CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5585|Reply: 51

Aneh, Pembunuh Isteri Dan Anak Terima Banyak Surat Cinta Di Penjara

  [Copy link]
Post time 8-1-2019 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Kes pembunuhan keluarga Watts berlaku pada tanggal 13 Ogos 2018 dengan saspek utama, Chris Watts telah dituduh melakukan pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu ke atas 3 mangsa iaitu isterinya Shannan serta dua orang anak perempuannya yang berusia 3 dan 4 tahun.

Pada hari kejadian, Chris melaporkan kehilangan keluarganya itu pada pihak polis. Siasatan dilakukan dan akhirnya membawa kepada penangkapan Chris sebagai suspek utama berdasarkan keterangan dan bukti.


Kredit foto : allthatsinteresting.com


Chris dikatakan menjerut isterinya Shannan, yang sedang mengandungkan anak ketiga mereka dan selepas membunuh ketiga-tiga mangsa, dia memindahkan mayat-mayat itu ke dalam tangki gas di tempatnya bekerja.


Sebelum pembunuhan itu berlaku, Chris mengaku dia ingin bercerai dengan isterinya kerana dia telah membuat hubungan sulit dengan wanita lain. Berlaku pertengkaran dan terjadinya pembunuhan kejam itu.

Chris dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh hakim pada bulan 19 November 2018. Hukuman mati tidak dikenakan kerana tidak diutarakan oleh pihak pendakwaraya disebabkan keluarga Shannan tidak ingin berlakunya satu lagi kematian.

Apa yang menariknya adalah walaupun Chris merupakan penjenayah yang kejam, dia telah menerima banyak surat cinta dari wanita-wanita yang mengenalinya hanya melalui kes pembunuhan itu! Banyak surat yang diterimanya di penjara malah ada wanita yang mengatakan bahawa dia sering teringat Chris setiap hari sejak melihat Chris di dalam berita.



Wanita itu juga menambah bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia jika Chris membalas suratnya itu. Dia percaya Chris tidak bersalah dalam kes pembunuhan terbabit.


allthatsinteresting.com


Berdozen-dozen surat yang diterimanya dan ada juga yang mengatakan bahawa Chris adalah lelaki yang hebat. Seorang lagi wanita malah menghantar gambarnya berbikini untuk tatapan Chris.

Mungkin inilah yang dikatakan wanita lebih suka pada 'bad boy' atau lelaki nakal berbanding dengan ramai lagi lelaki yang baik di luar sana kan?  -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 12:46 PM | Show all posts
haiyooo
mcm bdk sekolah rendah je tulis cenggitu

ni bkn bbnu
bawah lg dr bbnu



Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 12:55 PM | Show all posts
Aku follow kes ni...sanggup dia bunuh isteri dan anak2 hanya disebabkan nak hidup dengan perempuan lain....dekat youtube ada video macam mana polis dapat tangkap dia melalui body language je....

btw, tak terkejut pun dia ada bnyak peminat....because he is so fucking hot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 01:04 PM | Show all posts
setan dalam topeng manusia
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 replied at 8-1-2019 12:55 PM
Aku follow kes ni...sanggup dia bunuh isteri dan anak2 hanya disebabkan nak hidup dengan perempuan l ...

Haah, aku pun tgk video yg sama
Awek dia masa tu pun cantik gak kan
Kelakar masa polis yg dtg umah tu panggil back up, npk sgt muka dia berubah
Terus brenti tgk hp dia
Tp dia sgt kejam
Dgn ank2 pun dia bunuh skali
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 01:20 PM | Show all posts
Siap hashtag ... dasat peminat dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 01:49 PM | Show all posts
APO TULISAN KANAK2 NI
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:07 PM | Show all posts
Ko kahwin la dengan Chris tu, lepastu ko pula yang jadi mangsa dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah.. mcm slot drama kat Channel DIVA
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan2 garit yg tulis surat tu pun sama mental dgn watts ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamak dia bunuh anak2 comel tu...

Iols sedih bila baca kulit anak2 tu dah tertanggal dari badan sbb tenggelam dalam minyak

Huwaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:58 PM | Show all posts
saiko!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:20 PM | Show all posts
pembunuh kejam macam ni pun nak dipuja, it is the crazy attracting the other crazy it seems
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:40 PM | Show all posts
sukacactus replied at 8-1-2019 01:18 PM
Haah, aku pun tgk video yg sama
Awek dia masa tu pun cantik gak kan
Kelakar masa polis yg dtg um ...

i pun follow..

cume skrg i x phm...die ni sejak bile jadi psycho? atau pun mmg lahir dah mcm tu?
parents nampak mcm org baik2...je....

psycho ni slalunye luaran nampak normal...tp kat dalam..sadis...lakonan je semata...but still i x paham die ni pscyho jenis yg mcm mana...

kalau u all dah csi kes die ni harap bleh share info..& jwb soklan manja yea?...TQ in advance...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Stok2 ummah lembam psiko kelas blakang versi kokesen ke peminat Chris bajingan syaitan bangsat ini?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 replied at 8-1-2019 12:55 PM
Aku follow kes ni...sanggup dia bunuh isteri dan anak2 hanya disebabkan nak hidup dengan perempuan l ...

Perempuan ke lelaki? Bukan ka yang dia sampai membunuh tu sebab nak hidop dengan partner geyes dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 8-1-2019 01:49 PM
APO TULISAN KANAK2 NI

BEGITU LA TULISAN UMMAH KLAS BLAKANG LUAR DAN DALAM NEGARA SAMA SAJA SIS
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:51 PM | Show all posts
#chrisisinnocent kejadahnya! Takkan budak2 tu rela hati terjun ke dlm tangki minyak tu. Sah2 la Chris yg bunuh dorg. Dasar peminat bangang abadi! Bodoh la Chris ni ko dah tahu tak bahagia dgn Shannan tu, cerai jelah. Tak perlu kot nak bunuh anak2 & bini ko
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 8-1-2019 02:45 PM
Tergamak dia bunuh anak2 comel tu...

Iols sedih bila baca kulit anak2 tu dah tertanggal dari bada ...

Bukan anak2 kandung dia pon kan. So kesah hapa seperti bunuh lipas jah kot bagi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 8-1-2019 03:20 PM
pembunuh kejam macam ni pun nak dipuja, it is the crazy attracting the other crazy it seems

Hukum law of attraction memang works like that uols.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.072331 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list