CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
Post time 19-1-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 adalah org Dalam yg dapat sebar atau viralkan  kebenaran yg dsembunyikan itu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak benci pakatan hanjeng!!!! Benci kawwe
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 19-1-2019 12:15 PM
Harap2 adalah org Dalam yg dapat sebar atau viralkan  kebenaran yg dsembunyikan itu......

Apa nak diharap dari ketua hakim & AG yg sama2 menari terkinja2 mcm org mabok dgn siti kassim tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 19-1-2019 05:00 PM

pehak pendakwa perlu membuktikan arwah telah dipukul oleh individu yg sedang didakwa  
Ini tidak mudah kerana ia berlaku didalam kawasan org yg sedang meruisuh.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
AG & ketua hakim sibuk berdansa terkinja2 mcm org mabok atas pentas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Permohonan ditolak [METROTV]

MyMetroMutakhir

Norrasyidah Arshad
norrasyidah@nstp.com.my


SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini, semalam menolak permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan 50 penganut Hindu kuil itu untuk menjadi pihak dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak jawatankuasa kuil yang diwakili peguam M Visvanathan dan R Karna dan peguam Siti Zabedah Kassim yang mewakili kumpulan penganut itu dalam prosiding di hadapannya, semalam.

Ketika membaca keputusannya, Rofiah berkata, permohonan itu ditolak selepas melihat kedua-dua pihak tidak mempunyai kepentingan yang nyata, substantif dan munasabah dalam prosiding terbabit.

“Mahkamah tidak boleh keluar daripada sempadan dan perimeter prosiding inkues ini mengikut Seksyen 337 Kanun Prosedur Jenayah iaitu, mengetahui bila Muhammad Adib meninggal dunia, di mana beliau meninggal dunia, bagaimana beliau meninggal dunia, dalam apa cara beliau meninggal dunia.

“Berdasarkan perkara ini, identiti dan peranan kedua-dua pihak ini tersasar daripada terma rujukan prosiding inkues ini.

“Kedua-dua pihak ini tidak mempunyai kepentingan yang real, substantive dan reasonable untuk mahkamah benarkan mereka terbabit dalam prosiding inkues,” katanya.

Terdahulu, Rofiah membenarkan Majlis Peguam yang diwakili Roger Chan Weng Keng dan Cyrus Tiu Foo Woei selain peguam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Mansoor Saat, untuk menjadi peguam pemerhati sepanjang prosiding inkues berkenaan berjalan.

Beliau juga memerintahkan sebarang semakan terhadap keputusannya itu difailkan sebelum 11 Februari ini apabila prosiding inkues itu bermula, selepas dimaklum oleh Siti Zabedah dalam prosiding sama.

Dalam prosiding semalam, Rofiah turut memerintahkan enam saksi profesional terdiri daripada doktor dan pakar forensik yang merawat serta melakukan bedah siasat terhadap Muhammad Adib serta pegawai penyiasat akan memberikan keterangan secara lisan dan bukannya bertulis seperti diputuskannya 18 Januari lalu.

“Ini berikutan arahan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin, atas alasan ia tidak sesuai bagi prosiding ini,” katanya.

Sementara itu, Siti Zabedah yang ditemui di luar mahkamah, berkata, pihaknya dan pihak jawatankuasa kuil akan mengemukakan permohonan semakan terhadap keputusan ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Pada 18 Januari lalu, Rofiah memutuskan hanya pihak berkepentingan iaitu peguam bagi ahli keluarga dan peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) boleh mengemukakan soalan.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 8:48 AM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Barisan peguam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 10:16 AM | Show all posts
Allah with u makcik pakcik , pakcik dna makcik dapat semua doa kami , keadilan akan ditegakkan secara natural atau secara paksaan ,desakan atau hentakan  panglima-panglima parang terbang Melayu Islam. Mereka semua sudah bersedia ,tunggu puak-puak tu yg   umum apa saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
What are you trying to prove wahai ahli kuil? Please stay away. Kuil dah selamat, tanah dapat, duit korang telan, bunuh orang pun sudah. Nak apa lagi menyibuk nak ikut prosiding? Kalau tak sebab korang, tak jadi semua ni. Kuil korang tu tak kena bom pun dah cukup baik
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbulu mak dengan kicap kuil!!!! Pooorah satthaamaaa toncikkkk!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Prosiding dijadualkan berlangsung selama 44 hari
..........................
Inkuiri kematian Adib bermula hari ini

