CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27597|Reply: 92

[Budaya] [Warning : Sensitive Issue and Contents] HOLOCAUST AND THE AFTERMATHS

  [Copy link]
Post time 14-1-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode




Kejadian holokus (holocaust) memainkan peranan penting terhadap pesatnya perkembangan budaya oleh penggiat seni, terutamanya dalam bidang penulisan dan filem.







Sebelum perkembangan ini diulas dengan caca-merba, elok untuk kita mengimbas kembali serba sedikit tentang sejarah bermulanya holokus.



[maka silinder hitam berputar di atas gramofon, not-not Chopin - Nocturne No.2, Op. 9 diperdengarkan)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts









Adolf Hitler ketika kecil. Adorbs kan?

Adi, begitu lah nama manja yang diberikan kepada kanak-kanal comel dalam gambar di atas. Siapa sangka, kanak-kanak ini membesar menjadi seorang lelaki yang dihormati orang bawahannya dan sangat digeruni oleh mangsa penindasannya. Adolf Hitler 'mengganas' di Jerman sepanjang pemerintahan Third Reich.


Dilahirkan pada 20 April 1889 di Autria, beliau merupakan Führer (bahasa Jerman bermaksud Pemimpin, sebutan bahasa Inggeris - Fuehrer ) untuk Parti Nazi dan Jerman Nazi dari tahun 1933 hingga 1945. Juga merupakan seorang Canselor Jerman (German: Kanzler, jawatan yang dipegang oleh Angela Merkel sekarang), jawatan Ketua Kerajaan bagi Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP) (1921–1945), yang setaraf dengan jawatan Perdana Menteri di negara-negara berparlimen (contoh: seperti di Singapura)


Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbangsa Germanic walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Orang Barat melabelkan beliau sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator, berikutan sejarah penglibatan beliau dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II


Kita lupakan seketika tentang sejarah hidup Adolf Hitler ni. Maklumat lanjut tentang beliau boleh di Wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts




Ideologi seorang diktator dalam Mein Kampf







Mein Kampf (Perjuangan Ku, My Struggle) ditulis ketika Adolf Hitler berada di dalam tahanan penjara, selepas kegagalan beliau ketika melakukan Beer Hall Putsch (German: Putsch bermaksud pemberontakan, coup d'etat).

Rampasan kuasa terhadap kerajaan demokratik Jerman (pada tahun 1923, di Munich, Bavaria) dirancang oleh Hitler kerana beliau ingin menjadikan Munich sebagai markas untuk gerakan menawan kerajaan demokratik Jerman (dikenali sebagai Weimar Republic dari tahun 1918 ke 1933)

Buku ini menggabungkan unsur autobiografi (dalam Jilid 1, diterbitkan pada thaun 1925) dan penerangan tentang ideologi politik Nazisme (dalam Jilid 2, diterbitkan pada tahun 1926)

Dalam Jilid 1, Hitler ada mengisahkan tentang zaman kanak-kanak beliau yang menyedihkan, pahit, penuh kegetiran, kerana beliau mempunyai bapa yang tidak menyokong impian beliau.





Perkara-perkara itulah yang memangkinkan beliau untuk menjadi seperti yang ditulis di Mein Kampf Jilid 2.

Antara topik-topik 'panas' yang dibicarakan di dalam Jilid 2, ialah tentang :



1) Bahaya Yahudi (konspirasi Yahudi untuk mendapatkan kepimpinan dunia, boleh sambung baca dengan lanjut tentang keluarga Rothchild dan anda boleh dapat gambaran tentang 'ketakutan' Hitler terhadap pengaruh Yahudi di sini


2) Teori politik. Hitler membenci kejahatan berkembar dunia (Yahudi dan Komunisme). Beliau juga mahu meluaskan wilayah Jerman ke arah timur (dari Yugoslavia ke Poland ke Rusia khususnya)




He is to blame for the war! Hitler me'nipu besar' dengan mengatakan orang Yahudi bertanggungjawab ke atas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia I


