View: 12416|Reply: 127
|
[Tempatan]
Seorang warga malaysia berketurunan DNA pahlawan Perak sedang mabuk ketum di med
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-1-2019 03:40 PM
Individu dakwa pemilik sebenar Kerajaan Malaysia
AMRAN ALI | 12 Jan 2019
Ahmad Abdul Kadir menunjukkan Keris Sempena Riau yang dimilikinya.
MELAKA - Seorang lelaki di sini mengaku dirinya mempunyai kaitan dengan kerabat diraja serta pemilik sebenar Kerajaan Malaysia.
Individu bernama Ahmad Abdul Kadir Ismail, 46 tetapi mengelarkan dirinya sebagai Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'zulkarnain mendakwa memiliki seluruh kekayaan di negara ini. Malah Ahmad Abdul Kadir berkata, dia turut mempunyai harta kekayaan dan wang tunai berjumlah bertrilion dolar di beberapa negara termasuk di Hong Kong, China, Kemboja, Bangladesh dan Thailand. "Saya dalam proses untuk mengambil alih negara ini. Biarpun hakikatnya sudah diambil alih namun kini baharu saya menguar-uarkannya. Cuma masalahnya ia dinafikan oleh politik di negara ini sejak dahulu.
"Saya sudah bergerak menuntut hak saya sejak lima tahun lalu iaitu semenjak Oktober 2013 malah pernah menyatakan hasrat untuk menemui kesemua raja-raja di negara ini serta Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad namun tidak dilayan," katanya dalam sidang media itu yang turut diiringi beberapa pengikut di sebuah inap desa di Sungai Rambai, hari ini. Beliau turut mengadakan majlis suai kenal bersama puluhan mengikut termasuk dihadiri kerabat diraja.
Ahmad Abdul Kadir bersama salah satu dokumen mengenai pemilikan asetnya di luar negara.
Ahmad Abdul Kadir yang menetap di rumah keluarga mertua di Sungai Rambai sejak lima tahun lalu berkata, beliau ada menyimpan banyak alat kebesaran terutama keris kebesaran di raja termasuk Keris Sempena Riau, Keris dari Bukit Siguntang, Pedang Hang Li Poh, Jade Tujuh Naga, Pedang Cheng Ho dan pinggan di zaman Dinasti Ming.
Dakwanya lagi, kesemua sultan dan ahli politik di negara ini sudah hilang status kerakyatan dan mendakwa pernah mengambil tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia berikutan kuasa yang ada kini sebagai tidak sah. "Saya tidak perlu ditabalkan sebagai sultan sebab saya sudah tersedia menjadi sultan. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak namun mempunyai lebih ramai pengikut di sebelah selatan negara ini. "Saya juga adalah simbol semua bangsa meliputi Melayu, Cina, India, Arab serta Yahudi. Saya adalah tuan punya negara Malaysia atau Tanah Melayu," katanya.
Tambahnya lagi, kewujudannya adalah bertujuan untuk seluruh rakyat Malaysia dan dunia bagi mengembalikan kegemilangan negara, bangsa dan agama.
"Apa yang saya perjuangkan adalah bukan untuk diri saya sendiri tetapi adalah untuk semua rakyat di negara ini. "Saya hanya menuntut hak saya dan bukannya hak orang lain," katanya.
dakwa pemilik sebenar Kerajaan Malaysia
https://www.sinarharian.com.my/article/7112 |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad menunjukkan Keris Sempena Riau yang dimilikinya.
Sabtu | 12 Januari 2019
MELAKA - Seorang lelaki di sini mengaku dirinya mempunyai kaitan dengan kerabat diraja serta pemilik sebenar Kerajaan Malaysia.
Individu bernama Ahmad Abdul Kadir Ismail, 46 tetapi mengelarkan dirinya sebagai Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'zulkarnain mendakwa memiliki seluruh kekayaan di negara ini.
Malah Ahmad Abdul Kadir berkata, dia turut mempunyai harta kekayaan dan wang tunai berjumlah bertrilion dolar di beberapa negara termasuk di Hong Kong, China, Kemboja, Bangladesh dan Thailand.
"Saya dalam proses untuk mengambil alih negara ini. Biarpun hakikatnya sudah diambil alih namun kini baharu saya menguar-uarkannya. Cuma masalahnya ia dinafikan oleh politik di negara ini sejak dahulu.
