JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
827
View
8
Reply

NOTICE BOARD - PENGAMAL PERUBATAN

[Copy link]

Author: babydoll       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-1-2019 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua,

I nampak byk betul thread yg forumer buka utk tanya berkenaan pengamal perubatan batin. jadi I buka thread ni khas utk sesiapa yg nak tanya atau nk berkongsi maklumat mengenai pengamal perubatan.

Disclaimer: Pihak CARI Forum tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau insiden yang dihadapi oleh forumer dengan pengamal perubatan. Oleh itu, dinasihatkan forumer selidik dulu latar belakang sebelum memulakan sesi perubatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 01:04 PM | Show all posts
bagus. harap pembaca boleh mengenali beza pengamal perubatan yang syar'ie atau tok bomoh,dukun,pawang berpakaian seperti seorang ustaz.
sentiasa beringat, mendatangi bomoh,dukun, pawang dan mempercayai kebolehannya adalah syirik di sisi Allah, atau bahasa directnya...kufur. kalau mendatangi saja-saja je pun, solat tak diterima 40 hari.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 03:43 PM | Show all posts
Saya rasa bagus kalau sesiapa yang kenal perawat yang diyakini share nombor atau alamat perawat tersebut. Macam dulu pernah viral dalam group wassap tentang senarai perawat seluruh malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 06:34 PM | Show all posts
@babydoll @BabeYSHa y not stick je kat atas? takut nanti tetiba tenggelam ke belakang..
rasa few yrs back da penah ada yg mcm ni.. to recommend or to comment bkenaan perawat..

Comments

Wat sementara takmo stick lagi abam mie... biaq dia aktif kat bawah dlu.. :P  Post time 17-1-2019 10:17 AM
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 12:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
haikal_fadzil replied at 8-1-2019 01:04 PM
bagus. harap pembaca boleh mengenali beza pengamal perubatan yang syar'ie atau tok bomoh,dukun,pawan ...

Betul tu. Setuju.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-1-2019 02:18 PM | Show all posts
halimi78 replied at 10-1-2019 06:34 PM
@babydoll @BabeYSHa y not stick je kat atas? takut nanti tetiba tenggelam ke belakang..
rasa few yr ...

i memang nak stick kt atas tu. saja biar dlu kt bwh ni sbb nanti forumer tak perasan kewujudan thread
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 04:33 PM | Show all posts
Assalam pada tuan tuan semua, semoga diredhai Allah sentiasasehingga ke akherat lagi kekal abadi, insyallah...
Kami disini menawarkan rawatan perubatan sakit misteri ataudalam keadaan yang bagaimana hospital sudah tidak dapat membuat rawatan susulanatau hospital tak menjumpai sebarang simptom kesan2 penyakit.
Maka tuan tuan bole cuba berikhtiar dengan kaedah kami pula,insyallah
Sedikit petikan saya ambil dari laman mufti wilayah;

