CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3875|Reply: 9

Bekas Tunang Saman Semula Sofia Vergara Mahu Embrio Dikandung Ibu Tumpang

[Copy link]
Post time 26-12-2018 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon terkenal dalam siri Modern Family, Sofia Vergara, 46, sekali lagi bakal berdepan saman daripada bekas tunangnya, Nick Loeb, 43 walaupun Sofia telah lama bahagia dengan suami barunya, pelakon sasa Joe Manganiello, 41.



Kredit Foto: New York Post


Saman itu berhubung dua embrio tabung uji yang disenyawakan daripada benih Sofia dan Nick pada tahun 2013 bertujuan untuk dilahirkan oleh ibu tumpang tetapi perancangan mereka menjadi ibu bapa tergendala berikutan putusnya pertunangan mereka. Sofia, yang kemudiannya berkahwin dengan Joe Manganiello mahukan embrio itu kekal disimpan tetapi Nick yang juga sudah berkahwin dengan wanita lain mahukan embrio itu dikandung dan seterusnya dilahirkan oleh ibu tumpang.



Kredit Foto: Crux Now


Pada mulanya saman itu difailkan di California pada tahun 2014 dan hakim telah memihak kepada Sofia. Nick kemudiannya cuba menfailkan saman itu di Louisiana pada tahun 2015 , di mana undang-undang janin lebih ketat tetapi ditolak kerana kedua-dua mereka buka pemastautin di negeri itu.  Awal tahun 2018, Nick telah menyewa sebuah kediaman di negeri ini seterusnya pada bulan Ogos lepas telah memulakan saman baru terhadap Sofia.



Kredit Foto: TMZ


Sumber dari pihak Sofia menuduh motif di sebalik saman tersebut bukanlah kerana niat Nick untuk menjadi bapa tetapi kerana Nick ingin membalas dendam terhadap Sofia yang memutuskan pertunangan mereka. Sumber itu berkata, Nick masih lagi belum memaafkan Sofia dan berharap  masalah undang-undang ini akan mengkucar-kacirkan hidup dan perkahwinan Sofia dengan Joe. Sebelumnya, Nick berkata beliau mahukan perancangan embrio itu diteruskan kerana beliau ingin menjadi ayah tunggal tetapi Nick kini sudah berkahwin baru malahan sudah punya darah daging sendiri yang lahir normal, jadi sumber itu mengatakan sekarang Nick sebenarnya ada niat lain di sebalik saman tersebut.



Kredit Foto: Hello Magazine



Untuk mengukuhkan peluangnya, Nick telah mengfailkan saman tersebut di Louisiana, sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) yang menegah semua jenis pemusnahan embrio yang dianggap manusia lengkap. Untuk layak dibicarakan di Louisiana, Nick telah menyewa sebuah rumah sebagai alamat tetapnya dan mendaftarkan sebuah tabung kewangan dinamakan Emma & Isabella sempena nama embrio yang ingin dipeliharanya, sedangkan Nick sendiri masih bermastautin di California



Kredit Foto: The Knot News


Ketika dihubungi oleh TMZ, peguam Nick, Jasha McQueen mengesahkan Nick menyewa sebuah rumah di Louisiana walaupun berdaftar sebagai pengundi di Los Angeles. Peguam itu juga tidak mahu menjawab berapa lama Nick akan menyewa di sana. 'Lesen memandu Nick didaftarkan di Louisiana jadi pihak hakim pasti akan mempertimbangkan saman ini' jawab McQueen lagi.


Adakah kebahagian pasangan ideal Sofia Vergara dan Joe Manganiello bakal tergugat apabila saman ini memulakan perbicaraan? Hanya masa yang akan menentukan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sophia ni time muda lagi hot. Now hot juga utk her age n suka gila dia n laki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 02:32 PM | Show all posts
tuhann.. anak sejuk beku pun dah d gaduhkan.. sian
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka sgat accent si sophia ni..... plg lawak kalau Ellen ajuk accent dia hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kahwin baru pun tak move on lg? So bitter ex laki nya
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 12:05 PM | Show all posts
dendam sgt ni.. ke x move on lagi sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak balas dendam saja ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
klu I jadi bini Nick ni, i mintak cerai and then bawak lari anak...kecik hati hokkay kalu somi sendiri masih tergila2 @ xleh move on dari bekas tunang..dah kenapa kau, bini dah beranak pun sibukkk nak anak dgn bekas tunang lagi...btw,joe tu bertiang2 hensem dr Nick..sbb tu dia sakit hati kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
miemiecha replied at 26-12-2018 02:32 PM
tuhann.. anak sejuk beku pun dah d gaduhkan.. sian

Tah.. buang je dlm parit kot abis cite. Bior padan muka dedua
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 08:39 AM | Show all posts
sinalegna replied at 29-12-2018 10:38 AM
Tah.. buang je dlm parit kot abis cite. Bior padan muka dedua

entohnya..
mcmlah skrg ni lam kantung telo tu xdop dah hak lain..
pastu klau sumbat lam rahim pun, sok lahir mula lah pihak sana claim sini, yg sini claim sana..
ujg2 rosak bdk ter..

ade kepentingan lain sokmo org puteh nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.070851 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list