View: 1246|Reply: 1
|
Kembar Siam Bhutan Jalani Pembedahan Pemisahan Hasil Sumbangan Rakyat Dan Keraja
[Copy link]
|
|
Pasangan kembar Siam kanak-kanak dari Bhutan, Nima dan Dawa yang tular akan menjalani pembedahan pemisahan dengan kos $250,000 yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Victoria di Australia.
Sebanyak $100,000 lagi sumbangan rakyat Australia akan digunakan untuk kos rehabilisasi kembar itu selepas pembedahan nanti.
Kredit Foto: Herald Sun
"Kami bangga untuk membantu Nima dan Dawa dan memberikan mereka rawatan yang akan mengubah hidup mereka menjadi lebih sihat," kata Daniel Andrews, Ketua kerajaan Victoria dalam kenyataannya kepada BuzzFeed.
Kredit Foto: Herald Sun
Nima dan Dawa, 14 bulan, yang bersambung di bahagian dada menjadi berita muka depan apabila ibu mereka Bhumchu Zangmo membawa anak mereka ke Australia dari Bhutan untuk menjalani pembedahan tersebut.
Kredit Foto: Trendsmap
Ketua bahagian pembedahan di Royal Children's Hospital memberitahu Stesen TV ABC bahawa pasangan kembar Siam itu berkongsi sebahagian besar hati.
Ibu anak-anak itu, Zangmo memberitahu The Herald Sun bahawa beliau ingin mereka dipisahkan supaya mereka dapat menjalani masa depan yang berkualiti. 'Jika sekiranya pembedahan ini mengorbankan salah seorang daripada mereka, saya sanggup' katanya lagi.
Kredit Foto: Herald Su
Menteri Kesihatan Voctoria, Jill Hennessy memuji kebolehan dan kualiti Royal Children's Hospital. 'Hospital ini mempunyai sejarah yang panjang dalam memberikan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang memerlukan dari seluruh dunia' katanya dalam kenyataan kepada BuzzFeed. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga selamat semuanya. aminnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|