Ogy dengan kapsyen 'bersama primadona kesayangan'. Biarpun gambar tersebut pecah-pecah namun ia tidak menjejaskan penjelasan Noryn bahawa Ogy sebenarnya banyak memberi ilmu persembahan yang berguna dan sentiasa menjadi inspirasinya.
Justeru, ramai netizen yang memberi komen supaya Ogy bermuhasabah diri selepas ini. Tanpa disangka, Ogy pula membalas komen tersebut hingga ramai pula saling berbalas komen.
Foto : IG
Bermula dengan komen netizen yang meminta Ogy menyanyi membuatkan penyanyi tersebut tiba-tiba membalas komen tersebut dengan meminta netizen itu pula yang mengajar dia menyanyi.
Foto : IG
Ia berlarutan dengan beberapa netizen lain pula yang bertanyakan kenapa Ogy sentap dan dibalas kembali oleh Ogy bahawa dia sebenarnya tidak sentap tetapi bersungguh-sungguh mahu belajar menyanyi daripada orang yang bijak memberi komen tersebut.
Seterusnya Ogy juga menjelaskan yang dia sangat jujur kerana berani bercakap benar berbanding netizen tersebut yang berselindung di sebalik gambar kucing.
Foto : IG
Tidak hanya itu, makin ramai netizen yang mencelah dan menyatakan yang Ogy sebenarnya menjadi pengkritik sekadar untuk menjatuhkan orang. Lalu Ogy pula membalas bahawa ia adalah perbualan dengan netizen yang pertama, jadi tidak perlu campur tangan netizen yang lain.
Akhirnya netizen pertama tadi meminta maaf jika ada ketelanjuran dari kata-katanya dan menyatakan dia meminati lakonan Ogy di zaman 80an. Ogy juga berterima kasih dengan pujian tersebut dan berharap netizen yang tidak memahami isu tersebut supaya menonton program temuramahnya dengan Noryn yang sudah pun dicerahkan.
Panas juga isu ini hingga berbalas-balas mesej ya antara netizen dengan Kak Ogy. Jika dilihat komen-komen seterusnya pun, ramai lagi yang mengkritik jawapan Ogy namun terus dibalas oleh Ogy. Apa pun, kita harapkan hanya yang baik-baik bagi kedua-dua pihak. - CARI
|