CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3575|Reply: 7

3 sahabat 'travel' ke Moscow dari Beijing guna Trans Siberian Railway... Ini car

[Copy link]
Post time 3-1-2019 03:58 PM | Show all posts |Read mode
WOW kena try nie !!


Salah sebuah stesen kereta api ketika dalam perjalanan ke Moscow, Rusia, menggunakan kereta api Trans Siberian Railway (TSR).


MISI pengembaraan menggunakan kereta api Trans Siberian Railway (TSR) dari Beijing, China ke Moscow, Rusia mungkin idea yang agak ekstrem namun keghairahan untuk mencipta kenangan dan merasai pengalaman luar biasa itu memungkinkan segalanya.
TSR merupakan jaringan laluan kereta api terpanjang di dunia dan ia menghubungkan Moscow dengan bandar-bandar di Timur Rusia dan terdapat tiga laluan utama iaitu Trans Siberian, Trans Mongolian dan Trans Manchurian.
Untuk pengembaran kami tiga sahabat, kami memilih Trans Manchurian yang menghubungkan Moscow dengan Beijing, China melalui Manchurian.




Kembara bermula di Stesen Kereta Api Beijing yang dianggarkan sebesar 50 padang bola sepak!


Perjalanan menerusi laluan Trans-Manchurian adalah sejauh 8,986 kilometer dalam masa enam hari. Ia adalah perjalanan merentasi tujuh zon masa yang tidak dapat dilupakan, namun berbaloi.
Keputusan spontan dan sebulat suara memilih menaiki kereta api ke Moscow jujurnya dibuat tanpa sebarang perancangan konkrit malah kami tidak tahu apa bakal kami tempuhi sepanjang perjalanan itu.
Kami mengambil masa selama sembilan bulan merencanakan kembara itu. Walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran dan kepayahan ia ternyata berbaloi. Kami semua tidak teragak-agak untuk mengulanginya sekali lagi!


Enam hari dalam kereta api membuka ruang untuk berkenalan dengan pengembara dari seluruh dunia.


Bagai menanti kelahiran seorang cahaya mata, kami berdepan pelbagai persoalan yang ada di antaranya kami sendiri tidak mempunyai jawapan namun mujur internet banyak membantu kami membuat perancangan tersebut.
Trans-Manchurian dengan nombor K19 bergerak dari Stesen Kereta Api Beijing setiap Sabtu pada pukul 11 malam dan akan tiba di Stesen Kereta Api Moscow Yarslavsky pada Jumaat, 2.15 petang.
Ia akan berhenti di 44 buah stesen sepanjang perjalanan yang memakan masa antara dua minit hingga enam jam untuk mengambil dan menurunkan penumpang serta aktiviti lain.


Menghabiskan waktu lapang ketika dalam kereta api dengan melihat pemandangan atau pun membaca buku.

Kehidupan enam hari dalam kabin
"Inilah dia!", kata kami. Enam hari yang ditunggu-tunggu sepanjang sembilan bulan persiapan yang dilakukan akhirnya tiba.
Kabin nombor 2 adalah rumah kami sepanjang tempoh itu dan kabin tersebut mempunyai empat tempat tidur tanpa bilik mandi dan tandas.


Pemandangan luar tingkap yang cukup mengagumkan.

Walaupun keadaan tidak begitu bagus tetapi secara keseluruhannya ia selesa, malah kami masih boleh tidur dengan nyenyak!
Keluasan 60 kaki persegi kabin 2 itu juga sebenarnya mengeratkan hubungan kami tiga sekawan. Bayangkan betapa kecohnya apabila kami berhimpit dan perlu menatap wajah masing-masing jika semua berada dalam kabin.
Tetapi syukur kami tahu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keadaan sentiasa kemas dan teratur agar kami semua dapat menikmati perjalanan itu.


Walaupun ruang terhad kami masih dapat menikmati makan tengah hari dengan selesa.


