CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4409|Reply: 10

KENAPA KOMUNIS TAKUT ISLAM...

  [Copy link]
Post time 28-12-2018 03:33 PM | Show all posts |Read mode


Di bawah ini adalah sejarah rentetan yang berurutan harap membaca penuh sabar
ketahuilah wahai bangsa melayu, Islam adalah agam yang terhebat satu ketika di dunia, di tanah arab, di afrika, di mesir, di sepanyol, di china, di nusantara...tetapi freemason dajjal telah berusaha menghilangkan kesan2 kehebatan TAMADUN ISLAM YANG SUCI INI...

Bismillahi rahmaa nirahimmm...




Selepas menerima Islam, China mengalami zaman emasnya iaitu selepas ia menerima agama Islam dengan jujur dan saksama di dalam kehidupan rakyatnya. China terus menjadi salah satu daripada tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan kesenian. Zaman Dinasti Tang adalah zaman permulaan keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang hebat dan ianya berlarutan daripada kurun ke 7 sehinggalah kurun ke 14 masihi. Peristiwa pengislaman Negara China berlaku dalam 3 peringkat dan ianya merupakan satu rahmat kepada dunia di sebelah timur dan pengislaman masyarakat China di dahului oleh bangsa Melayu Tua. Mari kita perhatikan kronologi ini…

