CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seroja_luvU

non muslim bagi salam.....

[Copy link]
Post time 17-3-2004 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by Acong at 2004/3/17 02:03 PM:

Assalamualaikum finnie! ;)

main-main yek acong....

waalaikum acong......:ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2004 06:28 PM | Show all posts
dulu ustaz aku ada gak ajar...tapi aku tak amik pot masuk dlm otak nie

tak silap aku..lebih kurang waalaikummussalam ker apa..

oiittt...betul kan aku..

aku blur...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2004 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 6-3-2004 19:31:


UFWL, boleh tolong berikan dalil pengharaman?


Sila rujuk kitab BAHRU AL_MAZI........jilid ke 19...mukasurat 100 -104.


Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2004 09:47 PM | Show all posts
Jawapan "wa alaika" atau "wa alaikum" bukan memberi salam atau mendoakan kesejahteraan, dan tak termasuk dalam apa yang UFWL maksudkan.
Reply

Use magic Report

Hamba-Allah This user has been deleted
Post time 25-3-2004 11:36 AM | Show all posts
Salam sejahtera semua...

  Tiada yang haram dan yang halal dalam memberi salam...Saudara/Saudari berfikirlah secara betul dan cuba memahami erti "Assalamualaikum". Biar saya ceritakan sesuatu...dulu ada seorang kawan mengucap "Assalamualaikum" kepada saya dan saya dengan sengaja mebalasnya dengan ucapan "sejahteralah kepadamu juga" untuk melihat reaksi beliau... dan beliau terus terkejut dan menyuruh saya bertaubat dan mengatakan saya sudah melakukan dosa..itulah kisahnya, bagaimana owang kita mempelajari Islam tanpa memahaminya......sekadar menurut dan mengikut apa yang diajar sejak kecil tanpa mengambil initiative untuk memahaminya...

Mengenai "tok guru agama atau tokoh agama", nasihat saya tak payah laa percaya mereka bulat-bulat...saya tidak kata jangan percaya mereka langsung tetapi adalah lebih baik dan betul kita sendiri mencari jawapannya....cubalah bertanya kepada lebih ramai orang yang mahir tentang agama dan fikirkan pandangan mereka dan pada masa yang sama bandingkan jawapan mereka dengan hasil kajian awak sendiri. Lagi pun realitinya, banyak guru agama yang terpesong dan ada yang masuk paper kerana melakukan maksiat.

p/s: Islam hanyalah satu namun  ada banyak jawapan bagi perkara yang hanya satu jawapannya disisi Allah...sayang sekali orang Islam sekarang tidak sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2004 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 17-3-2004 08:33:
salam,

Ada member bukan Islam (lelaki) yang selalu beri salam pada saya...
Saya sudah beritahu tidak boleh...
tetapi mungkin beliau fikir perkara ini tidak serius...
Saya selalu jawab 'waalai ...


hukum memberi salam kepade sebuah majlis yg ahli nye bercampur aduk muslim and nonmuslim..nak cakap camne ek?? niatkanlah salam kite untuk mereka yang Islam sahaja..
kalau masuk rumah yang xde penghuni.. ucaplah Assalamu'alaina wa 'ala 'ibadillahissolihiin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2004 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by amorist at 24-3-2004 21:47:
Jawapan "wa alaika" atau "wa alaikum" bukan memberi salam atau mendoakan kesejahteraan, dan tak termasuk dalam apa yang UFWL maksudkan.

:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2004 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by Hamba-Allah at 25-3-2004 11:36:
Salam sejahtera semua...

  Tiada yang haram dan yang halal dalam memberi salam...Saudara/Saudari berfikirlah secara betul dan cuba memahami erti "Assalamualaikum". Biar saya ceritakan ...


Salam yg dilafazkan dgn bahasa Arab mempunyai maksud yg lebih menyeluruh dan tepat dari yg diterjemahkan - kerana kekuatan lafaz itu sendiri.

Islam itu mudah tak perlu disusahkan..yg halal dan yg haram sudah jelas..sudah dibincangkan oleh ulama' yg tedahulu yg mu'tabar.Jika kita nak mengkaji silakan tapi ada landasan dan panduan yg tak dapat tiada mesti menyusuri lingkungan yg di unjurkan oleh ulama ini,bukan dgn akal fikiran sendiri..

Wallaha'alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2004 02:08 PM | Show all posts

Salamun'alaikum

Salamun'alaikum ahli forum

perlu diterangkan di forum ini yang memberi salam sesama muslim adalah diperintahkan oleh Allah dalam firmannya

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

saya hendak menghighlight disini cara memberi salam adalah Salamun alaikum dan bukan Assalamuaikum. AjaranNya terkandung dengan jelas didalam Al-Quran jika ragu2 sila lihat kepada text asal (Arab).

