View: 2550|Reply: 7
|
Bayyan Linnas Azam Tahun Baru...
[Copy link]
|
|
BAYAN LINNAS SIRI KE-160: MEMBINA CITA-CITA SEMPENA TAHUN BARU 2019
ButiranDimuatnaik oleh Admin PMWPDiterbitkan: 31 Disember 2018
sumber pautan asal:
http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2966-bayan-linnas-siri-ke-160-membina-cita-cita-sempena-tahun-baru-2019
|
|
|
|
|
|
|
|
Mukadimah
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Tahun 2018 sudah hampir melabuhkan tirainya dan akan terbit fajar 2019. Apa yang berlaku sepanjang 2018, banyak perkara yang dapat kita muhasabahkan dan post mortem. Ini bertujuan untuk mengislahkan kehidupan yang mendatang dengan lebih cemerlang dan gemilang.
Warna-warni, suka-duka dan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang 2018, itulah putaran hidup yang terpaksa kita lalui. Benarlah firman Allah SWT:
وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
Maksudnya: Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)
(Surah Ali Imran: 140)
Dalam menapak ke hadapan pada 2019 ini, sudah semestinya kita mempunyai hasrat, harapan untuk bertambah baik dalam meniti kehidupan. Justeru, kami namakan Bayan Linnas pada kali ini dengan Membina Cita-Cita Sempena Tahun Baru 2019. |
|
|
|
|
|
|
|
Muhasabah 2018
Banyak peristiwa yang telah berlaku pada tahun 2018. Kami dapati ada yang berjaya, gembira dan sukacita. Sebaliknya tidak kurang yang kecewa, sedih dan berduka nestapa. Begitu juga ada yang dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan nikmat.
Justeru tatkala kita dikurniakan nikmat, maka wajib kita zahirkan kesyukuran kepada Tuhan. Sebaliknya jika diuji dengan sedikit musibah, maka hendaklah dia bersabar. Sudah barang tentu kehidupannya sentiasa dipahalakan Allah.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Suhaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Maksudnya: “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
Riwayat Muslim (7692)
Pada saat yang sama, hendaklah kita bermuhasabah untuk mengislahkan diri ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Daripada baik kepada lebih baik dan daripada lebih baik kepada terbaik. Inilah manusia yang mendapat laba dan keuntungan dalam kehidupan. Semoga sinar 2019, kita penuhinya dengan cita-cita yang mulia untuk kita capai.
Dengan menginsafi diri, semua dari kalangan kita mahu menjadi orang yang cerdik, bijak dan beruntung dalam kehidupannya. Daripada Syaddad bin Aus R.A, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ
Maksudnya: Orang yang cerdik, siapa yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, siapa yang mengikut hawa nafsunya dan hanya bercita-cita kepada Allah.
Riwayat al-Tirmizi (2459) dan Ibn Majah (4260)
Syeikh al-Mubarakfuri dalam menjelaskan hadis di atas berkata: “(Orang yang cerdik) iaitu orang yang sentiasa memuhasabah dirinya di dunia sebelum dia dihisab di akhirat. Hal ini berbetulan dengan nasihat Saidina Umar al-Khattab R.A yang berkata:
حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا
Maksudnya: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”
(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 1-1-2019 10:56 AM
Kami mulakan dengan maksud cita-cita. Menurut Kamus Dewan, cita-cita ialah:
Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat).
Maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)
Dalam bahasa Arab, cita-cita disebut sebagai “أمنية” dan juga “أماني”. Ia hampir sama dengan makna dalam Kamus Dewan.
Manusia dimuliakan berbanding haiwan kerana diberi akal fikiran, ditambah dengan semangat yang kental untuk membina sebuah cita-cita bagi menggapainya. Dengan sebab itulah kehidupan manusia mampu membina tamadun berbanding haiwan yang hanya mengikut fitrah yang Allah tentukan.
- Bagaimana Membina Cita-cita?
Kami kemukakan di sini beberapa cara untuk membina cita-cita:
- Buat Keputusan untuk Tingkatkan Tahap yang Ingin Dicapai
Kehidupan seseorang boleh berubah sepenuhnya selepas membuat keputusan untuk menaikkan tahap yang ingin dicapai ke peringkat yang lebih tinggi. Tulis dengan jelas apa yang diingini, dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapainya. Masukkan juga, apakah kualiti diri yang sepatutnya dimiliki untuk mencapai perkara tersebut seperti sikap positif dan tidak menangguhkan kerja.
