CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Borak-borak versi sejarah

  [Copy link]
Post time 2-6-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah momod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2019 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
*Hari ini dalam sejarah umat Islam Di Malaysia*

genap 17 tahun, Al Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor meninggalkan kita. Beliau meninggal dunia pd 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pd jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules.Jenazah Al marhum disemadikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dgn wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir memberi penghormatan terakhir sehingga jalan raya sesak 15- 20km.Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

*Al Fatihah*..

Credit: Shahidan Nazri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:49 PM | Show all posts
SULTAN IBRAHIM MERAMPAS SEMULA SELANGOR DARI BELANDA

Tarikh Peristiwa : 27-06-1785

Pada hari ini dalam tahun 1785, DYMM Sultan Selangor, Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah, berjaya merampas semula negeri Selangor dari tangan Belanda. Selangor mula dikuasai oleh Belanda pada Ogos 1784. Kekalahan Sultan Selangor ketika itu berpunca dari kekurangan bala tentera, kerana ketika itu tentera baginda ditugaskan untuk membantu Raja Haji dalam peperangan mengusir penceroboh-penceroboh Belanda dari Empayar Johor-Riau. Sultan Ibrahim tidak berputus asa untuk mendapatkan semula Selangor dari tangan Belanda. Dengan bantuan Bendahara Abdul Majid dari Pahang, baginda telah menyusun segala bala tentera untuk menentang angkatan tentera Belanda.  Akhirnya, angkatan perang baginda berjaya mengalahkan dan mengusir Belanda dari Selangor. Dengan kejayaan ini maka tamatlah pengaruh Belanda di Selangor dan Sultan Ibrahim berkuasa semula di Selangor.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mokhtar Dahari: Legenda No. 10 dalam kenangan

By Editor on 11/07/2019

Legenda bola sepak Malaysia ini bagaikan
patah tiada tumbuhnya dan sudah hilang tidak berganti.

Mokhtar Dahari: Legenda No. 10 dalam kenangan

HARIMAU Berantai Malaysia’, Mokhtar Dahari (kiri) bertukar cenderamata pasukan dengan kapten Boca Juniors yang juga bintang juara Piala Dunia Argentina 1986, Diego Maradona dalam perlawanan persahabatan 13 Januari 1982 di Kuala Lumpur.
Oleh KAKI BANGKU


HARI ini 11 Julai, genap 28 tahun kembalinya Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari ke rahmatullah.

Legenda bola sepak Malaysia ini bagaikan patah tiada tumbuhnya dan sudah hilang tidak berganti.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 38 tahun akibat diserang penyakit motor neuron atau lemah daya otot di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor pada pukul 8.25 pagi 11 Julai 1991.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan tiga anak, Mohd. Redza, Nur Azera dan Nur Arina.

Kaki Bangku menyorot kembali detik-detik kehebatan Supermokh yang turut diiktiraf sebagai Penyerang Terbaik Asia 1976 oleh majalah World Star Soccer ini.

Sepuluh pingat Piala Malaysia, empat pingat juara Pestabola Merdeka, dua pingat emas Sukan SEA dan yang tertinggi – pingat gangsa Sukan Asia 1974 jelas satu koleksi pencapaian yang tiada tandingannya sehingga hari ini.

DI Stadium Persepolis, Tehran itu juga, lima golnya membantu Malaysia membelasah Filipina 11-0 dalam perlawanan Kumpulan C  malah memupuk gandingan serangan paling serasinya, Allahyarham Isa Bakar.

SUPERMOKH (empat dari kiri) dan rakan sepasukan meraikan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 1976 dalam larian kemenangan di trek Stadium Merdeka.

Rembatan derasnya persis peluru sejauh 30 meter pada minit ke-32 pada 30 Mei 1978, menewaskan  Joe Corrigan untuk mengikat England B 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kagum pengurus lawan, mendiang Sir Bobby Robson – “gol yang istimewa dan antara terbaik pernah saya saksikan.

Dua golnya turut menghampakan penjaga gol Arsenal, Geoff Barnett dan tiga rakan sepasukannya yang juga pemain England untuk menang 2-0 tanggal 11 Mei 1975 di hadapan 30,000 penonton di gelanggang sama.