Tahap Pertama :
Semasa peristiwa penghijrahan pertama para sahabat pada tahun 614 sehingga 615 masihi, Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan iaitu pada tahun ke-5 kerasulan, buat pertama kalinya para pengikut baginda s.a.w. berhijrah. Seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita telah berhijrah ke Habsyah. Tidak lama kemudian, penghijrahan kali ke-2 ke Habsyah berlaku, dimana seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita. Kesemuanya 110 orang-orang muslimin dan muslimat telah selamat berhijrah ke Habsyah termasuklah Ruqayyah r.ha anak perempuan Nabi s.a.w. bersama suaminya tercinta Usman bin Affan ( 576-656 ) dan sejumlah sahabat lainnya r.hum ajmain. Setelah bermukim di Habsyah sesetengah dari mereka ini termasuk Saad bin Abi Waqqas termasuk tiga sahabatnya berlayar ke China dari Habsyah atau Ethopia mengikut rombongan kapal-kapal yang selalu berlayar ke Timur. Mereka setelah menaiki kapal belayar ke China (Canton) sebelum pulang ke pangkuan nabi s.a.w. pada tahun 631 masihi, untuk cuba menyebarkan agama Islam di sana. Beliau dan rombongan beserta Usman r.hu telah singgah di Pelabuhan Melaka yang berkeluasan 300 km ketika itu sudah masyhur dan beragama Islam Hanif Ibrahim a.s. Di negeri (Semenanjung) Melaka inilah mereka beristirehat sebelum menunggu pertukaran angin monsun berikutnya untuk belayar ke Pelabuhan Zaitun atau Canton, China. Agama Islam yang kita sangka di anuti oleh orang China dahulu sebelum bangsa Melayu sebenarnya di anuti dahulu oleh bangsa Melayu kerana mereka mempunyai Kota Pelabuhan Mega yang berkeluasan 300 km dengan gunung Jerainya sebagai rumah api yang berhadapan pula dengan kawasan lindungan angin Pulau Pinang dan Pulau Langkawi Ulu Malaka. Ini merupakan jasa besar dari Saidina Usman r.hu dan Panglima Agung Saad bin Abi Waqas dan kawan-kawannya r.hum berdakwah di sini.
Setelah berjaya sampai di daratan China, Saad bin Abi Waqqas dan para sahabat r.hum menyebarkan Islam kepada masyarakat di Zaitun Guangzhou bersama-sama orang Melayu yang beragama Islam dengan gigihnya. Bangsa Melayu di China ini ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan di kenali dengan gelaran “Hui-Hui” , “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu keturunan Melayu campuran Arab-Parsi. Puak-puak Melayu campuran ini pula bergabung dengan puak-puak China yang telah beriman seperti “Hui-Chi”, Ching Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ini menjadikan ilmu mempertahankan diri atau Ilmu Persilatan Melayu di China dikenali sebagai “Kuntau Wushu” atau silat Gayong. Kelompok Melayu dan orang-orang Islam yang lainnya telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa gelaran lagi seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man. Ini berlaku pada masa pemerintahan Dinasti Sui berkuasa (581 M – 618 M). Pelabuhan Zaitun atau Canton selepas itu menjadi salah satu pusat perkembangan Islam. Bandaraya Zaitun juga ramai dikunjungi penziarah Muslim dari Arab sekarang ini karena wujudnya makam suci dua orang sahabat Rasullullah s.a.w. di situ. Dalam bahasa China, sahabat ini bernama Sa-ke-zu dan Wu-ko-su. Sekarang ini terdapat lebih kurang 10 ribu makam orang Arab dengan nama keluarga Guo di Pulau Baiqi, Quanzhou. Turut di hiasi di makam-makam ini tulisan huruf Cina dan Arab. Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M) bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Dinasti Tang di kuasai oleh orang Islam. Semasa berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Islam di China oleh Jeneral An Lu-Shan ianya telah dapat di patahkan dengan bantuan tentera Islam “Kuntau Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam . Kumpulan Melayu ini yang raja mereka di Nusantara akhirnya terpilih segagai Khalifah Amirul Mukminin Kota Star di gelar oleh orang tempatan sebagai para pendekar “Semutar Hitam”. Pihak kerajaan berjaya menawan kembali Bandar Kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan dari kumpulan para pendekar “Semutar Hitam” ini.
Selepas peristiwa tersebut semakin ramailah mereka ini datang dan menetap di China serta berkahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal di sekitar Kansu dan Shensi pada tahun 814-847 masihi. Sebenarnya khimat yang di berikan mereka ini kepada Kerajaan China adalah simbolik kerjasama sumbangan permulaan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam Syah Alam kepada mereka. Sumbangan tentera dan kadir-kadir dakwah ini sebenarnya bukan kepada China sahaja tapi berlanjutan bila tertubuhnya empayar Monggol India Delhi dan Monggol Turki Usmaniyyah di barat. Tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya agar bangsa Melayu ini kembali ke kampung halaman masing-masing setelah lama berkhidmat sebagai wakil Khalifah Ajam Timur Kesultanan Kedah Pasai Ma juga untuk menguatkan Islam di Nusantara apabila di tahun 877 masihi orang-orang Islam keturunan Melayu telah mengalami sejarah hitam pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman. Ketika itu di China pada tahun 876 masih berlaku pemberontakan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau dan