CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: johnlava

[Tempatan] ramai lagi ilang kerja : intekma tutup operasi

  [Copy link]
Post time 13-1-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Intekma tutup ni ada kaitan x dengan ph menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 13-1-2019 09:55 PM
Intekma tutup ni ada kaitan x dengan ph menang

Intekma ni dah obselete..

Org ramai lebih suka homestay..

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 13-1-2019 10:03 PM
Intekma ni dah obselete..

Org ramai lebih suka homestay..

Macam nak kata sapa pun perintah tetap boleh lingkup gitu ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Staff intekma ni bukan staf gomen kan? Yg terikat dgn JPA tu?

Ni kira pekerja swasta la ya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa ar tu..nak tutup kena berperingkat..memula tutup intekma, lepas ni hotel uitm..pastu tutup terus uitm..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2019 08:35 AM | Show all posts
dia cerita pasal fasiliti yang usang salah satu faktornya
memang usang dan daif pun
aku pernah buat program kat sini tahun 2007
waktu tu pun fasiliti dah usang
tahun 2018 mungkin semua dah jadi artifak kot...
patut lah ditutupkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:16 AM | Show all posts
takkan buang gitu aje...
mesti UiTM boleh serap kat tempat2 kosong lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 10:20 AM | Show all posts
takziah nye dgr berita mcm ni. semoga urusan kalian dipermudahkan Tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo line F&B tu apakata gi je bukak bisnes makan2..run your own biz..bukak warung pun takpe
pengalaman dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:33 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-1-2019 10:21 AM
kalo line F&B tu apakata gi je bukak bisnes makan2..run your own biz..bukak warung pun takpe
pengal ...

iols kenal one of the xcheff kat intekma tuh..
dah bukak restaurant kat hometown. Alhamdulillah, food dia pun sedap2.

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:43 AM | Show all posts
wirazam replied at 12-1-2019 11:39 PM
La..ahli lembaga uitm holdings ni..x tahu nak manage ke..selain tutup operasi...segala mala experts  ...

dorg blaja teori aja, praktikal yileksbb tu makcik jual karipap tepi jln lagi bpngalaman bisnes dri prof2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
aku dengar banyak lagi bakal di katup.  bak kata macai banyak lagi lain keja termasuk berniaga nasi lemak ditepi jalan.  Korang bertabah la  ..



Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 12:13 PM | Show all posts
eloklah tutup..sendu je dari dulu...berhantu kan...huuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 12:16 PM | Show all posts
tutup ..revive buat  penempatan student yg high end sikit dan selesa...
ada facility gym..study room..cafe ..etc...
dapat juga kutip duit sewa...


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
intekma lame dh kot..gitu je rupenye..xde upgrade kasik nmpk fresh ke..ape gune korg ajar mcm2 tips dlm bidang tu tp x praktikkan kt tmpt sendiri..syg btl tutop..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 01:56 PM | Show all posts
sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:51 PM | Show all posts

Intekma Resort tamat operasi hotel, hospitaliti
12 Januari 2019 1:30 PM


SHAH ALAM - Setelah lebih 30 tahun beroperasi di dalam bidang perhotelan dan hospitaliti, UiTM Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan penamatan kesemua perkhidmatan dan operasi hospitaliti Resort dan Pusat Konvensyen Intekma (IRCC), Seksyen 7, di sini.

Menurut satu pekeliling yang tular sejak semalam, proses penamatan perkhidmatan dan operasi itu akan dilakukan melalui dua fasa yang mana fasa pertama akan berakhir pada 28 Februari 2019 manakala fasa kedua pada 31 Mac 2019.

"Buat sementara waktu dari 11 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019, semua operasi yang sedia ada akan tetap diteruskan mengikut fasa tetapi tiada tempahan baru untuk bilik dan acara akan diambil

"Selain itu, katanya, semua operasi berkaitan perkhidmatan luar makanan dan minuman (F&B) akan turut ditamatkan," kata pekeliling itu lagi.

Tambah pekeliling itu, sempena penamatan operasi itu, skim penamatan pekerjaan (staff separation scheme – SSS) melibatkan hampir kesemua kakitangan UiTM Hospitality Management Services Sdn. Bhd. (UHMSSB) akan dilaksanakan.

“Skim SSS akan dijalankan mengikut terma dan syarat perkhidmatan kumpulan seperti mana yang termaktub dalam Akta Pekerjaan 1955.

"Keputusan menamatkan perkhidmatan dan operasi perhotelan dan hospitaliti miliknya bukanlah satu keputusan yang mudah bagi pihak pengurusan.

"Pelbagai perbincangan dan rundingan telah dijalankan bersama Lembaga Pengarah dan pihak berkepentingan bagi mencapai kata sepakat berkenaan hal ini," ujarnya.

Katanya, masalah operasi dan kewangan yang dihadapi UHMSSB sepanjang empat tahun lalu berikutan fasiliti IRCC di Shah Alam yang usang merupakan antara faktor penting penamatan kesemua perkhidmatan dan operasinya.

Selain itu, UHMSSB turut mengambil kira industri perhotelan dan hospitaliti yang sangat kompetitif khususnya di sekitar Shah Alam serta keadaan ekonomi yang dijangka lebih mencabar juga
menyukarkan Intekma untuk berdaya saing.

"Pembangunan semula aset dan kemudahan perlu dilaksanakan dan strategi pernigaaan baharu perlu dirangka.

“Sebelum pembangunan semula aset dan kemudahan dilaksanakan, operasi perhotelan dan hospitaliti Intekma akan ditamatkan terlebih dahulu manakala aset dan fasiliti sedia ada akan diubah menjadi penginapan pelajar untuk UiTM Private Education Sdn. Bhd. (INTEC) bagi tempoh tiga tahun yang akan datang mulai Mac 2019.

“Selain itu fasiliti dan kemudahan perkhidmatan sampingan seperti kafe, kantin, dobi dan kedai tuncit akan disediakan melalui pihak ketiga,” katanya.

Justeru itu, bagi membantu staf yang akan menamatkan pekerjaan, pihak pengurusan akan menyediakan perkhidmatan kaunseling serta bantuan mengenai pencarian peluang lain.

Sementara itu, sumber UiTM Holdings menjelaskan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan mengenainya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 04:49 PM | Show all posts
patut laaa kat parlimen ni pon katering dah tukar org baru..dlu intekma yg dapat tender...sedap dan murah makanan dy...ttbe je tukar katering..dah la mahal xwape sedap pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 05:27 PM | Show all posts
onexox97 replied at 13-1-2019 10:54 PM
Macam nak kata sapa pun perintah tetap boleh lingkup gitu ke

bisnes model x dapat bersaing ngan homestay yg murah kos operasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088434 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list