“Malaysia cukup baik untuk ke Piala Dunia 1978,” kata pengurus Gunners, Bertie Mee. “Penyerang anda deras, aset yang tidak ternilai buat mana-mana pasukan,” sambungnya.

Empat tahun sebelum Argentina menjulang Piala Dunia 1986 di Mexico, bintangnya, Diego Maradona saling bertukar cenderamata kelab Boca Juniors dan ‘berentap’ dengan ‘Harimau Berantai Malaysia’ itu yang memimpin Selangor XI dalam perlawanan persahabatan 13 Januari 1982.

Kap sulung antarabangsa dikecapnya apabila menentang Sri Lanka dalam Piala Ulang Tahun Jakartaraya 1972 dan yang terakhir ketika menghadapi Korea Selatan pada Kelayakan Piala Duna 1985 di Seoul.

Pernah diundang sebagai penulis kolum ‘Mokhtar Dahari Menulis’ dalam majalah Dunia Sukan sehingga mencetuskan hubungan dingin dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selain menjadi pelakon undangan filem ‘Mekanik’ arahan Othman Hafsham pada 1983.

Pada 8 Mei 2010, Kementerian Belia dan Sukan menamakan satu daripada gelanggang Kompleks Futsal Putrajaya, ‘Gelanggang Mokhtar Dahari’ manakala Akademi Bola Negara Mokhtar Dahari dirasmikan pada 10 April 2014 sebagai sebahagian Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

Mohd. Redza yang kini berusia 39 tahun, turut mewarisi bakat bola sepak arwah ayahnya dengan pernah menyarung jersi skuad bawah 14 tahun Kuala Lumpur sebelum Selangor dalam Piala Presiden 1999 hingga 2003 dan Sukan Malaysia (Sukma) 2000 dan 2002 serta Piala Emas Raja-raja 2000 dan 2003.

Petikan kata-kata menarik:

“Saya bekerja keras untuk apa yang saya capai hari ini.” – Kepada penulis buku biografi ‘Mokhtar Dahari: Lebih Sedekad Bergelumang Dengan Bola Sepak’ karya Joe Marcose (mendiang), Zainol Fakir dan Mustakim Aminuddin.

“Di tengah-tengah lautan kaki dalam kotak penalti lawan dan ruang antara penjaga gol dan tiang-tiang golnya, satu-satunya ruang bagi seorang penyerang untuk melakukan percubaan gol dalam beberapa detik itu hanyalah seluas pintu jamban.” – Kepada bekas Pengarang Sukan Berita Harian, Datuk Hishamuddin Aun.

“Kolum penyerang England B, Gordon Hill dalam majalah bola sepak ternama negara itu, Shoot! yang paling bernilai dan bermakna besar buat saya. Tulisannya dalam empat perenggan berbunyi, seorang lelaki bernama Hero Dahari menjaringkan gol penyamaan untuk seri 1-1 dengan England B.” – Kepada bekas Pengarang Sukan Berita Harian, Datuk Hishamuddin Aun.

“Terharu dan berbesar hati kerana Mokhtar Dahari terpilih sebagai nama untuk akademi ini. Satu pengiktirafan yang sangat besar dan semoga menjadi sumber inspirasi generasi muda untuk berjaya.” Anak Mokhtar, Mohd. Reza mengenai Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang.

BIODATA MOKHTAR DAHARI

Tarikh lahir: 13 November 1953

Tarikh meninggal dunia:  11 Julai 1991

Asal: Setapak, Kuala Lumpur

Pasukan diwakili: Malaysia, Selangor, Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank

Pengalaman kebangsaan: Selangor (Piala Burnley 1971 hingga Piala Malaysia 1987)

Pengalaman antarabangsa: Pestabola Merdeka 1972 hingga Kelayakan Piala Dunia 1985

Penampilan antarabangsa: 167 kali

Jaringan Piala Malaysia: 177 gol

Jaringan antarabangsa: 125 gol

Pencapaian: Juara Piala Malaysia (Selangor, 10 kali – 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981,1982, 1984, 1986; juara Pestabola Merdeka (Malaysia, 4 kali – 1973, 1974, 1976, 1979); pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 1977 dan Jakarta 1979, perak Manila 1981; pingat gangsa Sukan Asia Tehran 1974, Olahragawan Kebangsaan 1976, Ahli Anugerah Kelab Seabad Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 1999