tentera Islam tewas. Maka ramailah saudagar-saudagar Islam yang telah ratusan tahun bermukim di sana di bunuh beramai-ramai. Di anggarkan 200.000 ribu terkorban dan melarikan diri daripada serangan puak Pemberontak Kafir Harbi yang melawan kerajaan empayar Islam China ke bumi Tanah Melaka, Palembang dan Champa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam dan penyebaran ilmu agama yang kukuh di bawah panji-panji al-Jefri Ajam Quraisy di timur. Walaupun pemberontakan itu telah berjaya di padamkan ia muncul semula pada kali kedua bernama Pemberontakan Yong Chow di tahun 900 masihi tapi tidaklah seteruk di tahun sebelum itu. Korban pemberontakan kali ini ialah sekitar 5 ribu jiwa sahaja. Ini mempercepatkan lagi kepulangan orang-orang Melayu ke Nusantara untuk berkhidmat kepada cicit DYMM Merong Maha Wangsa yang ketika itu berada di utara negeri Melaka. Cicit DYMM Merong Maha Wangsa itu ialah KHALIFAH AMIRUL MUKMININ KOTA STAR Hussain Syah AlAM 904 masihi DARI KESULTANAN KEDAH PASAI MA.
Tahap Kedua :
Semasa Usman bin Affan r.hu menjawat jawatan Khalifah , Saad Bin Abi Waqqas bapa saudara Nabi s.a.w. sebelah ibunya telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi berdiplomatik dengan Raja Daerah China Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) pada 650 M di Bandaraya Xian. Saidina Ustman bin Affan, yang memerintah selama 11 tahun di Madinah al-Munawwarah sungguh mengambil berat akan hal ini kerana pengalamannya pernah berada di sana semasa zaman mudanya. Dan menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Sheehuzoo (Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas iaitu lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqqas yang bermujahadah dengan penuh susah payah serta keperitan melalui jalan darat untuk menyebarkan agama Allah Jalla Jalalah telah melalui Jalan Sutera melalui daerah Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Bandaraya Xian telah di sambut meriah oleh Maharaja China. Jemaah Saad bin Abi Waqas ini datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yang ketika itu memerintah China semenjak tahun 626 lagi. Ia memeluk Islam di tangan Saad Bin Abu Waqqas r.hu. dan merupakan datuk kepada YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Setelah rombongan dakwah ini menyempurnakan kerjanya dengan baik di Kota Xian, rombongan ini dan penakluk empayar Parsi ini Saad Abi Waqas Saad Bin Abi Waqas ( 595-678 ) belayar pulang ke Kota Madinah al-Munawwarah melalui jalan laut dan telah sampai ke Nusantara kira-kira pada 675 masihi dan telah singgah di Pelabuhan di kawasan Pasir Putih dan Besut/ Setiu yang pada masa itu merupakan salah satu pelabuhan Melayu Tua kuno di sempadan Kelantan dan Terengganu yang boleh di mudiki 3 jam terusannya ke pelabuhan Kuala Krai melalui pelabuhan Batu Rakit dan di “Lima Pulau”. Berkat kesinggahan beliau di Pelabuhan Kuala Besut yang mengadap Pulau Perhentian yang merupakan pelabuhan wajib para pelaut berhenti di dalam safar mereka sebelum ke China seperti yang pernah di ceritakan oleh Ibnu Batutah, maka semakin ramailah orang Melayu memeluk agama Islam.
Tahap Ketiga :
Setelah beberapa lama Saad Bin Abi Waqqas r.hu berada di Tanah Arab, beliau kembali lagi ke China setelah kunjungan bersejarahnya dulu. Datangnya kali ini dengan membawa salinan al-Quran. Khalifah Usman r.hu pada masa kekhalifahannya memang menyalin al-Quran dan menyebarkannya ke berbagai nagara, demi menjaga kemurnian kitab suci ini. Pada kedatangannya pada ke tiga kali ini ia belayar menuju ke pelabuhan laut kesukaannya iaitu pelabuhan Zaitun. Menurut manuskrip purba bertarikh 1216 mencatatkan Saad bin Abi Waqqas r.hu telah datang dan membina masjid untuk kegiatan dakwahnya di situ yang bernama Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak artifak sejarah Islam paling berharga di China. Di bandar ini, mereka iaitu para sahabat nabi s.a.w. Saad Bin Waqqas r.hu dan anak buahnya dari kalangan orang-orang Melayu telah menamakan masjid Huai-Sheng yang bergelar “Masjid Rindukan Nabi Muhammad”. Ia mempunyai menara yang tinggi lebih kepada rumah api bagi kapal-kapal yang mudik ke pelabuhan bandaraya Zaitun seperti Menara Kota Portugis di Bandar Hilir Melaka yang menjadi panduan pada kapal-kapal sebelum mudik masuk ke terusan Kota Muar Johor. Dari Kota Muar ini kapal-kapal itu akan mudik pula sehingga ke Hilir Pahang ke laut Champa atau Laut China Selatan. Kerana rindunya para sahabat r.hum kepada nabi s.a.w. maka dinamakan demikian kerana untuk mengubati rasa rindu hati mereka terhadap nabi s.a.w yang jauh mereka tinggalkan di Madinah, maka masjid yang mereka dirikan diberi nama berkenaan. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Kemudian masjid ini di perbesar dan di perbaharui masjidnya ini pada tahun 1350 di masa Dinasti Yuan di bawah pemerintahan Zhizheng (1341-1368) dan kemudian di bangun lagi di tahun 1695 di bawah Raja Kangzi pada masa Dinasti Manchu atau Qing ( 1644-1911 ). Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan melewati berbagai monomen sejarah China dan saat ini masih berdiri tegak dan masih seindah dahulu setelah diperbaiki beberapa kali. Baru-baru ini mesjid ini di perbaiki sekali lagi dengan melibatkan pembesaran ruangan sembahyang apabila pihak pengurusan masjid membeli sedikit ruangan bahagian belakang masjid.
