CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kepochi26

[Pelbagai] Apa memori yang paling dirindui?

[Copy link]
Post time 18-1-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 15-1-2019 11:48 AM
memori dengan kedua parents...sebab dah tiada kedua-duanya...

Salam takziah @seribulan stay strong!

Comments

Thanks :)  Post time 20-1-2019 08:51 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu zaman kecik2, boleh bangun awal pagi time subuh. Sementara tunggu bas sekolah awal pagi, mak pasang radio yg ada dialog drama, apetah nama siaran tu..

Lepas tu,suka kira senamrobik kat radio... 1...2..3..4..5..6...7..8.. 8 lagi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:10 AM | Show all posts
of course zmn kanak2 dulu..
zmn tgk tv hitam putih, berkubang dlm parit, main rounders,  memancing etc..
zmn masuk kebun kait buah koko, jual koko...

zmn duduk asrama
5 thn duduk asrama, mcm2 cerita
cite hantu susu, hantu jepun, time takde air g mandi sg blkg sekolah..heaven sungguh


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Memori zaman kanak-kanak. Ayah I anggota tentera. Meriah sangat kuarters tu dulu. Petang-petang mesti pegi main di padang permainan dengan kawan-kawan. Main kejar-kejar. Pagi- pagi sebelum pegi sekolah mesti kena tolong mak meniaga jap. Mak meniaga kuih dan nasi lemak dengan kawan dia. Pagi-pagi pukul 6.30 gitu I la kena pegi jaga stall tu. Sorang-sorang okey sementara mak I dengan makcik tu turun bawah meniaga. Masa tu umur dalam 8-9 tahun. Memang kalut orang ramai, mostly army and airforce. Budak sekolah pun ramai. Kuih dan nasi lemak mak I is to die for. Memang cekap kepala otak I congak harga kuih dengan kira baki wang lagi. Orang memang berkerumun. Semua nak cepat sebab nak pegi kerja, pegi sekolah. I hari-hari mencuka sebab I pengawas, hari-hari sampai sekolah lambat. Tapi sebenarnya taklah sampai masa dah bunyi loceng pun.Sekolah dekat je jalan kaki 7 minit dah sampai. Sekarang kuarters tu pun dah sunyi dah takde orang sebab ada kuarters baru. Dengar kata bangunan kuarters tu pun dirobohkan, dah jadi semak samun. I kerap jugak mimpi yang I duduk di kuarters tu lagi.

Memori zaman sekolah rendah especially darjah 5-6 best jugak untuk dikenang. Zaman tu carefree sangat. Enjoy zaman kanak-kanak dengan kawan-kawan. Weekend je naik basikal pegi rumah sorang kawan ni. Rumah dia besarr dan ada pelihara ayam gajah, ayam biasa, arnab dan apa lagi tah. Nak pergi rumah dia kena lalu ladang getah. Sebelum ladang getah tu tak silap I ada kawasan kubur, so kami ni mesti pecut kayuh laju-laju bila sampai je kat kawasan ada kubur tu. Padahal tak nampak pun kuburnya sebab tersorok sikit. Pastu kalau musim hujan, mesti banyak cendawan dan kulat tumbuh kt pokok getah yang tumbang. Zaman ni jugak ada cinta monyet. Hahaha tapi takdela dating macam budak sekarang. Cuma akan saling kenenkan antara satu sama lain. Something like Hawa love Fuad, benda ni tulis besar-besar kat papan hitam. Pass surat. Silly stuff like that.  Masa ni I ada tok angkat. Anak bujang dia lelaki, dah macam pakcik I. Kerap jugak kami sekeluarga pegi rumah tok tu. Anak tok I ni suka pasang radio. Masa tu tengah hits lagu Jika, yang Melly Goeslow nyanyi tu. So sekarang everytime I dengar lagu ni, mesti I rasa macam I kembali ke zaman tu, it feels so beautiful and nostalgic. I darjah satu dah ada kakak angkat 6 orang!

