CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3557|Reply: 14

Ini Sebab Kenapa Kim Kardashian Dihujani Surat Dari Penjara

[Copy link]
Post time 10-1-2019 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Kim Kardashian kini dianggap Dewi Penyelamat oleh banduan-banduan dalam penjara. Mereka membanjiri beliau dengan ribuan surat memohon bantuan untuk dibebaskan.


Ini berikutan kejayaan pasukan Kim telah membebaskan tiga banduan setakat ini.





Kredit foto: Daily Beast





Menurut sumber TMZ, ramai banduan di seluruh Amerika Syarikat (AS) mengutuskan surat kepada Kim dari penjara dengan harapan beliau dan pasukan undang-undangnya dapat membantu mereka mendapatkan pengampunan.





Kredit foto: E Online





TMZ juga diberitahu bahawa di kalangan kakitangan dan para banduan, Kim kini diberikan gelaran 'Puteri Pembaharuan Sistem Penjara'.


Nama gelaran itu diberikan berikutan kejayaan Kim baru-baru ini membantu Cyntoia Brown, seorang banduan dari Tennessee mendapat pengampunan selepas meringkuk 15 tahun dalam penjara.





Kredit foto: Ivory NG






Seperti diketahui umum, Kim merupakan orang penting dalam menggesa pembaharuan sistem penjara AS selepas perjumpaannya dengan Presiden Donald Trump.


Ramai pemerhati berkata, kejayaan pembaharuan sistem itu tidak akan terlaksana tanpa usaha Kim Kardashian.





Kredit foto: Carian Google





Sehingga kini, Kim telah membantu membebaskan tiga orang banduan. Selain Cyntoia Brown, Kim juga berperanan penting dalam pembebasan Alica Marie Johnson, 62 dan Matthew Charles. Ketiga-tiga nama ini disebut-sebut oleh Kim ketika perjumpaannya dengan Trump.





Kredit foto: People





Nampaknya, ada juga sisi positif Kim Kardashian dalam membantu mereka yang tertindas oleh sistem perundangan. Mungkinkah Kim bakal menyertai dunia politik selepas siri realitinya berkubur? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss ada tengok ep yg dia nak bebaskan wanita tu.. Memula trump taknak jumpa.. Lepastu dia kena buat petisyen dan kena dpt kan sejumlah tanda tangan. And tak lama lepastu trump nak jumpa dgn dia and trump luluskan wanita tu keluar penjara.. Lepastu ada ep kimk ni pergi jumpa wanita tu.. Happy ending
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 12:01 PM | Show all posts
sorry off topic tapi si kimk ni ade darah african american ke??apsal adik beradik lain muka nmpak cm omputih bese
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn: sorry off topic tapi si kimk ni ade darah african american ke??apsal adik beradik lain muka nmpak cm omputih bese

Mendiang bapa deyols armenian. Mendiang bapa deyols bukan org lain, org penting jg, pnah jd loyer o.j. simpson. N kaum armenian agak ramai gak di kalangan org ternama di us, iols xingat siapa tp kalu tengok dokumentari ada deyols kata org tu org ni bangsa armenian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 12:15 PM | Show all posts
Beribear replied at 10-1-2019 11:28 AM
Iolss ada tengok ep yg dia nak bebaskan wanita tu.. Memula trump taknak jumpa.. Lepastu dia kena bua ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 12:51 PM | Show all posts
Beribear replied at 10-1-2019 11:28 AM
Iolss ada tengok ep yg dia nak bebaskan wanita tu.. Memula trump taknak jumpa.. Lepastu dia kena bua ...

maksudnya dia bantu banduan yg teraniaya ka cmtu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2019 01:06 PM | Show all posts
Zaien replied at 10-1-2019 12:51 PM
maksudnya dia bantu banduan yg teraniaya ka cmtu???

Nenek tu (Alice Marie) ni terlibat mengedar dadah dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 1997, maksudnya dah 21 tahun dipenjarakan

Dia tak violent, etc jadi ramai berpendapat hukuman penjara seumur hidup tu terlalu berat dan celebriti cuba melobi Trump untuk bebaskan dia (hanya Presiden boleh bagi pengampunan)

Kim Kardashian berjaya pujuk Trump
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 01:09 PM | Show all posts
Cyntoia Brown, tu  masa 15 tahun membunuh seorang lelaki (pelanggannya)

Pendakwa kata Cyntois tu pelacur  sebab tu kena hukuman penjara seumur hidup

Sedangkan Cyntoia tu kanak-kanak dan mangsa pemerdagangan manusia dan mempertahankan dirinya daripada pelanggan yg dicari bapa ayamnya

So Kim juga merayu dia diringankan hukuman

Trump luluskan, bulan Ogos ni akan keluar  penjara selepas 15 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2019 01:10 PM | Show all posts
Sistem perundangan USA memang macam ni, kalau black akan banyak diskriminasi dan kena hukuman lebih berat kadang2 tak masuk akal
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 03:19 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 10-1-2019 01:06 PM
Nenek tu (Alice Marie) ni terlibat mengedar dadah dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup pada  ...

owhhh.. begitu.. ok2 pham..
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear: Iolss ada tengok ep yg dia nak bebaskan wanita tu.. Memula trump taknak jumpa.. Lepastu dia kena buat petisyen dan kena dpt kan sejumlah tanda tangan. ...

Season berapa episode berapa ek ni? Iols tgk plg latest season 15 xsilap. Ok la deyols guna pengaruh deyols utk bg awareness dan buat kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear: Iolss ada tengok ep yg dia nak bebaskan wanita tu.. Memula trump taknak jumpa.. Lepastu dia kena buat petisyen dan kena dpt kan sejumlah tanda tangan. ...

Season berapa episode berapa ek ni? Iols tgk plg latest season 15 xsilap. Ok la deyols guna pengaruh deyols utk bg awareness dan buat kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta: Nenek tu (Alice Marie) ni terlibat mengedar dadah dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 1997, maksudnya dah 21 tahun dipenjarakanDia t ...

Power jgk la sheols dpt pujuk trump yg suka ikut kepala sendiri tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 04:33 PM | Show all posts
armin replied at 10-1-2019 04:22 PM
Power jgk la sheols dpt pujuk trump yg suka ikut kepala sendiri tu

ew... Trump tu suka publisiti. Dengan artis realiti murahan dia mahu melayan pulak supaya kena puji2
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 05:14 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 10-1-2019 04:33 PM
ew... Trump tu suka publisiti. Dengan artis realiti murahan dia mahu melayan pulak supaya kena puj ...

nak repair imej kot. tolong banduan gitu. org pun puji2 la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.098198 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list