CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1495|Reply: 20

[Tempatan] Lengan kiri doktor kesakitan ditampar kontraktor

[Copy link]
Post time 9-1-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TINDAKAN kontraktor yang menampar lengan kiri seorang doktor wanita ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, membawa padah apabila dia dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.
Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Shafudin Sulong, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan bapa anak satu itu menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh jatuh hukum, iaitu hari ini.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap doktor berusia 32 tahun di Bilik 1, Zon Hijau Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Ampang, jam 3.20 pagi pada 6 Januari lalu.Pendakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Terdahulu, Shafudin yang tidak diwakili peguam itu memohon mahkamah memberikan hukuman denda atas alasan dia hanya menolak lengan mangsa sahaja.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh serius.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh dan isterinya membawa anak lelaki mereka yang berusia lima tahun ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa yang juga doktor di hospital itu terdengar bunyi bising dari Bilik 1, Zon Hijau Jabatan Kecemasan.
Doktor wanita itu kemudian memasuki bilik itu dan melihat seorang jururawat sedang mengambil darah anak tertuduh, namun, lelaki yang tidak berpuas hati dengan proses pengambilan darah itu bertindak memarahi dan mengugut untuk menampar jururawat berkenaan.
Mangsa kemudian menenangkan tertuduh, namun tertuduh semakin marah dan beliau pula diugut akan ditampar sebelum lelaki itu diarahkan keluar dari bilik berkenaan.
Tertuduh kemudian bertindak menampar lengan doktor itu hingga mengakibatkan kesan merah dan kesakitan di lengan kirinya.

Credit harian metro.

P/s
Kalau benang dh wujud sila merge kan aje.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 05:02 PM | Show all posts
manusia dah kena rasukan ablasa, asyik nak menampar jer. pelayan kedai tegur orang hisap rokok kena penampar, pembantu kedai larang org beli minyak masak lebih dua bungkus kena penampar...ini doctor pun kena penampar jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tampar dinding pejara tu sebulan yach pokcik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 tokyid.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:12 PM | Show all posts
Orang baran adalah orang yang rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka booo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali ko simpan anak ko dlm peti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:14 PM | Show all posts
Berani buat tak berani tanggung pulak sotong tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Slalu tgk poster2 dilarang mengasari pekerja hospital...rupa2 sebab kes camni...
Brader kontraktor ni mesti dh biasa jerit2 ckp kasar kt buruh2 kt site agaknya..abih nurse & doc pun nak treat camtu...apa ke cerdik sgt...nurse amik darah bersebab bkn dia nk hisap darah anak ko cam vampire pun...tu sebulan dlm penjara anak2 bini nk mkn apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:16 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 9-1-2019 09:02 AM
manusia dah kena rasukan ablasa, asyik nak menampar jer. pelayan kedai tegur orang hisap rokok kena ...

Sotong yang serang cashier tu pun bakal kena gak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:19 PM | Show all posts
Bila bertindak mengikut perasaan bakal mendapat ler jawabnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 9-1-2019 05:05 PM
Tampar dinding pejara tu sebulan yach pokcik...

Bengkak tangan shafudin keluar penjara nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:28 PM | Show all posts
sibuk nak masuk campur kerja orang. mendapat lah pakcik..
ni mesti kes dah tua baru dapat anak, tu yang manja kemain tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KekDurian replied at 9-1-2019 05:16 PM
Slalu tgk poster2 dilarang mengasari pekerja hospital...rupa2 sebab kes camni...
Brader kontraktor  ...

Iols pn pikir benda sama. tah2 bini kt umah pn asyik kena tampar je . Mana nk tau kan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:30 PM | Show all posts
kalau nak dapat treatment class a, pergi swasta la..
kejadah heret anak pi hospital gomen..
bodoh punya jantan..
nak tunjuk baran tak kena tempat..
pity the wife and kid..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia marah sebab cucuk banyak kali tapi tak dapat2 ambil darah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi trend pulak...sikit tampar
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress di mana2..tapi seharusnya anda kena bijak menangani
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 08:08 AM | Show all posts
bagus lah penjara
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
KekDurian replied at 9-1-2019 05:16 PM
Slalu tgk poster2 dilarang mengasari pekerja hospital...rupa2 sebab kes camni...
Brader kontraktor  ...

Kontraktor ni ramai yg jenis kurang ajar....byk berlagak & acah acah kaya...bila tak dpt projek, hutang byk mula tertekan mcm ni lah perangainya.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.256707 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list