Malah kami bertemu dengan rakan baharu dari pelbagai negara termasuk Afrika Selatan dan Jerman yang mempunyai pengalaman dan kisah tersendiri dalam pengembaraan mereka.
Pelbagai aktiviti yang kami lakukan sepanjang perjalanan - paling penting dalam K19 juga kami 'mengembara' mencari makanan lazat di kafeteria walaupun masing-masing membawa bekalan dari Malaysia!
Selebihnya anda hanya perlu bertenang dan menikmati perjalanan itu selain perlu sentiasa mengetahui pertukaran masa yang mungkin boleh menyebabkan anda berasa keliru.



Keadaan waktu malam di salah sebuah stesen ketika menuju ke Moscow.


Ada beberapa perkara yang perlu diutamakan dalam membuat perancangan menggunakan kereta api TRS termasuk urusan pembelian tiket serta visa, selain perlu mengetahui cabaran 'tinggal' selama enam hari dalam kereta api menuju ke Moscow.
1. Tempahan tiket perlu dibuat awal
Bagi setiap perjalanan perkara paling penting perlu dilakukan adalah membeli tiket! Kaedah paling mudah adalah menerusi dalam talian dan untuk perjalanan Trans-Manchurian tempahan boleh dibuat menerusi www.chinahighlights.com.


Penulis (dua, kanan) bersama rakan-rakan.

Pun begitu, pembelian tiket perlu dibuat sekurang-kurangnya 40 hari sebelum perjalanan namun pra-tempahan juga boleh dilakukan sebelum tarikh penjualan tiket dibuka.
Sebarang pertanyaan mengenai tiket juga boleh dilakukan ke service@chinahighlights.com dan balasan daripada pihak mereka juga cukup pantas.

2. Pemegang pasport Malaysia perlu ada visa ke China, Rusia


Keadaan bilik mandi dan tandas yang selesa dan bersih di dalam kereta api.

Pemohon boleh melayari laman web www.visaforchina dan www.russiavisahq.com untuk mengisi borang dalam talian dan terdapat pautan membimbing pemohon menyediakan semua dokumen sokongan.
Setelah selesai, cetak dan serahkan borang lengkap berserta dokumen sokongan yang diperlukan kepada ejen perjalanan tempatan untuk penyerahan dan pengumpulan visa.
Yuran pemprosesan untuk visa ke China sebanyak RM100 tidak termasuk caj perkhidmatan ejen dan masa pemprosesan dianggarkan empat ke lima hari bekerja.


Seni bina klasik di salah sebuah stesen kereta api di Rusia.


Manakala visa ke Rusia dikenakan bayaran RM730 dan mengambil masa 10 hingga ke 15 hari bekerja untuk diproses. Selain daripada butiran pasport dan tiket perjalanan, dokumen ‘letter of invitation’ perlu disertakan untuk proses visa ke Rusia.
3. Pemeriksaan merentasi sempadan
Perkara paling penting perlu diketahui adalah, Stesen Kereta Api Beijing sangat besar yang dianggarkan sebesar 50 padang bola sepak!
Jadi pastikan anda rancang waktu perjalanan agar tidak terlepas kereta api.


Prem bergambar bersama kereta api yang membawa mereka ke Rusia.






Pada hari ketiga, K19 akan tiba di stesen Zabaikalsk. Ia adalah sempadan masuk ke Rusia dan semua penumpang perlu melepasi pemeriksaan imigresen.

Pegawai bertugas akan memeriksa pasport dan semua barang-barang anda menggunakan anjing pengesan. Sekiranya semua berjalan lancar barulah pasport anda dikembalikan dan dibenarkan turun dari kereta api.
Jadi pastikan semua dokumen tersedia dan anda tidak membawa barangan terlarang yang boleh menyebabkan anda ditahan.

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 02:16 PM | Show all posts
wow awesome tho... blh try ni hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting.
Where did u get this tt? Blog ke? Nak link klu ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:10 PM | Show all posts
harap tahun ni dapat buat trans siberian
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:57 PM | Show all posts
Wah menarik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 11:28 PM | Show all posts
wow best journey naik train ni. Boleh try pi Bangkok dulu lah naik train
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2019 11:56 AM | Show all posts
bestnya,,perjalanan yang menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 06:35 AM | Show all posts
X larat aku nak ngadap 6 ari dlm train kah3.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.066430 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list