CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: seroja_luvU

non muslim bagi salam.....

[Copy link]
Post time 26-5-2004 12:07 PM | Show all posts
Assalamualaikum atau Salamualaikum sama saja.....

Ada satu hadith Bukhary mengenai As-Sallam

Bukhary
Volume 8, Book 75, Number 340:
Narrated 'Abdullah:
We used to say in the prayer: 'AsSalam be on Allah, As-Salam be on so-and so.' So one day the Prophet said to us, "Allah Himself is As-Salam; when anyone of you sits during his prayer, he should say: 'At-tah, iyyatu-lillahi,' up to 'As-Salihin,' (All the compliments are for Allah ...righteous people) for when he recites this, then he says his Salam to all the righteous people present in the heavens and on the earth. Then he should say, 'I testify that none has the right to be worshipped except Allah, and that Muhammad is His slave and His Apostle,' and then he can select whatever he likes to celebrate (Allah's) Praises."

Dalam hadith diatas, Rasulullah menegur apabila Salam diberi pada Allah sedangkan As-Sallam itu sendiri adalah satu dari 99 nama Allah. Tetapi tak pula ditegur oleh Rasulullah tentang As-Sallam yang diberi kepada so and so (sesama umat islam) dan lebih jelas didalam ayat 23 surah al-Hashr

"Huwa Allahu allathee la ilaha illa huwa almaliku alquddoosu alssalamu almu'minu almuhayminu alAAazeezu aljabbaru almutakabbiru subhana Allahi AAamma yushrikoona"

Hadith himpunan Muslim bahasa Arab sendiri ada Kitab As-Salam iaitu Kitab Salutations and Greetings. Dalam Hadith Muslim dibawah tajuk tersebut, berkali-kali direkodkan apa yang diperkatakan oleh Rasulullah bila memberi salam bermula dengan as-Salamualaikum. Hadith Muslim adalah salah satu himpunan Hadith sunnah Nabi dan kita sebagai ASWJ harus mengikut apa yang dipraktikkan dan yang disebut oleh Rasulullah.

Kalau nak praktikkan salamun AAalaykum seperti sebutan di dalam ayat al-A`raf 46 tu memang bagus sebab direct seperti sebutan yang disebut Allah.

Tetapi tidak ada Fatwa dari ulama dan umat-umat Islam sejak dahulu lagi memberi salam cara ini, so tak baiklah nak kaitkan pada yang memberi salam dengan permualaan As-Salamualaikum itu fasiq. Siapakah kita nak panggil orang fasiq?

Pada akhir sembahyang.....lolipop beri salam camana?

Wallah Waalam

[ Last edited by Jukebox on 26-5-2004 at 12:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2004 04:41 AM | Show all posts
Assalammualaikum
bagaimana kalau kita tak jawap langsung?

Thanks
Darsita
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 08:19 AM | Show all posts
Salamun alaikum ahli forum
**Minta maaf kerana hujah kali ini agak panjang, harap sabar membacanya.

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada saudara amourist kerana mungkin telah marah kepada saya ataupun membazir masanya di forum ini. Tujuan saya mengetengahkan topic ini adalah kerana debat untuk mencari kebenaran adalah dianjurkan olehNya, Dinyatakan dalam ayat berikut

16:125 Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran
yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang
sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.

Saudara amourist..
Saudara amourist menginginkan bukti yang jelas mengenai "adakah Al-Quran
menghadkan penggunaan kepada Salamun Alaikum".

Al-Quran tidak menyebut mengenai halangan menggunakan
Assalamualaikum, Tetapi Allah telah menyebut bahawa Dia tidak
Mengalpakan sesuatu dari kitabnya.

6:38 Tiada Makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu.Kami tidak mengalpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemeliharamereka,mereka akan dikumpulkan.

Allah tidak mungkin lupa meletakkan Assalamuaikum didalam kitabnya. Allah tidak Lupa.
Jika Assalamualaikum warahmatullah... tidak digunakan dalam kitabnya, dan
cara mengucapkan salam yang lain diarahkan kepada umat muslim adalah lain
daripada itu, yang manakah saudara ingin mengikut?

Telah saya jelaskan, Didalam Al-Quran terdapat hanya dua cara memberi salam
"Salamun Alaikum" dan "Salam". Oleh kerana "Salamun Alaikum" diarahkan kepadaorang yang mempercayai ayat-ayatnya,(dan "Salam" diberi dalam contoh) pada pendapat saya(yang saudara boleh tolak) "Salamun Alaikum" adalah "salam yang terbaik" yang dianjurkaNya.

Saudara JukeBox..

Asslamualaikum dan Salamun Alaikum adalah sama sahaja?

Pada pendapat saya(yang saudara boleh tolak) perbezaan ejaan didalam Al-Quran memberi makna yang berbeza. Dalam ayat 3:7 telah jelas Allah menurunkan kitab dengan dua jenis ayat iaitu muhkamah(yang menentukan) dan mutasyabihat(yang serupa).Ayat mutasyabihat adalah mungkin ayat yang tidak dapat difahami pada waktu tertentu
tertapi boleh difahami dengan penemuan baru.Sebagai contohnya penemuan saintifik Big Bang. Oleh itu saya ingin menyatakan Assalamualikum dan Salamun Alaikum adalah tidak sama.
Mengapakah kita tidak hendak mengikut ajaran Allah yang disampaikan dengan terang dan jelas?

saudara jukebox menyebut banyak hadith menyebut Asslamualaikum. Saya akui fakta ini akan tetapi bukankah hadith yang bertentangan dengan Quran harus ditolak? Amaran ini jelas dikatakan oleh Allah didalam kitabnya.

49:16 Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan dibumi?Dan Allah mengetahui segala sesuatu".

Saya gembira saudara mengakui cara memberi salam dalam 6:54 adalah cara yang baik memberi salam kerana pada ayat berikutnya 6:55 --ayat-ayat dijelaskan supaya jalan orang yang berdosa menjadi nyata.
Tetapi adakah saudara menunggu seorang ulama untuk mengeluarkan fatwa
untuk membenarkan menggunakan salam begini? Sedangkan saudara mengetahui?

Dan saya tidak ada kuasa untuk menentukan seseorang itu fasik atau tidak, tetapi Al-Quranmenyebut orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayatNya(yang mengandungi bukti yang jelas)
adalah orang-orang yang fasik--rujuk  2:99

saudari/saudara Darista

Salam adalah mestilah dijawab dengan mengembalikan salam tersebut atau yang lebih baik.

4:86 "Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah membuat perhitungan atas segala sesuatu"

Saya tidak memaksa saudara ataupun sesiapapun mempercayai 100% apa yang saya hujahkan disini.
Tetapi saya meminta supaya mengesahkan apa yang dihujah kerana:

17:36 "Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan peglihatan, dan hati - semua itu ditanya".

