Edited by chipchoc at 27-12-2018 04:03 PM
LOS ANGELES: Bintang Pop dan pelakon Amerika Syarikat (AS), Miley Cyrus akhirnya mengesahkan perkahwinannya dengan pelakon Australia, Liam Hemsworth selepas memuat naik gambar upacara perkahwinan mereka di media sosial.
Pasangan yang pertama kali bertemu ketika digandingkan dalam filem The Last Song sedekad lalu itu dikatakan berkahwin pada Ahad lalu.
Pada November lalu, pasangan itu menjadi antara selebriti Hollywood yang kehilangan kediaman mereka dalam bencana kebakaran hutan besar-besaran di California.
Difahamkan, upacara perkahwinan Cyrus dan Hemsworth berlangsung di kediaman lain milik aktres dan penyanyi itu di Franklin, Tennessee.
Menurut laporan, majlis kecil-kecilan itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan karib.
Pasangan ini pernah bertunang pada 2012 namun terputus di tengah jalan memaksa mereka membawa haluan masing-masing setahun kemudian.
Pada 2015, mereka kembali bersama dan mengumumkan bertunang sekali lagi tidak lama selepas itu. - Agensi
Sumber : Berita Harian
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/12/513230/miley-cyrus-liam-hemsworth-sah-berkahwin
Picture : Instagram Miley Cyrus |