—BebasNews

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ucapan takziah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2019 12:09 PM | Show all posts
Pada hari ini 13.7.1981, Kerajaan Malaysia telah mengusir keluar tiga orang pegawai Kedutaan Soviet dari negara ini kerana kesalahan pengintipan. Turut sama ditangkap ialah Encik Siddiq Mohamad Ghouse. Beliau telah ditangkap di bawah akta keselamatan Dalam Negeri (I.S.A.) kerana menjadi agen Polis Rahsia Soviet iaitu KGB dan kegiatannya itu memudaratkan keselamatan negara. Pegawai-pegawai Kedutaan Soviet yang di usir itu ialah Encik G.I. Stepanor, Setiausaha Pertama Kedutaan; Encik V.P.Romanov, Setiausaha Kedua Kedutaan Soviet dan seorang kakitangan bukan diplomatik di bahagian ekonomi kedutaan Soviet iaitu Z.L. Khamidauline.

Tan Sri Ghazali Shafie selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam kenyataan akhbar mengatakan bahawa pihak polis negara ini sudah pun merampas alat-alat yang dibekalkan oleh agen-agen KGB kepada Encik Siddiq Ghouse. Beliau menyatakan bahawa polis telah mula mengadakan pengitipan di atas kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Encik Siddiq dan tiga orang agen tersebut sejak beberapa bulan yang lalu. Tan Sri Ghazali seterusnya menyatakan bahawa Encik Siddiq selaku agen KGB tidak berjaya mendapatkan sebarang dokumen rahsia dari kerajaan kerana kecekapan pihak perisik Malaysia. Encik Siddiq tidak dapat melakukan sesuatu yang boleh merosakkan keadaan di negara ini.

Sesungguhnya pengusiran keluar tiga orang pegawai kedutaan Rusia oleh Kerajaan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1981 telah dipandang berat oleh Kerajaan kerana kegiatan khianat ketiga-tiga pegawai itu tidak dapat diterima dan merupakan penyalahgunaan yang berat sebagai pegawai kedutaan.

#hariinidalamsejarah
#BKN2019

Jabatan Penerangan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 12:10 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2019 12:15 PM | Show all posts
13 Julai 1889 – Dalam tahun 1889, satu persetujuan penubuhan Konfederasi Negeri Sembilan telah dicapai. Yamtuan Besar Seri Menanti Tuanku Mohamad ibni Almarhum Tuanku Antah bersama-sama pemerintah-pemerintah Johol (termasuk Gemencheh), Inas, Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir dan Terachi, bersama-sama dengan Tunku Syed Hamid pemerintah Tampin dan Dato Setia Raja dari Rembau dengan rasminya telah bersetuju menerima perlindungan British melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani bersama oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.

Persetujuan juga dicapai untuk melantik Residen British bagi membantu pentadbiran Kerajaan Konfederasi ini. Dengan penubuhan Konfederasi ini, maka kawasan Negeri Sembilan terbahagi kepada dua daerah pentadbiran yang diakui oleh Inggeris. Yang pertama ialah kawasan bahagian Timur yang mengandungi Sungai Ujung (termasuk Jelebu) di bawah Residen Sungai Ujung iaitu W.F.B. Paul, manakala bahagian Barat dengan nama Negeri Sembilan terletak di bawah Residen Negeri Sembilan, Martin Lister.

Setiap daerah ini ditadbir secara berasingan dan mempunyai organisasi pentadbirannya yang tersendiri seperti Pasukan Polis dan jabatan-jabatan yang menguruskan yang menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negeri. Pada 8 Ogos 1895, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di hadapan Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles Bullen Hugh Mitchell mengenai penubuhan Konfederasi Negeri Sembilan yang lebih besar dengan Martin Lister telah dilantik sebagai Residennya yang pertamanya.

#hariinidalamsejarah
#arkibnegara
#NegeriSembilan

Jabatan Penerangan Malaysia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 05:31 PM | Show all posts
10 tahun tanpa Yasmin Ahmad
Syazwan Zakariah, Astro Awani |  Diterbitkan pada Julai 25, 2019 16:18 MYT






Naskhah-naskhah tinggalan Allahyarham Yasmin Ahmad masih relevan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

HARI ini, 25 Julai 2019, genap 10 tahun pemergian Yasmin Ahmad. Saya mahu menulis sesuatu untuk mengenang arwah, tetapi fikiran saya tersekat, tidak tahu mahu mula dari mana.

