CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62697|Reply: 517

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
Post time 4-1-2019 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 27-9-2019 01:00 PM

Umno buat laporan polis ‘PM dan AG disyaki melindungi pembunuh Adib’News  |  Diterbitkan Hari ini 12:57 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 12:57 tengahari





Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Nor Adam dijangka memimpin sekumpulan penyokong parti itu dan memfailkan laporan polis terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan peguam negara Tommy Thomas.

Dalam hantaran di Instagram, beliau berkata laporan mengenai kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim akan difailkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini.

Lokman dan penyokongnya akan berkumpul di kompleks membeli-belah Sogo yang berhampiran sebelum berarak ke ibu pejabat polis.

Menurut catatan itu, laporan polis beramai-ramai terhadap “PM dan AG yang disyaki melindungi pembunuh Adib".

Minggu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues dibuat untuk menentukan punca kematian ahli bomba berkenaan.
Pengurusan kes mengenai inkues itu telah ditetapkan pada 18 Januari akan datang.

Prosiding inkues akan diadakan di Mahkamah Koroner yang akan bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata majistret yang mengendalikan inkues itu akan mempunyai kuasa yang luas di bawah Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah untuk menentukan punca kematian tersebut.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2019 06:51 PM | Show all posts
dah ada case management date utk inquest, akan buat report polis.. dah tu nak berarak buat apa lagi, nak isi masa lapang ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap keadilan dapat ditegakkan melalui inkues - Ibu Adib

Oleh Suzalina Halid
suzalina@nstp.com.my


ALOR SETAR: Ibu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim mengharapkan keadilan buat anaknya itu dapat ditegakkan melalui prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba itu bermula pada 18 Januari ini.

Asma Aziz, 51, berkata besar harapannya supaya kes membabitkan Muhammad Adib dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dengan dalang utama kematian anaknya itu dibawa ke muka pengadilan.

“Mak cik harap sangat nak cepat selesai kes ini dengan siasatan lengkap menyeluruh bagi menuntut keadilan buat arwah...tangkap depa itu, dalang yang suruh (buat rusuhan).


“Mak cik nak tengok orang yang ‘katuk’ (pukul) anak mak cik itu, mak cik nak tengok orang yang sanggup buat anak mak cik macam itu, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, di sini.

Terdahulu, Asma dan suaminya, Mohd Kasim Abdul Hamid, 63, menerima lawatan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin sebelum dikunjung Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Sebelum ini, Mahkamah Shah Alam menetapkan 18 Januari ini bagi pengurusan kes inkues untuk menentukan punca kematian Alllahyarham Muhammad Adib, 24, iaitu anggota bomba yang maut dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Allahyarham Muhammad Adib yang parah akibat dipukul sekumpulan perusuh ketika insiden di kuil itu pada 26 November lalu, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Asma berkata, sehingga kini, dia tidak pernah ketinggalan ‘menziarahi’ Muhammad Adib di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, berhampiran rumahnya selepas waktu Subuh bagi menitipkan doa buat arwah anaknya itu.

“Sekarang mak cik dah boleh pergi kubur, setiap hari pergi selepas solat subuh dekat masjid makcik sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat arwah, ” katanya yang menghargai kunjungan pelbagai pihak di rumahnya hampir setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 05:45 PM | Show all posts
Syd replied at 6-1-2019 05:42 PM
Harap keadilan dapat ditegakkan melalui inkues - Ibu Adib

Oleh Suzalina Halid

Sedihnya baca perenggan akhir tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts

KUALA KEDAH: Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksanakan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kelompangan dan dipolemikkan pihak tertentu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata tidak timbul inkues ini sengaja dilengahkan kerana ia melibatkan isu nasional.

Pada inkues pertama yang akan dijalankan di Mahkamah Koroner pada 18 Januari ini, semua saksi akan dipanggil termasuk doktor yang merawat dan pihak forensik yang melakukan proses bedah siasat terhadap Muhammad Adib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 12:54 PM | Show all posts
BERITA»Kes
Jumaat, 18 Januari 2019 | 12:02pm

Peguam keluarga yakin Muhammad Adib dipukul

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Norrasyidah Arshad
cnews@nstp.com.my


SHAH ALAM: Peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim percaya punca kematian anggota bomba itu akibat dipukul.

Bagaimanapun, Mohd Kamaruzaman A Wahab, berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut dan perlu menunggu dokumen yang diserahkan ke mahkamah.

“Pihak pendakwaan sudah memulakan prosiding bagi mencari punca kematian Muhammad Adib.

“Kami akan bantu mahkamah dengan mengemukakan kira-kira 30 saksi,” katanya.

Kamaruzaman berkata, ahli keluarga Muhammad Adib tidak hadir ke prosiding inkues yang berjalan hari ini.

“Ahli keluarga yang tinggal di Kedah akan hadir pada hari perbicaraan inkues nanti,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi 27 November tahun lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Beliau dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

Bagaimanapun, Muhammad Adib disahkan meninggal dunia di IJN pada jam 9.41 malam, 17 Disember lalu.