Ada yang mungkin menyatakan bahawa maksud Assalamualaikum dan
Salamun alaikum adalah sama. Megapa kita tidak mengikut ajaran Al-Quran yang jelas?Sila renung ayat ini.

36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.

58:8. ..... Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 2004-5-24 02:08 PM:
36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.

Ayat 36:58 tidak menyebut "salamun alaikum". Sebaliknya, hanya menyebut "salam".
Originally posted by lolipop9 at 2004-5-24 02:08 PM:
58:8. ..... Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

Diriwayatkan oleh Ahmad, al Bazzar dan at Thabarani, dengan sanad yang kuat dari Abdullah bin Amr, dan diriwayatkan juga oleh Anas dan Aisyah, orang-orang Yahudi telah memberi salam dengan berkata "Assamu alaikum" ("racun untuk mu" atau "mati untuk mu" ), dan inilah yang ditegur oleh Allah dengan turunnya ayat diatas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 03:28 PM | Show all posts
alaikum mussam.... ------------
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 03:29 PM | Show all posts
tapi kalau kita tak nak jawap itu lebih bagus
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by amorist at 24-5-2004 03:14 PM:

Ayat 36:58 tidak menyebut "salamun alaikum". Sebaliknya, hanya menyebut "salam".

Diriwayatkan oleh Ahmad, al Bazzar dan at Thabarani, dengan sanad yang kuat dari Abdullah b ...


saya bersetuju dengan fakta saudara yang 36:58 tidak menyebut
salamun alaikum tetapi "salam" tetapi adakah saudara tidak mengendahkan ayat 6:54?

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

Oleh itu adakah saudara menganggap bahawa Asslamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh adalah ajaran Allah daripada Al-Quran?

Sebenarnya, bagi semua kalimat salam yang terkandung di dalam ajaran Tuhan tidak mengandungi huruf alif lam kecuali satu sahaja (yang mengandungi alif lam) iaitu pada ayat 59:23. Pada ayat tersebut, kalimat al-salam atau disebut assalam diguna untuk Nama Tuhan. Itulah satu-satunya nama Tuhan, Assalam, yang tercatat di dalam al-Qur'an.

Adakah saudara ingin menyamakan kedudukan Allah dengan hambaNya?
Ikutlah ajaran Allah yang jelas lagi diberkati
Terima Kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 11:55 PM | Show all posts
59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera (Assalam), Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 06:47 AM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 2004-5-24 11:43 PM:
saya bersetuju dengan fakta saudara yang 36:58 tidak menyebut
salamun alaikum tetapi "salam" tetapi adakah saudara tidak mengendahkan ayat 6:54?

Saya tidak menolak 6:54, tetapi ayat 36:58 menunjukkan bahawa memberi salam tak semestinya dengan berkata "salamun alaikum".

Lihat pula yang berikut:

"Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, 'Salam!' Dia berkata, 'Salam'" (11:69).

"Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, 'Salam'" (25:63).

Dan dari surah Yunus: "Doa mereka dalam syurga: Maha suci engkau ya Allah; dan ucapan salamnya, "Salam"....... (10:10 )

dan banyak ayat-ayat lain yang tidak menyebut "salamun alaikum".
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 25-5-2004 06:47 AM:

Saya tidak menolak 6:54, tetapi ayat 36:58 menunjukkan bahawa memberi salam tak semestinya dengan berkata "salamun alaikum".



saya bersetuju dengan saranan saudara yang terdapat dua cara memberi salam yang diajar olehNya dalam kitabNya ini dijelaskan didalam ayat berikut

"Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah membuat perhitungan atas segala sesuatu" (4:86).

dua cara memberi salam yang diajar adalah "Salam" dan "Salamun alaikum"
dan menurut 6:54, pada pandangan saya "Salamun alaikum adalah salam hormat yang lebih baik.

saudara amorist menyebut banyak ayat tidak menyebut Salamun alaikum ?
renungkanlah kerana Salamun alaikum juga diucap di akhirat, kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam Taman (syurga). Tiga ayat di bawah membuktikannya:

"Dan antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, 'Salamun alaikum!' Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya" (7:46).

"'Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar.' Sangat baiknya tempat kediaman muktamad" (13:24).

"Kemudian orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Salamun alaikum! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya'" (39:73).

terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


roselle This user has been deleted
Post time 25-5-2004 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 12-3-2004 05:02 PM:
"Wa alaika" atau "wa alaikum" bermaksud "dan keatas mu". Ayat yang ambiguous, tidak mendoakan kesejahteraan keatas orang kafir atau ahli kitab yang memberi salam.