"Saya sudah bergerak menuntut hak saya sejak lima tahun lalu iaitu semenjak Oktober 2013 malah pernah menyatakan hasrat untuk menemui kesemua raja-raja di negara ini serta Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad namun tidak dilayan," katanya dalam sidang media itu yang turut diiringi beberapa pengikut di sebuah inap desa di Sungai Rambai, hari ini.
Beliau turut mengadakan majlis suai kenal bersama puluhan mengikut termasuk dihadiri kerabat diraja.
Ahmad bersama salah satu dokumen mengenai pemilikan asetnya di luar negara.
Ahmad Abdul Kadir yang menetap di rumah keluarga mertua di Sungai Rambai sejak lima tahun lalu berkata, beliau ada menyimpan banyak alat kebesaran terutama keris kebesaran di raja termasuk Keris Sempena Riau, Keris dari Bukit Siguntang, Pedang Hang Li Poh, Jade Tujuh Naga, Pedang Cheng Ho dan pinggan di zaman Dinasti Ming.
Dakwanya lagi, kesemua sultan dan ahli politik di negara ini sudah hilang status kerakyatan dan mendakwa pernah mengambil tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia berikutan kuasa yang ada kini sebagai tidak sah.
"Saya tidak perlu ditabalkan sebagai sultan sebab saya sudah tersedia menjadi sultan. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak namun mempunyai lebih ramai pengikut di sebelah selatan negara ini.
"Saya juga adalah simbol semua bangsa meliputi Melayu, Cina, India, Arab serta Yahudi. Saya adalah tuan punya negara Malaysia atau Tanah Melayu," katanya.
Tambahnya lagi, kewujudannya adalah bertujuan untuk seluruh rakyat Malaysia dan dunia bagi mengembalikan kegemilangan negara, bangsa dan agama.
"Apa yang saya perjuangkan adalah bukan untuk diri saya sendiri tetapi adalah untuk semua rakyat di negara ini.
"Saya hanya menuntut hak saya dan bukannya hak orang lain," katanya.
__________________
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malah Ahmad Abdul Kadir berkata, dia turut mempunyai harta kekayaan dan wang tunai berjumlah bertrilion dolar di beberapa negara termasuk di Hong Kong, China, Kemboja, Bangladesh dan Thailand. Ahmad Abdul Kadir yang menetap di rumah keluarga mertua di Sungai Rambai sejak lima tahun lalu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harap harap ni bukan si budak laba dari porem CI ni |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 13-1-2019 06:07 AM
Hahaha! Kaya tapi menumpang rumah mertua. Mertua dia tak malu ke dapat menantu camni? |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu juga orang sebegini memeriahkan suasana...
Mudah terhibur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada pengikut plak tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Goood luck la ye.
Moga berjaya la.
Jangan lupe makan ubat lah bro |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana kau nak ambil alih negara ni? Nak lancarkan perang ke atas Agong? |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan dok kat istana.... |
|
|
|
|
|
|
|
Modus operandi cam sama dengan scammer Nigeria dakwa milik harta jota jota |
|
|
|
|
|
|
|
Orang klu dah kaya sgt x hingin nk claim negara ni bagai... aman damai jah nikmati kekayaan tu stay oversea holiday sana sini naik private jet socialite satu dunia.. wartawan pon rajin melayan siap ade mic tv3 rtm sume hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Setau aku org gila kan tak boleh kawen sbb tak waras. Camne boleh lepas plak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Another Kamal Ashnawi in the making ka? Hahahaha..
Maciam2 penyakit dalam donia ni.. delusional sungguh.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang otak tak centre gini aku tak pelik sebab mmg dari kecik dah pernah jumpa. tapi yang aku pelik wartawan2 mainstream media boleh bagi wide coverage & publicity untuk segala angan2 & pembohongan dia. dia ni dengan sultan melaka, orang yg mengaku rasul, orang yg mengaku nabi patut diletak kat satu pulau bersama pengikut2 mereka & kita tengok apa jadi. kalau buat satu program realiti utk merakamkan 'kegilaan' mereka di pulau tersebut tentu jauh lebih lawak dari prog maharajalawak & jauh lebih drama dari prog survivor |
|
|
|
|
|
|
|
penyakit org melayu, berlumba2 ngaku keturunan raja, takpon ngaku imam mahadi.
seronok sungguh boleh fefeeling keturunan mulia god's chosen people. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampooonnnn buat malu akak yang dari kuala kangso ....buat malu orang kuala kangso. ..buat malu orang perak wehhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
gila harta...
gila kuasa....
gila nama..
semua gila.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|