CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2532|Reply: 5

Geng Pecah Rumah Selebriti Hollywood Akhirnya Tumpas

[Copy link]
Post time 26-12-2018 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Polis Los Angeles telah menahan 4 orang yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri pecah rumah selebriti Hollywood antaranya rumah milik Rihanna, Christina Milan, Nicki Minaj, Derek Fisher, Emily Rossum, Chris Brown, Blac Chyna, pemain baseball Yasiel Puig dan Robert Wood. Turut dijumpai ialah senarai alamat 'bakal mangsa' lain termasuk ahli sukan Le Bron James dan pelakon Viola Davis.



Kredit Foto: CBS Los Angeles



Menurut polis, suspek-suspek dipercayai sebahagian daripada sindiket besar yang menyasarkan pelakon, penyanyi, atlet dan penerbit Hollywood. Polis turut mempamerkan beberapa barangan rampasan termasuk beg tangan, jam tangan dan barang kemas dengan harapan mangsa pecah masuk boleh mengenal pasti barangan masing-masing. Wang tunai sebanyak ASD50,000 turut dijumpai.


Kredit Foto: The Mercury News



Kredit Foto: The Mercury News




Menurut siasatan awal, sindiket ini bertanggungjawab dalam lebih dua dozen insiden pecah rumah melibatkan kehilangan bernilai jutaan dollar. Beberapa tangkapan lain akan dibuat sedikit masa lagi kata Lillian Carranza, pegawai dari Commercial Crimes Division, LAPD.


Kredit Foto: Winsdor Star




Menurut polis lagi, mangsa pecah rumah dipilih berdasarkan intipan sindiket itu di media sosial selebriti terutamanya mereka yang memuat naik status jadual perjalanan, konsert ataupun ketiadaan di rumah. Sebagai contohnya rumah Robert Wood dipecah masuk selepas beliau memuatnaik status tiada di rumah untuk satu pertandingan di luar negara. Begitu juga dengan rumah Rihanna dan Milian yang disasarkan selepas memuatnaik gambar-gambar percutian mereka.


Kredit Foto: NBC News




Selepas menentukan sasaran, sindiket itu akan masuk ke perumahan selebriti dengan kereta dan pakaian mewah untuk melakukan intipan awal sebelum memecah masuk melalui jendela atau pintu dengan pakaian biasa dan peralatan serta senjata.


Jumaat lepas polis menahan sebuah kereta yang menghala ke Selatan Los Angeles dan menjumpai senjata serta peralatan memecah masuk disembunyikan di bahagian bonet.  Penumpang  kereta itu Tyress Williams, 19 , Jshawne Daniels, 19, dan Damaji Hall, 18, kemudiannya ditangkap. Ibu Damaji Hall, Ashle Hall, 34 tahun, kemudiannya ditahan pada Ahad lepas kerana disyaki bersubahat.




Kredit Foto: Bossip.com


Kes pecah masuk di rumah selebriti semakin menjadi-jadi sejak dua tahun lepas. Mangsa terdahulu termasuklah pemain NBA, Nick Young dan penyanyi Alanis Morissette. Polis mengeluarkan nasihat supaya selebriti dan orang awam tidak meuar-uarkan jadual perjalanan mereka di media social untuk mengelakkan menjadi sasaran. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 02:00 PM | Show all posts
aduhai..
akhirnya d tangkap jugak.. bkn setakat celebriti..
kite marhawen pun hehati lah..
upload kat ig etc, org pandang jeh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak plak tgok gambar mugshot tu.. mcm2 reaksi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 05:47 PM | Show all posts
mak 34thn..anak 18thn..mak bersubahat pl tu..sng jer jadikan anak
sumber kewangan dgn cara mcm tu.last2 dua2 kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 06:27 PM | Show all posts
Sindiket besar ? brp ramai semuanya. Ekceli nasib baik jugaklah deyols rompak time retis tada kat umah kan. At least retis selamat tak kena pukul bunuh etc
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Terer nya pencuri..umah oliwod retis bkn slalu sikuriti jaga ke...kagum gn dorg{:hooray
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.113409 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list