Sejak beberapa jam lalu, saya asyik memasang lagu keroncong Hujan yang dipetik dari filem Mukhsin dan kebetulan hujan baru saja berhenti.

“Hujan itu macam cinta. Satu rahmat,” kata Yasmin suatu pagi ketika saya singgah di pejabatnya.

Hari itu, kami ada temu janji makan tengah hari, tetapi saya tiba awal.

Ketika saya menunggu di sofa empuk hijaunya dan mengadu lapar, dia memainkan lagu yang dinyanyikan Adibah Noor itu berulang kali.

“Awak suka yang ini atau versi Mak Inom dengan Pak Atan? Diorang tu ‘gila’ kan? Saya nak jadi macam diorang bila tua esok. Tak pernah berenggang. Awak nak dengar bunyi Pak Atan gelak tak?,” tanya Yasmin sambil memasang rakaman suara bapanya ketawa.

Rakaman itu dia jadikan nada dering telefon bimbitnya.

“Saya ‘burn’ lagu ni dalam CD. Nanti awak balik dengar dengan buah hati,” sambungnya lagi tentang lagu Hujan sambil matanya khusyuk mengadap komputer.


Syazwan Zakariah antara wartawan yang rapat dengan Allahyarham Yasmin Ahmad.
Syazwan Zakariah antara wartawan yang rapat dengan Allahyarham Yasmin Ahmad.




Yasmin adalah insan yang amat mempercayai cinta dan kita semua sedia maklum tentang itu.

Sentimennya terhadap kasih sayang diterjemahkan jelas menerusi karya-karyanya, baik di dalam filem mahupun iklan.

“Cinta tak jahat. Bekas kekasih awak yang jahat”. Saya masih ingat SMS ini yang dihantarnya semasa saya mengadu putus cinta.

“Ramai lagi sayangkan awak. Jangan sedih. Dia pun manusia macam awak, ada buat silap. Maafkan dia. Solat dan minta tolong pada Allah. I’ll make do’a for you too, ok?”, sambung SMSnya.

Sedikit sejarah, saya mengenali arwah pada awal tahun 2005 ketika saya menjadi pemberita di akhbar Kosmo!.

Ketika itu, filem Sepet baru hendak ditayangkan di pawagam. Saya selalu menjadi tetamu (yang diundang dan yang tak diundang) di pejabatnya selepas pertemuan pertama kami.

“Cantik kasut,” itu antara ayat kegemaran arwah setiap kali kami berjumpa.

Dan setiap kali itu juga, saya selalu memerhatikan sikapnya di pejabat. Sentiasa riang, bergurau senda dengan rakan-rakan sekerja tanpa mengira pangkat, walaupun kepada kakak pembancuh teh dan tukang cuci.

Malah, pemandu peribadinya yang bernama Anuar juga dia jadikan bintang filem. (Anuar memegang watak Anuar, pemandu kepada keluarga Orked dalam Gubra dan Mukhsin – ingat tak babak Anuar menyanyi lagu Nina Simone, Ne Me Quitte Pas?)

Saya percaya, setiap dari kita yang pernah bertemu dengan Yasmin secara peribadi akan bersetuju betapa dia mudah mesra dengan sesiapa.

Dan saya juga percaya, setiap dari kita yang tidak pernah bertemu dengannya pun, akan terasa ‘akrab’ hanya dengan menonton hasil-hasil kerjanya.



Saya masih ingat pada hari pengebumiannya, tanah perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya dibanjiri lautan manusia.

Sejak dari masjid lagi ketika jenazah diuruskan, sudah ramai yang tiba memberikan penghormatan terakhir. Melayu, Cina, India dan pelbagai bangsa serta agama datang ke situ, bertafakur dan berdoa.

Saya percaya ada di antara mereka tidak pernah bertemu pun dengan Yasmin, tetapi kerana ‘mengenali’ Yasmin, mereka datang.

Malah ramai juga yang membawa bunga tuber roses, bunga kegemarannya yang pernah digunakan dalam satu babak filem Sepet.