Lagi satu zaman form 6. I loveeeeeee those memories. Selalu stayback kat library. Pukul 4 petang baru balik rumah. Selalu usha adik-adik form 5 yang hensem2. Dorang pun usha kakak- kakak ni balik. Astaga hahaha. Dengan cikgu memang rapat. Yelah budak paling besar kat sekolah kan. Masa tu still beruniform sekolah. This was 10 years ago. Ahh memories.

Zaman uni pun ada keindahan tersendiri.
I suka bila waktu hujan gerimis. Bau rumput basah dan suasana tu it brings me back to the old times. How time flies! Cepat sangat masa berlalu, setahun tu kejapp je. So let us cherish and appreciate every single moments we are living!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:13 AM | Show all posts
memori zaman bujang . leh g mana2 sesuka hati. skang kena mintak izin somi
nak g mana2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Memori zaman sekolah rendah n menengah..
Dimana hidup pada zaman tu semua suci murni je..
Juga rindu zaman hari raya yg meriah. Kenduri bergotong royong, zaman surat menjadi pengantara..zaman majalah ujang n gila2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 12:26 PM | Show all posts
Moment yang paling dirindui....

Arwah nenek meninggal dalam dakapan kami semua adik beradik..
Setiap kali trip family (family iols sahaja).. kami akan bawa nenek sekali..kemana saje..

Jun 2012...
Family trip kami Jelajah Borneo 7hari 6mlm.. Kami mulakan trip kami dari
1. Miri, Sarawak
2. Brunei (laluan darat)
3. Labuan
4. Kota kinabalu (naik ferri dari labuan)

Arwah nenek mmg mcm tak sihat tapi before amik nenek kat kg dah tanya banyak kali boleh pergi tak ni? nak ikut? nenek kata dia nak ikut n takde siapa paksa waktu tu.. kami faham nenek dah kurang sihat.. tapi dia kata dia boleh lagi nak berjalan.. kami happy sangat waktu tu... seronok nenek ikut lagi kami jalan2...

tapi condition nenek mmg tak okay,, batuk2 sepanjang jalan.. cepat penat.. yang sedih sikit kalau kami jalan2 nenek duduk dalam van je.. hmmm cuma masa dekat miri nenek larat nak ikut kami jalan ke area situ...dari Labuan kami bertolak ke KK jam 2ptg lebih kurang..


5 pm
sampai di KK .. tour guide dah tunggu kami kat jetty n terus bawa kami ke homestay sebelah Apartment Marina..Bermula episod sedih kami sekeluargaaa..

5.15pm
Turun dari van , nenek minta iols pimpim tangan dia.. iols mmg pimpim tangan nenek samapi ke dalam bilik...suruh nenek duduk dekat sofa dlm bilik.. rehat dulu sementara nak tunggu asar.. iols masuk bilik sebelah.. rilek2..baring2..a few minutes mcm tu...rasa baru nak keluarkan barang dari bag nak siapkan baju utk malam nanti..

Tetiba kakak dari bilik nenek jerit minta tolong... guess what nenek dah meracau.. dia kata sakitt.. sakitttt.. iols mmg terkejut.. jammed otak tak boleh fikir nak kena buat apa..

mak surely dah nangis2 cakap nampak tak semua orang dlm ni.. nenek mmg tak give us response langsung cuma dia cakap sakitt.... bila mak n kakak ajar sebut nama ALLAH nenek ikut like she dah boleh sedar.. but constantly weolss terus bacakan selawat,, istigrfar n mengucap selagi nenek boleh dengar n ikut.. benda2 lain dia tak kan response... mak picit kaki nenek.. kata kaki nenek dah sejukk sangat yess mmg sejuk sangat.. mak cubit2 pun nenek tak rasa apa..  

5.30pm
kakak & abang dah call ambulance but theyols turun dulu cari klinik berhampiran kat apartment weols tu..tapi tersangatla lama...

6.00 pm
sampai nenek terus betul2 tak sedar mata dia tutup weolss cuma harap dia cuma pengsan je.. sebab masing2 dah buat cpr utk nenek.. waktu tu mmg cemas sesangat... kami sempat pujuk nenek jangan pergi nenek kita nak balik esok.. jangan mcm ni nenekk. semua org dah under control... mak abang kakak n iols sendiri menangis minta jangan Allah tarik nyawa dia dalam kami tgh seronok dia dgn kami...