SHAH ALAM - Kompleks Mahkamah Shah Alam sekali lagi menjadi tumpuan apabila inkuiri kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim, bermula hari ini.

Prosiding dijadualkan berlangsung selama 44 hari di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai koroner.

Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah, Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim Hamzah selaku Pengawai Pengendali Inkues dijangka akan memanggil lebih 30 saksi termasuk seorang pegawai penyiasat dan enam pakar perubatan yang merawat Muhammad Adib di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Medical, Institut Jantung Negara serta Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding berlangsung 44 hari, 30 saksi

Barisan peguam keluarga Muhammad Adib yang diketuai oleh Muhammad Kamaruzzaman A Wahab manakala Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diwakili peguam, Syazlin Mansor serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) adalah sebagai pihak-pihak berkepentingan dalam inkuiri tersebut.

Pada 31 Januari lalu, Rofiah mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kematian Muhammad Adib kerana mahkamah belum memulakan prosiding dan membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini peringatan Koroner terutama kepada pihak berkepentingan

Sebelum ini salah seorang peguam keluarga Muhammad Adib berkata, pihaknya yakin anak guamnya mati disebabkan dipukul dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ, Subang Jaya dekat sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin Adib dipukul: Peguam

Pada pengurusan kes sebelum ini, Jawatankuasa Menyelamat kuil berkenaan dan sebahagian penganut Hindu gagal menjadi pihak-pihak berkepentingan selepas koroner menolak permohonan mereka atas alasan tidak mempunyai kepentingan nyata, substantif dan munasabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak permohonan task force Kuil Sri Maha Mariamman

Pada 18 Disember lalu, Muhammad Adib,24, disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam selepas tiga minggu menerima rawatan setelah mengalami kecederaan parah dipercayai akibat dipukul dalam insiden itu.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 08:37 AM | Show all posts
sakit hati sungguh selagi yg terlibat tidak ditangkap dn terima hukuman
smoga Allah permudahkan sgala urusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 12:36 PM | Show all posts
Prosiding inkues Muhammad Adib bermula hari ini
Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 11, 2019 10:05 MYT


Prosiding hari ni berlangsung di Kompleks Mahkamah Koroner Shah Alam yang bermula pada pukul 10 pagi. - Astro AWANI/Hilmi Malik


SHAH ALAM: Hari ini bermulanya prosiding hari pertama inkues bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba dan juga Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, selepas cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, pada November tahun lalu.

Prosiding hari ni berlangsung di Kompleks Mahkamah Koroner Shah Alam yang bermula pada pukul 10 pagi.

Prosiding akan dilakukan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad itu akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah bersama-sama Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim.

Antara yang hadir pada inkues pagi ini termasuk kumpulan saksi yang terdiri daripada anggota bomba, saksi awam serta anggota keluarga

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad itu akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah bersama-sama Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim.

Beberapa anggota bomba serta saksi awam termasuk ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib difahamkan akan memberi keterangan pagi ini.

Mereka antara 30 saksi selain  enam doktor dan pakar forensik, yang akan memberi keterangan sepanjang 52 hari inkues berlangsung.

Pada 27 November lalu, Mohd Adib parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu pada pukul 9.41 malam di IJN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 12:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 01:12 PM | Show all posts
Inkues Adib: Jentera bomba dibaling dengan objek keras - Saksi

Oleh Norrasyidah Arshad
norrasyidah@nstp.com.my

SHAH ALAM: Jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang, November lalu, dibaling dengan objek keras.