Saya juga tidak memaksa untuk menerima terjemahan yang saya utarakan. Bukankah sebuah peribahasa Italli menyebut "The Traslator is the Traitor". Terpulanglah kepada yang membaca untuk menilai.

Kita sepatutnya merujuk kepada Kitab yang diturunkannya dalam sesebuah pertikaian kerana Allah menamakan kitabnya Al-Furqan(Pembeza antara betul dan salah)

25:1 Berkatnya Dia yang menurunkan Pembeza(alfurq'ana) kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi amaran bagi semua alam.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 11:12 AM | Show all posts
Salamun Alaykum

saudara lolipop..

Berkenaan Muhkamaat, ianya adalah mengenai jelas arti serta maksudnya (yang mudah difahami) dan Mutasyaabihaat pula susah untuk difaham maknanya dan samar bagi orang-orang yang belum mendalam ilmunya.

Dalam perihal memberi salam ini, bolehlah kita kategorikan sebagai Muhkamaat seperti kata saudara kerana ayat-ayatnya adalah jelas.

Penambahan ‘as’ didalam memberi salam seperti yang direkodkan oleh pengumpul-pengumpul hadis yang sahih tidak bolehlah dikatakan sebagai bid’ah sebab ianya bukan bid’ah (inovasi) selagi Rasulullah sendiri yang mempraktikkan.
Wallah waalam kalau pengumpul-pengumpul hadis semua membuat kesilapan tetapi sumbernya bukannya hanya dari seorang dua yang hidup sezaman dengan Rasulullah tetapi ramai dan saya akui al-Qur’an adalah sumber mutakhir.

Alhamdulillah saudara membuka mata saya dan Insya Allah saya akan mula memberi salam berbunyi ‘Salamun Alaykum’ kepada mana-mana saudara/saudari muslim. Tetapi tak akan saya sehingga mambuat fatwa dalam penggunaannya.

Sebab berbalik kepada persoalan sama sahaja cara sebutannya seperti kata saya sebelum ini…..memberi salam ini bukan sahaja dari tuturan mulut suara yang keluar terhadap seseorang muslim, tetapi lebih kepada niat kita didalam hati bila mengucap kesejahteraan pada sesiapa yang kita tujukan. Tidak ada gunanya kalau mulut memberi salam dengan cukup tepat penyebutannya kalau niat dihati tidak ikhlas.

Dengan niat kita memberi salam serta membunyikannya supaya dapat difahami maksud niat hati kita membuatkan orang yang mendengarnya akan fahami dan menjadi kemestian padanya untuk menjawab dengan niat yang sama kembali.

Dalam hal ini, pada pendapat saya bolehlah saudara membuat saranan tetapi bukan dengan mengklasifikasikan (sebagai fasiq) cara sebutannya.

Soalan saya saudara tak jawab lagi.....bagaimana sebutan salam saudara mengakhiri sembahyang?

Wallah Waalam

[ Last edited by Jukebox on 27-5-2004 at 11:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 11:18 AM | Show all posts
Jadi, tak ada dalam Quran larangan menggunakan selain dari "salamun alaikum". Selain itu, Quran sendiri menyatakan bahawa ucapan disyurga nanti ialah "salam". Nabi Ibrahim yang dikatakan kekasih Alolah itu pun hanya menyebut "salam".

Selain itu, Quran menyuruh kita menjawab setiap salam dengan "yang lebih baik", tapi tak pula menyatakan apa yang lebih baik. Ini bermakna bahawa kita boleh menambah sendiri, asalkan apa yang kita tambah itu adalah lebih baik.

Assalamu alaikum dan salamun alaikum mempunyai maksud yang sama: sejahtera keatas mu. Tak ada beza. Dan mungkin, "yang lebih baik" boleh bermaksud "sejahtera keatas mu dan dirahmati Allah dan diberkati". Atau adakah ini tidak baik, lolipop? Mestikah salam diberikan dalam bahasa Arab sedangkan bahasa kita bukan Arab?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 12:06 PM | Show all posts
Pada pendapat saya amorist, seelok-eloknya kita ikut sebutan seperti yang disarankan cara penyebutannya dalam bahasa Arab. al-Qur'an yang diturunkan kepada umat Islam adalah dalam bahasa Arab, sama juga ayat-ayatnya kita gunakan dalam bahasa Arab dalam bacaan pabila kita bersembahyang. Niat didalam hati apabila menuturkannya itu sahaja mengikut bahasa pemahaman kita.

Sudah semestinya nabi-nabi sebelum Muhammad s.a.w. serta jin-jin dan malaikat-malaikat memberi salam dalam bahasa yang mereka fahami tetapi kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. yang berbangsa Arab.

Memberi salam Salamun Alaykum atau as-Salamualaikum adalah cara universal orang muslim yang boleh difahami oleh semua umat islam pelbagai bangsa. Cuma berbalik kepada niat dalam hati kita apabila menuturnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2004 08:19 AM | Show all posts
Salamun Alaikum..

Jukebox wrote:
Wallah waalam kalau pengumpul-pengumpul hadis semua membuat kesilapan tetapi sumbernya bukannya hanya dari seorang dua yang hidup sezaman dengan Rasulullah tetapi ramai dan saya akui al-Qur抋n adalah sumber mutakhir.

Maaf Saudara Jukebox. Saya rasa terdapat sedikit percanggahan daripada fakta sejarah.kerana pengumpul-pengumpul hadis hidup diantara 220 hingga 270 tahun selepas kematian Nabi Muhammad. Berikut adalah fakta pengumpul 'Enam Hadis Sahih'
Bukhari (d. 256/870) Muslim (d. 261/875) Abu Daud (d. 275/888) Tarmidhi(d. 279/892) Ibn Maja (d. 273/886) dan al- Nasa'i (d. 303/915).

Selain itu agak sukar untuk mempercayai Rasullulah tidak mengikut ajaran yang Muhkamaat dari Al-Quran.
Lagipun Allah menggambarkan Kitabnya adalah Hadis yang terbaik dalam ayat berikut.

39:23 Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa(mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengan digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka;kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjukAllah dengannya. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia menghendaki; dan sesiapa sesiapa
yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.

permulaan ayat 39:23 dalam arab.
Allahu nazzala ahsana alhadeethi kitaban...

Dan kitabNya mampu mengentarkan kulit orang yang takut kepadaNya, dan mampu melembutkan hati dan kulit mereka, dan Kitabnya adalah petunjuk Allah.
Hadis yang manakah yang kita perlu ikut(utamakan)?

