CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Victorioussss

[Tempatan] ILP Pengkalan Chepa dan skill terajang motorsikal

  [Copy link]
Post time 13-1-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu tak boleh park kat situ, kenapa park kat situ jugak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-1-2019 01:07 PM
yup.aku percaya je ummah marhaen tu sume bergolok gadai nk beli sebiji motor
sbb kalo diorg kaya  ...

Aku pantang jugak kalau orang parking kenderaan semberono tapi nak handle orang sebegini kena guna diplomasi, bukan dengan cara menzalimi. Nak2 pulak acik gedebe tu seorg yg berjawatan di sebuah institusi ILMU.
Sedih pulak bila bayangkan budak2 tu angkat moto mereka yg kena tendang tu. Tentu hampa bila tengok moto mereka bergelimpangan & ada parts yg patah serta rosak. Bukan senang mereka nak dapat moto tu, nak2 pulak kalau anak orang susah
Btw, acik gedebe dah diarahkan bercuti &menjalani pemeriksaan tekanan di hospital. Dan pemilik moto yg rosak akan dibayar ganti rugi. Mujur kes ni viral. Kalau tak, mungkin pihak atasan buat senyap je tanpa ada tindakan

Timbalan Pengarah ILP Kota Bharu diarah bercuti
ASMA HANIM MAHMOOD
13 Januari 2019 1:01 PM

Rakaman yang menunjukkan tindakan luar jangkaan pegawai ILP Kota Bharu menendang motosikal pelajarnya semalam.

KOTA BHARU - Pegawai Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu yang baran dan menendang motosikal pelajarnya semalam diarah bercuti seminggu bermula hari ini sementara siasatan dalaman dijalankan.

Pengarah ILP Kota Bharu, Zainudin Ahmad berkata, beliau telah berjumpa pegawai terbabit dan turut menasihatkannya menjalani pemeriksaan tekanan di hospital.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan akan membayar ganti rugi kepada pelajar yang mengalami kerosakan motosikal akibat insiden itu.

"Kita tidak boleh seratus peratus salahkan dia, kita akan buat siasatan secara terperinci dan menyelesaikan masalah ini segera. Secara peribadinya bagi saya dia kakitangan yang baik, mungkin ada sesuatu yang menyebabkan terjadi demikian.

"Kejadian ini pertama kali dalam sejarah institusi di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) tetapi ia tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan imej Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sejak semalam video aksi seorang lelaki yang dikatakan merupakan Timbalan Pengarah ILP berkenaan dalam keadaan marah-marah dan menendang beberapa buah motosikal di kawasan surau institut itu tular di media sosial.

Sementara itu, meskipun tidak menafikan keseriusan insiden berkenaan, Zainudin berharap ia tidak akan mengurangkan keyakinan masyarakat kepada ILP meneruskan kecemerlangan sebagai salah sebuah institusi yang bertangguungjawab melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk negara.

Menurutnya lagi, pegawai tersebut juga akan dipanggil berjumpa Ketua Pengarah JTM, Datuk Muhd. Khair Razman Mohamed Annuar yang akan turun ke ILP Kota Bharu esok. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 13-1-2019 03:52 PM
Aku pantang jugak kalau orang parking kenderaan semberono tapi nak handle orang sebegini kena guna ...

diarah becuti tp gaji jalan
kasi pecat je la deyyyyy
harap budak2 yg motor parents diorg kene tendang tu, harap diorg beramai2 pi terajang balik si bangsat nih
biar patah tulang rusuk ko
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-1-2019 03:55 PM
diarah becuti tp gaji jalan
kasi pecat je la deyyyyy
harap budak2 yg motor parents diorg kene te ...

Bercuti sementara siasatan dijalankan. Bila dah conclude nanti baru tindakan akan diambil. Rasanya paling2 pun kena gantung kerja jah.
Eh, janganlah galakkan budak2 guna cara kekerasan. Kang lagi susah makpak mereka yg dah sedia susah tu terpaksa bergolok bergadai nak kena bayar duit ikat jamin mereka pulak. Yang paling taknak kita lihat ialah penggajian ilmu mereka terbengkalai sekiranya dipenjara
So harap mereka teruskan hidup masing2 seperti biasa tanpa ada dendam & lebih berhati2 serta peka dengan undang2 bila nak park moto mereka in future
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilp p.chepa mmg tmpt org gedebe....hotspot pil kuda.iman xkuat jgn main main la.btol2 kn pandai pilih kawan
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Gedebe nya perangai. .....minta semua boikot tempat ni...biar orang ni tak ada pendapatan. ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2019 05:40 PM | Show all posts
'Maafkan saya, semua berlaku di luar kawal'


“SAYA mohon maaf atas apa yang terjadi dan kejadian itu berlaku di luar kawalan.”