Sekarang ini masjid berkenaan menjadi pusat aktiviti orang-orang Islam untuk proses akad nikah, mengurus jenazah, mendamaikan orang yang berseteru dan lain-lain. Ianya menjadi masyhur dan di sekitar masjid ini terdapat tempat-tempat penjualan makanan, menjual makanan “Islami” seperti sayur-mayur dan daging. Masjid yang di asaskan oleh 4 orang sahabat ini mempunyai menara bertingkat, tingginya 36 meter dari permukaan bumi dan membolehkan kita melihat pemandangan seluruh bandaraya Zaitun. Dan seperti di masjid Xian, masjid ini juga mengandungi seni bina Arab dan China tulen. Saad bin Abi Waqqas telah menghabiskan sisa hidupnya dengan mengabdikan diri di sana dan meninggal dunia di Zaitun atau Guangzhou, China pada tahun 678 masihi. Kuburannya dikenal sebagai Geys’ Mazars dan menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari seluruh pelusuk dunia. Sampai di Guangzhou adalah tidak sah bagi kita orang Islam kalau tidak menjejakkan kaki ke kubur Sahabat agung ini. Kesan dakwah beliau di sana sekarang ini menyebabkan sekarang terdapat 4 masjid yang kesemuanya digunakan untuk sembahyang berjemaah. Paling ramai jemaah adalah pada hari Jumaat:
1. Masjid Huai Sheng Guang Ta – 1500 jemaah
2. Masjid Maqam Saad – 1500 jemaah
3. Masjid Hao pan – 600 jemaah
4. Masjid Xiao Dong Yin – 500 jemaah
Semasa Baghdad dimusnahkan secara total oleh pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu Khan yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk menghapuskan pengaruh ajaran sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota Islam ketika itu dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan adik bongsunya iaitu Kublai Khan ( 1215-1294 ) telah berjaya memegang tampuk pemerintahan di China. Tetapi semasa berlakunya perang saudara di China agama Islam tetap unggul di bawah raja-rajanya yang Islam. Semasa pelayaran hebat Ibnu Baitutah ( 1304-1369 ) ke China beliau ada mencatatkan telah berlaku peperangan yang hebat saudara antara Raja Kha Khan dan sepupunya Fairuz Khan. Akibat Perang Saudara itu menyebabkan Ibnu Batutah lari pulang ke Tanah Arab. Peperangan itu berjaya di menangi oleh Fairuz Khan dan Raja Kha Khan untuk terus unggul menjadi Maharaja Islam bagi empayar Islam di China.
Kisah anak cucu cicit Raja Albani di kepulauan Oceana kerajaan Siam Melayu Merong Islam Albani Australia iaitu Laksamana Haji Cheng Ho ( 1371-1435 ) juga sungguh mempesonakan. Syed Cheng Ho yang merukan cucu kepada Putra Albani yang mana anak kepada Raja Zainal Abidin Kerajaan Melayu Papua Indonesia iaitu adalah hasil dari perkahwinan baginda dengan anak raja China. Setelah dewasa putera Raja Papua iaitu Zainal Abidin yang bernama Putra Albani telah mengadap datuknya Maharaja China dan baginda pula telah dikahwinkan dengan salah seorang Puteri Raja Islam China. Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk membuka negeri Albani di Perth, Australia dan setelah kemangkatan baginda di Australia pemerintahan baginda diganti oleh puteranya yang sulung bernama Raja Chulan Man Bau atau nama Islamnya Putra Osman. Setelah itu pemerintahan Kerajaan Islam Albani di teruskan oleh Saidina Ali ( 1350-1400 ) yang yang menjadi raja Albani Australia. Manakala adik Saidina Ali yang bernama Saidina San Bau telah berkhidmat di Negara China dan menggunakan nama China iaitu Cheng Ho. Sebenarnya khimat yang di berikan Syed Anjal Cheng Ho kepada Kerajaan China adalah lambang kerjasama sumbangan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam kepada empayar Islam China. Ketika baginda Cheng Ho di lantik sebagai Laksamana bagi armada laut empayar Islam China baginda Haji Cheng Ho sering berulang alik ke rantau ini terutamanya ke kerajaan Melayu Albani iaitu bumi tumpah darahnya serta tempat moyangnya dan abangnya Saidina Ali memerintah. Nama penuh baginda Laksamana Cheng Ho ialah Saidina Syed Mahmud Syam Anjal San Bau ibni almarhum Raja Chulan Man Bau atau bergelar Osman Putra ibni almarhum Albani ibni almarhum Zainal Abidin Syah. Haji Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan dan salah seorang puteri Panglima Syed Cheng Ho atau Syed Hj. Mahmud Sham ( 1371-1435 ) itu berkahwin dengan Preston John atau Pertuan Johan dari zuriat Syarifah Maryam al-Jefri Binti Syed Jamal al-Jefri Ahlul-Bait iaitu Yang Di Pertuan Raja Siam Rama Tibodi atau di gelar orang Khalifah Syah Alam Sultan Muhammad Syah III Rijaluddin Johan Syah Berdaulat ibni Tuanku Muhammad Chan ( 1424-1448 ) yang di akui oleh sejarawan dan raja-raja purba Eropah sebagai makmur, mewah dan bijaksana.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2018 07:11 AM | Show all posts
Apa kau merepek ni boh ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2018 03:49 PM | Show all posts
xreti beza ke merepek ke fakta boy?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 02:51 PM | Show all posts
Wow... Ilmu baru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2020 07:36 AM | Show all posts