Jukebox wrote:
Alhamdulillah saudara membuka mata saya dan Insya Allah saya akan mula memberi salam berbunyi 'Salamun Alaykum
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 10:27 AM | Show all posts

Salam,

Melalui pembacaan saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2004 11:02 AM | Show all posts
Salam...

Dari posting-posting lolipop, dengan ketidak hadiran petikan-petikan dari Hadis (perlu ingat lolipop, walau hadis dikumpulkan selepas beratus tahun Nabi Muhammad s.a.w. wafat) yang direkodkan melalui pengamatan yang disaksikan oleh yang hidup sezaman dengan Rasulullah dan apabila pengamatan itu sama dengan beberapa pengamatan yang lain, tak bolehlah kita pertikaikan Hadis-hadis yang merupakan Qudsi dan Nabawi kerana ianya serupa kita menidakkan akan kerasulan Rasullullah s.a.w. dan kesahihan pengamatan para sahabat beliau.

Bagaimana dengan ayat 158 surah Al-araf yang jelas menyebut perihal sunnah Rasullullah :

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.

Awak ni ahli Jammah al-Qur'an M'sia (JAM) ke lolipop?
Maaf kalau bukan tapi dari postings saudara kuat mengatakannya dan sudah cukup kuat reply-reply berserta dengan hadis yang dilampirkan oleh members disini yang berpegang kuat pada Ahl Sunnah Waal Jamaah (ASWJ) mengenai "Assalamualaikum"

[ Last edited by Jukebox on 28-5-2004 at 12:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 11:18 AM | Show all posts
Kalau kita tengok betul2 terjemahan al-Quran yg digunakan oleh lolipop9, kita akan mendapati terjemahan itu diambil daripada kitab terjemahan al-Quran puak JAM, iaitu Bacaan yang telah diharamkan. sila rujuk http://www.e-bacaan.com/
Begitu juga dengan hujah lolipop9 berkenaan salamun alaikum, boleh juga didapati di website tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 04:02 PM | Show all posts
Nampaknya, lolipop ni sengaja mengambil apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tak suka dari hujah-hujah yang kita bagi. Hatinya dah tertutup dan tak dapat menerima apa-apa yang berbeza dari pandangannya.

Inilah masalah kumpulan anti-hadith ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 09:48 PM | Show all posts
Saya percaya hatinya masih terbuka, cuma confius sahaja.......syabas lolipop dalam umur yang muda sudah mula mencari kebenaran. Tetapi kita perlulah explore dari semua aspek dulu sebelum buat conclusion berdasarkan sebahagian sahaja.

Allah beri kita kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan ikut naluri hati. Memang saya akui, masa saya kecil dahulu kerap ditanam pemahaman itu ini tak boleh....seperti anjing itu haram seperti khinzir, padahal dalam Qur'an boleh digunakan untuk memburu...satu lagi jangan sentuh bible lah padahal itu satu buku sahaja....ada tu kata jangan baca translation Qur'an, tak dibenarkan, padahal kita ni orang melayu, mana nak paham bahasa Arab. Takkan taknak paham apa yang kita baca dalam sembahyang, berdoa dsgnya dalam bahasa Arab? Macam mana nak menghayatinya..

Pemikiran cara ortodoks mereka membuatkan anak-anak sekarang membesar berasa rimas dan memberontak untuk keluar dari pemahaman yang banyak sangat restriction itu.

Saya bukan kata awak macam tu, cuma pandangan peribadi terhadap sekeliling. Buatlah kajian lebih mendalam lagi akan sunnah Nabi....dalam menimba ilmu ni bukan setakat dari satu sumber sahaja. Lagipun 90% dari total umat islam dunia sekarang ini ahli sunnah....

Kalau free sila bukak thread baru untuk sembahyang yang lolipop janjikan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2004 11:49 PM | Show all posts
Salamun alaikum..

Maaf kerana lambat reply kerana credit internet saya habis.
Didapati perbincangan kita telah lari daripada tajuk thread ini. tetapi akan saya jawab sebaik mungkin dengan menggunakan Al-Furqan. insyaAllah.

Jukebox Wrote.
Dari posting-posting lolipop, dengan ketidak hadiran petikan-petikan dari Hadis (perlu ingat lolipop, walau hadis dikumpulkan selepas beratus tahun Nabi Muhammad s.a.w. wafat) yang direkodkan melalui pengamatan yang disaksikan oleh yang hidup sezaman dengan Rasulullah
dan apabila pengamatan itu sama dengan beberapa pengamatan yang lain, tak bolehlah kita pertikaikan Hadis-hadis yang merupakan Qudsi dan Nabawi kerana ianya serupa kita menidakkan akan kerasulan Rasullullah s.a.w. dan kesahihan pengamatan para sahabat beliau.

Perbincangan tertumpu kepada saya MENIDAKKAN AKAN KERASULAN RASULLULLAH S.A.W
Saya tidak menyatakan saya anti-hadis.
Saya tidak menolak Hadis sepenuhnya. saya boleh menerimanya sebagai fakta asalkan ianya tidak bertentangan, menambah kepada Al-Quran. Saya rasa ramai boleh menerima fakta ini.

Rasul adalah komunikasi antara satu pihak antara satu pihak yang lain
"Rasul: A communication sent from one person to or party to another" Arabic english Lexicon by E.W Lane, 1984ed. The Islamic Text Society Trust, Cambridge, vol 1 page 1084

Dan Rasul kita Nabi Muhammad ditugaskan untuk memberi amaran dengan Al-Quran.Dan ianya adalah kesaksiannya yang paling besar.

Jukebox Wrote.
Bagaimana dengan ayat 158 surah Al-araf yang jelas menyebut perihal sunnah Rasullullah :Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.

Didapati Jukebox memetik ayat Al-Quran dari pada tafsir karangan A.Muhammad Basmeih. Oleh kerana saya perasan ramai ulama kita menggunakan tafsir karangannya, saya juga akan menggunakkannya,
mungkin kerana ada yang tidak senang dengan saya menggunakan terjemahan seorang Anti-Hadis.

maaf saya menyatakan Jukebox telah ambil ayat tersebut out-of -konteks. Jawapannya tidak jauh hanya satu ayat sebelum ayat yang dipetik Jukebox.

7:157 ....Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, dan juga menolongnya serta mengikut nur(cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang
yang berjaya.

oleh itu kita mengikut Al-Quran yang diturunkan kepadanya.
Tetapi saya tidak menidakkan, Rasullulah sebagai pemimpin haruslah diikuti sebagai pemimpin dalam negara dan juga pemimpin perang. Tetapi adakah orang-orang bersama rasullulah perlu mengikut
Nabi Muhammad bulat-bulat tanpa apa-apa syarat?

60:12 Wahai Nabi! Apabila Perempuan beriman datang kepada kamu.....-adakan dari kemahuan hati mereka, dan tidak menderkaha kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik,- maka terimalah pengakuan
taat setia mereka dan....

