Semalam adalah minggu pertama bagi penentuan harga minyak mengikut harga apungan dunia menggunakan mekanisma APM yang baru.
Alhamdulillah turun 0.01 sen untuk Ron95 dan juga Ron97, manakala Diesel naik 0.01 sen.
.
Cumanya ada beberapa perkara menarik yang dapat diperhatikan telah berlaku.
1. Tidak ada lagi berita daripada BH atau Sinar yang meng'highlight'kan harga minyak jatuh seperti di era BN, walhal semalam minyak pummel selepas 9 hari recover dekat 2%. Mungkin juga wartawan-wartawan Sinar dan BH akhirnya dah belajar untuk faham bahawa pengiraan APM berdasarkan purata seminggu bukan sehari.
.
2. Tidak ada lagi individu-individu yang meroyan dan marahkan kerajaan kerana mengira harga minyak menggunakan harga minyak mentah dan diconvertkan dengan ringgit, contoh kiraan tipikal zaman BN dulu,
1 Barrel crude oil adalah USD 51.
1 Barrel Brent oil adalah USD 60.
USDMYR pula adalah RM4.10
Kalau menggunakan kiraan orang kebanyakan di zaman BN maka kita akan dapati ramailah yang mengira,
(51/159)×4.10 = RM1.31/l
@ yang kira guna Brent,
(60/159)*4.10 = RM1.54/l Mungkin individu-individu ini juga akhirnya telah faham bahawa kereta mereka tidak boleh bergerak dengan menggunakan minyak mentah sebaliknya memerlukan minyak refined berstandard Mogas 95/97 unleaded.
.
3. Tidak ada lagi komen yang berbunyi,
"Alah harga turun tapi dia rembat semula guna SST", seperti dulu, "alah turun sekian-sekian , amik GST berbillion-billion."
Mungkin juga akhirnya rakyat telah faham bahawa cukai adalah sesuatu yang penting untuk kelangsungan pendapatan kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan negara.
Ataupun mungkin juga sebab SST tak tulis kat resit, sebab tu komen tersebut tak keluar.
.
4. Tidak ada lagi individu-individu atau kumpulan yang meroyan apabila adanya pengumuman untuk stesen-stesen minyak memaparkan harga minyak dinegara-negara serantau (kecuali Brunei, mungkin sebab Brunei jauh dari Malaysia) untuk mengambarkan ke'murah'an harga minyak petrol di Malaysia.
Paling ironi adalah disuruhnya rujuk globalpetrolprices.com, walhal ketika perlaksanaan apungan dizaman BN dulu, banyak kali Malaysia menduduki tangga 10 termurah malah pernah duduk ditangga ke 5, dan ketika ramai menunjukkan website yang sama, dimaki dan dibilang bodoh kerana membandingkan harga minyak yang dijual dinegara ini dengan negara lain. Apa ayatnya, oh haa,
"Gaji Malaysia RM1000, minyak RM2, gaji Singapore SGD2,000, minyak SGD2..perbandingan bodoh convert2 ni"
Macam tu lah lebih kurang.
Mungkin juga akhirnya golongan ini akhirnya telah faham bahawa minyak di Malaysia ini sememangnya antara yang termurah di dunia despite kita hanyalah pengeluar kecil petroleum malahan berada dalam posisi net importer.
Maka kita perlu membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain dan mula bersyukur.
.
Melihatkan ketenangan malam Sabtu berbanding malam Khamis diera BN, tak sabar nak tunggu untuk pengumuman harga minyak untuk minggu-minggu ke depan.
Sekian.