CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 3

[Tempatan] Wanita minta bantuan cari adik hilang bersama anak

[Copy link]
Post time 15-1-2019 11:27 AM | Show all posts |Read mode


IPOH 14 Jan. - Seorang wanita meminta kerjasama orang ramai untuk mencari adik perempuannya yang hilang selepas keluar rumah di Klebang Jaya, Chemor di sini bersama anak lelakinya yang berumur tiga tahun sejak lebih dua minggu lalu.

Erni Ismail, 37, berkata, adiknya Marina Ismail, 31, keluar rumah untuk ke pasar pagi berdekatan rumahnya bersama anaknya, Mohamad Adam Zafran Annuar pada pagi 30 Disember lalu sebelum menghilangkan diri.
–– ADVERTISEMENT ––

Menurutnya, dia dan suami adiknya telah berusaha menghubungi dan mencarinya namun sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenainya.

"Pada hari dia menghilangkan diri, kami menghubungi telefon bimbitnya namun tidak dijawab dan kali terakhir mesej pada Whatsappnya dibaca ialah pada pukul 10.18 pagi 30 Disember. Selepas itu telefon bimbitnya telah dimatikan sehingga hari ini.

"Kami juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Chemor mengenai kehilangannya pada 31 Disember lalu," katanya.

Menurut Erni, adiknya yang merupakan suri rumahtangga sepenuh masa tidak biasa keluar rumah seorang diri malah untuk balik kampung mereka di Tapah pun sentiasa ditemani oleh suaminya atau dijemput oleh ahli keluarganya.

"Mereka yang mempunyai maklumat atau menemui adik saya boleh menghubungi saya di talian 012-3200385," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 22588#ixzz5cdwOyBxF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 11:28 AM | Show all posts
Churr dgn jate lain ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:36 AM | Show all posts
tak happy dengan marriage la tu..
acu selidik laki adiknya habis-habis..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:47 AM | Show all posts
apa masalah nya..
x kn kena culik kut
kalau da x suka kat suami pun buat cara elok
ckp jerk pd suami dan ahli keluarga nak cerai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.468805 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list