|
Dek kerana cemburu buta, seorang wanita menikam suaminya hanya kerana mangsa 'mengambil masa terlalu lama' ketika membeli-belah sempena perayaan Krismas.
Memetik Mirror, Stuart Simpson, 45, ditikam isterinya, Sonia Simpson, 52, empat kali dengan pisau dapur rumah mereka di Great Yarmouth, Norfolk.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan demi menyelamatkan nyawa tukang masak itu pada Krismas 2017.
Difahamkan, isterinya yang tidak bekerja itu dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun atas kesalahan dilakukannya.
"Saya pergi ke bandar, sementara Sonia menghabiskan masa bersama rakannya, Stacey di rumah.
"Tetapi, saya mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan kerana membeli-belah di saat-saat akhir.
"Setibanya di rumah lima jam kemudian, saya dapati Sonia mengamuk.
"Dia yang ketika itu mabuk bertanya kepada rakannya sama ada saya seorang yang bodoh dan apabila Stacey menafikannya, Sonia terus menerkam dan menumbuk wanita berkenaan," ujarnya.
Bagaimanapun, Sonia berang dan cemburu apabila Stuart melindungi Stacey sebelum menikam mangsa.
Kredit foto: Mirror
Difahamkan, Sonia sebelum ini sering mengawal suaminya selain menuduh mangsa curang dan tidur dengan wanita lain ketika menghadiri pengebumian ibunya.
Pernah suatu ketika, Stuart pulang lewat dan isterinya menuduh dia tidur dengan majikannya.
Stuart mendakwa isterinya tidak pernah mempercayai dirinya dan sentiasa cemburu jika dia didekati mana-mana wanita. - CARI |
|