Topik yang paling banyak dibincangkan ialah tentang anti-semitism, iaitu Penyelesaian Terakhir untuk Permasalahan Yahudi, melalui pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi (mereka dianggap sebagai 'penyakit' dan 'kutu'). Buku ini sangat bersifat perkauman, yang mendedahkan niat agresif beliau ('Germanisation' menerusi propaganda The Big Lie) dan seterusnya mencetuskan holokus(holocaust)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts




Holokus(holocaust) merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi (berpandukan ideologi Hitler) kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II, dari tahun 1941 sehingga 1945. Tujuan utama yang menyebabkan kepada holokus ialah 'Germanisation' (rujukan lebih lanjut boleh dibaca di Mein Kampf Jilid 2)


Kumpulan-kumpulan warga yang menjadi mangsa;
1) Yahudi - sasaran utama, sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi

2) Undesirables oleh masyarakat seperti golongan Slav (rakyat Poland, Yugoslavia, Rusia, dan lain-lain), golongan Gipsi Roma, Sinti, golongan kurang upaya (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks


Kegiatan holokus dilakukan di semua tempat yang ditawan tentera Jerman Nazi, terutamanya di kem tahanan dan pelupusan (concentration camp, German: Konzentrationslager, KZ atau KL). Terdapat kira-kira 42,500 Nazi ghetto (penempatan yang dibina untuk mengasingkan kaum Yahudi dan bukan Yahudi) serta kem tahanan dan pelupusan, juga dikenali sebagai kem maut.









Pintu masuk ke Auschwitz, tulisan di pintu gerbang: ‘Arbeit Macht Frei’ (Work Shall Make You Free) .

Kita sampai ke Auschwitz Concentration Camp, yang merupakan kem tahanan yang terbesar dibina oleh tentera Jerman Nazi, di Owicim, Poland. Terdapat tiga kem utama iaitu Auschwitz I (kem tahanan asal), Auschwitz II–Birkenau (kem tahanan dan pelupusan), Auschwitz III–Monowitz (kem buruh paksa untuk sebuah kilang IG Farben). Kesemua sekali berjumlah 48 unit kem kecil di dalam kawasan ini.

*Auschwitz-Monowitz tidak termasuk dalam lawatan ke Auschwitz dengan pemandu pelancong

Sekarang, kawasan ini dijadikan memorial and muzium untuk memperingati holokus.




Plat hari peringatan di Block 1.

Auschwitz I merupakan kem pertahanan tentera Poland sebelum diambil alih dengan kejam oleh tentera Jerman Nazi.

Bangunan yang paling dashyat dan mengerikan di sini ialah Block 11, bangunan penjara dibina khas untuk menyeksa tahanan. Salah satu kamar ialah sel berdiri (standing cell) yang sangat sempit, tidak dapat dilepasi dengan selesa oleh seorang yang bertubuh kecil (anda boleh bayangkan betapa kecilnya tubuh tahanan ketika itu disebabkan malnutrisi dan bermacam bentuk penyeksaan lain, yang turut mempengaruhi keadaan fizikal dan mental mereka)



Penjara berdiri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Empat orang tahanan disumbat ke dalam kamar ini dan dipaksa berdiri selama berhari-hari, tidak diberi makan dan minum.Tiada ruang untuk mereka merebahkan atau meregangkan badan di dalam ini. Sistem pengudaraan adalah melalui satu lubang yang kecil di dinding. Kejam, sangat kejam, bagaimana bentuk penyeksaan seperti ini boleh difikirkan oleh seorang manusia kepada manusia yang lain.


Tahanan yang melakukan kesalahan turut diseksa di penjara kebuluran (starving cell)




Penjara kebuluran


Dinding hitam (black wall) yang terletak di antara Block 10 dan Block 11 merupakan satu dinding kayu dilapisi material gabus, yang dibina khas untuk skuad penembak tentera Nazi menembak tahanan politik dan tahanan yang telah melakukan kesalahan besar. 20 000 orang telah dibunuh di sini.