Jukebox wrote:
Awak ni ahli Jammah al-Qur'an M'sia (JAM) ke lolipop?
Maaf kalau bukan tapi dari postings saudara kuat mengatakannya dan sudah cukup kuat reply-reply berserta dengan hadis yang dilampirkan oleh members disini yang berpegang kuat pada Ahl Sunnah
Waal Jamaah (ASWJ) mengenai "Assalamualaikum"

Maaf kerana saya masih bergelar pelajar, dan tidak dibenarkan mengangotai persatuan yang diharamkan di negara kita.
Maaf juga kerana saya juga tidak menandatangani sebarang perjanjian untuk mengangotai ASWJ.Anggota ASWJ hanyalah manusia seperti kita dan tidak wajib untuk ditaati.
Maaf kerana Allah tidak membenarkan memecahkan agama

42:13 ..."Tegaklah suruhan ugama, dan janganlah berpecah belah atau berselisih pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik(untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru kepada mereka...

akan tetapi saya sentiasa belajar untuk mencari yang terbaik.

39:18 Yang berusaha perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu memilih dan menurut yang seaik-baiknya(dari hukum ugama); mereka itulah yang diberi hidayah petujuk oleh Allah dan mereka itulah yang berakal sempurna.

Oleh kerana ilmu saya masih kurang, saya tidak ingin menyatakan saya betul, sila betulkan saya dengan bukti-bukti yang sahih dari Al-Furqan untuk mempercayai hadis seiring dengan Al-Quran.
Kerana kepada Allah sahaja yang saya takut-setakutnya.

saudara amourist..
amorist wrote:
Nampaknya, lolipop ni sengaja mengambil apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tak suka dari hujah-hujah yang kita bagi. Hatinya dah tertutup dan tak dapat menerima apa-apa yang berbeza dari pandangannya.
Inilah masalah kumpulan anti-hadith ni.

Sila kemukakan bukti yang menyatakan apa yang saya tinggalkan. Saya juga dapat belajar daripada
kelemahan saya.

Saudara Jukebox.
Terima kasih dengan Nasihat saudara Jukebox. akan saya semat dihati saya,

Jukebox wrote:
Saya bukan kata awak macam tu, cuma pandangan peribadi terhadap sekeliling.Buatlah kajian lebih mendalam lagi akan sunnah Nabi....dalam menimba ilmu ni bukan setakat dari satu sumber sahaja. Lagipun 90% dari total umat islam dunia sekarang ini ahli sunnah....

Saya memang tidak belajar dari satu sumber sahaja.hanya hujah untuk salam diambil dari website itu.Tetapi sumber yang saya amat percaya adalah Al-Quran.
Oleh kerana sesetengah pihak tidak menyenangisaya meng copy-paste dari translation seorang Anti-hadis. saya akan menggunakan translation yang saudara guna.Ataupun satu lagi tafsir dalam koleksi saya kerangan H.Zainuddin Hamidy dan Fachruddin H.s(cetakkan keenam 1997) yang saya rasa ramai rakyat malaysia memilikinya.

Mengenai pembacaan translation,
39:28 iaitu al-Quran yang berbahasa arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong;supaya mereka bertakwa.

tiada terjemahan manusia yang setanding dengan Al-quran bahasa arab. Oleh ituberkenaan dengan kita harus check dalam Quran Arab, ataupun melihat perbezaan dari translation2 dan pilih yang terbaik.--rujuk 39:18

juga mungkin saudara mendengar halangan mentafsir al-Quran dari hadith sendiri.

Ibn Abbas reported that the Prophet said, "Whoever seeks to interpret the Quran using his own intellect, he should also prepare to burn in the hell fire." (Tirmidhi)

Jundub reported that the Prophet said, "Whosoever interprets the Quran, and his interpretation is correct, that person has committed a sin." (Tirmidhi and Abu Daud)

mengenai 90% adalah ahli sunnah, saya tidak percaya keramaian ahli sunnah menjadi kayu ukur kebenarannya. Contohnya penggunaan Salamun alaikum. Satu contoh yang baik.

Mengenai solat, akan saya usahakan kearah itu, kerana kerja saya telah banyak tertangguh
terima kasih.

**maaf jika sesetengah traslation dari A.Muhammad Basmeih telah dipendekkan,ini adalah untuk mengurangkan typing error.

[ Last edited by lolipop9 on 29-5-2004 at 11:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2004 03:58 PM | Show all posts
Saya tidak menolak Hadis sepenuhnya. saya boleh menerimanya sebagai fakta asalkan ianya tidak bertentangan, menambah kepada Al-Quran. Saya rasa ramai boleh menerima fakta ini.

Rasul adalah komunikasi antara satu pihak antara satu pihak yang lain
"Rasul: A communication sent from one person to or party to another" Arabic english Lexicon by E.W Lane, 1984ed. The Islamic Text Society Trust, Cambridge, vol 1 page 1084

Dan Rasul kita Nabi Muhammad ditugaskan untuk memberi amaran dengan Al-Quran.Dan ianya adalah kesaksiannya yang paling besar.


Memang perlu berjaga-jaga dengan hadith yang lemah dan ini perlu kita bijak buat perbandingan dengan Hadith-hadith yang Sahih seperti himpunan Bukhary, Muslim, Muwatta, Abu Dawud, Nasaie dan Tirmidhi. Dan adanya juga klasifikasi hadith-hadith seperti Qudsi, Nabawi, Mutawatir, Marfu, Mauquf dan Maqthu

"Rasul: A communication sent from one person to or party to another" .....saya rasa 'communication' dan 'to or party to another' in a way betul tetapi ianya lebih daripada itu.

Selain dari communication yang lebih tepat kalau ianya ditujukan oleh Allah melalui serta Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kenapa saya kata serta Jibrail, kerana banyak kali direkodkan pesanan seperti memberitahu akan tidak bersihnya kasut Rasulullah dan satu lagi sebagai contoh seperti kiriman salam kepada Aisya.

Pada saya hadith-hadith ini merupakan sunnah yang dijadikan rujukan untuk yang mahu mejalani kehidupan   dan penyerahan diri kepada Allah sebagai hambanya dan ini adalah maksudnya Islam itu sendiri. Al-Qur'an adalah seperti dinyatakan oleh Allah disurah Asy-Syuura 42:52

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

Jukebox Wrote.
Bagaimana dengan ayat 158 surah Al-araf yang jelas menyebut perihal sunnah Rasullullah :Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.

maaf saya menyatakan Jukebox telah ambil ayat tersebut out-of -konteks. Jawapannya tidak jauh hanya satu ayat sebelum ayat yang dipetik Jukebox.