Saksi pertama prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim, Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, Deputi Superintendan Mohd Nasir Rahman, berkata jentera berkenaan dikelilingi orang ramai berbangsa India dan dibaling dengan objek keras.

“Jentera dikelilingi orang ramai dan dibaling. Pada penglihatan saya, jentera di depan (FRT) dibaling di bahagian depan.

“Jentera kemudian berundur dan melanggar van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum ke hadapan dan kembali berundur hingga hilang daripada penglihatan saya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah.

Mohd Nasir berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau menganggarkan antara 3,000 ke 5,000 individu berkumpul di kuil berkenaan.

Katanya, jentera berkenaan diserang antara 10 hingga 15 minit sebelum ia meninggalkan lokasi.

“Saya berada kira-kira 80 ke 100 meter dari lokasi berkenaan diserang,” katanya.

Prosiding inkues yang diadakan di Mahkamah Koroner di sini, bagi mencari punca kematian anggota bomba Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas diserang dan dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.


Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Pada 27 Disember lalu, media melaporkan Peguam Negara akan mengarahkan majistret untuk membuat inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh Peguam Negara, Tommy Thomas hasil perbincangan yang diadakan selepas penemuan dapatan tertentu polis menerusi rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik patalogi yang hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 01:14 PM | Show all posts

Media beratur untuk mengambil pas kebenaran untuk mengikuti inkues Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - NSTP/Intan Nur Elliana Zakaria




Peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Yahaya Othman hadir bagi mengikuti inkues di Mahkamah Shah Alam. - NSTP/Intan Nur Elliana Zakaria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2019 01:16 PM | Show all posts
Abang Muhammad Adib hadir inkues
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Suraya Roslan
bhnews@bh.com.my




SHAH ALAM: Abang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim antara ahli keluarga yang menghadiri hari pertama pendengaran inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba itu di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati Muhammad Asyraf yang berpakaian kemas dilihat memasuki bilik saksi mahkamah itu, sejak kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Beliau dilihat turut diiringi beberapa pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Puluhan petugas media ketika ini memenuhi pekarangan mahkamah itu bagi membuat liputan inkues berkenaan yang bermula jam 10 pagi tadi.

Polis bagaimanapun hanya membenarkan seorang wartawan mewakili agensi masing-masing untuk memasuki mahkamah berkenaan.

Difahamkan, tiga saksi dijangka akan memberi keterangan pada prosiding hari pertama inkues itu dan tujuh saksi disenaraikan pihak pendakwaan untuk dipanggil dalam masa terdekat.


Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad itu akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah bersama-sama Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas diserang dan dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Pada 27 Disember lalu, media melaporkan Peguam Negara akan mengarahkan majistret untuk membuat inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 01:20 PM | Show all posts
Saya lihat trak bomba diserang, bukan anggotanya, kata pegawai polis

Dikemas kini 51 minit yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2019 12:29PM · 0 Komen




Pegawai dan anggota bomba tiba di kompleks mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini pada sesi pendengaran inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.

SORANG pegawai polis trafik yang berada di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada malam rusuhan pada tahun lalu, mendakwa dia tidak nampak mana-mana anggota bomba dipukul perusuh ketika insiden trak bomba diserang.

Ketua Polis Trafik Subang Jaya Asisten Superitendan Mohd Nasir Rahman berkata kepada inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, bahawa trak bomba dikelilingi ramai orang ketika beliau tiba di lokasi kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dimanakah sifat kemanusiaan sehingga punca kematian seorang insan yg tidak bersalah pun mahu disembunyikan dan dilengah lengahkan? There must be a shocking plot twist somewhere. Semoga dipermudahkan. May justice prevails.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:29 PM | Show all posts
Syd replied at 11-2-2019 01:20 PM
Saya lihat trak bomba diserang, bukan anggotanya, kata pegawai polis

Dikemas kini 51 minit yang l ...

Lain macam bunyi nye je ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.197638 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list