Sekumpulan kambing liar yang hidup di Taman Negara Olimpik di Seattle, Amerika Syarikat (AS) terpaksa dipindahkan selepas mengalami ketagihan air kencing manusia dan menjadi aggresif.
Menurut pihak berkuasa, tabiat pelawat dan pengembara yang kencing merata-rata di sepanjang laluan taman itu menyebabkan kambing-kambing liar ketagih air kencing yang menjadi sumber garam dan mineral mereka, sambil merujuk kepada laporan penyelidik sains dari Popular Mechanics.
Kredit Foto: Motherboard (Vice)
Akibatnya pihak berkuasa taman terpaksa menangkap, menanda, mengikat dan memindahkan kambing-kambing itu menggunakan helikopter ke hutan simpan North Casades yang berdekatan.
Kredit Foto: Yahoo News
Selepas dipasang dengan kolar GPS, kambing-kambing tersebut diangkut berpasangan ke sembilan lokasi sekitar pergunungan Baker-Snoqualmie.
Saintis berpendapat lokasi ini lebih sesuai untuk kambing liar itu kerana mereka boleh hidup bebas tanpa sebarang pelawat. Saintis berharap kambing-kambing liar itu akan mendapat keperluan mineral dari hutan tersebut dan bukannya dari air kencing manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap perlakuan haiwan.
Kredit Foto: NPR
Sebelum ini, kawanan kambing-kambing liar dilaporkan menjadi agresif dan sering melakukan serangan terhadap kawasan perkhemahan apabila mereka terhidu garam atau mineral daripada air kencing pelawat ataupun peluh daripada pakaian.
Kambing-kambing itu juga akan menggali lubang di mana terdapat sampah atau bahan buangan makanan yang mengandungi bau garam dan mengakibatkan kerosakan terhadap tanaman dan tumbuhan sekitar taman.
Kredit Foto: Casper-Star Tribune
Pihak berkuasa tidak dapat mengawal kadar populasi kembing-kambing liar ini kerana tidak ada bahan atau kaedah perancang pembiakan haiwan yang diluluskan perundangan setakat ini. -CARI |