Tujuan utama dinding ini dibina, untuk melindungi dinding batu di belakang nya daripada dirosakkan peluru.



'Black wall', bangunan sebelah kiri: Block 10, bangunan sebelah kanan: Block 11



'Black wall' yang telah dibina semula untuk tujuan peringatan.

Yang pasti, lawatan ke Block 11 bukan untuk orang yang ada klaustrofobia dan lemah semangat.



Auschwitz I, Block 5 menempatkan ruang pameran untuk barang-barang milik tahanan yang mati (mati digunakan di sini sebab mereka semua menghabiskan sisa-sisa hidup terakhir mereka dengan penuh seksa, tanpa rela) seperti beg yang dibawa masuk oleh mangsa, cermin mata, dan pakaian kanak-kanak.








Longgokan barang-barang tahanan, seperti beg, cermin mata, dan kasut.

Terdapat sebuah bilik dalam bangunan ini, pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di sini. Ia menempatkan 7 tan rambut, yang dipotong dari kepala tahanan, sejurus selepas mereka dibunuh di dalam kamar gas. Rambut ini yang tidak sempat dihantar ke Jerman, untuk dibuat barang kerjatangan seperti beg, selepas 'liberation' (dibebaskan oleh tentera Bersatu pada Januari 1945). Koleksi gambar daripada jurufoto bertauliah boleh dilihat di sini



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts


Landasan gerabak untuk mengangkut tahanan ke Auschwitz II.

Beralih ke Auschwitz II (Auschwitz-Birkenau), kem tahanan dan pelupusan, yang terletak beberapa batu dari Auschwitz I. Di sinilah tempat di mana tahanan 'dilupuskan' beramai-ramai dengan sistematik tanpa rasa simpati ('industrialised')



Pintu masuk ke Auschwitz II.

Rutin yang mengerikan berlaku di sini setiap hari. Tahanan yang dibawa ke sini, diasingkan oleh Mengele (seorang doktor yang melakukan eksperimen dengan manusia, berpangkat kapten) kepada dua:

1) Kanak-kanak (tidak termasuk kembar), wanita mengandung, warga emas, orang kurang upaya, dihantar terus ke kamar gas. Kembar diasingkan untuk dijadikan bahan eksperimen Mengele yang tidak berhati perut itu.





Mereka terlebih dahulu diarahkan untuk menanggalkan baju dan meninggalkan semua barang kepunyaan di dalam satu bilik, diberitahu bilik itu sebuah 'bathhouse'.



Salah satu berek, tempat tahanan ditempatkan.





Tempat makan.




Tandas.


2) Selebihnya di'penjara' di berek-berek di sini, dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan. Kumpulan ini dipaksa untuk menjadi Sonderkommandos (English: special unit) untuk;

- Mengisi kamar gas dengan Zyklon B, gas beracun yang digunakan untuk me'lupus'kan kumpulan 1.





- Membawa mayat ke dalam kamar yang lain untuk dibakar di crematorium.







Badan mangsa yang tidak sempat ditanam, dijumpai selepas proses 'liberalisasi'.

Semua tahanan ini dikawal ketat, namun terdapat ramai yang berjaya melarikan diri, dengan bantuan tahanan lain, yang terpaksa menjadi 'pegawai' di sini, untuk terus hidup. Mereka inilah yang banyak berkongsi tentang pengalaman sepanjang menjadi mangsa tahanan sewaktu holokaus berlaku, dalam pelbagai bidang seni, sastera terutamanya.




Mangsa yang selamat selepas proses liberalisasi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts






Bukan-fiksi:




Mereka yang terselamat mencoretkan pengalaman ngeri yang dilalui mereka dalam memoir, buku biografi dan buku autobiografi. Ada juga yang meneruskan hidup dan memegang jawatan yang tinggi dalam bidang yang diceburi. Respect!


Tiada perkataan yang mampu menceritakan dengan tepat tentang perasaan mereka ketika itu. Kebanyakan pengalaman, perasaan jujur dari hati yang ingin disampaikan hilang pengertian akibat proses penterjemahan dari buku memoir dalam bahasa pengantar ke bahasa Inggeris.