sebenarnya byk lagi sejarah2 Islam yg telah disembunyikan dan dihapuskan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2020 09:28 AM | Show all posts
rantaikendoq replied at 31-1-2020 07:36 AM
sebenarnya byk lagi sejarah2 Islam yg telah disembunyikan dan dihapuskan...

Tahu, that's kalau kt FB suka follow page The Patriots. Banyak dia up pasal Melayu dan Islam. Kenapa tangan2 ghaib ni nak hapuskan jejak Melayu dan Islam, sebab Melayu ni bukan kaum yg lemah seperti dicanangkan.

Tu tamadun kedah tua tu...kalau dpt dirungkai disamping bukti2 arkeologi yg dh ade,cuma takde dana jer.. Tu antara Kerajaaan terawal lebih lama dr kerajaan Rome. Tp tu la ramai tk senang bila sejarah Kedah nak diangkat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2020 09:42 AM | Show all posts
Edited by rantaikendoq at 31-1-2020 09:44 AM
misz_sha86 replied at 31-1-2020 09:28 AM
Tahu, that's kalau kt FB suka follow page The Patriots. Banyak dia up pasal Melayu dan Islam. Kena ...

kena faham corak pemikiran musuh2 ISlam zionis freemason sembah dajjal ni...
mereka suka MERANCANG DGN LAMA SEKALI ...
maknanya sekiranya dah ada catatan rekod RENCANA PEMBENTUKAN TANAH MELAYU sejak 1887...maka
samala sptmana plan2 diorang, yg terbaru virus corona sbg senjata biology...
mmg skang ni malaysia indonesia adalah pada TITIK AKHIR rencana mereka...
kalau tgk pada KAD ILLUMINATI KELUARAN 1995, kad yg diorang main skang adalah KAD QUARANTIN...

tgk pd rencana komik tahun 2014 dgn 2juta pelancong Malaysia...
mcm dah diplan awal kan, tgk pula la sapa yg lepaskan 2 juta pelancong tanpa sekatan
org yg sama dlm BLOGNYA DEDAH HINTS PADAL MH370, kawalan dr pesawat AWACS, remote control...
mereka2 tahu tapi buat diam....


nampak dak SRIKANDI PAKAI TENGKOLOK DAN SAMPIN CINDAI...


nampak dak tarikh di kepala tengkorak tu...dan dada dia tulis apa...


teliti sendiri...


tgk tu, petaling street kan..


tgkla, hulubalang pegang keris...latar belakang seeprti PENANG KOMTAR dah jadi mcm pekan berhantu...


tu terang sgt, klcc


tak nampak lagi peta mesia tu...




tu agak2 sapa dia tu komandan depan tu...


pokok kelapa, dusun sawit...


sebenarnya...mmg mereka suka mengatur secara senyap diam di balik tabir
hingga fikiran manusia sukar terima...
disebabkan halus rapi perancangan mereka...
lalu menjadi teori pd akal2 level 1 tadika...
tapi mereka tidak tahu rencana Allah le bih hebat...
pada isyarat2 para sufi dan salikin...
tgkla si tua tu dok simpan langkawi spt pulau mreka...
siap paunch 5G di langkawi...patotnya launch pd putrajaya...
heheeh...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:20 PM | Show all posts
Zaman   dinasti   Qing   pun  ada   panglima mereka  beragama di  wilayah Qinghai  .....  anak   cucu   mereka  pun ada  jadik   warlord   zaman kerajaan   nasionalis China  .... nape  dok   kaitkan   org  yg bukan islam    gak  ....sebab  nama    mereka  terkenal  ker
nape  x   sebut  ...Ma Lin ....gabenor Qinghai ... gtu warlord  Ma Bufang n Ma Buqing  .....ditakuti  oleh  Jepun   ketika    perang   dunia  kedua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2020 10:48 PM | Show all posts
tgk pada sejarah  budaya bangsa juga
nama MA tu mewakili islam cina...
sudah tentu pabila islam ditindas dizalimi akan bangun perjuangan menentang kezaliman
sbb sejarah Islam zaman nabi sahabat, bila Islam memerintah, org2 kafir tidak dibuli
tetapi apabila sistem org2 kafir memerintah, pasti Islam akan diganggu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 09:46 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 26-5-2020 09:48 PM
tgk pada sejarah  budaya bangsa juga
nama MA tu mewakili islam cina...
sudah tentu pabila islam di ...

Etnik   Hui   ...x   ditindas   pun    di  China  ....kerana   mereka   dikatakan bangsa Cina    gak   ...berbanding   etnik Uighur   berbangsa  Turki  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2020 10:59 AM | Show all posts
dah nama pon hui, cina...
kalau etnik lain hui, pasti kena....
apapon kezaliman itu isunya
bukan soal sapa kena xkena
kerana kezaliman dan ketidakadilan ni
tidak diredhai Allah sampai bila2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.109471 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list