View: 22160|Reply: 314
|
[Tempatan]
Tiga Beradik Berpelukan Sebelum Di Telan Ombak
[Copy link]
|
|
Oleh Rosli Ilham
[email protected]
Share
Tweet
Share
DUNGUN: “Mereka berpelukan sebelum ditelan ombak,”, kata Aqif Khairullah Azhar, 7, sepupu kepada tiga beradik yang ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, petang tadi.
Dalam kejadian jam 6.40 petang, tiga beradik terbabit, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea Zawawi, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kelantan, dikhuatiri lemas dan gerakan mencari dan menyelamat mangsa segera dilakukan pihak berkuasa.
PASUKAN mencari dan menyelamat bersama penduduk Kampung melancarkan gerakan mencari tiga beradik yang dikhuatiri lemas di tepi Pantai Sura Tengah. - Foto ROSLI ILHAM
Tiga beradik terbabit mengikuti ibu saudara mereka bercuti dan menginap di sebuah rumah inap di depan pantai terbabit.
Aqif berkata, dia bersama kakaknya Anis Maisarah, 8, serta tiga beradik itu berada di tepi pantai dengan ditemani seorang ibu saudara mereka.
“Mula-mula Nur Ain Sasabila bermain di tepi dan dua kakaknya datang untuk mengajak adiknya itu naik ke tebing.
“Tiba-tiba ombak besar datang dan memukul mereka sebelum ditarik ke laut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, bapa Aqif, Azhar, 43, berkata, mereka datang bercuti di Dungun dengan menaiki lima kereta.
“Kedua-dua ibu bapa mereka (mangsa) tidak turut serta. Kami tiba di homestay kira-kira jam 5 petang.
“Saya dan isteri dengan anak saudara serta ipar yang lain berehat di homestay itu, manakala dua anak dan mangsa turun ke pantai,” katanya.
Katanya, ketika terlelap dia dikejutkan isterinya yang memaklumkan tiga anak saudaranya dihanyut ombak.
“Saya bersama ahli keluarga yang lain turun ke pantai dalam jarak 300 meter dan mendapati ketiga-tiga mangsa sudah hilang.
“Saya meminta ahli keluarga yang lain supaya segera menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.
LOKASI tiga beradik yang dikhuatiri lemas. - Foto ROSLI ILHAM
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun, Saifuddin Mohamad, berkata bomba terima panggilan kira-kira jam 7.14 petang.
Katanya, seramai 10 anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, anggota polis dengan bantuan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.
“Sehingga jam 9 malam ini usaha mencari dan menyelamat mangsa masih belum berhasil,” katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti main kat pantai surut tu.. Bahaye jalan kaki sampai ke tengah nu.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa punya mak sedara lar
mak sedara ni umo 17 tahun ke apa?
tarak otak,
jagala btul2, amanah tu
nyawa budak2
harap penjarakan mak sedara tu aja, pasal cuai |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2018 11:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jabatan meteorologi sudah memberi amaran
Apesal ramai sangat bebal.
Sekaligus hilang serentak
Hmm |
|
|
|
|
|
|
|
aku salah kan mak bapak budak tu.
boleh pulak dia lepas 3 orang anak untuk orang jaga. Mak sedara tu memang tak kan boleh handle all three, simple. Budak2 bila nampak air boleh lupa dunia. Dorang tau tak ni musim apa?
Btw, they already paid a price. Nak hempuk pun tak guna.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
3orang sekali.....
Harap selamat lah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pantai area situ tu walau lawa tapi tak sesuai mandi bahaya. Berkelah bolehlah tengok keindahan pantai tapi jangan sesekali main air, dah banyak kali kejadian gini berlaku area situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
hotel,resort ,patut sediakan safety equipment,cth lifejacket utk swimming...atleast bila main air takla risau sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya. 3 sekali tu. hilang sorang pun dah perit apa lagi banyak macam ni. takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-12-2018 11:21 PM
aku salah kan mak bapak budak tu.
boleh pulak dia lepas 3 orang anak untuk orang jaga. Mak seda ...
khueen
sah2 la skang musim monsoon bagai
jadahnya nk lepak kat pantai bagai
bingai punya parents |
|
|
|
|
|
|
|
dari berita mcm lepak tepi pantai, sekali ombak besar kaut semua,, |
|
|
|
|
|
|
|
Baca ayat last, 9pm pun belum ada hasil, very unlikely selamat, parents boleh redha jelah, dah la nak buka sek |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar. Besar betul dugaan keluarga ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-12-2018 11:21 PM
aku salah kan mak bapak budak tu.
boleh pulak dia lepas 3 orang anak untuk orang jaga. Mak seda ...
ni la sebab nya aku gayat nak lepas anak kt org lain even atuk n nenek...
kalau jadi apa2 kita yg akan ralat sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak anak nak main air pastikan anak2 depan mata. Jangan harap ke orang atau main henpon. |
|
|
|
|
|
|
|
sorang jaga 3, ingat senang, kalau sorang lari ke kiri sorang ke kanan...
menyerit pun tak guna... so tak kira gossip apa, memang me tak harap orang
walaupun adik sendiri jaga anak... anak sendiri jaga sendirilah... ialah buat camni..
tipulah kalau tak berdetik di hati salahkan mak saudara tu sebab tak jaga anak bebetul. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, besar betul dugaan utk mak ayahnya
Kdg anak2 bila kita x bagi ikut mak/bapak saudara sndiri, dorang mesti nangis2 nak ikut jugak, lagi2 ada sepupu lain ikut sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Potpouri at 31-12-2018 01:29 AM
faraway1 replied at 31-12-2018 12:46 AM
sorang jaga 3, ingat senang, kalau sorang lari ke kiri sorang ke kanan...
menyerit pun tak guna... ...
Betul.. mana mampu nak jaga budak ramai2.. semua mcm2 ragam.. tapi bila tak nak tinggal anak kt kampung or bg anak ikut sedara nanti ada la mulut2 mengata. Aku selalu lantakkan je org nak kata apa..
Ni pun musim banjir kat kampung.. Sibukla orang2 kampung tanya taknak balik ke main bah? Dalam hati aku, bodoh apa nya nk main air lopak tu. Ntah apa2 tah.. nasib tak baik hanyut dalam banjir terus |
|
|
|
|
|
|
|
Simpati pada parents mangsa2.....hilang 3 anak sekaligus
ituler serba salah nak tinggalkan anak2 pada sesiapa pun...... at least bila malam tu .....anak2 ader depan mata |
|
|
|
|
|
|
|
Blh jd gila mak.bapak lepas ni...tengok brg brg anak...dgn sekolah nak buka ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|