CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3049|Reply: 11

Kris, Kendall Jenner Dikecam Raih Publisiti Sebab Empayar Kardashian Hampir 'Jat

[Copy link]
Post time 7-1-2019 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Awal minggu ini, Kris Jenner membuat satu status di Twitter mengenai salah seorang anaknya, Kendall Jenner. Katanya, Kendall akan berkongsi satu pengumuman penting hari ini dan ia sangat peribadi dan akan membantu ramai orang.





Kredit foto: People





Ramai yang tertanya tanya "Adakah Kendall akan tampil dengan masalah depresi?

"Adakah Kendall akan mendedahkan dia lesbian?

"Adakah Kendall menghidap penyakit berbahaya?" atau banyak lagi spekulasi lainnya.





Kredit foto: Twitter





Bagaimanapun, hari ini model yang mempunyai kekayaan bernilai ASD 30 juta (RM125 juta) itu telah menjawab banyak persoalan ramai dan mendedahkan pengumuman penting itu sebenarnya berkaitan masalah jerawat yang dihadapinya dan dia telah dilantik oleh syarikat ubat jerawat jenama SPOT keluaran ProActiv dengan bayaran serba lumayan, sekali gus mahu semua peminatnya membeli ubat tersebut.







Kredit foto: Daily Mail





Peminatnya yang sudah menanti dengan sabar apakah 'pengumuman maha penting' itu berasa tertipu dan melabel dua beranak terbabit mencari publisiti murahan serta tidak tahu malu.





Kredit foto: Proactive





Kris Jenner menerima tamparan hebat dengan ribuan komen yang mengejinya di Twitter. "Kamu bergurau ke? Ini ke pengumuman penting tersebut Kris?" kata seorang peminatnya.

"Ini cubaan untuk mencari publisiti murahan, wanita kini menjadi mangsa rogol, penderaan dan banyak lagi isu penting tapi Kendall tampil dengan pengumuman masalah jerawat, keji!" kata seorang lagi.





Kredit foto: Twitter





Ramai pemerhati berpendapat ini cubaan Kris untuk menaikkan siri televisyen Keeping Up With The Kardashian. Kemuncak siri ke 15 tayangannya di E!News hanya mendapat 851,000 penonton, jatuh 37 peratus berbanding musim sebelumnya.





Kredit foto: Twitter





Di sebalik kecaman, Kriss Jenner yang juga pengurus kepada kerjaya keluarga Kardashian berkata dia tetap bangga dengan pendedahan penting Kendall itu.


Nampaknya, satu lagi petanda jenama Kardashian akan menemui penamatnya sedikit masa lagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2019 11:35 AM | Show all posts
What do you expect from Kris Jenner?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 12:05 PM | Show all posts
halaa dah mmg kaki propa, apa nk tekezut nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 12:16 PM | Show all posts
Aku sejak kluar KUWTK season 1 cam terfikir diorang ni sapa.. apsal orang hadap sangat.. dan sampai sekarang aku masih tak faham motif rancangan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 01:16 PM | Show all posts
buragazz replied at 7-1-2019 12:16 PM
Aku sejak kluar KUWTK season 1 cam terfikir diorang ni sapa.. apsal orang hadap sangat.. dan sampai  ...

kan. aku pun tak paham kenapa rancangan ni wujud, dan lagi tak paham kenapa orang follow
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan nak cerita masalah sheols yg anxiety sebab kerja banyak. Walaupun siap memilih job tp tetap anxiety
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan nak cerita masalah sheols yg anxiety sebab kerja banyak. Walaupun siap memilih job tp tetap anxiety
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 01:43 PM | Show all posts
kroit92 replied at 7-1-2019 01:16 PM
kan. aku pun tak paham kenapa rancangan ni wujud, dan lagi tak paham kenapa orang follow

Tu la.. nak kata dia menyanyi tak jugak.. nak kata masak lagi la jauh.. balik2 post tayang asset dia bontot kim yang membuak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 04:19 PM | Show all posts
HAHAHAHAHHA. 'Pengumuman penting' sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:01 PM | Show all posts
aku pun tak paham apsal org ikut sgt keluarga ni.. dah la haru biru, kurang ajar semua.. semuanya contoh tak baik.. pfff
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:56 AM | Show all posts
mampu gelak je lah dgn diorng ni...propa nk mampus.. 'big announcement' la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:07 AM | Show all posts
kendall ni nampak innocent tp kontroversi die byk gak

isu iklan pepsi tu. dgn hny setin pepsi dpt mewujudkan keamanan dunia


isu buat tshirt mahal nak mampus, tp tepek muka die ngan legend dunia seni. ko sape noks ko tu takde talent mcm the legend tu. smpi kene saman ngan family tupac sbb guna gambar tupac tanpa kebenaran


isu statement pasal die pilih keje modelling, tak mcm model lain suma pun rembat

eh mcm2 gak minah ni wat isu. nampak sgt family kardashian is so out of touch with reality
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.257182 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list