CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2107|Reply: 0

Maksimumkan Kepuasan Seksual Dengan Lima Deria Ini

[Copy link]
Post time 10-1-2019 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Again…sex is not about physical penetration only! Ia sebenarnya melibatkan lima deria semula jadi manusia. Apakah yang dapat memaksimumkan kepuasan seksual kamu dan JustDating date / suami di atas katil?Percaya atau tidak, hubungan intim sebenarnya melibatkan lima deria yang dimiliki setiap orang, daripada penglihatan, suara, bau-bauan, sentuhan dan deria rasa di lidah kamu. Sayangnya, ramai pasangan tidak mengambil peluang untuk maksimumkan kesemua deria ini ketika berintimasi. Alasannya? Malas untuk bereksperimen, tergesa-gesa, malu atau tidak tahu bahawa deria memainkan banyak peranan untuk mencipta aksi ranjang yang lebih berkualiti.


1) Pandangan
Pastikan kamu memiliki suasana yang sesuai untuk sesi hangat bersama. Siapkan bilik untuk hasilkan suasana menggoda. Kemas terlebih dahulu persekitaran bilik tidur dan rapikan katil kamu yang mungkin berselerak. Matikan lampu utama dan pasang cahaya yang lebih redup dan malap seperti lilin di seluruh bilik. Sediakan juga pakaian dalam yang menggoda dan seksi yang mampu menangkap mata serta nafsu suamimu. Ketika sedang asyik bersama, jangan malu untuk tayang tubuhmu. Berikan pandangan menggoda sekali gus perhatikan setiap inci tubuh suamimu/ JustDating date dan biarkan diri kamu tergoda kerananya.

2) Suara
Persiapkan mood bersama alunan muzik. Muzik instrumen piano, jazz lembut atau deruan ombak di pantai antara bunyi yang sesuai untuk bangkitkan mood berahi. Jangan lupa, suara kamu sendiri juga memainkan peranan! Ekspresikan perasaanmu kepada sang suami. Katakan yang manis-manis kemudian ‘rayu’ padanya untuk luahkan kata-kata yang boleh menaikkan ghairahmu. Jangan hanya berdiam dan menggigit bibir. Moaning boleh meningkatkan erotik dan selalunya suami lebih terangsang bila isterinya bersuara ketika di ranjang. Kamu hanya perlu menjaga volume suara agar tidak didengari atau mengganggu orang sekeliling.

3) Sentuhan                                    
Terdapat pelbagai cara untuk menyentuh kala ‘bersama’ dan ia tidak terhad kepada sentuhan jari saja. Tekstur cadar katil, pakaian dalam suami mampu berikan signal sensual kepada otakmu. Tapi semestinya cara terbaik untuk stimulasi adalah dengan menyentuh bahagian tubuh suamimu terutama di zon sensitif. Mengurut suami atau mandi bersama boleh membangkitkan deria sentuhan tersebut. Cubalah.

4) Bau-bauan
Elakkan pengambilan makanan yang meninggalkan bau kurang sedap di mulut seperti bawang putih. Sebaiknya, berus gigi dan lidah kamu terlebih dahulu kemudian kumur dengan penyegar mulut. Ia akan buatkan suami kamu lebih bersemangat dan berahi ketika bercumbu. Tarik perhatian suami dengan bau-bauan harum yang lembut dan sensual. Lilin aromaterapi boleh menjadi pilihan. Selain itu, segarkan tubuhmu dengan wangian, mandi dan cuci rambut dengan produk yang wangi dan sapu tubuh dengan losen. Tapi pastikan wangian tersebut tidak berlebihan hingga boleh buat suami atau JustDating kawan kamu pening.

5) Rasa
Hidangkan makanan yang kamu anggap mampu bangkitkan keghairahan seks. Ketika makan bersama, ceritakan khasiat makanan tersebut kepada suami kamu. Contohnya, kebolehannya untuk membuat ereksi bertahan lebih lama, orgasma lebih hebat atau organ seks lebih sensitif. Cara ini secara tak langsung akan membuat permainan di ranjang lebih hangat dan kepuasan tercapai. Hidangkan juga makanan yang manis seperti coklat atau krim bersama buah strawberi. Makanan ini akan membuat lidah kamu lebih sensitif.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.075081 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list