CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15171|Reply: 122

[Jenayah] [Update #1: Laki bini SUDAH kena TANGKAP depan kedai DURIAN Cap Kaki] BERANG ana

[Copy link]
Post time 31-12-2018 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 6-1-2019 10:16 PM

Lelaki simbah anak air panas ditahan
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI | 06 Jan 2019


GEORGETOWN - Lelaki yang menyimbah anak perempuannya dengan menggunakan air panas di Flat Kampung Melayu, Air Itam ditahan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bersama isterinya di hadapan sebuah kedai menjual durian di Paya Terubong.

Menurutnya, dia ditahan bersama isteri yang berusia 34 tahun pada jam 10 pagi tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Bertindak maklumat yang diperolehi, sepasang suami isteri itu ditahan di hadapan kedai durian Cap Kaki di Paya Terubong.

"Polis sedang mendapatkan perintah reman bagi membolehkan soal siasat dijalankan. Kedua-dua suami isteri itu tiada rekod jenayah manakala ujian saringan air kencing juga negatif," katanya ketika dihubungi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam kejadian pada malam 27 Disember lalu, seorang kanak-kanak perempuan melecur di beberapa bahagian badannya dipercayai disimbah air panas oleh bapa kandungnya.

Mangsa berusia lapan tahun itu dikatakan disimbah air panas di badan selepas bapanya berang kerana makanan yang disediakan isterinya habis dimakan empat anaknya termasuk mangsa.

Akibat daripada itu, mangsa melecur di lengan, rusuk serta dada kanan namun tidak memerlukan pembedahan plastik.

Ia berikutan peratusan melecur pada badan mangsa hanya tiga peratus dan dikategorikan sebagai 'mid-dermal burn'.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai ejen jualan kad prabayar di sebuah pasaraya di Bayan Baru baru pulang daripada bekerja dan dalam keadaan lapar.

Bagaimanapun, suspek mendapati makanan yang disediakan isterinya telah dihabiskan lalu bertindak mengejutkan keempat-empat anaknya yang sedang tidur dan memukul mereka.

Selepas memarahi dan memukul mereka, suspek menyimbah semangkuk air panas dari mesin penapis air minuman ke arah mangsa.

Susulan daripada itu, suspek bersama isteri dan anak bongsunya telah melarikan diri kerana bimbang ditahan polis.

Mangsa merupakan anak kedua daripada empat adik beradik lelaki itu dikatakan sering diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka.

Anak sulung kepada sepasang suami isteri itu berusia sembilan, ketiga enam dan yang bongsu berusia tiga tahun.

Menurut jiran, kesemua mereka diabaikan ibu bapa dan sering dilihat berkeliaran di kawasan kediaman tanpa pengawasan orang dewasa.

Suspek simbah air panas terhadap anak diminta serah diri
02 Januari 2019 2:31 PM

KECEDERAAN yang dialami kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun akibat disimbah air panas oleh bapa mangsa dalam satu kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE/ MEDIA SOSIAL

PULAU PINANG 2 Jan. - Bapa kepada kanak-kanak yang melecur akibat disimbah air panas di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini diminta menyerah diri bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis sudah mengenal pasti lokasi lelaki berusia 41 tahun itu yang dikatakan melarikan diri selepas kejadian tersebut.

Menurutnya, lelaki itu dikesan berada di luar Pulau Pinang berdasarkan beberapa petunjuk bersama isteri dan anak bongsunya.

“Kita minta bapa kepada mangsa supaya menyerah diri untuk kita dapatkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun melecur di beberapa bahagian badan dipercayai disimbah air panas oleh bapa kandungnya.

Mangsa dikatakan diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana makanan yang disediakan isterinya habis dimakan empat anaknya termasuk mangsa selepas pulang dari bekerja.

Akibatnya, mangsa yang merupakan anak kedua melecur di lengan, rusuk serta dada kanan.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - UTUSAN ONLINE

Disimbah air panas bukan kerana RM10, tetapi kerana habiskan makanan

31 Disember 2018 11:07 PM

KECEDERAAN yang dialami kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun akibat disimbah air panas oleh bapa mangsa dalam satu kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE/ MEDIA SOSIAL

PULAU PINANG 31 Dis. - Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang disimbah air panas oleh bapanya di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini, bukan disebabkan kerana mencuri wang ibunya sebanyak RM10.

Sebaliknya, siasatan lanjut polis mendapati kanak-kanak berkenaan diperlakukan sedemikian selepas bapanya itu berang kerana mendapati mendapati makanan di rumah mereka dihabiskan empat anak-anaknya yang berusia antara tiga hingga sembilan tahun termasuk mangsa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian mangsa dikatakan mencuri wang ibunya sebanyak RM10 merupakan kejadian lama dan bukan punca sebenar suspek bertindak sedemikian kepada mangsa Khamis lalu.

Tambahnya, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai ejen jualan kad prabayar baru pulang dari bekerja dan mendapati makanan yang disediakan telah dihabiskan oleh anak-anaknya.

"Suspek telah mengejutkan tiga anaknya yang sedang tidur di ruang tamu dan memarahi serta memukul mereka.

"Suspek juga telah bertindak menyimbah semangkuk air panas yang diambil dari air penapis minuman yang terletak di bahagian ruang tamu rumah mereka ke arah mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian tersebut disaksikan oleh anak-anak serta isterinya namun isteri suspek hanya melihat kejadian tersebut dan tidak menghalang tindakan suspek.