6.20 pm
medic sampai... doktor dari hospital terus check nadi nenek.. but then he struggle nak selamatkan nenek.. almost 1 hr dia buat idk what to call that machine (yang letak dekat dada n pump out) i guess mende tu sakit sgt kalau buat... but we have tooo ..

truly first 1/2 hr buat,, doc kata dah nenek dah takde.. tapi mak suruh buat lagi .. then doc kata sy buat but after 20minutes kami akan stop. Bilik kami mmg bunyi orang menangis n syahdu sangat waktu tu..mmg tak boleh bayang apa nak buat...

after 20min mmg nenek takde, doc taknak teruskan lagi.. n suruh kami semua redha n terima pemergian nenek..  yupp Nenek meninggal dekat kk waktu kami tgh gembira spend time waktu bersama n tak sangka sekelip mata Allah tarik kebahagiaan tu..  nenek pulang dengan kami 6pg esokknya tapi nenek duduk dalam cabin.. sepatutnya kami balik semenanjung 6ptg esoknyaa tapi kami terpaksa balik 6pg esoknya....sebab tu kami pujuk nenek jangan pergi dulu,  tinggal esok je waktu kami habiskan trip jelajah borneo ni dgn nenek..

Mmg kami rindu sangat pada nenek dalam waktu yg sama bersyukur nenek meninggal di sisi pangkuan kami adik beradik... yaa trip adik beradik semua ada waktu ni... MAK , KAKAK, ABANG, & I sendiri... bayangkan nenek meninggal waktu yang sama tapi di tempat lain (kampung) takde orang dengan dia, takde org tahu bila waktu kematian dia...

Sentiasa bersangka baik dengan aturan ALLAH... Terima kasih juga YA ALLAH sebab pinjamkan nenek kepada kami sehingga akhir nafas dia..

RINDU ARWAH NENEK YAM <3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:29 PM | Show all posts
semestinya rindu nak patah balik ke zaman kanak2. duduk dgn arwah tok, jadi cucu kesayangan arwah.  mmg memori yg sangat indah...alfatihah utk arwah tok...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 03:34 PM | Show all posts
1) pergi taman dpn barber shop sambil arwah ayah potong rambut
2) makan aiskrim cornetto yang sesekali je dpt during my childhood n we will asked our mother to eat the peanuts n choc part on top. coz we all suka vanila je
3) rumah sewa kat kampung di pekan P.P yang mula2 yg iols ingat
4)hari jumaat during our teenage years..rutin jumaat bfast then my mom will start preparing for lunch n hari jumaat biasa my mom masak yg best2 n waiting for my late father to come back frm solat jumaat n eat lunch together
5) car ride with my late father n mother. ronda2 melawat kawasan
6)hari raya yang full with all siblings..skrg ada yg dah kawen ade yg xdpt cuti masa raya
7) My late aunt's cooking. especially her nasi dagang
8)my uni times coz i enjoyed it the most
9) sleeping over at our umah sewa with my bff then we will went for midnight movie
10)stalking, n ranting out about bf with my BFF

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:41 PM | Show all posts
seribulan replied at 15-1-2019 11:48 AM
memori dengan kedua parents...sebab dah tiada kedua-duanya...

takziah mod..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:45 PM | Show all posts
memori terakhir dengan arwah nenek..dalam keluarga kami panggil dia tok,

malam sebelom tu, mak ada suruh tido sebelah dia. tapi aku sendiri taknak sebab konon nak study dalam bilik. esoknya,lepas balik sekolah mak suruh beli kuih makan petang,sempat la dia jamah sesuap dua. masuk maghrib dia dah nampak letih.

ayah dukung dia angkat masuk bilik ari,mandikan dia buat kali terakhir. 7.50 malam, ayah cakap dia dah takda. tergamam aku.

sumpah rindu. lembik lutut bila dengar berita tu.

sekarang dah 16tahun tok meninggalkan kami. kenangan dengan dia tetap dihati.