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-189 : HUKUM BERUBAT DENGAN PERAWATISLAM DAN MEMINTA PERTOLONGAN JIN
Soalan:
Apakah hukum berubat dengan perawat Islam dan hukummeminta pertolongan dengan jin?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dansalam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabatserta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.
Isu yang pertama kami cuba bawakan pandangan-pandangan ulamayang berkaitan dengan ruang lingkup perawatan bagi perawat Islam. Dalamkonteks perubatan alternatif di Malaysia perawat Islam lebih dikenali sebagaiseorang yang mengamalkan ruqyah dan terlibat dengan perubatan alternatif ataukomplementatif iaitu pelengkap kepada perubatan moden.
Syeikh Jibrin dalam Fatawanya daripada kitab al-Lulual-Makin menyebut:
Sebenarnya dibolehkan menggunakan ruqyah bagi sesiapa yangbaik bacaannya, memahami maknanya, mempunyai akidah yang betul dan melakukanamal perbuatan yang baik serta mempunyai peribadi yang baik. Tidak disyaratkankepada penjampi (perawat) untuk mengetahui semua permasalahan furu (cabang) didalam masalah agama dan mempelajari ilmu secara mendalam. Hal ini berdasarkankisah Abu Said yang menjampi orang yang telah sesat disengat binatang berbisa.Beliau berkata: Kami tidak pernah mengetahui (surah al-Fatihah) sebagai ayatuntuk menjampi atau seperti yang termaktub di dalam hadis riwayat al-Bukharidan Muslim. Orang yang menjampi mestilah mempunyai niat yang baik dan bertujuanuntuk memberikan manfaat kepada orang Islam serta tidak bercita-cita untukmemperolehi harta dan ganjaran agar jampi yang dibaca itu lebih berkesan.Lihat al-Lulu al-Makin (22).
Adapun jika perawat Islam melakukan proses perubatan denganmenjampi pesakit seperti ruqyah atau sebagainya, maka perlulah menurutisyarat-syarat dalam menjampi. Ini kerana untuk membezakan antara ruqyah yangmenepati sunnah dengan ruqyah yang bercanggah dengan sunnah:
Kami bawakan di sini tiga syarat yang disebut oleh Imamal-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya al-Fath al-Bari, Antaranyamenyebut:
Para ulama telah sepakat tentang kebolehan membuat rawatanjika mengikuti tiga syarat ini:
Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan firman AllahSWT atau dengan nama-nama dan sifat-sifat-
Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan bahasa arabatau sesuatu bahasa selain bahasa arab yang difahami maknanya.
Menyakini bahawa ruqyah itu tidak memberikan pengaruh dengansendirinya tetapi hanyalah dengan izin Allah SWT.
Lihat al-Fath al-Bari (10/240)
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ada menyebut di dalam kitabnyaMajmu al-Fatawa:
Adapun mengubati orang yang dirasuk jin dengan menggunakanruqyah dan memohon perlindungan diri kepada Allah SWT hendaklah memiliki duaperkara ini:
Jika ruqyah dan permohonan perlindungan diri ini difahamimaknanya, atau merupakan kalimah-kalimah yang dibolehkan dalam Islam, atauberupa doa dan zikir kepada Allah SWT, maka ruqyah tersebut boleh dilakukan.Jika demikian keadaannya, maka boleh membuat rawatan terhadap orang yangdirasuk dan memohon perlindungan diri kepada Allah SWT.
Dalam hadis sahih yang berasal daripada Nabi SAW disebutkanbahawa Nabi SAW membolehkan untuk meruqyah selama mana ianya tidak mengandungiamalan syirik. Baginda SAW juga bersabda: Sesiapa di antara kamu yang mampumemberi manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah.
Jika dalam membuat rawatan itu terdapat ungkapan-ungkapanyang diharamkan seperti ungkapan yang mengandungi amalan syirik atau tidakdiketahui maknanya dan berkemungkinan mengandungi kekufuran, maka tidak harusmembuat rawatan dengannya, tidak boleh berkeinginan dan tidak boleh pulabersumpah untuk menggunakan kalimah tersebut walaupun kadang-kadang denganmenggunakan kalimah tersebut dapat menghalau jin keluar dari tubuh orang yangdirasuk. Ini kerana apa-apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya lebihbesar mudaratnya berbanding manfaatnya.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah juga berkata sebagaimana yangdisebut di dalam kitabnya Majmu al-Fatawa (19/13): Oleh itu, para ulama kaummuslimin melarang membuat rawatan dengan sesuatu yang tidak diketahui maknanyakerana ia dapat menjadi punca terjatuhnya seseorang ke dalam lembah amalansyirik walaupun pengruqyah (perawat) tidak menyedarinya.
Imam al-Nawawi juga ada menyebut di dalam kitabnya SyarhSahih Muslim (14/141-142):