7:157 ....Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, dan juga menolongnya serta mengikut nur(cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang
yang berjaya.


Hairan juga dimana yang out of contexts bilamana ianya melibatkan seruan yang disuruh Allah kepada Muhammad kepada umatnya. Iya saya akui ayat yang lolipop sertakan adalah lebih detail dan syabas! Saya ingatkan bilamana saya underline 'ikutilah dia' itu sudah cukup untuk pemahaman yang saya cuba sampaikan. Tetapi kenapa tak sertakan seluruh ayat berkenaan sebab ianya lebih menyeluruh.

Al-Araaf  7:157
Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Yang saya underline itu, awak nak refer dimana kalau tidak dari Hadis-hadis untuk suruhan dan amaran terperinci?

Yang lolipop highlight tu bukan apa yang ahli sunnah lakukan selama ini?

oleh itu kita mengikut Al-Quran yang diturunkan kepadanya.
Tetapi saya tidak menidakkan, Rasullulah sebagai pemimpin haruslah diikuti sebagai pemimpin dalam negara dan juga pemimpin perang.


Macamana kalau awak betul mengkaji al-Qur'an, awak boleh kata serupa itu? Setakat sebagai pemimpin dalam negara dan juga pemimpin perang?

Itu saja Nabi Muhammad s.a.w. pada lolipop?

Awak kaji ke yang Rasulullah ini menyebarkan agama Allah dengan pedang seperti apa yang anti Islam kata atau dia terpaksa mempertahankan dirinya dan juga umat-umatnya dari kaum Quraish? Bukankah Allah menolongnya dengan penghantaran beribu-ribu malaikat apabila jumlah musuh adalah lebih besar dari para jihad umat Rasulullah dan bukankah nabi Isa a.s. dalam prophecy dia menyatakan akan kedatangan 'Ahmad' sebagai Nabi yang terakhir sebagai contoh.

Apa jadi kepada cara hidup sebagai seorang hamba Allah?

Tetapi adakah orang-orang bersama rasullulah perlu mengikut
Nabi Muhammad bulat-bulat tanpa apa-apa syarat?


Apa syarat-syaratnya kalau al-Qur'an sahaja sudah cukup buat lolipop?

60:12 Wahai Nabi! Apabila Perempuan beriman datang kepada kamu.....-adakan dari kemahuan hati mereka, dan tidak menderkaha kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik,- maka terimalah pengakuan
taat setia mereka dan....


Sekali lagi, kenapa ambil sebahagian sahaja pabila maknanya takkan tepat dan apa penekanan yang lolipop cuba nak highlight dari ayat apabila Nabi Muhammad s.a.w. menerima pledge dari perempuan-perempuan seperti Umaymah binti Ruqayqah, Umm Atiyah al-Ansariyah, Fatimah bint Utbah serta ramai lagi.

Saya tak faham tujuan lolipop gunakan ayat berkenaan.

Surah al-Mumtahana 12
Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun dan mereka tidak akan mencuri dan mereka tidak akan berzina dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2004 03:59 PM | Show all posts
39:18 Yang berusaha perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu memilih dan menurut yang seaik-baiknya(dari hukum ugama); mereka itulah yang diberi hidayah petujuk oleh Allah dan mereka itulah yang berakal sempurna.


Surah ini berkait rapat dengan ayat 17

Az-Zumar
17 Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu.
18 Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Selain dari yang ditujukan dalam ayat 17, ianya berupa peringatan kepada kita akan perlunya membuat pertimbangan sebelum menerima fatwa-fatwa atau pandangan-pandangan para ulama.

Berkenaan ini, saya selalu berpandukan kepada al-Qur'an dan Hadis yang Sahih sebelum menerima bulat-bulat.

tiada terjemahan manusia yang setanding dengan Al-quran bahasa arab. Oleh ituberkenaan dengan kita harus check dalam Quran Arab, ataupun melihat perbezaan dari translation2 dan pilih yang terbaik.--rujuk 39:18


Bagaimana dengan surah Ibrahim ayat 4

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Memang perantaraan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Jibrail didalam bahasa Arab sebab dia adalah orang Arab. Dan penjelasan yang dimaksudkan juga ialah sunnah nya. Kita ni orang Melayu bukan? Disebabkan ramai orang melyu yang tidak fasih Arab, macamana lagi nak menghayati ayat-ayat al-Qur'an? Allah tidak membeza-bezakan hamba-hambanya

juga mungkin saudara mendengar halangan mentafsir al-Quran dari hadith sendiri.

Ibn Abbas reported that the Prophet said, "Whoever seeks to interpret the Quran using his own intellect, he should also prepare to burn in the hell fire." (Tirmidhi)

Jundub reported that the Prophet said, "Whosoever interprets the Quran, and his interpretation is correct, that person has committed a sin." (Tirmidhi and Abu Daud)
mengenai 90% adalah ahli sunnah, saya tidak percaya keramaian ahli sunnah menjadi kayu ukur kebenarannya. Contohnya penggunaan Salamun alaikum. Satu contoh yang baik.


Sayapun tak pernah kata tafsiran ke bahasa lain dari bahasa Arab tepat, itu sebab saya banyak tekankan terjemahan ke bahasa Melayu yang tidak lengkap kerana kurangnya vocabulary untuk menerangkan maksud sebenarnya didalam banyak thread forum ini sebagai contoh.

Saya lebih tertarik dengan hadith ini dan saya tak jumpa version hadith Abu Dawud yang lolipop sertakan.

Sunan Abu Dawud
Book 25, Number 3644:
Narrated Jundub:

The Prophet (peace_be_upon_him) said: If anyone interprets the Book of Allah in the light of his opinion even if he is right, he has erred.

Ianya lebih bermaksud, kalau sesiapa buat tafsirannya dan pandangannya sendiri dan fikir yang ianya betul sebenarnya dia melakukan kesalahan.

Since lolipop bangkitkan hadith ini dan menjadikan al-Qur'an penunjuk yang satu sahaja, bagaimana saudara nak buat opinion tanpa bantuan Hadis. Tanpa Hadis, bagaimana lolipop nak paham certain kandungan al-Qur'an?

Penafsir-penafsir al-Qur'an seperti Tafsir Ibn Kathir, Prof Dr H Mahmud Yunus dan ramai lagi menyandarkan hadis dalam penafsiran mereka. Hadith juga bertindak sebagai penjelasan sesuatu ayat.

sebagai contoh -

Apa lolipop boleh tafsirkan dari ayat berkenaan dari buah fikiran sendiri?

