JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
421
View
0
Reply

Kim Swee 'singkir' 4 pemain

[Copy link]

Author: iwansa       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2019 12:54 PM | Show all posts |Read mode

Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee melakukan latihan ringan, pagi ini menjelang perlawanan bertemu BG Pathum United di Stadium Leo, Bangkok, 6.00 petang ini (Waktu Thailand)

NILAI: Empat pemain skuad Bawah 22 tahun (B-22) terpaksa digugurkan sekaligus terlepas tiket ke aksi persahabatan yang berlangsung di Bangkok, minggu hadapan.

Perkembangan itu diumumkan pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee selepas selesai aksi persahabatan membabitkan skuad B-22 bertemu MIFA di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini.

Jelas Kim Swee, pengguguran empat pemain itu menyaksikan dia terpaksa memanggil seorang lagi pemain untuk melengkapkan senarai 23 pemain yang akan mengharungi aksi persahabatan di negara Gajah Perang itu.

Tiga pemain digugurkan kerana kecederaan iaitu Izzan Syahmi Mustapa dan Arisdius Jais serta Ariff Ar Rasyid Ariffin yang masih belum pulih daripada demam.

Seorang lagi pemain yang ketika ini sudah berada di Bangkok iaitu Faisal Halim dilaporkan turut mengalami kecederaan.

Jadi, saya akan memanggil seorang lagi pemain sama ada dari Kelantan ataupun Kedah, kata Kim Swee.

Pada aksi terbabit, anak buah Kim Swee tewas 1-0 di tangan pendatang baharu Liga Super itu menerusi sepakan penalti Pedro Henrique pada minit ke-12.

Pemain negara jelas bergelut pada aksi pertama selepas mula berlatih Rabu lalu apabila gagal menembusi benteng pertahanan MIFA pada babak pertama.

Aksi lebih kemas diperagakan pada babak kedua dengan beberapa percubaan dapat dicipta namun mereka terpaksa akur dengan keputusan 1-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas ini, mereka akan bertemu Army United (14 Januari), Bangkok Glass (16 Januari) dan aksi terakhir menentang Ayutthaya United pada 18 Januari.

sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/2019...ngkir-4-pemain




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048374s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list