Apabila penyanyi lagenda, Aretha Franklin meninggal dunia Ogos lepas, beliau meninggalkan legasi yang sukar ditandingi mana-mana penyanyi wanita lain dengan gelaran Queen of Soul.
Tetapi, rupa-rupanya Aretha juga meninggalkan hutang cukai yang banyak dan memeningkan pewarisnya.
Kredit foto: Chicago Tribune
Menurut sumber TMZ, IRS mendakwa Aretha berhutang cukai sebanyak ASD 6.3 juta (RM26,072,550) kerana gagal membuat pembayaran dari tahun 2012 hingga 2018. Selain itu, mendiang juga dikenakan penalti ASD1.5 juta (RM6,207,750).
Kredit foto: WNDU
Menurut sumber, tunggakan cukai tersebut adalah hasil daripada audit yang dijalankan sepanjang enam tahun lepas termasuk tahun 2018 yang belum pun berakhir.
Selain cukai, pewaris Aretha yang popular dengan lagu 'Respect' juga dikejar beberapa pihak lain, antaranya peguam penyanyi itu juga menuntut ASD54,000(RM223,479) kerana tidak dibayar sejak 66 tahun lepas.
Kredit foto: The Gravepine
Tidak cukup dengan itu, sebuah syarikat penerbitan turut menuntut ASD136,000 (RM562,836) berkaitan khidmat pengurusan dan royalti lagu 'Say A Little Prayer' penyanyi tersebut.
Nampaknya, pewaris Aretha Franklin kini bingung kerana ingatkan dapat wang berjuta, rupanya terpaksa berdepan dengan tuntutan cukai dan hutang yang berlambak. - CARI |