Sudah kecoh di media sosial mengenai isu saman Nur Sajat yang gagal membayar cukai GST. Isu diperhangatkan lagi apabila pihak wartawan menulis nama sebenar Nur Sajat iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman di dalam laporan kes tersebut.
Kredit foto: IG Sajat
Berikutan itu, Sajat dikatakan tertekan dengan situasi tersebut, lalu timbullah pelbagai drama di Instagramnya sendiri.
Sajat sebelum ini ada memuat naik sebuah video yang mencetuskan kontroversi kerana di dalam video itu, dia menabur wang kertas yang tidak terkira jumlahnya di atas tubuhnya dengan kapsyen berkaitan masalahnya. Bagaimanapun, video itu kemudian dipadam pada hari sama.
Pelakon Fasha Sandha yang sememangnya rapat dengan Sajat sempat meninggalkan komen pada video itu.
Ramai yang memuji tindakan Fasha kerana berani menegur Sajat di atas kesilapannya itu.
Namun, ada juga komen dari seorang individu yang menyerkap jarang, mengenakan tuduhan tidak berasas kepada Fasha. Akibatnya, Fasha berang dan membidas kembali komen berkenaan.
Gara-gara video Sajat, nama Fasha turut terpalit sama. Memang benar Fasha rapat dengan jutawan kosmetik itu, tetapi pastinya bukan kerana wang ringgit.
Kredit foto: Carian Google
Semoga peminat tidak memberi tuduhan melulu tanpa menampilkan bukti kerana ia sudah pasti akan menjadi satu fitnah. - CARI |