CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3794|Reply: 13

Barisan Model Victoria Secret Penutup Tirai 2018, Cantik-cantik Semuanya!

[Copy link]
Post time 26-12-2018 11:01 AM | Show all posts |Read mode
2018 bakal melabuhkan tirai dan membuka lembaran baru 2019. Pada 8 November lalu, acara tahunan Victoria Secret Fashion Show telah berlangsung dengan jayanya. Namun, ianya hanya dipertontonkan kepada umum pada 2 Disember di New York.


Terdapat 18 model baru yang memperagakan pakaian dalam serta beberapa super model yang membuat 'comeback' setelah beberapa tahun tidak berjalan di pentas peragaan beprestij itu.


Tahun ini juga dikatakan tahun terakhir untuk super model Adriana Lima berjalan di atas pentas pertunjukan fesyen itu.




Kredit foto: Google






Ini dia senarai barisan model Victoria Secret 2018!


1. Kendall Jenner


Kredit foto: Google




Kendall yang tidak turut serta pada tahun lalu merupakan salah seorang 'angels' VS. Tapi, macam biasa setiap tahun sentiasa ada komen mengenai cara Kendal berjalan di atas 'walkway'.



2. Bella Hadid

Kredit foto: Google




Bella hadid terkenal di atas pentas peragaan kerana sering membuat muka 'poker face' atau 'straight face' (muka selamba) sepanjang masa. Tapi, tetap cantik.



3. Gigi Hadid


Kredit foto: Google




Angels seterusnya ialah Gigi Hadid, kakak kepada Bella Hadid. Gigi membuat penampilan pada tahun ini dengan pakaian yang lebih sarat dan dramatik!



4. Karlie Kloss


Kredit foto: Google




Karlie Kloss yang baru saja melangsungkan perkahwinan membuat pertunjukan selepas agak lama mediamkan diri kerana komitmen kerja.



5. Kelsey Merritt


Kredit foto: Google




Angel Victoria Secret dari Filipina. "We Did It Philippines"! katanya.



6. Winnie Harlow



Kredit foto: Google





Mempunyai keunikan kulit yang diberi nama 'Vitiligo' ini, Harlow berjalan megah di atas pentas peragaan. Namun, model ini terselit sedikit kontroversi kerana pernyataan berbaur rasisme yang diluahkan menerusi Instagram beliau, baru-baru ini.




7. Alexina Graham

Kredit foto: Google




Model yang tidak asing lagi untuk jenama Maybelline! Ini merupakan kali pertama untuk Graham berjalan di atas pentas sebagai angels!



8. Ming Xi


Kredit foto: Google




Ming Xi kembali pada tahun ini setelah dirinya dilanda kontroversi kerana terjatuh pada pertunjukan VS pada 2017. Beliau merupakan rebutan pereka pereka fesyen dari serata negara setelah kemunculan beliau dalam Minggu Fesyen New York dan Paris.



9. Nadine Leopold


Kredit foto: Google




Namanya meningkat naik selepas terbabit dalam sebuah rancangan realiti televisyen (TV) iaitu Model Squad. Nadine telah membuat kemunculan di VS pada tahun lepas.



10. Sui He


Kredit foto: Google




Model idaman untuk jenama terkenal seperti Dior, Chanel, Ralph Lauren ini telah hampir lapan tahun berjalan di pentas VS. Seorang lagi angels mewakili Asia.


Antara model lain yang turut serta pada tahun ini termasuklah Barbara Fialho, Shanina Shaik, Devon Wisdor,Aiden Curtis dan ramai lagi. Bila lagi rakyat Malaysia nak naik pentas Victoria Secret? Mampu tak? - Siapa pula bakal berjalan di pentas VS pada 2019 ya? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat Malaysia tunggu hangrii...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Me suka sgt dgn adriana lima tu.. Cantik {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
I love this thread. Moar pic pls
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiii intan, celah mana Kendukk tu angel? Filipina tu pun bukan angel.
Sejak bila Karlie Kloss yg tinggi 188cm (2nd highest paid model) tu joint VSFS tahun ni?
Tolong keluar dari kepompong la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 1, yg tak joint VSFS last year si gigi tu, bukan kendukk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2018 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk fakta yg x tepat! Mabol ke masa tulis artikel ni?

Karlie Kloss x join show tahun ni..

Kendall and few models dlm list tu bukan Angels. Just model je..  model pinoy tu pon bukan Angel.. sheols model baru jah.. next year kena casting lg kalau nk join the show..

RESEARCH LAAA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 08:42 AM | Show all posts
mek dop kenal separuh dr tu, gigi ngan adik dia gusi tu mek kenai lah..
kendal tu mek kenai lah..
adriana tu mukan  minik adam ke?
byak soklan nih nak tnya,,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 10:25 AM | Show all posts
Sui He tu lawanya la. Bone structure dia lawa giler

Lagi 1 model Chinese yg iols suka Liu Wen. Aku rasa her best VS runaway look was tahun 2012 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 02:20 PM | Show all posts
yg minik adam tu behati nama nye..yg adriana tu hakak2 dh kat VS ni.umo dh ujung2 30, boleh dh nk bersara
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 02:43 PM | Show all posts
i miss miranda kerr
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 03:39 PM | Show all posts

miranda busy nak hangkut piano kaca pemberian abam jho low dari dalam rumah dia nak bawak keluar
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 10:54 AM | Show all posts
Orix replied at 31-12-2018 03:39 PM
miranda busy nak hangkut piano kaca pemberian abam jho low dari dalam rumah dia nak bawak keluar : ...

haha...bawak gi mane plak tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Can’t beat the old models!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.460384 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list