Sementara itu, prosiding inkues hari ini turut dihadiri beberapa ahli Gerakan Masyarakat Malaysia (GERAS) bagi mengikuti prosiding berkenaan.

Pengerusi GERAS, Abu Bakar Mohamed, turut memakai sepersalinan baju Melayu berserta tengkolok berwarna biru sebagai tanda sokongan untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian Muhammad Adib.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2019 12:56 PM | Show all posts
BERITA»Kes
Jumaat, 18 Januari 2019 | 11:57am



Timbalan Pendakwaraya, Hamdan Hamzah sebagai pegawai pengendali inkues hadir di Mahkamah Sesyen 8 berhubung sebutan kali pertama pengurusan kes inkues kematian Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Prosiding inkues kematian Muhammad Adib bermula 11 Februari

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini hari ini menetapkan 11 Februari hingga 12 April ini sebagai tarikh prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner, menetapkan tarikh terbabit ketika pengurusan kes hari ini.

Beliau menetapkan 11 Februari hingga 28 Februari; 1, 4 dan 5 Mac; 19 Mac hingga 29 Mac dan 1 April hingga 12 April sebagai tarikh prosiding inkues itu.

Pegawai pengendali inkues berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah, memberitahu mahkamah bahawa seramai 30 saksi termasuk enam doktor dan pakar forensik akan dipanggil memberi keterangan pada prosiding itu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini dilaporkan berkata, Peguam Negara selaku Pendakwa Raya dalam menjalankan kuasanya di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah, mengarahkan Majistret membuat siasatan (inkues) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.

Beliau berkata ​​​​​​dalam prosiding inkues itu, Majistret mempunyai kuasa yang luas di bawah Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah yang memberi erti sebab kematian.

Ini, katanya, termasuk mempertimbangkan bagaimana Muhammad Adib menemui ajalnya dan sama ada kematiannya disebabkan, atau dipercepatkan oleh, apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan orang lain. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dodolgemok at 18-1-2019 12:59 PM

Bodoh ke apa lokman dan cacai2 ni semua? Inkues dah nak bermula pon nak meroyan apa lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2019 01:00 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 18-1-2019 12:58 PM
Bodoh ke apa lokman dan cacai2 ni semua? Inkues dah bermula pon harini nak meroyan apa lagi?




Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 18-1-2019 01:00 PM

Kau tak shalat ke dek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 01:01 PM | Show all posts

musafir sblm aidilfitri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 01:02 PM | Show all posts
Berita Harian Online
1 hr ·

Mahkamah Koroner tetapkan 11-28 Februari; 1,4 dan 5 Mac serta 19-29 Mac selain 1-12 April sebagai tarikh prosiding inkues punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya mak adib..sabarlah aunty..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 04:06 PM | Show all posts
30 saksi akan beri keterangan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-beri-keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 12:25 PM

Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my


Hamdan hadir di mahkamah berhubungan sebutan kali pertama pengurusan kes inkues kematian Adib.  FOTO Eizairi Shamsudin.

SERAMAI 30 saksi termasuk enam doktor akan memberi keterangan di Mahkamah Koroner di Shah Alam bagi prosiding inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai pengendali Hamdan Hamzah ketika pengurusan kes itu di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, di sini.

Menurutnya, enam saksi itu adalah doktor yang merawat Adib di Institut Jantung Negara, Subang Jaya Medical Center, Hospital Kuala Lumpur termasuk pakar forensik.

“Selain itu kami akan turut memanggil anggota bomba, polis, pasukan perubatan dan orang awam yang berada di tempat kejadian. Kami akan menyiarkan rakaman video viral ketika kejadian.

“Kami juga memohon arahan daripada inkues ini bagaimana mahu mengendalikan prosiding. Memandangkan terdapat beberapa pihak yang tampil dan memohon menjadi pihak dalam prosiding inkues ini, saya cadangkan supaya arahan dibuat berhubung perkara itu,” katanya.

Rofiah menetapkan 52 hari bermula 11 Februari ini untuk pendengaran prosiding itu serta memerintahkan enam doktor dan pegawai penyiasat yang akan memberi keterangan menyediakan pernyataan saksi.

Terdahulu beliau memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mendengar prosiding itu dan sudah melapangkan tarikh bermula Februari sehingga ia selesai didengar.

Selain Februari, Rofiah menetapkan 1, 4 dan 5 Mac, 19 Mac sehingga 29 Mac dan 1 April sehingga 11 April untuk prosiding inkues itu didengar.

Beliau juga membenarkan pasukan peguam mewakili keluarga Muhammad Adib dan peguam Syazlin Mansor bagi pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyoal balas.

