JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
437
View
3
Reply

[Tempatan] Gangguan bekalan air di sekitar Kuala Lumpur pada 12.1.2019

[Copy link]

Author: sehirkedi    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-1-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sehirkedi at 12-1-2019 09:17 PM


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli Kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan pelanggannya bahawa beberapa kawasan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitar akan mengalami gangguan bekalan air berjadual.

Gangguan bekalan air akan bermula pada jam 9.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019 hingga jam 11:00 malam Ahad, 13 Januari 2019 ekoran hentitugas Loji Rawatan Air Bukit Nanas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah.  

Pelanggan di kawasan-kawasan yang tersenarai adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan dan penutupan bekalan bermula.

Pihak kami akan mengerakkan bantuan bekalan air kecemasan dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat di Parkir HKL, Jalan Tun Razak yang akan beroperasi bermula 8.00 malam, Sabtu 12 Januari 2019 bagi memberi bantuan kepada pelanggan.

Segala tindakan perlu akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan. Rujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau App Store untuk maklumat dan status terkini  yang akan dikemaskini dari masa ke masa. Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 atau SMS Tanker <Nama><Alamat> ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919 untuk bantuan.

Kawasan yang terlibat:
Screenshot_2019-01-12-21-04-19.png
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 12-1-2019 11:49 PM

terima kasih tt @sehirkedi for sharing this info
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:13 PM | Show all posts
baharu bercadang nak cikcur dekat imbi
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 09:40 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051348s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list