Tambahnya, selepas kejadian itu, pasangan suami isteri berkenaan dipercayai melarikan diri bersama anak lelaki bongsu mereka.

"Anak sulung serta anak ketiga suspek kini berada di bawah jagaan nenek mereka iaitu ibu kepada isteri suspek yang tinggal di flat sama.

"Pihak polis sehingga kini masih berusaha mengesan suspek," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tergamaknya bapa siram air panas...


BUDAK perempuan melecur selepas disiram air panas oleh bapanya sendiri selepas dia dituduh mencuri wang RM10 milik ibunya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, Georgetown, Khamis lalu.



Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa yang berusia lapan tahun melecur di lengan, rusuk dan dada kanan, namun keadaannya dilaporkan stabil.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian itu disedari seorang jiran yang kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.



“Kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan menerima rawatan di Wad C2 yang menempatkan pesakit yang mengalami kesan terbakar.



“Keadaannya stabil dan masih boleh berkomunikasi, namun kami menunggu mangsa pulih sepenuhnya untuk diambil keterangan,” katanya.



Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa adalah anak kedua daripada empat beradik dan jiran terbabit mendakwa semua kanak-kanak itu sering diabaikan ibu bapa mereka.



“Setakat ini, kami mendapati bapa mangsa yang berusia 41 tahun dan ibunya sudah melarikan diri.



“Siasatan awal mendapati mangsa disiram air panas oleh bapanya yang berang kerana dia dikatakan mencuri wang RM10 milik ibunya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 2:06 AM


Link FB Penang Kini untuk kisah selanjutnya: https://www.facebook.com/penangk ... 052?hc_location=ufi

FB suspek: https://www.facebook.com/eddy.noramin.7
Komen di FB bapa:


FB ibu: https://www.facebook.com/indah.irene.39
Komen di FB ibu:



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapa tiri?...ni entah2 mak dan bapa biasa sangat mendera budak ni.kalau tak kenapa lari. ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 09:49 AM | Show all posts
mesti selalu kena dera budak-budak tu..
harap jkm pantau dan dakwa mak bapak jahanam tu..
orang beranak ko pun nak beranak..
semoga mampus digelek lori..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..

Kalu marah sgt anak amik duit tu..jgn la sampai curah air panas..lenkali kalu rasa takleh jaga anak..takyah la sibuk dok beranak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2018 10:17 AM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 31-12-2018 10:20 AM

Sumber FB










Katanya suspek reply comment di FB



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2018 10:18 AM | Show all posts
kesiannya budak tu...dan mak bapaknya kenapa lari...dh biasa buat keje mcm tu ke...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi betul prangai sekor2 kalau x salah kenapa perlu lari??  Tahniah pd jiran yg prihatin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sedihnye
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 10:43 AM | Show all posts
Apa punya bapak la sanggup mencederakan anak sampai mcm tu.  Entah ye entah tidak anak tu curi duit emaknya atau emaknya salah simpan. Kenapa tak tanya betul2 kat anak atau kalau betul dia dah ambik, pukullah tapak tangan anak supaya tak curi lagi.  Ayer panas boleh cederakan anak dn tinggalkan kesan lecur.  Yg si bini tu lari kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
anak sendiri pn panggil ko jantan gatai kote, betapa jijiknya dia ngan ko. beranak jah pandai. harap dua2 ekor kena tangkap, anak2 tu mak tiri bela. kecik2 lagi budaknya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 10:54 AM | Show all posts
aku dah la panas hati lagi lepas tengok video dekat China, kes dera anak perempuan dia tu.
ni ada pulak kes kat Malaysia.. celaka lah kamu manusia, mengkhianati amanah Allah

anak-anak ni amanah Allah S.W.T.
memang la ko beranakkan, jaga bagi makan minum bagai
tapi bukan hak kau sepenuhnya boleh buat suka hati
menjawab la korang di kemudian hari nanti
pandai buat, pandai tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Caption n profile FB bukan main islamik lagi...tapi perangai astaghfirullahalazim..
Ni org panggil bertopengkan agama..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 11:02 AM | Show all posts
2-2 mental
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kena angkut tolong simbah air panas kat batang dia.. eddy bhai anjing kurap.. kalau ya pun budak kecil tuh mencuri apasal nak simbah air panas? Memang spesis jantan tak guna.. kurung jaa mamat eddy bhai kurap tuh lama2 kat dalam ntah2 nanti dah tua kerepot rogol anak sendiri pula
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74:   419160


8 tahun ke ni? Bdk2 skg 8 tahun nmpk mcm anak dara xmcm zaman iols dlu2 8 tahun nmpk mcm kanak kanak riang je

Semoga cpt sembuh dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku yang nama bhai..bhai ni memang aku kureng sikit....kena pulak muka ada gooatee nipis macam bulu tundun pondan baru nak up...terus ada vibe taknak kenal ... Selalunya yg muka camni kalao depa nak kenal aku...atau jumpa...mesti kaki MLM temberang....atau ejen Kopi Pak Belalang....takpun ejen bitcoint...paling bangsat lelaki tong kosong tapi sembang kencang depan aku....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih sayangkan duit dari anak apa guna Allah bg akal fikiran baik tak payah beranak pinak kalau hidup nk mendera anak sian kat anak2 yg masih kecil nk bergantung hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 11:26 AM | Show all posts
klu jumpa..jirus dia pulak dgn air panas...bior dia rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamatlah semua adik beradik yg didera tu. Semoga cepatlah tertangkap makpak kejam tu. Mana la letak akal n iman makpak camni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.128395 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list