Al-Israa

85 Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

Nampak general bukan 'mereka' itu kalau tanpa hadith ini

Bukhary
Volume 1, Book 3, Number 127:

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Ketika aku berjalan bersama Rasulullah s.a.w di sawah, baginda bertongkat kepada pelepah tamar. Tiba-tiba datang sekumpulan orang Yahudi, sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tanyalah dia tentang roh! Sebahagian lagi menyahut: Adakah kamu takut terhadapnya? Dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap kamu. Sebahagian daripada mereka tetap berkata: Tanyalah dia! Lalu sebahagian di antara mereka berjumpa Rasulullah s.a.w dan bertanya tentang roh. Nabi s.a.w diam tidak menjawab. Pada tanggapan aku ketika itu baginda sedang menerima wahyu. Abdullah berkata: Aku tetap berdiri di situ. Setelah selesai menerima wahyu, Rasulullah s.a.w menjawab dengan membaca ayat  وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا   Yang bermaksud: (Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku dan kamu hanya diberi sedikit sahaja ilmu pengetahuan)
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2004 08:58 PM | Show all posts
Salamun Alaikum.
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Jukebox kerana
mendedahkan kesilapan saya dalam Surah al-Mumtahana 12 yang
saya akui..terima kasih.

Pada saya hadith-hadith ini merupakan sunnah yang
dijadikan rujukan untuk yang mahu mejalani kehidupan dan
penyerahan diri kepada Allah sebagai hambanya dan ini
adalah maksudnya Islam itu sendiri. Al-Qur'an adalah
seperti dinyatakan oleh Allah disurah Asy-Syuura 42:52


ayat 42:52 tidak menyatakan mengenai hadis ataupun sunnah
nabi.Ianya hanya berkata mengenai Al-Quran

42:52 Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad)
Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah
Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan
kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga
mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran:
Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa
yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan
Al-Quran
itu ke jalan yang lurus
,

Tidak disebutkan langsung didalam ayat tersebut mengenai hadis nabi
ataupun sunnah nabi. Tetapi ianya menyebut "sesungguhnya engkau
(wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke
jalan yang lurus."

Bolehkah saudara menyatakan dimana ianya menyebut mengenai sunnah
ataupun hadis nabi? tetapi ianya Nabi Muhammad memberi petunjuk
denan Al-Quran.Tidak disebut lain.Tolong Jawab Dengan Jelas

Hairan juga dimana yang out of contexts bilamana ianya
melibatkan seruan yang disuruh Allah kepada Muhammad kepada umatnya.
Iya saya akui ayat yang lolipop sertakan adalah lebih detail dan syabas!
Saya ingatkan bilamana saya underline 'ikutilah dia' itu sudah
cukup untuk pemahaman yang saya cuba sampaikan. Tetapi kenapa
tak sertakan seluruh ayat berkenaan sebab ianya lebih menyeluruh.


Mungkin terdapat kekeliruan di sini adakah Nabi Muhammad memberi petunjuk dengan sumber yang lain daripada Al-Quran.

6:19 Bertanyalah kamu (wahai Muhammad):Apakah yang lebih besar dalam persaksian?(Bagi menjawabnya) "Allah menjadi saksi diantara ku dan kamu, diwahyukan kepadaku Al-Quran ini supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga kepada sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu....

pada ayat ini diterangkan Nabi Muhammad memberi amaran dengan al-Quran (sahaja kerana tidak disebut kitab lain).Dan juga ia menyebut Nabi Memberi amaran kepada sesiapa yang ia(Al-Quran) sampai.Ini bermaksud, samaada Nabi telah wafat atau tidak Nabi memberi amaran dengan menggunakan kitab Al-Quran. Adakah saudara menyatakan sebaliknya?

adakah saudara menganggap "ikutlah dia" itu bermaksud mengikut cara Rasullulah Tidur, Mandi, menyimpan janggut, berpakaian.?
Rasullulah barangkali menggunakan unta untuk berjalan di padang pasir. Adakah saudara Jukebox menggunakan Unta untuk pergi ke kerja?

Ikutlah dia bermaksud ikutlah pegangan dia. Rasullulah hanya berpegang kepada Al-Quran.Dan kita haruslah mengikutnya, iaitu berpegang kepada Al-Quran. Bukankah Rasullulah merupakan contoh yang baik?

7:157....Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka...

berikut adalah ayat yang digariskan oleh Jukebox.

Berkenaan mengenai menghalalkan dan mengharam kan telah jelas Nabi Muhammad tidak dibenarkan mengharamkan apa yang tidak diharamkan oleh Allah(or vice versa)
Lihatlah Teguran Allah selepas Nabi mengharamkan perkara yang dihalalkan kepadanya.

66:1 Wahai Nabi!Mengapa engkau mengharamkan (dengan sumpah menyekat dirimu dari menikmati)
apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu
.....

adakah saudara percaya Nabi Muhammad yang seorang rasul(messenger) boleh mengharamkan(atau menghalalkan)perkara yang tidak diperintahkan olehNya.? kerana kewajipan nabi Muhammad hanyalah untuk menyampaikan mesejNya dgn jelas

3:144 Dan Nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul...

Nabi Muhammad, tanpa Al-Quran adalah sama seperti kita juga, makan, minum, tidur, mempunyai
ketakutan. Al-Quran Adalah sebab dia dipanggil Rasullullah dan seorang Nabi.

3:20 ..maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan..

16:82..engkau (wahai Muhammad) hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan cara yang jelas nyata.

16:35... kerana bukankah Rasul-Rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan(kehendak dan hukum Allah) dengan cara jelas nyata.

24:54 ..dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggugjwab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata.

29:18..;dan ingatlah tugas Rasul hanyalah menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata

42:48 ..tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan ..

64:12..sesungguhnya kewajipan Rasul kami hanyalah menyampaikan(perintah-perintah)dengan jelas nyata

Telah 8 kali diingatkan dalam Al-Quran tugas Rasul hanyalah menyampaikan dengan jelas.Adakah Jukebox menganggap Rasullulah telah menyampaikan ajaran-ajaran yang selain dari itu?Ataupun Menambah kepada ajaran Allah? Tolong Jawab dengan Jelas Yes or NO!?

Sedangkan Rasullulah sendiri tidak mungkin mengubah ajaran Allah. Dia hanyalah menurut apa yang diwahyukan kepadanya.

10:15 .."Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkan lah dia". Katakanlah (Wahai Muhammad). "Aku tidak berhak menukarnya dengan kemahuanku sendiri,aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut - Jika aku menderhaka kepada
Tuhanku...

Malah jikalau Rasullulah mengada-adakan sebarang rekaan dalam menyampaikan Al-Quran, Allah akan membunuhnya serta merta.

