Penyanyi rap Nicki Minaj bukanlah seorang penyanyi yang malu-malu bila berkaitan dengan seks.
Dia sendiri suka menulis lirik yang mempunyai tahap kelucahan melampau atau 18SX dan tidak kisah berterus-terang dengan peminatnya jika ditanya soalan berkaitan seks.
Kredit foto: Celeb Insider
Jadi apabila beberapa orang peminatnya di Twitter tertanya-tanya berapa kali dia melakukan hubungan intim dalam sehari dengan kekasih barunya, tanpa segan silu Nicki tampil memberikan jawapan.
Semuanya bermula dengan seorang peminatnya bernama Sonofacun yang bertanyakan penyanyi Anaconda itu memohon penjelasan.
"Nicki pasti tertawa sahaja bila peminat bergosip mengatakan dia buat hubungan intim 3 kali semalaman sedangkan sebenarnya 6 kali," tulisnya.
Kredit foto: Twitter
Nicki, 36, kemudiannya telah mengulang kicau tweet itu dan memberikan jawapan yang ditunggu-tunggu.
Dia menafikan teori dia mengadakan seks 6 kali semalaman, sebaliknya menerangkan hanyalah secara purata 3 atau 4 sahaja.
"Untuk pengetahuan kami berhubungan intim 3 atau 4 kali sahaja dalam semalaman, kalau 6 kali tu dah melampau," jawab Nicki.
Kredit foto: Twitter
Tweet jawapan selamba daripada Nicki itu kemudiannya tambah menggemparkan peminatnya.
Ramai yang bimbangkan dari mana Nicki mendapat tenaga. Malahan ada yang tertanya-tanya bila nak makan atau tidur kalau dah sibuk di atas katil.
Walau bagaimanapun ada juga yang menegur mengatakan kenyataan itu terlalu melampau untuk peminat muda Nicki.
Kredit foto: Twitter
Seperti yang diketahui, Nicki kini sedang hangat bercinta dengan Kenneth Petty, 40, walaupun Kenneth terpalit dengan isu tuduhan merogol dan membunuh.
Nicki malahan mempertahankan teman lelaki barunya itu dan berkata kes itu sudah lama berlalu ketika Kenneth masih remaja lagi.
Kredit foto: The Blast
Terpulanglah kepada Nicki. Semoga bahagia dengan pilihan sendiri. Tapi sejauh manakah agaknya perhubungan mereka berdua? -CARI |