CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5241|Reply: 19

Cerita seram 2018 please

  [Copy link]
Post time 11-1-2019 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Lama dah tak cerita2 seram2 pasal mana2 rumah tinggal ke apa ke.
Share2 jom?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2019 02:15 PM | Show all posts
ingatkan da ade story
rupanye kene share
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2019 02:17 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 11-1-2019 02:15 PM
ingatkan da ade story
rupanye kene share

haha sorry..

craving dengan cerita baru ni

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 02:22 PM | Show all posts
Sagu_salai replied at 11-1-2019 02:17 PM
haha sorry..

craving dengan cerita baru ni

tahun 2018 meols hnye di gangu ms tidur je

tp tk thu la itu mainan je ke atau betul2 huhu

so far gi travel pun alhamdullillah xde ganguan

cek in hotel pn sma alhamdullilah

mebi saka meols da upgrade kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 03:02 PM | Show all posts
semalam tgk cite sundel bolong yg lama tu adoiiii terngiang2 gelak dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by joy_ah at 28-1-2019 05:16 AM

I takdela pengalaman seram tahun lepas cuma masa kerja dulu la orang takutkan i.
I kena stayback sampai 11malam bulan march2018. Sebab pindah department. So office barula masa tu walau sama company. Masa tu opis memang takde orang.
Pastu i dengar bunyik kucing. I biar jela. Banyak kali juga bunyik kucing tu. Makin lama makin dekat.

Then i balik. Esoknya i cakap dgn colleague i yang duduk sebelah i, umur dia dah 58, kerja situ dari umur 23. Tahun depan pencen kot dia. Extend sampai 60katanya. Dia cakap takde sapa berani stayback after 7pm kecuali i. Sebab memang akan kene kacau.
I pun pucat habis. Sebab bunyik kucing tu. Mana ada kucing kat office.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh nak share story ke? Mcm xde aje..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 02:28 PM | Show all posts
alah cite 2018 tak do lah .. tapi 2019 adalah . baru minggu lepas jadi . boleh cite ke tt ke? kalau boleh baru i cite.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2019 04:15 PM | Show all posts
bod ni dah tak banyak citer seram dah.
medang pun dah slowdown.
skang ni aku selalu lepak kat fiksyen shasha.
banyak cerita2 best.
aku suka kisah kat oil & gas, masuk hutan n pemancing.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 04:38 PM | Show all posts
ok..aku nak share kisah seram aku dan famili aku masa bercuti kat Frasers hill bulan 12 tahun lepas.Sebelum ni kalau ke Fraser Hill kami akan tinggal kat Puncak Inn resort tu,tapi kali ni nak try dok SilverPark Apartment pulak pasal nampak mcm best je..(Puncak Inn dgn SiverPark ni dok sebelah menyebelah je,cuma Silverpark lebih atas je)
Check in pun dah 5 petang sebab masa nak ke atas Fraser tu ada pokok tumbang menghalang laluan lagi 4,5 kilometer nak ke simpang Gap ke Fraser tu.(kalau kita dari Pekan Kuala Kubu lah).
Sewaktu aku nak ambik kunci bilik tu ada sorang makcik cleaner ni tegur,betul ke nak stay apartment tu sbb sekarang ni tak de orang,hanya kami dan ada satu family India yang tinggal di hujung blok A tu..maklum la kami datang tengah minggu,so memang takde orang lain dah.Kami jawap balik kata sewa pun dah bayar takkan nak kensel pulak..nanti burn je duit.makcik tu cuma tersengih je..
Malam tu selepas keluar makan,balik la ke apartment tu,masa nak naik atas tangga tu tetiba blackout.meraba raba aku cari phone nak pasang torch..anak aku yang 2 orang tu dah start menjerit2 sbb  kata ada bulu sentuh leher mereka..bini aku jangan  katalah..dia memang penakut.,dia start menangis dah..so dari tangga bawah hingga tingkat atas tu kami berjalan dalam gelap je ..peliknya sampai je kat depan pintu rumah tu tetiba elektrik ada lak..

selepas tu takda lagi gangguan ,sampai semua kami masuk tidur,Tetiba aku terjaga,tengok jam ditangan pukul 4.20 pagi.Terdengar ada orang mandi di bilik air utama..maksudnya dibilik aku lah tu.Aku tengok elok je bini aku tidor sebelah.Aku segera bangun pergi ke bilik sebelah kot2 anak aku mengigau mandi ke..tapi aku tengok elok je anak aku tido.Bunyi orang mandi memang jelas dengar..korang bayangkan masa tu tak on lampu apa pun,harapkan lampu dari parking bawah tu je..dalam samar2 tu aku buka pintu bilik air.