Itu luahan Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Mohamad Hazmi Noordin yang menendang motosikal pelajar sehingga tular di media sosial, semalam.

Mohamad Hazmi turut mengakui lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya dan dia sendiri turut tampil membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

“Bukan niat saya merosakkan harta benda pelajar, semuanya berlaku di luar kawalan. Saya memohon maaf kepada semua termasuk ibu bapa pelajar yang melapor diri semalam.

“Saya menganggap ini sebagai ujian dan peluang untuk muhasabah diri. Besar harapan saya usaha menabur bakti dalam bidang kemahiran dapat diteruskan.

“Pada masa sama, saya akur dengan arahan supaya bercuti selama seminggu serta dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan mental di hospital,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rakaman berdurasi seminit 28 saat yang menunjukkan pegawai institut kemahiran itu menendang tiga motosikal yang diparkir di kawasan itu sehingga jatuh, tular di media sosial sejak petang semalam.

Lelaki terbabit dikatakan berbuat demikian ketika sesi pendaftaran pelajar lama selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mereka meletakkan motosikal di kawasan itu. Perbuatan itu dirakam oleh seorang pelajar yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Mohamad Hazmi berkata, dia tidak terbabit secara langsung dengan jawatankuasa minggu suai kenal sesi Januari 2019 yang berlangsung semalam.

“Namun saya pegawai yang bertanggungjawab dengan urusan keselamatan ILP dan saya hanya mahu program berjalan lancar,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Papa bana dia di luar kawalan.....hang mabuk ganja ka time tu sampai luar kawalan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon pdrm siasat timbalan ni. Merosak harta benda orang. Mengundang persepsi buruk masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Di zaman semua benda boleh viral ni kenalah jaga tingkah laku dan tutur kata sepanjang masa. Jangan buat dajal sesama manusia, dengan makhluk tuhan yg lain pun kena jaga kelakuan. Tapi kena ingat tuhan juga sentiasa memerhati. Kalau pegang konsep god is always watching you 24/7 insyaallah terpelihara dari membuat kejahatan. Kalau buat juga memang jenis tak takut api neraka. #notetoself
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori langgar kete, lori hilang kawalan
Timb. Pengarah tendang moto student, pun pasal hilang kawalan ish3
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..pegawai yg bagus.
Stress agaknya pindah disitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tricomonas replied at 13-1-2019 06:02 PM
Papa bana dia di luar kawalan.....hang mabuk ganja ka time tu sampai luar kawalan..

Forumer kat atas pun kata port pil kuda.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 student yang tularkan tu takde ape2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadahnye d luar kawalan?? Timbalan pengarah kot, bkn kecik2 anak2 jawatan.... sewel

Nak sngt tnjuk kuasa, tp brainless, muntah iols penjawat awam sombong bongok cmni, tak kisah le dia baik ke apa, yg iyenye tak baik mana la kalau dh rupe gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 13-1-2019 10:35 PM
missDollie replied at 13-1-2019 09:29 PM
Harap2 student yang tularkan tu takde ape2..


Ya, harapan depa tak di pedajalkan oleh ILP @ pihak tertentu
Tapi kalau depa di apa2 kan tlg SILA viralkan semoga pihak2 yg cuba nak pedajal tu di kenakan tindakan juga
Tanpa viral dari student tu perbuatan TERKUTUK SI BANGSAT tu akan berulang lagi mungkin lebih PARAH & TERUK serta cuba di diamkan serta di tutup rapi oleh ILP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 12:06 AM | Show all posts
Ape lagi, ramai2 la student pergi calarkan kereta timbalan pengarah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 09:19 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 14-1-2019 09:21 AM

dia ni ada masalah kesihatan sikit
ada la sikit2..time tu bulan mengambang
maafkan la..
tengah stress tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:05 AM | Show all posts
adik aku belajar ILP dulu

dia cakap tiap2 ILP mesti ada sekot pengajar pelik

ILP dia ada sorang pengajar tu, budak laki kelas dia semua kena botak mcm skinhead tu, sape x botak dia halau kelas lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.083935 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list