Antara memoir yang ditulis:

1) At the Mind's Limits: Contemplations by a Survivor on Auschwitz and Its Realities dari Jean Améry - mendedahkan tentang inti pati perjuangan Jerman Nazi (Third Reich), iaitu penyeksaan untuk menghapuskan mereka yang tidak menyokong perjuangan Nazi.






2) Night dari Elie Wiesel - mengisahkan pengalaman beliau ditahan di Auschwitz dan Buchenwald, Jerman



3) Fatelessness dari Imre Kertész - sebuah buku semi-autobiografi, bertemakan Holocaust, ditulis berdasarkan pengalaman beliau sepanjang menjadi mangsa, tetapi dikisahkan melalui sudut pandangan Gyrgy Kves yang berumur 15 tahun (Kertész berumur 14 tahun ketika ditahan). Penulis merupakan pemenang anugerah Nobel dalam sastera pada tahun 2002 melalui buku ini.

Buku yang sudah tentu sangat dikenali ramai dan menjadi bahan bacaan di sekolah, The Diary Of A Young Girl dari Anne Frank.





Diari ini ditulis ketika beliau berada dalam persembunyian dalam ruangan rahsia bersama teman-teman persembunyian di Amsterdam selama dua tahun (1942-1944), sebelum ditangkap dan dihantar ke kem tahanan Bergen-Belsen. Anne meluahkan perasaan beliau di dalam diari (digelar Kitty) ini, tentang hubungannya dengan ahli keluarganya, dan perbezaan yang kuat dalam setiap keperibadian mereka.

Beliau turut menulis tentang perasaan, kepercayaan kepada Tuhan (renounce her faith) dan cita-cita beliau, antara perkara yang beliau rasa tidak dapat berbincang dengan sesiapa pun. Semangatnya untuk bertahan hidup dan keikhlasannya menerima takdir melebihi orang-orang yang lebih dewasa darinya.

Di bab-bab terakhir, semakin pilu untuk menghabiskan pembacaan tatkala mengingatkan nasibnya yang berakhir di sebuah pusara tanpa nama di Bergen-Belsen. Buku ini ditutup oleh satu bab yang menguraikan konteks sejarah sehingga apa yang diceritakan Anne dalam diari beliau semakin kontekstual, sekaligus menutup kisah Anne dan mereka yang turut bersembunyi dalam ruangan rahsia itu.





Kebanyakan buku ini ditulis dalam bahasa pengantar selain bahasa Inggeris, diterjemahkan, dan...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts



Banyak filem diterbitkan, yang dinspirasikan daripada tragedi holokaus ini. Antaranya, The Pianist, Schindler's List, Sophie’s Choice, Life Is Beautiful, Playing For Time dan lain-lain.

Namun, saya hanya ingin mengulas tentang The Pianist secara ringkas. Filem ini telah membantu Adrien Brody memenangi Oscar kategori Aktor Terbaik pada tahun 2003.

The Pianist




A Polish Jewish musician struggles to survive the destruction of the Warsaw ghetto of World War II. -Google

Sinopsis:

Filem ini diadaptasi dari buku autobiografi "The Pianist: The Extraordinary True Story of One Man's Survival in Warsaw, 1939-1945".

Wadysaw Szpilman (Adrien Brody) ialah seorang pianis Yahudi-Poland di sebuah stesen radio. Filem ini mengisahkan tentang survival Szpilman untu menyelamatkan diri dari menjadi mangsa kekejaman tentera Nazi, setelah stesen radio itu dibom oleh Jerman Nazi.




Beliau mendapat tahu Britain dan Perancis menyertai Pakatan Bersatu (Allies) untuk menentang Jerman ketika Perang Dunia II bermula. Poland pada waktu itu sudah diceroboh oleh Jerman, dan Warsaw (ibu negara Poland) dikuasai oleh Nazi. Orang Yahudi di Poland dihalang dari keluar bekerja dan dipaksa memakai Blue Star of David di lengan untuk membezakan mereka. Namun, bantuan yang ditunggu tidak kunjung tiba.