memang air pancuran tu terbuka macam kita dok biasa mandi tu..aku pun apa lagi,hati dah memang marah sejak kena kacau dari tangga ttu lagi,aku terus sergah sambil aku on suis lampu bilik air tu"hoi setan,aku datang sini elok2 nak bercuti yang ko ganggu2 ni apahal?"korang tahu apa terjadi?dengan tetiba saja kepala paip air tu tertutup sendiri macam ada yang pulasnya.

terus jadi suasana sunyi,sepi sesepinya...pas tu aku menuju balik ke katil baru je nak sambung tidor,lampu kat ruang tamu pulak terbuka tertutup macam ada orang main suis nya..cilaka betullah ..

so aku pi ke ruang tamu tu dan sekilas pandangan aku nampak macam hantu pocong (macam mayat berbungkus )berdiri sebelah peti ais dapur tu..mukanya hitam je,tak berapa jelas parasnya muncul pun tak sampai satu saat kot..tapi aku sempat tengok sebelum dia lesap tiba tiba.

Macam macam ayat dah aku baca waktu tu..dah le sejuk..kena usik lagi..last2 aku aku on semua lampu biar cerah satu rumah sampai siang..sampai subuh aku tak tidur,anak bini aku baik punya tergolek lena..paginya tu aku ajak family aku check out awal dan kami sambung bercuti kat Shahzan Hotel kat bawah tu pulak
Masa nak return kunci apartment tu,guard situ macam senyum2 je..seolah2 dia tahu apa terjadi pada kami malam tadi.dah balik semula kat Penang,baru aku cerita kat bini aku..marah dia kat aku sbb kalau tahu tak ingin dia nak sambung cuti tukar hotel je tapi masih dok area hantu ..
Macam tulah kisah aku..kalau tak seram kat korang tak pe,,tapi kalau kena macam mana aku kena tu lu fikir lah sundri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 04:57 PM | Show all posts
tricomonas replied at 7-2-2019 04:38 PM
ok..aku nak share kisah seram aku dan famili aku masa bercuti kat Frasers hill bulan 12 tahun lepas. ...

menarik.

banyak betoi aku baca kisah kat bukit fraser nih.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CardiGans85 at 7-2-2019 07:01 PM

Ada la pengalaman kena sakat masa tu tahun 1998. Masa tu tinggal di kampung dan waktu sekitar 10 malam, kakak dan abang2 sibuk menonton Selangor lawan Sarawak tak silap aku Piala Sumbangsih masa tu.

Tengah seronok tengok tetiba rasa nak terkucil dan bila tinggal di kampung, bilik air terletak di luar rumah dan tandas serta bilik air rumah aku ni lokasinya terletak di belakang rumah.

Semasa melepaskan hajat nan satu itu, adalah suara wanita mendayu2 memanggil nama aku dari belakang pokok kuinin yang tinggi menggalah. Mula2 buat tak tahu mungkin kakak aku sengaja nak mengusik tapi tetiba tengkuk naik bulu roma. Yela, dah la belakang rumah ni ada kebun orang lain, sunyi sepi kot.

Aku pun bergegas dan terus ke ruang tamu. Tanya kakak aku kalau2 dia sengaja mengusik aku tapi abang aku jawab yang kakak tak pergi mana2 selain duduk tengok tv dengan mereka. Mood aku mati nak tengok bola jadi aku pergi tidur.

Nak di jadikan cerita, selepas seminggu kejadian yang berlaku itu, aku pun nak mandi lps balik daripada latihan netball kat sekolah dalam pkl 12.30pm dan masa tu aku seorang je yang ada dalam rumah. Oh ada orang mandi, jadi aku tak keseorangan la.Aku tunggu sampai tertidur tapi bila terjaga dekat pukul 2.30pm, tak habis2 lagi orang dalam bilik air ni mandi.

Aku pun dah tak sabar, lepas tu aku ketuk bilik air ni sekuat hati dan menjerit sambil marah. Eh..pintu ni tak kunci rupanya dan aku terus buka, tapi tak ada sesiapa. Apa lagi, aku terus berlari ke rumah pak cik aku yang berdekatan dan mandi di rumahnya.

Dalam pkl 6 ptg aku blk rumah, semua orang ada di rumah termasuk lah jiran datang membawang. Dia cakap dia ada ternampak ponti bertanduk semasa nak balik rumah minggu lepas dan dia demam. Oh..patut la tutup warung ABC dia selama beberapa hari. Kakak aku pandang aku masa tu tapi aku hanya tersengih macam kerang busuk mengenangkan peristiwa tengahari tadi yang masih segar.