Selain itu mahkamah turut membenarkan peguam Mansor Saat yang mewakili Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hadir sebagai peguam pemerhati.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 31 Januari ini untuk memutuskan sama ada peguam Cyrus Tiu Foo Woei yang mewakili Majlis Peguam dan Jawatankuasa Petugas Khas Kuil Sri Maha Mariamman boleh menyoal saksi atau tidak.

Lima peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib ialah Mohd Kamaruzaman A Wahab, Ahmad Taufiq Baharum, Ahmad Lufti Awang, Mohd Zubir Embong dan Mohd Tajuddin Abdul Razak.

Ketika prosiding pagi ini, Mohd Kamaruzaman memberitahu prosiding inkues itu bahawa pihaknya mempunyai kepentingan di dalam kes itu selepas dilantik oleh bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid.

Muhammad Adib yang parah dipercayai dipukul ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), 17 Disember tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ade lg mamat lokman ni..

i hrp dlm ramai2 perusuh tu ade la jenis jujur yg bole jd saksi..tiap kali lalu mesti teringat kes arwah adib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 18-1-2019 04:06 PM
30 saksi akan beri keterangan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/413429/30-saksi-akan-ber ...

harap saksi diberi perlindungan ketat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:25 AM | Show all posts
TT @Syd   tolong update tajuk thread.

Inkues Adib mungkin sukarkan sabitan membunuh, kata peguam

https://m.malaysiakini.com/news/460818

Hariz Mohd
18 Jan 2019, 8:56 malam (Dikemaskini 18 Jan 2019, 8:56 malam)



Pihak pendakwa mungkin berdepan kesukaran yang besar untuk mendapatkan sabitan membunuh jika mereka membawa kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim ke mahkamah, kata seorang peguam.

Menurut M Hafiz Zainol Abidin tanpa mendapat pengesahan tentang punca kematian Muhammad Adib itu, peluang untuk pihak pendakwa memenangi kes berkenaan akan menjadi tipis.

Kata peguam terbabit langkah mengadakan proses inkues sekarang membayangkan ahli patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Muhammad Adib tidak menemui punca kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terbabit.

"Hal ini akan banyak mempengaruhi perbicaraan kes jenayah itu pada masa depan - jika ada - berhubung dengan tindakan menyalahkan sesuatu pihak kerana membunuh Adib.

"Ia tidak mustahil, tetapi ia akan mencabar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Adib ialah anggota JBPM yang mengalami kecederaan parah semasa bertugas di kawasan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.

Selepas 21 hari dirawat, dia akhirnya menghembus nafas terakhir di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Perlu buktikan punca kematian

Muhammad Adib, 24, didakwa cedera selepas diserang sekumpulan individu yang merusuh di kawasan kuil berkenaan.

Seorang ahli patologi menjalankan bedah siasat ke atas jenazah Muhammad Adib tetapi Menteri Dalam Negeri Muhyiddn Yassin - pada 27 Dis tahun lalu - mengumumkan bahawa suatu inkues akan diadakan bagi mengenal pasti kematian anggota JBPM itu.

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini menetapkan inkues berkenaan akan dimulakan pada 11 Feb ini.


Petuga media massa mengadakan liputan mengenai inkues di Shah Alam hari ini

M Hafiz berkata laporan bedah siasat menjadi keterangan yang penting - selain bukti lain - dalam sesebuah perbicaraan.

"Apabila sesuatu kes bunuh dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pendakwa terlebih dulu perlu membuktikan mangsa mati akibat kecederaan dilakukan oleh suspek.

"Masih ada kemungkinan inkues itu akan mendapati Muhammad Adib meninggal dunia akibat serangan, namun pihak pembelaan masih boleh berhujah menggunakan laporan bedah siasat jika ia menunjukkan pemeriksa tidak dapat merumuskan punca kematian tersebut," katanya.

M Hafiz yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun sebagai peguam bela berkata, satu lagi kemungkinan daripada inkues itu ialah, mahkamah koroner boleh membuat keputusan terbuka.

Dalam keadaan itu katanya mahkamah boleh memutuskan punca atau keadaan kematian Muhammad Adib tetap tidak diketahui atau dapat dijelaskan.

"Kalau mahkamah memberikan penghakiman terbuka, ia akan jadi lebih sukar untuk pendakwa mendapatkan sabitan membunuh, malah untuk sabitan membunuh tanpa niat," katanya.

Sambil menegaskan ia masih suatu hipotesis dan bukan garis panduan awam, M Hafiz berkata, ada kemungkinan yang besar untuk perbicaraan jenayah melibatkan kematian Muhammad Adib hanya setakat pendakwaan membunuh tanpa niat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 11:37 AM | Show all posts
EJALTI replied at 19-1-2019 11:25 AM
TT @Syd   tolong update tajuk thread.

Inkues Adib mungkin sukarkan sabitan membunuh, kata peguam
...

tq chuols.

dah edit tajuk.


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak gaya pembunuh2 spt mudah jer nak terlepas...  Apa yg cuba disembunyikan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.085819 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list