View: 2637|Reply: 16
|
Belasah Anak Kekasih Sampai Mati Kerana Tumpahkan Jus Atas Xbox
[Copy link]
|
|
Lelaki berusia 19 tahun berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa membelasah anak kekasihnya hingga maut hanya kerana kanak-kanak itu menumpahkan jus di atas permainan Xbox miliknya.
Jonathan Fair, 19, dari Waukegan, Illinois didakwa atas empat pertuduhan membunuh pada Rabu lalu dan mahkamah menetapkan jaminannya sebanyak ASD5 juta (RM20,487,500), lapor Lake County News-Sun.
Daily Mail melaporkan, dalam kejadian pada malam 13 Disember lalu, Fair dikatakan sedang menjaga Skylar Mendez, 4, ketika ibu mangsa tiada di rumah sebelum memukul kanak-kanak perempuan itu kerana menumpahkan jus di atas Xboxnya.
Fair kemudian membawa mangsa ke hospital dan memberitahu doktor bahawa Skylar terjatuh dan terhantuk kepalanya.
Namun, ketika disoal siasat, lelaki berkenaan mengaku dia menggoncang tubuh dan memukul kanak-kanak terbabit sebagai hukuman kerana telah menumpahkan jus berkenaan.
Hasil pemeriksaan juga mendapati mangsa menunjukkan kesan penderaan termasuk diterajang beberapa kali. Doktor di Hospital Kanak-kanak Lurie di Chicago cuba menyelamatkan Skylar, namun gagal.
Kredit foto: Daily Mail
Pada mulanya, keluarga mangsa percaya kematian Skylar adalah satu kemalangan. Namun, sebaik menyedari ianya satu pembunuhan, mereka menyifatkan lelaki terbabit seorang yang tidak berperikemanusiaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Anak sendiri pun ada sanggup berbuat sebegitu inikan pulak anak orang |
|
|
|
|
|
|
|
dahsyatnya kena belasah.. |
|
|
|
|
|
|
|
syurga la tempatmu nak..sedih baca citer budak2 meninggal pagi2 ni..da la tadi dgar berita kat gua musang budak mati kne langgar dpan rumah pengasuh..huwaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sial celaka punya manusia. Sanggup kau buat mcm tu kat anak yg comel tuh. Hishh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 lagi nie...
apa yang dia tau pasal tanggungjawab? |
|
|
|
|
|
|
|
what are you smoking boy? naik hantu begitu sekali |
|
|
|
|
|
|
|
ayooo again ke.. berita budak kecik mati dek kerana di dera.. nak plak didera dgn bf mak... hadoiiii
seb mende ni jadi kat nun US sinun.. kalo kat mesia dah lama kene hencap dgn netizen and all the bawangs..
kang timbul la cite.. bape umo mak dia... mana pak betul dia. mak dia divorce ke or anak lu__ N_Ka_..
mula lah melalut jadi masalah sosial la..
hadoiii |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya budak tu
Jantan 19 tahun kaki game maknya harap jaga budak?
Selayaknya dipenjara sampai mampus! |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat sana masih ramai yg berumur 40 tahun lebih main game. |
|
|
|
|
|
|
|
jantan jobless lah tu kan??
takkan sebab game yg takde hasil pun nak mengamuk???
gfnya asalkan berlaki ke dik??
takut jadi andartu??? |
|
|
|
|
|
|
|
bulan_gerhana replied at 15-1-2019 11:43 AM
ayooo again ke.. berita budak kecik mati dek kerana di dera.. nak plak didera dgn bf mak... hadoiiii ...
Ye keeeeeeee... |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun. Sebaya anak aku. Sedihnyaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|