CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 0

non muslim terima zakat ? ada syaratnya

[Copy link]
Post time 3-1-2019 10:23 PM | Show all posts |Read mode
SAYA dimaklumkan bahawa zakat hanyalah untuk orang Islam semata-mata. Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya terdengar bahawa orang kafir atau bukan Islam juga boleh disantuni dengan wang zakat. Apakah benar perkara ini dan bagaimanakah aplikasinya dalam keadaan hari ini?

Jawapan:

Alhamdulillah di atas pertanyaan ini. Memang tidak dinafikan bahawa banyak umat Islam ada melontarkan persoalan yang sama. Apatah lagi mutakhir ini, kita juga sering terdengar betapa orang-orang bukan Islam juga ada yang teringin menikmati wang zakat. Maka, timbullah pelbagai jawapan dalam kalangan masyarakat yang belum tentu betul atau salah jawapannya.

Oleh itu, saya berharap moga-moga jawapan yang disajikan ini mampu memberikan panduan kepada seluruh umat Islam dalam membahaskan perihal agihan zakat kepada orang bukan Islam. Semoga dengan itu juga, akan terhindarlah Islam daripada imej dan tempelan yang negatif, dek kerana kejahilan umatnya sendiri dalam memahami hukum-hakam Islam.

Baiklah, secara umumnya memang wang atau harta zakat itu, pengagihannya adalah untuk orang Islam sahaja. Hal ini disandarkan kepada sebuah dalil seperti mana yang telah dipesankan oleh Rasulullah SAW kepada Muadz bin Jabal r.a, agar mengambil zakat daripada orang-orang kaya di Yaman dan menyerahkan kembali kepada orang-orang di sana yang memerlukan. Harus difahami bahawa penduduk Yaman yang asalnya ahli kitab telah pun memeluk Islam (rujuk Ibn Rusyd, Bidayatul Mujtahid, Jilid 1, hal. 585).

Walau bagaimanapun, hal ini masih mendapat perbahasan yang panjang daripada kalangan fuqaha Islam. Ini kerana, ketetapan larangan kepada orang-orang kafir untuk mendapat zakat dilihat masih tidak ijmak atau dibuat secara konsensus yang bulat sifatnya.

Ertinya, masih ada dalam kalangan fuqaha yang berpandangan, orang-orang bukan Islam masih boleh menerima pemberian zakat dengan syarat-syarat yang tertentu.

Ditambah lagi jika dilihat kepada amalan yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW sendiri, Nabi memang ada memberikan zakat kepada golongan bukan muslim, demi melembut dan melunakkan hati mereka kepada Islam.

Maka, sudah pastilah ia menjadi asas bahawa larangan memberikan zakat kepada bukan muslim bukanlah bersifat ijmak atau konsensus yang tidak boleh ditakwil lagi.

Dalam hal ini, Safwan bin Umayyah yang masih belum Islam pernah disantuni oleh Rasulullah SAW sehinggalah akhirnya terbuka hatinya untuk memeluk Islam. Beliau berkata: Demi Allah, Rasulullah SAW telah memberi kepadaku, padahal baginda adalah orang yang paling aku benci; akan tetapi beliau tidak pernah berhenti memberi kepadaku, sehingga baginda menjadi orang yang paling aku sayangi. (riwayat Imam Tarmidzi dan Imam Muslim).

Sebab itulah, al-allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Hukum Zakat ada menyatakan, secara umumnya golongan yang diharamkan menerima zakat itu ialah:

Orang kaya

Orang yang kuat yang mampu bekerja

Orang yang tidak mempunyai agama (atheis atau komunis) dan orang kafir yang memerangi Islam, berdasarkan ijmak ulama, dan kafir zimmi (yang tunduk kepada Islam) menurut jumhur (majoriti) ulama

Anak-anak orang yang mengeluarkan zakat, kedua orang tua dan isterinya.

Keluarga Nabi Muhammad SAW (meski pun sudah ada khilaf pendapat dalam hal ini)

(rujuk Hukum Zakat, hal. 673).


Ertinya, apabila disebutkan orang kafir, maka yang ditegah untuk menerima zakat, ialah orang kafir yang jelas meneNtang dan memusuhi Islam. Mereka ini, andai diberikan zakat, hakikatnya seperti memberikan senjata untuk membunuh umat Islam

kembali. Maka atas dasar itulah, ulama menegah daripada memberikan zakat kepada mereka.

Malah Dr. Yusuf al-Qaradhawi turut menyatakan bahawa bukan sekadar orang yang memang sedari awalnya kafir sahaja ditegah menerima zakat, malahan mereka yang murtad juga ditegah        menerima zakat, kerana hakikatnya orang yang mur        tad itu telah berkhianat kepada agama Islam (Ibid, hal. 680).

WALAU bagaimanapun, Islam memandang orang-orang kafir yang zimmi, maka sebenarnya mereka sudah pun mempunyai potensi untuk menerima Islam. Apatah lagi jika ditakdirkan mereka juga memerlukan, misalnya tergolong dalam kelompok kafir zimmi yang fakir dan miskin, maka pastilah pemberian zakat kepada mereka boleh melembutkan hati dan menarik mereka untuk lebih mendekati Islam.

Malah sebahagian fuqaha, misalnya Imam az-Zuhri, Abu Hanifah, Muhammad dan Ibn Syabramah turut menyatakan bahawa golongan kafir yang zimmi dan berada dalam kefakiran, maka mereka boleh disantuni dengan zakat fitrah (rujuk Ibn Rusyd, Bidayatul Mujtahid, hal. 584).

Begitu jugalah dalam bab membantu orang yang berhutang, Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri ada memetik pandangan sebahagian fuqaha bahawa orang-orang kafir yang baik (ahli zimmi) yang telah merelakan harta kekayaan mereka diambil sebagai hutang untuk digunakan bagi membantu keperluan ummah, maka andai mereka memerlukan, maka wang zakat boleh digunakan untuk membayar hutang itu kepada mereka (Hukum Zakat, hal. 604).


Kesimpulannya, wang zakat bukanlah bersifat haram secara ijmak untuk disalurkan kepada kalangan non muslim, apatah lagi jika ia memang bertujuan dakwah untuk menarik mereka dan menjelaskan perihal keindahan Islam kepada mereka. Atas dasar itulah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah, telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah. Wallahuaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.897062 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list