Kredit foto: Instagram @elfiraloy
Dalam kemeriahan kita menyambut tahun baru 2019, netizen turut mendapat perkhabaran gembira dengan berlangsungnya perkahwinan Elfira Loy dan pasangannya Khairul Faris Anuar. Majlis perkahwinan pasangan ini adalah yang ditunggu-tunggu oleh ramai netizen setelah mereka mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.
Kredit foto: I nstagram @elfiraloy
Disebalik kegembiraan El dan Faris setelah sah bergelar suami isteri, rata-rata peminat turut teruja dan gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Masing-masing mengucapkan tahniah dan memuji kecantikan El dalam persalinan perkahwinannya yang dilihat sangat cantik dan berseri.
Kredit foto: I nstagram @elfiraloy
Bagaimanapun, ada beberapa orang netizen yang menegur persalinan El yang bertemakan Bollywood. Menurut komen netizen, penampilan El adalah haram kerana menyerupai adat dan budaya agama Hindu yang dilihat bertentangan dengan syariat Islam. Walaupun tema perkahwinan sebegitu pernah dilakukan oleh artis-artis sebelum ini tetapi nampaknya El menerima kecaman yang lebih teruk. Mungkin disebabkan El adalah artis wanita yang bertudung.
Kredit foto: I nstagram @elfiraloy
Melihat pada penampilan El, dia hanya berpakaian mengikut tema Bollywood tetapi masih menutup aurat dengan sempurna dan tidak menyalahi prinsip Islam. Lagipun tiada upacara keagamaan kaum Hindu yang dilakukan dalam majlis perkahwinan El dan pasangannya.
Kredit foto: I nstagram @elfiraloy
Apa-apa pun, didoakan semoga ikatan perkahwinan El dan Faris berkekalan hingga ke anak cucu. - CARI |