Hendaklah meninggalkan ruqyah jika ruqyah yang dibacaberasal daripada ucapan-ucapan orang kafir, membuat rawatan dengankalimah-kalimah asing, merawat dengan bacaan selain bahasa arab yang tidakdiketahui maknanya. Semua itu tercela kerana ada kemungkinan maknanya adalahkekufuran, mendekati kekufuran atau makruh.
Adapun membuat rawatan dengan ayat-ayat al-Quran danzikir-zikir yang difahami tidaklah dilarang, bahkan merupakan amalan yangsunnah. Para ulama telah menukilkan sebagai ijma tentang kebolehan membuatrawatan dengan ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir kepada Allah SWT.
Imam Syauqani berkata: Bahawa harus meruqyah dengan kitabAllah SWT, dan diikuti dengan zikir dan doa-doa yang mathur, boleh juga doayang tidak mathur selagi mana tidak bertentangan dengan yang mathur. LihatNail al-Autar (10/440)
Kami juga berpandangan adalah perlu dan seharusnya bagiseorang yang bergelar perawat Islam adalah orang yang sahih dan betulakidahnya, baik akhlaknya, tidak melakukan dosa-dosa besar atau kecilberterusan sehingga menjatuhkan maruah sebagai seorang perawat serta tidak melakukankesyirikan kepada Allah SWT dan tidak menjadikan khidmat rawatan Islam sebagaisumber rezeki dan seumpamanya.
Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka jelaslahmenggunakan khidmat rawatan daripada perawat Islam hukumnya adalah harus jikasekiranya perawat Islam menggunakan bacaan jampi atau ruqyah dalamperawatannya, maka hendaklah menepati seperti apa yang telah disebutkan di atasdan tidak melanggar syarat-syarat dan prinsip-prinsip dalam perubatan ruqyahdan perbuatan alternatif Islam.
Isu yang kedua ialah berkaitan hukum meminta bantuanpertolongan daripada jin.
Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili pernah ditanya: Adakah harusmeminta pertolongan dengan jin muslim? Dan apakah hukum meminta pertolongandengan jin muslim untuk berkhidmat kepada orang Islam? Dan Apakah hukum memintapertolongan dengan jin secara umum? Maka Syeikh menjawab: Haram memintapertolongan dengan jin walau dalam apa keadaannya sekalipun. Dan perkara iniadalah tercela secara syara. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأَنَّهُكَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِيَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْرَهَقًا
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salahperbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya denganmeminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaanitu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Surah al-Jin: 6)
Lihat Maqalah Syeikh Dr Abdul Qader bin Muhammad al-Ghamidibertajuk Hukm al-Istianah bi al-Jin fi al-Mubahat (Hukum Meminta PertolonganDengan Jin Dalam Perkara Yang Harus).
Sebuah institusi fatwa iaitu Lajnah Daimah ada menjawab didalam fatwanya apabila ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum memintabantuan jin:
Tidak boleh bagi orang itu meminta bantuan jin, dan muslimtidak boleh mendatanginya untuk mengubati pelbagai penyakit melalui perantarajin, atau (tidak boleh) untuk memenuhi permintaan lainnya dengan cara tersebut.Perawatan melalui doktor yang menggunakan ubat yang diperbolehkan merupakanusaha yang harus dilakukan dan ini selamat dari pembomohan. Dalam riwayat sahihdaripada Rasulullah SAW bahawasanya beliau bersabda: Sesiapa mendatangi bomohkemudian menanyakan sesuatu, maka solatnya tidak diterima selama empat puluhmalam. Diriwayatkan daripada Muslim dalam kitab Sahihnya. Para perawi hadisyang empat (Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaei dan Ibn Majah) dan Hakim -- dan yangterakhir ini mengatakan hadis ini sahih -- meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWbersabda: Sesiapa yang mendatangi bomoh (ahli sihir) kemudian membenarkanperkataannya, maka ia telah kufur (ingkar) terhadap apa yang telah diturunkankepada Muhammad. Lelaki ini dan kawan-kawannya daripada kalangan bangsa jintermasuk dalam golongan tukang ramal dan bomoh, maka mereka tidak boleh dimintabantuan dan tidak boleh dipercayai ucapannya.
Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka kamilebih cenderung kepada pendapat yang mengharamkan meminta pertolongan denganjin.
Semoga dengan pencerahan ini kita dikurniakan oleh Allah SWTkefahaman dan penjagaan daripada-Nya dari segala keburukkan manusia danselainnya. Amiin.
pada sesiapa yang ada ahli keluarga yang sakit misterisilakan
whatsapp - 014 8514134


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048871s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list