CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9586|Reply: 19

'Miss Comet' Belum Mati! Khabar Angin Kematian Pelakon Jepun Itu Disahkan Tidak

[Copy link]
Post time 27-12-2018 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Heboh di media sosial baru-baru ini apabila beredar khabar angin bertebaran mengatakan pelakon Jepun, Yumiko Kokonoe, yang pernah memegang watak Miss Comet siri awal telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun khabar angin itu kemudiannya disahkan tidak benar.



Kredit Foto: Carian Google


Khabar angin itu tercetus apabila surat khabar berbahasa Jepun, Japan Today telah mengumumkan kematian seorang pelakon wanita lain bernama Kirin Kiki tetapi tersilap memuatkan gambar Yumiko Kokonoe menyebabkan ramai netizen menyangka pelakon siri terkenal Miss Comet itu yang meninggal dunia.





Kredit Foto: Carian Google


Kirin Kiki adalah pelakon siri Shopliters dan pernah memenangi anugerah Palme d'Or di estival Filem Antarabangsa Cannes. Selain itu beliau juga membintangi siri TV Seven Grandchildren, Family Kantaro Terauchi dan It’s Time. Yumiko Kokonoe pula adalah pemegang watak Miss Comet, sebuah karya komik Mitsuteru Yokoyama yang kemudiannya diadaptasi ke dua siri drama dan satu siri animasi.



Kredit Foto: Carian Google


Siri drama Miss Comet yang pertama diterbitkan pada tahun 1967 dan dialih bahasa ke Spanyol dan ditayangkan di negara Mexico, Venezuela, Costa Rica dan Panama. Siri drama 43 episod itu diarahkan oleh Mamoru Kanbe. Siri drama yang kedua pula dipasarkan ke beberapa negara Asia termasuklah Malaysia manakala siri animasi hanya ditayangkan di TV Tokyo sekitar tahun 2001 hingga 2002.



Kredit Foto: Carian Google


Miss Comet menceritakan kisah seorang pengasuh wanita yang ditugaskan menjaga dua kanak-kanak yang punya telatah nakal. Istemewanya, Miss Comet bukan orang biasa, dia sebenarnya seorang Puteri utusan dari planet bintang Beta, yang telah dihantar ke bumi sebagai denda kerana kenakalannya menggunakan tongkat saktinya.


Nampaknya kehadiran Miss Comet masih dinanti-nantikan, harap ada mana-mana stesen TV yang menyiarkan siri TV kegemaran ramai ini untuk mengubati kerinduan peminat. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss comet tu thn 67 ke... masuk malaysia late 80s
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 01:31 PM | Show all posts
hahaha,,teringat zaman kanak2...iols suka tgk drama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 01:49 PM | Show all posts
bestnya miss comet! mengimbau sangat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2018 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lagilah tv zaman remaja purba kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 04:18 PM | Show all posts
xpernah tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2018 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.. iols masih tgh jd benih lg kot zaman ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita yg ditunggu lps cerita moro attek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 12:34 PM | Show all posts
Iols tak lahir lagi masa zaman Miss Comet ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 06:52 PM | Show all posts
ai tk tgk miss komet. Dulu ai gugil info utk thread dorama, ai dapati Miss Komet ni ada 2 season. 1st season (1967)watak ini dilakonkan oleh  Yumiko Kokonoe.






2nd season (1978)  , Kumiko Ohba ambil alih .




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2018 03:09 PM | Show all posts
wahhh....iolls minat gilerrr citer ni..time tayang kat tv dulu iolls kecik lagi..punya la teringin nak tongkat sakti tu..sampai hari2 iolls berdoa semoga tuhan bagi kat iolls satu...gitewww bodonya iolls masa kecik...hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 11:24 AM | Show all posts
Masa crita ni parent meoolsss xknal each other lagi..haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:25 PM | Show all posts
mengimbau sangat..aku siap hafal lagu miss komet ni dulu2..siap buat gaya dia putar tongkat sakti tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:01 PM | Show all posts
maigad..
cerita feveret di zaman dulu kala...
asal kayu jer bajet tuh tongkat sakti..
sakan pusing-pusing..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 07:59 AM | Show all posts
jom menonton..

https://www.youtube.com/watch?v=nAXUZnQ7Vfw

tapi ni 1st season x?yang keluar kat malaysia season 2 kan?mengimbau kenangan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya tengok citer ni masa tu umur saya 18 tahun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur meols tak terlalu purba
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu citer ni... Zaman sek rendah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 03:55 AM | Show all posts
Memg feveret taun 80an. Saing2 maero atack
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak tgk citer ni.. masa jaman moero attack tu pun tgk sbb kengkawan seklas tgk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.143565 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list