M ...



:setuju:
Ye, jawablah 'alaikum'...itu adalah tanda hormat bagi orang bukan islam yang meraikan teman muslimnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 10:57 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 2004-5-25 11:04 AM:
"Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah membuat perhitungan atas segala sesuatu" (4:86).

Ayat 4:86 tidak menyebut "salam hormat", cuma "hormat". Tetapi maksudnya sama. Dan ayat ini tidak menghadkan atau menyatakan apakah maksud "yang lebih baik". Itulah sebabnya ucapan "Assalamu alaikum warahmatullah..." atau yang lebih baik dari itu, boleh digunakan.
Originally posted by lolipop9 at 2004-5-25 11:04 AM:
dua cara memberi salam yang diajar adalah "Salam" dan "Salamun alaikum"
dan menurut 6:54, pada pandangan saya "Salamun alaikum adalah salam hormat yang lebih baik.


Maka apakah kita tak dapat memberi balasan yang lebih baik (seperti disuruh dalam 4:86 ) kalau kita menerima salam "salamun alaikum" ?

Hadith menjelaskan Quran. Hadith menyatakan bahawa kita boleh memberi salam dengan berkata "Assalamu alaikum warahmatullah..." dan ini tidak bertentangan dengan Quran, kerana Quran sendiri membenarkan pemberian salam dengan hanya perkataan "salam", atau yang lebih baik.
Originally posted by lolipop9 at 2004-5-25 11:04 AM:
saudara amorist menyebut banyak ayat tidak menyebut Salamun alaikum ?
renungkanlah kerana Salamun alaikum juga diucap di akhirat, kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam Taman (syurga).

Seperti yang telah saya tuliskan,  dari surah Yunus: "Doa mereka dalam syurga: Maha suci engkau ya Allah; dan ucapan salamnya, "Salam"....... (10:10 )

Ini menunjukkan bahawa memberi salam diakhirat dan syurga pun tidak semestinya dengan berkata "salamun alaikum". Dan memang banyak ayat-ayat Quran yang hanya menyebut "salam", bukan "salamun alaikum". Jadi, tak perlu dibesar-besarkan perkara ini... [/quote]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2004 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 25-5-2004 10:57 PM:

. Dan ayat ini tidak menghadkan atau menyatakan apakah maksud "yang lebih baik". Itulah sebabnya ucapan "Assalamu alaikum warahmatullah..." atau yang lebih baik dari itu, boleh digunakan.


Bolehkah saudara jelaskan dimana saya boleh mencari perkataan Assalamualaikum Warahmatullah..dalam kitab yang diturunkannya? Adakah saudara ingin menyatakan terdapat cara yang lebih baik dalam melaksanakan suruhanNya yang direct dari Allah?Adakah saudara ingin membetulkan Al-Quran?

Tidakkah saudara melihat ayat selepas 6:54?

6:55. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa menjadi nyata.

Tujuan Arahan memberi salam tersebut adalah untuk mendedahkan jalan orang-orang yang berdosa.Saya berharap saudara tidak tergolong dalam golongan ini

saya telah jelaskan tidak terdapat perkataan Assalamualaikum dalam Al-Quran.Yang paling hampir kepadanya adalah Assalam dalam 59:23. Adakah saudara boleh membuktikan sebaliknya?

59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera (Assalam), Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan

Originally posted by amorist at 25-5-2004 10:57 PM:

Hadith menjelaskan Quran. Hadith menyatakan bahawa kita boleh memberi salam dengan berkata "Assalamu alaikum warahmatullah..." dan ini tidak bertentangan dengan Quran, kerana Quran sendiri membenarkan pemberian salam dengan hanya perkataan "salam", atau yang lebih baik.


Bukankah Hadith yang bertentangan kepada Al-Quran harus ditolak?Kerana mengucapkan Assalamualaikum tidak terkandung di dalam ajarannya.

2:99. Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

Saya meminta maaf kepada ahli forum kerana perbincangan ini mungkin telah menyinggung perasaan pelbagai pihak. Tetapi kebenaran Al-Quran harus diketengahkan.

17:45. Apabila kamu membaca al-Qur'an, Kami meletakkan antara kamu dan orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, satu tabir yang mengadang.

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2004 10:41 AM | Show all posts
lolipop, senang cerita, apakah yang dimaksudkan dengan "salam yang lebih baik"? Adakah Quran menghadkannya kepada "salamun alaikum" ? Dimana Quran menyatakan bahawa cuma "salamun alaikum" saja yang diterima? Sila berikan bukti yang jelas. Kalau tak ada, jangan buang masa!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.070243 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list