Rupa-rupanya kat kebun belakang ni ada busut orang dok ceroboh dan memuja nombor ekor siap ada kain kuning, colok dan sebagainya. Dah beberapa hari juga pak cik tuan tanah mengintip dan nasib tak baik kena sergah dengan makhluk yang sama. Alhamdulillah, lepas di musnahkan tiada lagi perkara pelik yang berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 12:00 PM | Show all posts
i cerita je lah. last week hari khamis. jam 9:30 am . lokasi pejabat ketua jabatan ***.
masa hari kejadian i kena tinggal keseorangan sebab my boss and her pa pergi meeting . so , i pun buat kerja log in surat dalam pc dan buku . bila settle semua tu, ada a few document nak kena photocopy , i pun kumpul lah document2 dan letak dalam 1 fail supaya nanti senang . before nak g photocopy tu , i tengah tunduk becoz nak asingkan document yang nak kena photocopy. tengah dok syok sorting tu , i dengar pintu bilik my boss kena bukak as if ada org masuk dalam bilik tu , masa i bangun selepas dah settle sorting tu dan otw nak p photocopy , i nampak pintu bilik my boss nak dah  tertutup . tapi masa tu i pikir my boss balik ke opis sebab barang tertinggal or tak sihat .

tak lama lepas tu her pa balik semula ke ofis dan masuk dalam bilik boss. dan guess what my boss tak ada ye dalam bilik . i dah cuak masa tu . i ngadu kat pa tu , dia pun cerita yang dia mmg selalu nampak pintu tu terbuka dan tertutup sendiri . tapi kan , bila ada ramai org , tak pulak mambang tu main pintu .

dekat pejabat nie mmg ramai org cerita dengar macam2. ada sekali one of the bod . dia balik lambat dalam pukul 6.30 pm . dia dengar ada org dalam toilet . dan senang hati dia tak kunci pintu pejabat  utama sebab ingat ada lagi org kat dalam pejabat . the next day , kecoh satu pejabat pintu tak kunci dan lampu terbukak . mengamuk lah one of bod  yang lain  , ye lah kot ada org pecah masuk  tak naya . setelah di csi , bod terlibat tu cakap dia mmg tau ada org dalam toilet sebab dengar ada org flush jamban dan bunyi air seta lampu toilet terbukak  . kalau nak di pikir logik pukul 6.30 pm tu mmg dah tak ada sapa kat pejabat sebab semua dah balik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 04:37 PM | Show all posts
thn lepas short getaway kat frasers hill  gi sana 5 keta - sewa banglo selangor sri berkat tu... alhamdulillah aman damai ber bbq sampai lewat malam dan tido dgn selesanya walau pun aku masuk tido sengsorang dulu sbb laki aku lepak kat laman...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tricomonas replied at 7-2-2019 04:38 PM
ok..aku nak share kisah seram aku dan famili aku masa bercuti kat Frasers hill bulan 12 tahun lepas. ...

Oo seram ler tp berani giler g sergah hantu tu..klu i mmg terpengsan la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 7-2-2019 06:59 PM
Ada la pengalaman kena sakat masa tu tahun 1998. Masa tu tinggal di kampung dan waktu sekitar 10 mal ...

Oh ada yg bukak jalan la tu rupanya..nasib baik dah musnahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
msamyrazi replied at 8-2-2019 12:00 PM
i cerita je lah. last week hari khamis. jam 9:30 am . lokasi pejabat ketua jabatan ***.
masa hari  ...

Xde cctv ker? Leh ler skodeng saper tinggal dlm opis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
adnil replied at 11-2-2019 04:37 PM
thn lepas short getaway kat frasers hill  gi sana 5 keta - sewa banglo selangor sri berkat tu... alh ...

My favourite Fraser Hill ni..so far xde apa2 yg pelik pun, Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 08:44 AM | Show all posts
Edited by msamyrazi at 14-2-2019 09:01 AM
None68 replied at 13-2-2019 06:36 PM
Xde cctv ker? Leh ler skodeng saper tinggal dlm opis.

tak dok .huhuhu. kalau ada pun, i pun tak nak tengok . dulu tak ada jadi benda2 gini , tapi sejak cleaner ngadu kat i , dia nampak dalam tong sampah ada  pad yang masih ada darah haid sikit kat tepi2 pad tu, dah lah  tak balut pad tu.  sejak tu lah benda2 ni kerap jadi .  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 03:50 PM | Show all posts
aku rasa pattern citer seram menjelang 2020 dah tukar pattern.
citer orang nak tau mcm dlm citer deepweb.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.138258 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list