Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1700
View
0
Reply

[Edisi Math] Cikgu cipta 'Azimat Matematik'

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-12-2018 02:58 PM | Show all posts |Read mode

AZIZ Mamat menunjuk ajar pelajarnya bagi menguasai mata pelajaran Matematik menerusi sistem Azimat Matematik

KOTA BHARU: Seorang guru mencipta sistem perisian memudahcara sukatan pelajaran matematik bagi pra sekolah dan sekolah rendah yang diguna pakai di empat negara.
Modul ciptaan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1, Aziz Mamat, 54, digunakan di India, Korea, Amerika Syarikat serta Malaysia itu turut diiktiraf Pendidik Inovatif Microsoft (MIE) oleh Microsoft Antarabangsa pada tahun 2014.
Aziz berkata, idea mewujudkan pengajaran dan pembelajaran (PDP) matematik dalam bentuk digital direka pada tahun 2003 hasil pengalaman menjadi guru matematik selama 30 tahun.
Katanya, melalui modul yang dikenali sebagai Azimat Matematik, beliau memudahcara sukatan pelajaran matematik bagi pra sekolah usia antara 4 hingga 6 tahun dan mata pelajaran matematik bagi peringkat sekolah rendah iaitu darjah satu hingga enam.
Sistem ini diperbuat daripada Microsoft Multimedia dan diadaptasi dengan perisian mengikut sukatan mata pelajaran terkini Kementerian Pendidikan dengan cara lebih seronok dan interaktif, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

MODUL interaktif Azimat Matematik boleh dipelajari menggunakan papan putih bagi pembelajaran dan pengajaran (PDN) di sekolah-sekolah


Katanya, modul itu boleh dimuat turun dalam video, portal, pemacu pena (pendrive), cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD), diajar secara atas dan luar talian, kelas digital selain boleh dimuat di dalam android bagi menggunakannya melalui telefon pintar.
Beliau berkata, modul dalam bentuk interaktif dan multimedia itu merangkumi 6,000 aktiviti PDP matematik bagi setiap darjah pelajaran.
Modul ini bukan saja dapat menukar pembelajaran matematik daripada membosan kepada menyeronokkan malah memudahkan guru dan murid mahir menguasai teknik pengiraan, menyelesai masalah selain menjimatkan penggunaan kertas kerana guru dan murid hanya perlu tekan pada tetikus saja untuk belajar Matematik, katanya.
Bagi pencapaian itu, Aziz turut mendapat pengiktirafan Certificate of Achievement in Microsoft Digital Literacy oleh Microsoft Malaysia pada tahun 2014; Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan pada 2015 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Johan Pertandingan Jejak 1001 Inovasi 2013.

Aziz juga memuatnaik modul Azimat Matematik di Youtube dan azimate.blogspot.com yang boleh dilayari secara percuma.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.095063s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list