Yasmin, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.25 malam di Hospital Pakar Damansara pada 25 Julai 2009 akibat pendarahan teruk di otak.

Dia rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, tiga hari sebelum itu.

Hari ini, 25 Julai 2019, genap 10 tahun pemergian Yasmin Ahmad. Saya mahu menulis sesuatu untuk mengenang arwah, tetapi saya tahu sudah banyak memori yang ditulis tentangnya sejak dia tiada, tidak kurang juga penghargaan sebagai tanda ingatan yang diberikan kepadanya.

Saya percaya, kita semua atau sekurang-kurangnya untuk saya, masih teringat-ingatkan dia dan amat merinduinya.

Semoga roh arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

* Syazwan Zakariah pernah bergelar wartawan di akhbar Kosmo!, pemberita di Astro AWANI dan kini menyandang jawatan Ketua Content Studio di Astro.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts

23 Ogos 1959 – Pada tahun 1959, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pemimpin Kebangsaan Parti Perikatan iaitu Parti UMNO, MCA, MIC, telah membentuk kabinet pertama selepas merdeka. TYM Tunku telah mengangkat sumpah pada 22 Ogos 1959 mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri daripada Dato’ Abdul Razak bin Hussein yang telah menyandang jawatan itu semasa Tunku bercuti selama 3 bulan untuk menjalankan kempen pilihanraya.

Pembentukan kabinet pertama selepas merdeka ini adalah hasil kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya 19 Ogos 1959. Semua menteri dalam kabinet Persekutuan yang dibentuk pada tahun 1957 telah dilantik semula kecuali Kolonel Sir H.S. Lee Menteri Kewangan kerana tidak bertanding sebagai calon dalam pilihanraya dan Encik Mohd Khir Johari yang bertanding di kawasan Kedah Tengah di mana pilihan raya kawasan ini telah ditangguhkan kepada 30 September 1959.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj, Perdana Menteri yang juga bertanggungjawab untuk kemajuan kampung-kampung yang pertama selepas Persekutuan mencapai kemerdekaan.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj selaku Ketua Kabinet dan Perdana Menteri berikrar akan berusaha untuk :-

1. Memimpin rakyat Persekutuan Tanah Melayu ke arah membina satu bangsa yang tulen.
2. Menghimpun dan menggembelingkan segala usaha dan tenaga bagi memajukan negara ini dan menambahkan kemakmuran kawasan- kawasan kampung serta menghapuskan segala macam bentuk percubaan Parti Komunis Malaya yang hendak menggulingkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan pilihan rakyat.
3. Menjalankan ikhtiar supaya negeri-negeri di Asia Tenggara dapat bekerjasama dengan rapat dan dapat mencapai faedah bersama terutama dalam bidang ekonomi, sosial dan sains.

#SayangiMalaysiaku
#hariinidalamsejarah
#arkibnegara

Jabatan Penerangan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar sisipan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 01:15 PM | Show all posts
TENGKU OSMAN, ANAK MELAYU PERTAMA SANDANG JAWATAN MAJOR GENERAL

Tarikh Peristiwa : 05-09-1952

Pada hari ini dalam tahun 1962, Brigadier Tengku Osman bin Tengku Mohamad Jewa, dilantik sebagai Major-General yang merupakan jawatan tertinggi dalam Angkatan Tentera Darat.  

Perlantikan beliau ini, membuka lembaran sejarah baru dalam Angkatan Bersenjata Persekutuan dimana beliau merupakan anak Melayu pertama menyandang jawatan tersebut. DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, memperkenankan perlantikan beliau sebagai Ketua Turus Agong Tentera Darat.



Major General Tengku Osman, dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau menuntut di Hutchings School, Pulau Pinang dan Sultan Abdul Hamid College sebelum melanjutkan pelajaran di Grammar School, Bristol di Britain pada 1935.

Beliau pernah berkhidmat dalam Gloucestershire Regiment, salah sebuah pasukan tentera British yang mashyur ketika perang dunia meletus di Asia pada tahun 1941. Perlantikan Tengku Osman ini membangkitkan lagi semangat anak-anak Melayu untuk terus menabur khidmat bakti dalam Angkatan Bersenjata Persekutuan.


Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau ke ada yg tulis ke blom
Tun det nk letak jawatan tu
Nangis2 rafidah tepi dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
HARI INI DALAM SEJARAH

DUA JASAD PAHLAWAN MELAYU DIBAWA KEMBALI KEPANGKUAN NEGARA

Tarikh Peristiwa : 09-09-2006

Pada hari ini dalam tahun 2006,  jasad dua pahlawan Melayu, Allahyarham Tengku Menteri Ngah Ibrahim Long Jaafar dan bapa mertuanya, Allahyarham Laksamana Mohammad Amin Bin Alang Duakap tiba di tanah air dan dikebumikan semula di Perak setelah 129 tahun hidup dan dikebumikan diluar tanah air sebagai orang buangan.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengetuai istiadat ringkas yang penuh bermakna menyambut kepulangan jasad kedua-dua pahlawan itu di Jeti Air Cetek, Lumut, Perak.

Kedua-dua pahlawan ini bersama-sama dengan Sultan Abdullah disabitkan dengan pembunuhan Residen British, JWW Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Mereka dibuang daerah serta diasingkan ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi pada tahun 1877.

Jasad Allahyarham Laksamana Muhammad Amin Alang Duakap disemadikan di Makam Diraja, Kuala Kangsar bersebelahan dengan makam Almarhum Sultan Abdullah

Manakala jasad Tengku Menteri Ngah Ibrahim disemadikan di Taiping, Perak.

Allahummaghfirlahum warhamhum waafihi wa'fuanhum

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

Aminnn Ya Rabbal a'lamin

#SayaSukaSejarah
#HariIniDalamSejarah
#PahlawanMelayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Turutan kisah di atas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 01:45 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 9-3-2019 02:38 PM
Jerebu tahun 1997/8...sampai darurat 1 sarawak

Seksa... Air minum terasa payau.. Mandi xselesa..  ...

sejarah berulang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2019 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 14-7-2019 12:10 PM

Cerita psl dia ni best. Ade thread rasenye. Dikatakan diset up dek king ghaz.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 04:01 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 8-1-2019 10:22 AM
Comel lak citer u.
Tu black out taman u je kut.
X dpt la tgk Amelina bergelek sakan eh?

hahaha.. time tu darjah 4. sume artis x kenal kecuali amelina tu jeee

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
HARI INI DALAM SEJARAH

PERLANTIKAN TUN ABDUL RAZAK SEBAGAI PERDANA MENTERI KEDUA MALAYSIA

Tarikh Peristiwa : 22-09-1970

Pada hari ini dalam tahun 1970,
Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Indera Shahbandar Tun Haji
Abdul Razak Hussein
.
  
.
DMN, SMN; DK (Pahang); DK (Kelantan); DUK (Ked); DUPN (PP); SIMP (Pah); SPDK (Sab); SPMP (Pls); SPMS (Sel); SPMJ (Joh); SPMK (Kel); SPMT (Ter); SPCM (Prk); DP (Swk); SPMB (Brunei)

Telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang kedua bagi menggantikan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
.
         
.
DMN; DK (Johor); DK (Kelantan); DK (Perlis); DK (Selangor); DK (Terengganu); DK (Kedah); DK (Brunei)

Upacara pelantikan ini telah berlangsung di Istana Negara dalam satu majlis ringkas di hadapan DYMM Yang di-Pertuan Agong ke V, Sultan Abdul Halim Muazam Shah.

Tun Haji Abdul Razak telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud. Beliau juga merupakan keturunan bangsawan yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang
Beliau berkelulusan undang-undang dari Universiti Lincoln’s Inn, London.

Tun Abdul Razak telah memenangi pilihanraya umum pertama pada tahun 1955 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Pada tahun 1959 beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri disamping memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar dan juga Menteri Pertahanan.

Sesungguhnya, perlantikan ini telah membuktikan kewibawaan dan ketokohan Tun Abdul Razak, dipandang tinggi oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan dan membawa kecemerlangan kepada negara.

Pada 14 Januari 1976 seluruh Malaysia berduka dengan berita, Tun Haji Abdul Razak telah meninggal dunia di London, United Kingdom diusia 53 kerana penyakit leukemia

Jenazah almarhum telah dimakamkan diMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia

#HariIniDalamSejarah #TunAbdulRazak #BapaPembangunan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.493404 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list