Tidak lama kemudian, Szpilman sekeluarga dipaksa masuk ke ghetto, dengan alasan untuk menghindarkan perang (The Big Lie)di mana keadaan berubah dengan drastik. Teror, kekejaman, kelaparan dan kematian terjadi di mana-mana pada waktu itu.



Szpilman terpisah daripada keluarga beliau ketika mereka dihantar ke kem pelupusan selepas tentera Jerman Nazi melaksanakan Operasi Reinhard. Beliau diselamatkan oleh seorang rakan dan tidak tahu ke mana keluarganya dihantar, untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya Szpilman seorang yang tertinggal di ghetto tersebut, tanpa keluarganya.





Seterusnya, beliau terpaksa menjadi buruh paksa untuk terus hidup, sehinggalah beliau mengetahui tentang rancangan penghuni ghetto itu untuk memberontak. Pada waktu ini, Szpilman membantu dengan menyeludup masuk senjata. Beliau kemudiannya diselamatkan oleh seorang rakan bukan bangsa Yahudi, untuk melarikan diri dari situ, dan kisah tragik beliau berterusan, sehinggalah Warsaw dimusnahkan, memaksa beliau berikhtiar sedaya-upaya mencari tempat perlindungan dan sumber makanan di bandar yang telah runtuh itu.

Akhirnya, Szpilman diselamatkan oleh seorang tentera Wehrmacht, Wilm Hosenfeld (Thomas Kretschmann), yang mengetahui bahawa Szpilman adalah seorang pianis. Dia meminta Szpilman untuk bermain piano yang terdapat di rumah yang menjadi pejabat tentera Jerman itu. Szpilman yang sudah tua memainkan "Ballade in G minor" karya Chopin. Wilm membenarkan Szpilman bersembunyi di loteng rumah kosong dan diberikan makanan secara teratur oleh Wilm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 14-1-2019 06:38 PM

Jerman mundur dari Warsaw selepas serangan Soviet (Januari 1945). Wilm bertemu Szpilman untuk kali terakhir dan memberikan kotnya kepada Szpilman, dan pergi. Pada pertengahan 1945, Wilm telah ditangkap sebagai tahanan tentera Soviet, dan bertemu dengan seorang pemain biola, yang turut mengenali Szpilman selepas ditanya. Wilm berharap agar Szpilman membalas kebaikannya dengan membantu membebaskannya.


Namun, usaha Szpilman untuk membalas jasa Wilm tidak kesampaian apabila dia mendapati kem tahanan tentera Soviet itu sudah ditinggalkan dan dia tidak akan berjumpa Wilm lagi.

Filem berakhir dengan pernyataan bahawa Szpilman meninggal pada tahun 2000 di usia 88 tahun, sementara Wilm meninggal dalam tahanan Soviet pada tahun 1952.

Pendapat peribadi:
Filem ini yang berjaya mengekspresikan balik pengalaman ngeri yang dilalui Szpilman ketika holocaust. Perasaan getir, sedih, takut, terharu dan lain-lain (no words can explain) sangat saya rasakan ketika menonton filem ini. Saya turut hanyut berkongsi perasaan yang pelbagai itu ketika melihat penderitaan yang dilalui oleh mangsa keganasan Nazi, ramai yang terkorban sia-sia dek propaganda penipuan Hitler! Melihat ada harapan Spilzman untuk meneruskan hidup, selepas tentera Bersatu Soviet mengalahkan pihak Jerman Nazi, membuatkan saya menghembuskan nafas lega.

Ini hanya lah apa yang diinterpretasikan oleh pengarah Roman Polanski untuk kisah Szpilman, bukan mewakili semua perasaan yang dialami mangsa holokaus. Tiada perkataan dan gambaran yang mampu digunakan untuk menjelaskan dengan jelas tentang perasaan sebenar mereka.

Ringkasan caca-merba kerana tiada yang ringkas tentang ini,

Disediakan oleh :

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.088130 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list