Bersama Tekad, Binakan Keazaman yang Utuh
Seperti yang dinyatakan di atas, keazaman dalam meraih cita-cita hendaklah disusun dengan penuh strategi dan pengalaman. Maka insya Allah, sebaik-baik natijah akan digapai. Pujangga menyatakan:
إذا كُنتَ ذا رأيٍ فَكُنْ ذا عَزيمَةٍ فإنَّ فَسادَ الرأيِ أنْ تَترددا
“Jika kamu mempunyai pemikiran yang baik, maka sertakan dengan azam
Ini kerana rosaknya pemikiran apabila kamu tidak tetap pendirian.”
- Tulis Impian dan Cita-Cita yang Ingin Dicapai
Jadikan setiap apa yang ingin dicapai dalam bentuk bertulis. Begitu juga semua perkara yang boleh menghalang dan cara mengatasinya. Tulis secara terus menerus setiap perkara yang dibayangkan.
Curahkan semua idea berkaitan impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Susun dalam bentuk garis masa, mungkin sehingga 5 atau 10 tahun akan datang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa impian kita tersebut tidak realistik. Jangan meletakkan batas pada diri kita. Yakinlah, jika orang lain boleh mencapainya, mengapa tidak kita?
Dengan menulis impian, daripada itu kita dapat mengetahui secara terperinci berkaitan cita-cita kita serta mendapat gambaran yang jelas. Jadikan diri kita tidak dapat hidup tanpa impian dan matlamat tersebut.
Menulis impian sahaja masih belum mencukupi. Bulatkan tekad dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapai impian tersebut. Beri komitmen sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merealisasikannya. Bertindak untuk mengubah strategi jika perlu.
Tanamkan pemikiran bahawa sekiranya kita berhenti dan menyerah bermakna kita telah menjual impian kita. Yakinlah, sekiranya kita betul-betul memberi komitmen, pasti ada jalan untuk mencapainya.
Untuk melakukan perubahan, hakikatnya ia bukanlah soal kemampuan. Sebaliknya ia adalah berkaitan kemahuan dan motivasi. Cari alasan atau sebab yang kuat untuk berubah, dan setelah itu beri komitmen sepenuhnya bagi mencapainya.
- Tempohkan Cita-cita yang Hendak Dicapai
Dengan hanya bercita-cita sahaja untuk menggapai dan mencapai sesuatu matlamat, namun tidak diberikan tempoh dan had masa untuk mencapainya, ia biasanya tidak tercapai. Kalau tercapai sekalipun, ia akan mengambil sejumlah masa yang besar. Makanya, kejayaan yang sepatutnya diraih hanya sia-sia dan habis begitu sahaja.
Malang sekali jika kejadian seperti ini sering kali berulang saban tahun dengan cita-cita yang tak pernah kunjung tiba sekalipun ditekad dan diazamkan pada permulaan tahun. Jadikanlah cita-cita sebagai tangga yang perlu dinaiki di mana melangkah semestinya dari satu tahap ke satu tahap yang seterusnya agar kehendak cita-cita dapat direalisasikan dalam kehidupan kita. Amin.
- Bersahabatlah dengan Orang yang Berjaya Meraih Cita-cita
Ini kerana sahabat menjadi cerminan kejayaan seseorang. Cerdik pandai pernah menyebut: “Beritahu kepadaku siapa sahabatmu, nescaya aku boleh memberitahu siapa diri kamu sebenar.” Hal ini berbetulan dengan hadis Nabi SAW:
الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ
Maksudnya: Seseorang itu mengikut agama rakannya. Maka lihatlah seorang kamu siapa yang dia berkawan.
Riwayat Abu Daud (4833), al-Tirmizi (2378)
dan Ahmad (8398)
Sejarah membuktikan orang yang berjaya biasanya mempunyai rakan-rakan yang telah berjaya. Dengan sebab itu gandingan antara yang berjaya dengan yang berjaya menghasilkan kejayaan yang lumayan dan berganda. Justeru, pilihlah rakan-rakan yang telah berjaya dan bukannya yang kecewa dan gagal dalam kehidupan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama sama lah kita semua ye mengatur strategi untuk mencapai sasaran
dan ingatlah bertangguh adalah AMALAN ....
JGN ESCAPE sesuatu , kita dewasa maka CONFRONT with it...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalamullah itu sangat sangat sangat bermakna bagi sesiapa yg dalam perjalanan ...untuk mencapai sesuatu
kepada merke di luar sana , pembaca di sana
dash through IT ,...you will find the relieves awaiting ...
Insya ALLAH |
|
|
|
|
|
|
| |
|