CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1980|Reply: 3

[Tempatan] Gangguan bekalan air di sekitar Kuala Lumpur pada 12.1.2019

[Copy link]
Post time 12-1-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sehirkedi at 12-1-2019 09:17 PM


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli Kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan pelanggannya bahawa beberapa kawasan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitar akan mengalami gangguan bekalan air berjadual.

Gangguan bekalan air akan bermula pada jam 9.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019 hingga jam 11:00 malam Ahad, 13 Januari 2019 ekoran hentitugas Loji Rawatan Air Bukit Nanas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah.  

Pelanggan di kawasan-kawasan yang tersenarai adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan dan penutupan bekalan bermula.

Pihak kami akan mengerakkan bantuan bekalan air kecemasan dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat di Parkir HKL, Jalan Tun Razak yang akan beroperasi bermula 8.00 malam, Sabtu 12 Januari 2019 bagi memberi bantuan kepada pelanggan.

Segala tindakan perlu akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan. Rujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau muat turun aplikasi telefon bimbit “Air Selangor” di Google Play atau App Store untuk maklumat dan status terkini  yang akan dikemaskini dari masa ke masa. Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 atau SMS Tanker <Nama><Alamat> ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919 untuk bantuan.

Kawasan yang terlibat:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 12-1-2019 11:49 PM

terima kasih tt @sehirkedi for sharing this info
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:13 PM | Show all posts
baharu bercadang nak cikcur dekat imbi
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 09:40 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.131623 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list