1920~2003.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:51 PM | Show all posts
memory uni...ngn memori masa kecik balik kg....kg.bongek...hihihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:49 PM | Show all posts
memori paling rindu

sekolah rendah:
-main tamiya kat longkang sekolah agama
-main ping pong dgn ustazah dlm kelas, smash kene muka dia pastu dia tobat xnk main lg
-kelentong ustazah nk balik sbb ada latihan rumah sukan, padahal nk balik tgk ninja boy...kelentong punya pasal balik tu bw kwn skali, dia eksiden kene langgar moto, nasib baik luka2 je

sekolah menengah:
-1st time bg speech kat perhimpunan dan membebel tanpa tgk text sampai 1 sekolah kagum terutama geng2 pengawas, sbb diorg wajib kene refer notes
-dpt byk bunga coklat dan bunga sabun ada atas meja dr mcm2 secret admire yg xtau sape, masing2 nk jadikan abg angkat
-kumpul komik alam perwira dgn dewata raya

matrik:
-kwn kentut kuat dlm bilik tutorial sampai lect suruh semua keluar amik udara segar
-ucapan 'aku rindu padamu' berkumandang kat radio IKIM dari sorg pompuan utk saya, dia siap sebut nama matrik dgn kos lagi, esoknya 1 matrik keco tanya sape tu sbb masing2 dgr IKIM mlm tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 03:26 PM | Show all posts
memori bersama keluarga masa kecik2 dlu..selalu bermain bersama,berebut mainan,keluar jalan-jalan & bermain bersama sangat best & sgt ssh nk buat pada waktu sekarang kerana masing-masing ada komitmen dan dah x mampu nk fokus kepada cari keseronokkan diri sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Memori paling dirindu saat2 jatuh cinta kat boypren. Walau dh jd long time gilpren tp x sama perasaan jatuh cinta dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
topik yang menarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Memori bersama arwah ibu.
Saya jaga arwah ibu yang bedridden (strok) sampai akhir hayat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la memori zmn kanak-kanak hingga sek.men.
- blk sek.agame trus g mengaji,lps tu balik main dgn kawan2, pe je yg xpnh rase, main teng teng batu seremban layang2 congkak,main pasir, nek basikal sekali 3 org dgn spupu last2 jatuh masuk parit umah jiran
- balik kena marah dgn atok,adoiii...
- balik mengaji penah kene kejar anjing,lari lintang pukang smpi tersalah masuk dpur umh jiran
- main cop2 tiang kantin sek, main getah rubber band tu,baling selipar
- xde phone dlu, main kad donkey, one happy family, mcm2 la lg
- main2 masak2, kawin2 pun de jgk.
- haishh.. bnyk la jgk memori zmn kanak-kanak..
- zmn sek. Duk asrama , kena regging dgn senior, de blik brhantu la, plg best mandi kat kolah yg betul2 besar..
beza zmn 80an 90an dgn zmn skng...
- kasihan jgk bdk2 skng,nk main kt rumah n taman pn kena de parents perhatikan klo x kena culik.. makin maju teknologi mkin kurg keselamatan..
But still i suke zmn kanak2 ribena sayer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 11:23 PM | Show all posts
Betul la tu. Setuju yang memori zaman Universiti paling best. The way we struggled as students. Nak kana score lagi. Tapi memang best waktu tu ramai kawan, siap ada clique lagi. Seronok sebenarnya jadi student Electronics Engineering ni walaupun kita perempuan.

Awal tahun 2000s masa tu drama Jepun start popular kat Malaysia (wayyyy ahead of kdrama). Bestnya waktu tu me & my sis sibuk mengumpul CD/DVD drama Jepun. And I still love to watch Jdrama until now. Those were the days.

Memori kat MRSM pun best. First time duduk jauh memang homesick. Balik KL sebulan sekali pun belum tentu. Tapi seronok sebab penuh dengan aktiviti2 sekolah sampailah habis SPM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
memori duduk putrajaya 16 tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.353919 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list