69:40-48 Bahawa Al-Quran itu adalah (wahyu dari kami) yang disampaikan oleh Rasul yang Mulia.Dan bukanlah Al-Quran perkataan seorang penyair(seperti yang kamu dakwakan.Tetapi sayang)amatlah sedikit kamu beriman.Dan juga bukanlah Al-Quran perkataan seorang pawang(seperti yang kamu dakwakan.Tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian Alam.Dan Kalaulah(Nabi Muhammad menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama
Kami secara dusta- sebarang kata-kata rekaan.Sudah tentu kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami-.Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali Jantungnya(Supaya mati dengan serta-merta).
Maka tiada seorangpun diantara kamu akan dapat menghalang(tindakan Kami itu)daripada menimpanya.
Dan sesunguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa.

Yang saya underline itu, awak nak refer dimana kalau tidak dari Hadis-hadis untuk
suruhan dan amaran terperinci?


Jika Kamu mengagungkan Nabi Muhammad. Maka turutlah kata-katanya yang terdapat dalam al-Quran untuk mencari Buku-buku lain selain Al-Quran untuk "Melengkapkan" agamanya adalah salah. Kerana
Allah menyatakan dia tidak mealpakan sesuatupun dari kitab. Saya akan berikan contoh dengan hadis yang Saudara petik untuk tahu siapakah "mereka" dalam Al-Israa ayat 85

Yang lolipop highlight tu bukan apa yang ahli sunnah lakukan selama ini?

Ini yang saya highlightkan.
7:157....serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Saudara Jukebox mengaku seorang ahli sunnah yang mengikut nur(Al-Quran) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad tetapi mengikut Al-Quran seiring dengan Hadis.Tetapi saudara tidak tahu menahu mengenai Salam yang dianjurkan oleh Al-Quran. Mungkin kerana tiada Fatwa dikeluarkan oleh ulama2 mengenai Salam yang dianjurkan Al-Quran.
Ini adalah hanya satu contoh dimana ada dikalangan ahli sunnah menaikkan martabat hadis lebihtinggi dari Al-Quran.

2:1-2 Aliff,Lamm ,Mimm. Kitab Al-Quran ini, tiada syak padanya(Tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ianya menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak)bertakwa.

Hanya satu kitab disebut disini yang menjadi petunjuk kepada orang2 bertakwa. Dimana didalam al-Quran menyebut kita perlu taat kepada kitab bukahri, muslim, tarmidhi dan lain2 lagi?
Sila jelaskan.

Surah ini berkait rapat dengan ayat 17
Az-Zumar 17 Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu.
18 Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Dimana saudara menyatakan ayat 18 ada kaitan dengan 17.Sila jelaskan.

Selain dari yang ditujukan dalam ayat 17, ianya berupa peringatan kepada kita akan perlunya membuat pertimbangan sebelum menerima fatwa-fatwa atau pandangan-pandangan para ulama.


Saya tidak nampak perkataan fatwa-fatwa ataupun pandangan ulama2 didalam ayat itu. Tetapi yang saya nampak adalah "Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya"
Apa2 jua perkataan yang sampai kepada kita harus dinilai bukan untuk ditolak bulat2 ataupun diterima bulat2. Untuk pegangan ugama Islam tiadalah yang lebih baik untuk menilainya dengan aL-Furqan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2004 08:59 PM | Show all posts
Janganlah kita menjadi seperti umat Nabi Isa yang mengambil ahli-ahli ugama sebagai pendidik.
9:31 Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain Allah...

Bagaimana dengan surah Ibrahim ayat 4
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayat petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dialah jua Yang MahaKuasa, lagi Maha Bijaksana.


Telah saya jelaskan diatas yang seorang Rasul Allah tidak mungkin menjelaskan hukum-hukum Allah diluar batasan Al-Quran.--rujuk 69:40-48

Saya lebih tertarik dengan hadith ini dan saya tak jumpa version hadith Abu Dawud
yang lolipop sertakan.
Sunan Abu Dawud
Book 25, Number 3644:
Narrated Jundub:
The Prophet (peace_be_upon_him) said: If anyone interprets the Book of Allah in the lightof his opinion even if he is right, he has erred.
Ianya lebih bermaksud, kalau sesiapa buat tafsirannya dan pandangannya sendiri dan fikir yang ianya betul sebenarnya dia melakukan kesalahan.


Pada pendapat saya hadis ini(yang saya musykil kesahihannya) sengaja dikeluarkan untuk menjauhkan umat Islam kepada Al-Quran.Renunglah ayat dibawah.

54:17,22,32,40 Dan sesungguhnya!Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran,maka sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Allah menyuruh kita mengambil peringatan daripadanya. Sampai diulang ayat tersebut 4 kali.dan hadis tersebut cuba menjauhkan Umat dari memahami Al-Quran,kerana ragu-ragu opinionnya salah.Saya rasa ayat yang Muhkaamat tidak perlu ditafsir, kerana ayatnya adalah jelas dan ianya adalah ibu-isi Al-Quran--rujuk 3:7


Apa lolipop boleh tafsirkan dari ayat berkenaan dari buah fikiran sendiri?Al-Israa:85 Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.
Nampak general bukan 'mereka' itu kalau tanpa hadith ini....


Nampaknya Jukebox missing the whole point mengapa ayat ini diturunkan. Ayat ini adalah untuk menerangkan mengenai ROH, dan Ilmu yg diberikan kepada manusia hanya sedikit.BUKAN untuk mengetahui siapa "mereka" yang bertanya. Adakah penting untuk Jukebox mengetahui siapa "mereka"? Mengapakah Jukebox menyoal ilmu yang tidak diberikan olehNya?
Hadis berkenaan hanya menekankan kepada siapa "mereka" dan sekaligus memudarkan mesej yang ingin disampaikan. Tidak hairanlah Allah menyebut dalam Quran segolongan manusia membeli hadis kosong untuk menyesatkan dari jalan Allah.

31:6 Dan diantara manusia itu ada orang yang membeli cerita[alhadeethi] kosong, dengan tiada pengetahuan kerana untuk menyesatkan(orang) dari jalan Allah dan dijadikan (Jalan Allah) itu menjadi olok-olok.Itulah orang yang mendapat siksaan yang menghinakan.
[H.Zainuddin Hamidy dan Fachiruddin Hs]

Semestinya kulit orang yang takut kepada Allah akan gentar selepas mendengar ayat berkenaan.

Apa yang diberi Allah adalah lengkap, mengapakah kita mencari sumber lain?Dan ahkir sekalihanya menyusahkan diri sendiri.

7:3 (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad):"Turutlah apa yang telah diberikan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu mengikut pemimpin yang lain daripada Allah;(tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai mazhab.
Lihat sahaja di Iraq, puak Syiah dan Puak Sunni masing-masing berpegang kepada hadith-hadithmereka.Dan mereka bertengkar sesama sendiri.Dan mengaku mereka sama2 IslamPuak syiah mempunyai himpunan hadith tersendiri dari al-Kulaini, Ibn Babuwayh, al-Murtada dan Ja`afar Muhammad al-Tusi. dan puak sunni mempunyai '6 Hadith Sahih'yang berlainan dengan puak syiah.
Hanya satu Pengangan mereka adalah sama iaitu Al-Quran.
Tanpa hadith puak-puak seperti ini tidak akan terjadi.
Hanya satu Pandangan...


