CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2767|Reply: 0

Cadangan wujudkan gaji siling pemain liga M akan dilaksanakan?

[Copy link]
Post time 2-1-2019 01:56 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden FELCRA FC, Datuk Hazian Murad tampil mendedahkan tiadanya kawalan terhadap had gaji pemain menjadi punca beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) ‘bungkus’ termasuk pasukannya sendiri.

Acap kali, ramai berpendapat setiap pasukan haruslah berbelanja mengikut ‘mengukur baju di badan sendiri’, namun dalam usaha memastikan pasukan kekal kompetitif, Hazian akur pasukannya turut menjadi mangsa keghairahan mendapat pemain di luar kemampuan.

“Saya setuju kalau harga siling diperkenalkan kerana melihat kepada suasana bola sepak Malaysia sekarang ini, gaji pemain langsung tidak masuk akal.

“Gaji pemain tempatan perlu realistik untuk mengurangkan bebanan persatuan negeri atau kelab dalam Liga M.

“Ini kerana berdasarkan pengalaman saya bersama FELCRA FC mendapati hampir separuh daripada kos keseluruhan terpaksa diagih kepada pembayaran gaji pemain, selain jurulatih serta pegawai.

“Sedangkan hasil geran tahunan daripada FAM dan penajaan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan gaji pemain,” katanya.

Selain FELCRA FC, Terengganu City muncul kelab terbaru menyertai senarai panjang pasukan yang terpaksa menarik diri daripada Liga M selepas Kuantan FA, DRB Hicom dan Sime Darby FC.

Isu ini sudah lama menjadi ‘barah’ dalam Liga M, namun kerana ghairah dalam mendapatkan pemain ternama kebanyakan pasukan pejam mata dengan harapan pencapaian baik pada akhir musim mampu menutup bebanan kewangan yang menanti mereka.

Malah, situasi itu menyaksikan banyak pasukan kini berdepan masalah tunggakan gaji pemain.

Pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin sependapat penetapan harga siling akan dapat membantu pengaliran wang pasukan lebih berhemah.

“Pertama dengan adanya harga siling ia dapat menjimatkan kos sesebuah pasukan terutamanya membabitkan pembayaran gaji pemain.

“Kedua, pasukan akan dapat lebihan baki kewangan untuk dibawa ke musim depan sebagai persiapan sebelum bermulanya liga baru, malah Kevin Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia) sering menyatakan setiap pasukan harus berhemah dalam berbelanja,” kata Sulaiman.



https://www.hmetro.com.my/arena/2018...tak-masuk-akal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056786 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list