CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2549|Reply: 7

Skim BDIG Masih Rancak Walau Telah Disenarai Hitam Bank Negara

[Copy link]
Post time 26-12-2018 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Nampaknya, skim pelaburan Big Data International Group atau BDIG masih lagi rancak beroperasi walaupun telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Julai lepas. Terbaru, skim ini telah melebarkan sayapnya ke negara jiran, Indonesia.




Kredit Foto: Ponzi Scheme Alert in Malaysia




Menurut laman sesawang syarikat ini, mereka mendakwa terlibat dalam perniagaan bitcoin di mana mereka akan membeli mata wang bitcoin pada harga murah dan menjual semula pada harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan.


Syarikat ini mendakwa dapat memberikan keuntungan berganda-ganda dalam mata wang asing (ASD) dan membuka peluang kepada orang ramai untuk melabur dengan pulangan 100 peratus dalam masa 100 hari sahaja.




Kredit Foto: Laman Web BDIG




Skim ini bagaimanapun tidak mendapat kebenaran BNM dan didapati beroperasi tanpa lesen. Pada 11 Julai tahun ini, BNM telah menyenaraikan BDIG sebagai salah satu perniagaan haram.




Kredit Foto: BNM




Senarai terkini yang memuatkan BDIG dan banyak lagi skim haram lain boleh disemak di laman rasmi BNM.




Kredit Foto: BNM




Untuk pertanyaan, BNMTELELINK boleh dihubungi di: BNMTELELINK, Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur, Tel: 1-300-88-5465 (LINK), Faks: 03-2174 1515, E-mel: [email protected], Waktu urusan BNMLINK dan BNMTELELINK:, Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang


Pelabur dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan nasihat daripada BNM Telelink sebelum menyertai mana-mana skim yang meragukan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak serik-serik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang dah nak rebranding nama baru kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:29 AM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 26-12-2018 11:18 AM
Sekarang dah nak rebranding nama baru kan?

iye. dah rebranding nama lain. tp tak sure ape namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:33 AM | Show all posts
dalam dunia ni xde yg boleh kaya cepat. to good to be true.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:57 AM | Show all posts

skim cepat kaya kah ini?

skim cepat kaya ini sgt menarik  sebab ianya menawarkan jalan keluar kepada ramai orang yang mahu duit, mahu kaya cepat, sumber duit sampingan, satu kegiatan menguntungkan, peluang bisnes etc + dengan kaedah mudah, tak perlu kerja kuat, sebagai kerja sampingan, tak perlu bersusah payah etc + tak ada risiko, dijamin, selamat, kerjasama dengan bank negara, ada celebriti join etc + ada gaya, keunggulan, ada class, berbeza dengan orang lain, boleh selfie berdiri diatas kereta mahal, selfie beramai2 dihotel dan melancung diluar negara....

Bayangkan sasaran skim ini kepada masyarakat, hampir menyeluruh, dari penggangur, penyapu sampah, pekerja kilang, staf gomen, agamawan, golongan profesional, korporat etc semua kelas masyarakat fit kepada description dan reason untuk join skim ini. Tak hairanlah sampai sekarang masi ramai yang join, ianya mempunyai imej peluang besar atau sangat rugi atau sayang untuk ditinggalkan.

Walaupun masyarakt kita dah ada pengalaman dan pengetahuan skim2 spt ini cuma bersifat sementara dan sangat berisiko sehingga ada yang bergadai tanah, harta  dan  boleh rugi beratus ribu atau jutaan tetapi masih ramai yang tak ambil iktibar. Memang sifat manusia barangkali bila godaan terlalu besar ianya semakin susah untuk menilai penipuan dan kebohongan yang disolek menjadi cantik dan menarik.

kalau nak join pun join suka-sukalah, jangan sampai gadai simpanan dan harta sehingga hilang segalanya bila skim tersebut runtuh.  walaupun kena tipu tapi masih boleh ketawa dan senyum dgn kebodohan sendiri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg masuk skim cepat kaya ni mcm pengundi2 gak. Dah bergelen kena kencing pun masih telan gak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 01:58 PM | Show all posts
bayor rm45, dapat ratus2..
pastu xde upside down nya rate..
gile ah pelaburan nih..
tapi sbb duit dlm komputer jeh, mmg x le nk join..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.113447 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list