Saudara Jukebox.
Saya ingin bertanya. Adakah kamu percaya Al-Quran itu lengkap dan Allah itu Tidak lupa dalam Kitabnya sesuatu apapun setelah membaca ayat-ayat ini? TOLONG JAWAB YES OR NO!

12:111 ..bukanlah ia cerita yang diada-adakan,tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya.dan ia memberi keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu.serta menjadi hidayah dan petunjuk kepada kaum yang (mahu) beriman.

31:27 Dan sekiranya segala pohon dijadikan pena,dan segala lautan(menjadi tinta),dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu,nescaya tidak akan habis Kalimah-Kalimah Allah itu ditulis.Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

16:89 ..dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayahpetunjuk....

25:33 Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil(untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu Kebenaran dan Penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk
menangkis apa yang kamu katakan itu)

Mahukah kita mencari Penjelasan lain sedangkan Al-Quran mempunyai Penjelasan sebaik-baiknya?

*Maaf sekiranya saya terkasar bahasa.Itu bukanlah niat saya, Segala yang baik adalah dari Allah, Segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri--rujuk 4:79

**Sila dedahkan kesilapan saya jika ada.

*** Saudara Jukebox. sekiranya saudara berbaik hati bolehkah saudara memberitahu address internet dimana saya boleh mendapatkan terjemahan A. Muhammad Basmeih yang boleh saya copy-paste.Ianya hanyalah untuk mengelak typing error.
Terima kasih

[ Last edited by lolipop9 on 31-5-2004 at 09:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2004 11:33 PM | Show all posts
saya rasa we r gettin nowhere, saya dah lakukan tanggungjawab sebagai saudara seislam. saya tak suka berdebat mengenai agama kita, ianya bukan tuntutan, lagipun ianya akan timbul riak

sorry saya tak tahu kalau terjemahan tu ada website atau tidak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2004 12:36 AM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 2004-5-31 11:33 PM:
saya rasa we r gettin nowhere, saya dah lakukan tanggungjawab sebagai saudara seislam.

Kita hanya boleh "get somewhere" dengan orang yang nak mendengar hujah kita. Kalau dengan orang yang nak berhujah tapi tak nak mendengar hujah, it's a waste of time.

Contohnya, soalan mudah yang saya tanya dulu pun sengaja tak dijawab:

Quran kata, Nabi Ibrahim pernah ucapkan "salam" kepada malaikat. Quran kata, di Syurga nanti pun, ucapan sesama penghuni syurga ialah "salam". Tapi lolipop ignore completely kenyataan ni.

Dan saya kemukakan juga persoalan berikut:
Quran kata, ucapkan "salamun alaikum" (yang maksudnya sama dengan assalamu alaikum). Dan Quran kata, bila terima salam, jawab dengan salam yang lebih baik.

Jadi, kita terima salam: "Salamun alaikum".
Kita kena jawab dengan yang lebih baik dari "salamun alaikum".
Apa yang kita jawab?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2004 12:34 AM | Show all posts
Salamun Alaikum

Saudara Jukebox.

saya rasa we r gettin nowhere, saya dah lakukan tanggungjawab sebagai saudara seislam. saya tak suka berdebat mengenai agama kita, ianya bukan tuntutan, lagipun ianya akan timbul riak


Saya rasa kita boleh go somewhere apabila saudara kemukakan bukti kukuh untuk mempertahankan pegangan hadith saudara..
berdebat/berbahas adalah tuntutan untuk menyeru ke jalan Tuhan.--rujuk 16:125
Saya tak berniat untuk menimbulkan riak kepada sesiapa pun, cuma menyatakan pandangan saya. Saya harap pandangan saya dinilai.
Saya agak sedih dengan dunia Islam hari ini, dalam berita tadi menyatakan di pakistan masjid puak syiah di bom dan dinyatakan ianya disyaki didalangi oleh puak sunnah.
Kemana hala tuju umat kita jika tempat beribadat juga dibom?
Bagaimanakah kita hendak bersatu?

Saudara amourist

Kita hanya boleh "get somewhere" dengan orang yang nak mendengar hujah kita. Kalau dengan orang yang nak berhujah tapi tak nak mendengar hujah, it's a waste of time.


Sila kemukakan bukti saudara semasa berhujah.

Quran kata, Nabi Ibrahim pernah ucapkan "salam" kepada malaikat. Quran kata, di Syurga nanti pun, ucapan sesama penghuni syurga ialah "salam". Tapi  lolipop ignore completely kenyataan ni.


Nampaknya saudara tidak membaca apa yang saya tulis.Atau terus enggan membacanya setelah tahu saya menolak hadis pegangan saudara?

Originally posted by lolipop9 at 2004-5-25 11:04 AM:
saya bersetuju dengan saranan saudara yang terdapat dua cara memberi salam yang diajar olehNya dalam kitabNya ini dijelaskan didalam ayat berikut....


Telah juga saya menyatakan Salamun Aalaika disebut oleh nabi Ibrahim kepada ayahnya--19:47 dan Salamun Alaikum disebut oleh malaikat apabila orang yang masuk ke Taman.--13:24 dan 39:73

terdapat ayat-ayat lain yang menyatakan "salam", saya tak menafikannya dan
menerimanya. Dan saya tidak ignore kenyataan itu.

Jadi, kita terima salam: "Salamun alaikum".
Kita kena jawab dengan yang lebih baik dari "salamun alaikum".
Apa yang kita jawab?


4:86 Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat(seperti memberi salam),maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia(dengan
cara yang sama). Sesungguhnya Allah menghitung setiap sesuatu.

Mari kita rujuk kembali ayat berkenaan.Bukankah Allah memberi kelonggaran disitu "atau balaslah ia(dengan cara yang sama)" Maka ucapkanlah kembali Salamun Alaikum.
Begitu indahnya ajaran Allah.

Jika tidak disebut kelonggarannya, saya boleh menanyakan kembali kepada saudara.Jika saya menerima Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, patutkah saya kembalikan ucapan hormat dengan lebih dari itu?walaupun tidak disebut dalam hadis?

6:114 (Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku(Terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syatan sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas dan nyata kandungan satu persatu(tentang yang benar dan yang
salah)?"Dan orang-orang yang diberi kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu Janganlah sekali-kali engkau menjadi(salah seorang) yang ragu-ragu.

terima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2026 01:46 AM GMT+8 , Processed in 1.033747 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list